Isnin, 30 Julai 2012

Berdendam dengan suami, isteri kena rogol

Akibat dendam dengan suami, wanita tersebut telah dirogol oleh dua orang lelaki yang menceroboh rumahnya ketika suami kepada wanita tersebut tiada dirumah kerana bekerja.

Sebelum melarikan diri, kedua-dua suspek tersebut telah meninggalkan satu nota yang berbunyi : "Hidup kau tidak selamat, aku pasti kau mati" yang dipercayai ditujukan kepada suami mangsa.

Ketika kejadian, mangsa yang berusia awal 20-an sedang mandi dirumahnya kira-kira pukul 3:30petang ketika kedua-dua suspek tersebut masuk melalui pintu belakang rumahnya.

Mangsa yang terkejut tidak sempat untuk menjerit meminta tolong kerana telah diugut untuk dicederakan jika menjerit.

Bimbang dengan ugutan tersebut, mangsa dipercayai mendiamkan diri sebelum kedua-dua tangan dan kaki diikat manakala mulutnya ditutup dengan kain.

Selepas itu, dipercayai kedua-dua suspek tersebut merogol mangsa secara bergilir-gilir sebelum melarikan diri dengan meninggalkan nota berkenaan.

Mangsa yang berjaya membuka ikatan di tangan berjaya menghubungi suaminya sambil menangis.

Dia bagaimanapun tidak mampu menceritakan kejadian yang sebenar kepada suaminya sehingga talian dimatikan.

Suaminya yang terkejut mendapatkan bantuan jirannya untuk melihat keadaan isterinya. Apabila diberitahu oleh jirannya yang isterinya berada dalam keadaan lemah dan ada sebahagian badannya masih terikat menyebabkan suaminya bergegas pulang.

Selepas mangsa menceritakan kejadian sebenar, suaminya memeriksa keseluruh rumah dan mendapati tiada barang yang hilang. Ketika itulah suaminya terjumpa satu nota yang diletakkan dipintu hadapan rumahnya.

Mangsa membawa isterinya membuat laporan di Balai Polis Kajang dan siasatan mendapati kejadian ini bermotifkan dendam dan usaha memburu dua suspek tersebut sedang giat dijalankan.

sumber: HMetro

Sabtu, 28 Julai 2012

Pembukaan sukan Olimpik



Upacara pembukaan Sukan Olimpik 2012 telah diraikan dengan meriah. Ini bermakna acara untuk Malaysia mengejar emas pertama bagi negara telah secara rasminya dibuka    

Perancangan selama tujuh tahun bagi menganjurkan Olimpik London 2012 menyaksikan upacara pembukaan awal pagi tadi tertumpu kepada persembahan pentas membabitkan nilai sejarah Britain dan peralihan dari era revolusi perindustrian sehingga kini.

Jumlah peruntukan AS$14.5 bilion disediakan bagi menjamin kelancaran kejohanan prestij yang sudah dianjurkan sebanyak tiga kali sebelum ini dan kali pertama London dipilih sebagai tuan rumah adalah pada 1948.

Perarakan masuk atlit-atlit dan pegawai yang terlibat mengakhiri acara ini yang mana Malaysia sebagai negara yang ke-113 diperkenalkan.

Video pasangan kahwin muda

Berbagai komen yang aku baca berkenaan dengan perkahwinan pasangan muda iaitu Shafik yang berusia 16 tahun dengan pasangannya Yana yang berusia 14 tahun.
Bagi aku perkahwinan dalam usia muda banyak cabaran dan dugaannya, ada pro dan kontranya, kalau untuk masa depan pasangan ini bukan kita yang tentukan ianya adalah ketentuan Allah. Ingat jodoh, ajal, rezeki adalah ketentuan Allah yang Maha Kuasa.

Kita sebagai hambaNya tidak layak untuk mempersoalkan perkara sedemikian. Sepatutnya kita mendoakan pasangan ini kekal hingga ke saat kematian.

Jika niat ibu bapa pasangan ini adalah untuk mengelakkan anak-anaknya terjerumus di dalam perkara zina yang terlalu banyak sekarang ini pasti Allah akan memudahkan segala urusan hambanya ini.

Jumaat, 27 Julai 2012

Nazmi Faiz bantu SC Beira Mar juara Piala Fornos



Kelab divisyen satu Portugal, SC Beira Mar yang disertai oleh bintang muda negara, Nazmi Faiz Mansor telah menjuarai juara Piala Fornos de Algodres selepas menewaskan Oliveirense menerusi penentuan sepakan penalti.

dari sudut pandang
Nazmi Faiz yang bermain didalam perlawanan itu berjaya membantu kelabnya untuk seri 0 sehingga ke penentuan sepakan penalti.

Dengan kemenangan itu, Beira Mar berjaya menjulang trofi Oven Algodres dan skuad daripada Portugal itu kini berada dalam jadual pra musim sehingga Sabtu ini.

Tan Sri Rozali Ismail bakal dipecat



Ketua Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Tan Sri Rozali Ismail akan dipecat pada mesyuarat ahli lembaga pengarah syarikat jika usul yang akan dibawa oleh Kerajaan Selangor dipersetujui.

dari sudut pandangUsul lain adalah mengambil tindakan sama ke atas Ketua Pegawai Operasi syarikat utiliti itu iaitu Datuk Lee Miang Koi.
Kerajaan negeri percaya dapat mempengaruhi pemegang saham minoriti Puncak Niaga Holding Berhad (Puncak Niaga) untuk memecat Rozali dan Miang Koi.

Untuk makluman, Puncak Niaga menguasai 70 peratus saham SYABAS, manakala kerajaan negeri menerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad dan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad memiliki 30 peratus saham.

Keyakinan untuk mendapatkan sokongan ini adalah berdasarkan kepada pengurusan SYABAS yang dilihat tidak teratur dan masalah kewangan yang melanda syarikat tersebut.


Ini adalah tindakan terbaru oleh kerajaan negeri berikutan kemelut air yang melanda negeri tersebut.

Barisan Nasional(BN) akan memenangi PRU-13?


Kajian ilmiah Universiti Utara Malaysia (UUM) serta Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati majoriti rakyat Malaysia mahu Barisan Nasional (BN) kekal memenangi PRU-13 dan seterusnya menerajui kerajaan Pusat.

BN juga dikatakan dapat merampas kembali Selangor daripada  pihak pembangkang  dengan memenangi 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kajian UUM menunjukkan 58% daripada 10,800 respoden berumur 21 tahun ke atas berpendirian BN perlu kekal menerajui Kerajaan Persekutuan.

Manakala kajian UKM membabitkan 1,400 respoden mendapati 69.6% daripada respoden menyatakan BN akan memenangi PRU-13 dengan 37.5% menjangkakan majoriti dua pertiga, manakala 32.1% lagi majoriti mudah.   
Statistik diatas adalah sebahagian daripada kajian ilmiah yang dilakukan oleh para profesor di Universiti tersebut.

Andai benar BN akan memenangi PRU-13, bermakna tindakan Najib selaku Perdana Menteri dengan memberi segala bantuan kepada rakyat selama ini dengan BR1M, BT1T dan sebagainya adalah dihargai.

Ini bermakna juga segala fitnah kepada pemimpin pembangkang dengan memainkan isu seks selama ini dapat mempengaruhi fikiran rakyat.

Bagi pihak pembangkang pula, anggaplah kajian ilmiah ini sebagai satu dorongan untuk bekerja dengan lebih kuat bagi menarik kembali sokongan pada PRU-13 nanti.

P/S : Apa kata anda berkenaan dengan statistik ini? Sila berikan komen.

                              

Khamis, 26 Julai 2012

10 pemain tenis yang paling panas baran

Nak tahu siapa pemain tenis yang paling panas baran? Siapa yang meminati tenis pasti tahu siapa juaranya.



10) Marat Safin

9)  Robert Seguso

8) Fernando Gonzales

7) Andy Roddick

6) Martina Hingis

5) Venus Williams

4) Jimmy Connors

3) Mikhail Youzhny

2) Jeff Tarango

dan juara pemain tenis paling baran

1) John McEnroe

Rabu, 25 Julai 2012

Azizul 'PocketRocketMan' bersedia mengapai impian

"Superman, Batman hanya ilusi tapi saya 'the PocketRocketMan ' adalah realiti dan saya akan mengegarkan arena lumba basikal di Olimpik dengan emas", itu luahan semangat dari Azizul Hasni Awang ketika ditanya adakah kecederaan apabila ditusuk serpihan kayu dua hari lepas menjejaskan semangatnya.

dari sudut pandangNamun pelumba ini mengharapkan doa dari rakyat Malaysia terus mengiringinya agar dia mampu melakarkan sejarah negara yang tidak pernah mendapat emas di Kejohanan Olimpik.

Dua hari lepas, kontinjen Olimpik negara dikejutkan dengan berita kecederaan pelumba kelahiran Terengganu itu apabila terbabit kemalangan ketika menyertai pertandingan di Jerman, sehingga mengakibatkan 60 serpihan kayu tertusuk di badannya.

Ini adalah kejadian yang kedua berlaku kepada Azizul selepas sebelum ini berlaku kemalangan ngeri ketika berlumba yang menyebabkan kayu sepanjang 7 inci tertusuk di betisnya sehingga menyebabkannya berehat panjang dari menyertai sebarang acara.

Walaubagaimanapun Azizul menganggap kejadian lalu tertusuk kayu mempunyai hikmatnya yang tersendiri kerana para pelumba lain tidak lagi menganggapnya sebagai pencabar seperti sebelum ini.

"Menjadi underdog dan terus kekal konsisten, Insya Allah akan memberi kelebihan buat saya".

P/S: darisudutpandang mengucapkan selamat berjuang buat Azizul dan juga buat semua para wira negara yang bertanding di Olimpik. Pastikan impian 28juta rakyat Malaysia untuk melihat emas Olimpik pertama Malaysia termakbul.

Buat Azizul Hasni Awang, sebagai anak jati Terengganu pastikan anda menjadi anak Terengganu pertama yang mencapai gemilang di Olimpik. Terengganu Nelang dulu, kini, dan selamanya.

Sepuluh (10) perangai buruk rakyat Malaysia oleh Reader's Digest

Ini adalah berdasarkan kepada kajian oleh Reader's Digest terhadap perangai buruk rakyat malaysia.

Berdasarkan kajian terhadap Bandaraya Terkemuka di dunia berkenaan dengan perangai buruk rakyatnya terhadap 36 buah negara, Malaysia 'berjaya' menduduki ke tangga 34. Apa maksudnya itu yea?

Kajian yang sama dilakukan pada 5 tahun yang lepas di 35 buah negara, Malaysia menduduki tangga ke 33. Nampaknya statistik menunjukkan perangai rakyat Malaysia tidak berubah.

Antara perangai buruk rakyat Malaysia ialah



1. Memandu secara melulu, menukar lorong atau masuk ke simpang tanpa memberi lampu isyarat kiri atau kanan, membunyikan hon sesuka hati dan mengikuti rapat kereta di hadapan.

Statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia menunjukkkan 20% kes-kes kemalangan berdasarkan kesalahan ini.

2. Tidak mematuhi arahan papan tanda seperti larangan dilarang merokok, tidak boleh membuat pusingan, tidak boleh meletak kenderaan.

Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan seramai 1025 orang telah dikompauan disepanjang operasi larangan merokok di tempat awam.

3. Mengambil tempat letek kereta tanpa memperdulikan ada orang lain yang sedang menunggu untuk meletak kenderaan di tempat yang sama.


4. Tidak memberi tempat duduk kepada golongan yang memerlukan iaitu kepada perempuan yang mengandung dan warga tua.

Sepatutnya bukan sahaja didalam kenderaan awam tapi dihospital atau klinik juga kita sepatutnya memberi tempat duduk kepada golongan yang lebih memerlukan daripada kita.

5. Tidak membenarkan penumpang keluar terlebih dahulu sebelum masuk.

Kejadian ini bukan sahaja berlaku di tempat menunggu untuk menaiki kenderaan awam seperti komuter, LRT, monorel serta Star tapi ia  juga berlaku di dalam lif.

6. Bercakap kuat di telefon semasa berada di tempat awam dan juga panggung wayang.

7. Tidak menekan atau memegang pintu lif atau pintu ketika masuk.

8. Tidak mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah melakukan perkara baik.

9. Meninggalkan troli membeli belah sesuka hati tempat letak kereta, serta tidak 'flush' ketika menggunakan tandas awam.

10. Selalu lambat


P/S : Sedar atau tidak antara kesepuluh perkara buruk yang disenaraikan di atas, kita pernah melakukannya. Jika anda ada pandangan lain, sila komen yea.

Ahad, 22 Julai 2012

Anak gadis berbogel bersama lelaki

Aku tak tahu mengapa anak-anak gadis semakin teruk akhlaknya sehingga boleh membawa masuk lelaki lain dan tidur  bogel bersamanya. Padahal kejadian ini berlaku ketika ibu bapanya ada dirumah.
Ikuti kisah selanjutnya:

Luluh hati seorang ibu apabila menyaksikan adegan terlampau anak gadisnya berusia 17 tahun dengan pasangan kekasih di dalam rumah sendiri.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, wanita terbabit berusia 44 tahun yang terjaga daripada tidur kemudian ke dapur untuk minum sebelum berpatah balik semula ke biliknya.

Menurut sumber, ketika melintas di hadapan bilik anaknya, ibu tersebut berhenti untuk melihat keadaan anaknya itu dan terus menolak pintu bilik sebelum terkejut apabila melihat seorang lelaki tidak dikenali berusia 20-an turut berada di dalam bilik itu.

"Mangsa lantas membuka lampu bilik dan sekali lagi terkejut apabila mendapati anak dan teman lelakinya tidak berpakaian menyebabkan dia tergaman sebelum terus menjerit memanggil suaminya yang sedang tidur".

"Suaminya kemudian berlari keluar ke arah isterinya sebelum dia turut terkejut apabila melihat anaknya bersama dengan individu tidak dikenalinya".

Sumber berkata, pasangan tersebut hanya mampu menitiskan air mata akbat perbuatan anaknya yang telah memalukan mereka.

Mereka melaporkan perkara ini kepada polis dan lelaki tersebut telah pun ditangkap.

P/S :  Kenapa yea berlakunya kejadian ini.? Sampai hati sungguh anak gadis tersebut membuat perkara terkutuk ini.

Bila Allah membalas dosa anak derhaka

Allah membalas dosa sebagai anak derhaka tanpa menunggu di dunia lagi tanpa menunggu hari kiamat. Ikuti kisah ini semoga kita mendapat pengajarannya.

"Dosa saya terhadap ibu dibalas tunai, tak perlu tunggu kiamat," kata Abdul Rahman Talib yang kini menjadi penghuni sebuah rumah kebajikan selepas diabaikan isteri dan anaknya.

Kira-kira 10 tahun yang lalu, ibunya turut menjadi penghuni rumah keajikan yang sama selepas Abdul Rahman membiarkan saja isterinya menghalau ibunya keluar dari rumah yang mereka diami.

Abdul Rahman yang kini berusia 60 tahun memberitahu yang dia terlalu mengikut cakap isterinya hingga mengabaikan ibu.

"Saya langsung tidak memperdulikan nasib ibu selepas dihalau dari rumah. Apa yang saya tahu ialah arwah ibu ditempatkan disini (Rumah Sejahtera) selepas setahun arwah dihalau dari rumah".

Apa yang menyedihkan kepada dia ialah bilik yang pernah ibunya diami di rumah kebajikan ini adalah bersebelahan dengan biliknya kini.

Menurutnya, sebelum ini dia difahamkan ibunya bergelandangan beberapa hari selepas dihalau keluar dari rumah dan ada ketikanya dia bermalam seorang diri di kandang kerbau yang diubah suai buat sementara sebelum diselamatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

"Ketika isteri menghalau ibu, saya tiada dirumah kerana turun ke laut menangkap ikan. Perasaan sedih, menyesal dan bersalah kini makin menebal dalam diri, terutama tidak memujuk ibu pulang selepas dihalau dari rumah kerana beliau terlalu sayangkan isterinya."

"Sekarang nasib sama berlaku keatas diri saya apabila dibuang anak sebelum diselamatkan dan ditempatkan di rumah perlindungan ini," katanya.

Menurut beliau ibunya telah meninggal dunia pada 2008, iaitu 4 tahun yang lalu di Rumah Penyayang.

Beliau menambah, selepas beberapa bulan ibunya dihalau dari rumah, kehidupannya sekeluarga menjadi porak-peranda, termasuk bercerai dengan isteri dan dia meninggalkan kampung halaman untuk mencari kehidupan baru di Langkawi.

Bagaimanapun, katanya, akibat masalah kesihatan, dia kembali ke Perlis dan cuba menumpang di rumah anak lelakinya yang sudah berkeluarga sehingga dia ditinggalkan di pondok bas.

"Anak lelaki saya terlalu mengikut kehendak isteri yang tidak mahu saya menetap bersama, malah ibupun mengalami nasib sama tidak disukai menantu iaitu isteri saya sebelum dihalau keluar rumah," katanya lagi.



P/S :  Sebagai ibu bapa kita menjadi contoh yang terbaik buat anak-anak kita. Anak-anak akan mengikut apa yang kita lakukan. Semoga encik Abdul Rahman ini mendapat pengampunan dari Allah di atas segala dosa-dosanya yang lalu.



 


Sabtu, 21 Julai 2012

Festival bunga dan taman di Putrajaya part 2

Lagi gambar-gambar disekitar Festival bunga dan taman 2012 yang berlangsung baru-baru ini untuk aku kongsikan.

dari sudut pandang
dari sudut pandang
dari sudut pandang
dari sudut pandang
dari sudut pandang
dari sudut pandang
dari sudut pandang
dari sudut pandang
dari sudut pandang
dari sudut pandang
dari sudut pandang
dari sudut pandang


 Memang best lah sebab dapat tengok berbagai jenis bunga dengan berbagai variasi warnanya.





Jumaat, 20 Julai 2012

Mengamuk kerana tak dapat kahwin lain


Hahaha.....nak tergelak aku bila baca artikel lelaki mengamuk kerana tak dapat kahwin lain, kerana nafsu ketua kampung ini sanggup lakukan apa saja lah

Seorang Ketua kampung di Lenga mengugut isterinya untuk membakar rumah yang mereka diami akibat tidak mendapat kebenaran untuk berkahwin lain.

dari sudut pandang
Dia ini mengamuk lagi teruk sampai badan jadi hijau
Lelaki yang berusia lewat 50-an dipercayai bertindak demikian selepas berang isterinya yang berusia 50-an tidak membenarkan dia berkahwn lain, walaupun sudah puas dia memujuk pasangannya supaya bersetuju dengan kemahuannya dengan menandatangani surat kebenaran bernikah dengan seorang wanita berusia 36 tahun.

Berang dengan sikap isterinya, beliau dikatakan berdiri sambil memarahi isterinya dengan memabawa petrol serta tong gas di hadapan rumah, menyebabkan isterinya melarikan diri menggunakan pintu belakang dan terus membuat laporan polis.

Menyedari isterinya membuat laporan polis, lelaki tersebut melarikan diri dan membatalkan niatnya unntuk membakar rumah.

P/S : Kalau lah dia meneruskan niatnya membakar rumah dia sendiri, dekat mana ya nanti dia nak tinggal kalau isterinya akhirnya bersetuju untuk dia kahwin lain. Mungkin rumah isteri baru dia kot.........

Drebar teksi merogol penuntut kolej

Seorang drebar teksi sangup mengugut akan menolak seorang penuntut kolej ke dalam gaung sebelum bertindak memperkosanya di kawasan semak di Jalan Lama Gombak.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, gadis malang terbabit yang berusia 19 tahun menaiki teksi di Batu Caves, sebelum meminta pemandu terbabit menghantarnya ke Taman Batu Muda, Sentul.

drebar teksi merogol penuntut kolej
Menurut sumber, bagaimanapun ketika dalam perjalanan, pemandu itu memberitahu ingin membuang air kecil dan terus melencung ke Jalan Lama Gombak sebelum berhenti di tepi kawasan semak.

Sangkaan mangsa yang pemandu teksi itu memang ingin membuang air ternyata meleset apabila secara tiba-tiba pemandu teksi tersebut membuka pintu penumpang belakang dan mengarahkan mangsa keluar secara paksa.

Terkejut dengan tindakan itu, mangsa cuba melawan namun gagal sebaliknya ditampar beberapa kali sebelum lehernya diacukan dengan pisau dan mengarahkan mangsa supaya diam dan jangan melawan.

Sumber berkata, lelaki itu kemudian membawa mangsa ke dalam semak sebelum memperkosanya. Sebaik pemandu teksi tersebut memuaskan nafsunya, dia terus mengikat tangan dan kaki serta menutup mata mangsa dengan kain sebelum melarikan diri.

Mangsa yang berjaya melepaskan diri, berlari ke jalan utama untuk meminta bantuan orang ramai.


Khamis, 19 Julai 2012

Ekor tikus dalam burger McDonald's


Seorang lelaki terkejut apabila mendapati burger yang dibelinya di Restoran McDonald's terdapat ekor tikus.

Lalu beliau menfailkan aduan kepada pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Apabila disiasat, didapati terdapat kesan ekor tersepit antara keju dan roti dan ekor itu telah dimasak.

Dari sudut pandang
Gambar sebagai hiasan sahaja tiada kaitan dengan tajuk

Restoran McDonald's tersebut telah diarahkan tutup dan siasatan mendapati tahi tikus dan ekor tikus itu telah diletakkan di dalam burger dengan sengaja.

Jangan terkejut yea, kejadian ini sebenarnya berlaku di Santiago, Chile bukan di Malaysia. Aku percaya McDonald's Malaysia mementingkan kebersihan dalam penyediaan makanannya.

Jual tubuh demi gajet dan hidup mewah



Demi memenuhi keinginan memiliki gajet terkini, seorang pelajar tingkatan dua sanggup menyerahkan tubuh kepada lelaki hidung belang yang berusia antara 30-an hingga 60-an bagi mendapatkan wang untuk membeli barangan kegemaran mereka.

Dikatakan pelajar tersebut menerima bayaran sehingga RM300 bagi sekali layanan seks, sudah cukup lumayan baginya untuk membeli gajet terbaru seperti iPad dan telefon pintar serta beg tangan yang berjenama.

Perlakuan pelajar tingkatan dua itu terbongkar apabila keluarganya menyedari dia memiliki barangan berjenama serta gajet terbaru yang setiap satu daripadanya berharga ribuan ringgit.

Pelajar tersebut mengaku kerana terpengaruh dengan kawan-kawan dan keinginannya untuk memiliki gajet-gajet yang terkini serta ingin hidup mewah seperti kawan-kawannya yang lain memaksa dia melakukan kerja yang terkutuk ini.


Pelajar itu yang juga anak kedua daripada tiga beradik berkata "Saya sanggup melakukan semua itu kerana wang selepas keluarga tidak mampu memenuhi keinginan saya. Saya akui hanya fikirkan keseronokan hingga sanggup memberikan perkhidmatan seks hampir setiap hujung minggu tanpa disedari keluarga".


"Pelanggan saya pula terdiri daripada lelaki dewasa termasuk ahli perniagaan dan mereka berusia 30-an hingga 60-an.


P/S :  Inilah akibatnya terpengaruh dengan kawan-kawan dan terlalu mengikut nafsu untuk hidup mewah. Sepatutnya ibu bapa perlu mengawasi dan mengambil tahu dengan siapa anak kita berkawan dan memantau pmereka. Aku rasa ibu bapa perlu ada rasa sifat curiga terhadap anak-anak dan bukannya mempercayai mereka 100%.

Aku tak tahulah apa akan jadi sekiranya Kementerian Pelajaran membenarkan setiap pelajar membawa gajet ke sekolah pada tahun hadapan. Mungkin kes seperti ini akan meningkat.

Itu pandangan aku, pandangan anda pula macam mana yeak. Sila berikan komen..... 

Selasa, 17 Julai 2012

Terengganu gergasi Sukma

Tahniah buat kontinjen Terengganu yang mengekalkan dominasi selaku gergasi Sukan Malaysia (Sukma) apabila mempertahankan kejuaraan kali keempat berturut-turut sejak 2008, 2010 dan 2011 menerusi kutipan 62 emas, 24 perak dan 31 gangsa pada temasya edisi ke-15 yang berlangsung di Pahang.

Kejayaan memungut 62 emas adalah satu pencapaian yang diluar dugaan kerana pada temasya ini mereka hanya mensasarkan 47 emas. Sekaligus memecahkan rekod emas terbanyak yang sebelum ini dilakarkan di tempat sendiri empat tahaun lalu iaitu dengan kutipan 61 emas.

Pencapaian terbaik Terengganu ialah menerusi acara basikal apabila membawa pulang 12 emas, diikuti memanah dengan sembilan emas dan olahraga dengan lapan emas.

P/S : Tahniah...tahniah buat negeri kelahiran aku, Terengganu. Nampaknya rakyat Terengganu nanti akan dapat cuti seperna meraikan kehebatan Terengganu di dalam Sukma ini. Tahniah sekali lagi...Terengganu Hanelang.

Bercerai kerana berlainan parti politik dan sebuah cerita



Cerita pasangan suami isteri yang bercerai kerana perbezaan parti politik sudah banyak kali kita dengar, yang terbaru berlaku kepada pasangan warga emas di Kelantan.

Diberitakan si suami adalah ahli kepada penyokong Pas, manakala isterinya pula penyokong parti Umno. Setelah 14 tahun hidup bersama dan memahami ideologi masing-masing akhirnya ikatan mereka terlerai.
Punca penceraian mereka berpunca kerana si isteri menghadiri satu perhimpunan yang dihadiri oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor iaitu Datuk Hassan Ali.

Aku tak tahu kenapa semudah itu talak dijatuhkan, padahal isterinya bukannya pergi ke tempat yang boleh menimbulkan fitnah. Ini sekadar menghadiri ceramah yang berkaitan dengan akidah umat islam.

Kalau isterinya pergi disko ke, karaoke ke, keluar dengan lelaki ke, pakai pakaian yang mencolok mata ke, aku setuju lah jugak kalau pasangan tersebut bercerai. yea lah dah tua-tua pergi ke tempat macam tu buat apa...

Aku teringat pada satu kisah pasangan suami isteri yang telah lama hidup bersama.

Ceritanya macam ini............

Dalam satu kampung tinggallah satu pasangan suami isteri. Isterinya amat kuat membebel. Pantang salah sikit mulalah...pengpengpeng. Tak kira masa dan tempat asyik...pengpengpeng aje. Semasa makanpun.....pengpengpeng, waktu nak tidur.....pengpengpeng, bangun tidur....pengpengpeng dan sebagainya.

Pada satu hari, oleh kerana sudah tidak tahan lagi mendengar leteran isterinya. Suami tersebut mengambil keputusan untuk mengikut kata syaitan supaya membuang isterinya di dalam hutan.

Pada keesokkan pagi, suami tersebut pun mengajak isterinya masuk ke dalam hutan konon-kononnya untuk menolong  dia mengangkat kayu api.

Setibanya disuatu telaga buta yang kering airnya, diapun menolaklah isterinya ke dalam telaga tersebut. Setelah dia menolak isterinya, diapun pulanglah ke rumah.

Pada hari pertama selepas dia meninggalkan isterinya di dalam hutan, dia rasa amat lega kerana sudah tidak mendengar leteran dari isterinya lagi.. tapi itu hanya sementara sahaja kerana apabila malam dia hendak tidur dia terasa sesuatu yang kurang sempurna dalam hidupnya membuatkan dia tidak dapat tidur.

Dia amat hairan dan tidak tahu puncanya. Nak tidur, tak boleh tidur, nak makan, tak ada selera dan sebagainya. Ini berlaku sehingga ke hari ke tiga.

Lalu dia pun teringatlah isterinya yang dia tinggalkan di hutan...rupa-rupanya selama ini leteran isterinyalah yang membuatkan tidurnya lena, makannya berselera dan sebagainya.

Diapun pergilah ke hutan dan menjemput kembali isterinya yang dia tinggalkan di dalam perigi buta tersebut.

(Tolong abaikan kelogikan cerita ini yea)

P/S :  Kita seharusnya menerima apapun kekurangan pasangan kita. Memahami minat dan ideologi pasangan kita kerana apabila kita mengambil keputusan berkahwin dengan dia, bukan hanya dia yang kita kahwini tapi kita berkahwin dengan sifatnya, perwatakannya dan sebagainya.

Anda setuju atau tidak sila beri komen yea.






Isnin, 16 Julai 2012

Festival Bunga dan Taman 2012 part 1

Gambar-gambar di sekitar Festival Bunga dan Taman 2012, di Putrajaya yang di ambil pada 07 Julai 2012.

Sungguh menarik dan mempersonakan keadaan di sana. Di sini saya sertakan gambar-gambar tersebut untuk tatapan kita bersama.

Dari sudut pandang
Dari sudut pandang
Dari sudut pandang
Dari sudut pandang
Dari sudut pandang
Dari sudut pandang
Dari sudut pandang
Dari sudut pandang
Dari sudut pandang
Dari sudut pandang
Dari sudut pandang
Dari sudut pandang
Dari sudut pandang
Dari sudut pandang












Kerajaan Selangor akan mengambil alih Syabas



Kerajaan Negeri Selangor akan mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berikutan ketidakmampuan Syabas membekalkan air ke seluruh negeri Selangor.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan bahawa satu notis telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan bagi mengambil alih pengurusan syarikat tersebut.

Kerajaan negeri pimpinan beliau telah membuat keputusan untuk menggunakan kuasa di bawah klausa 32 dalam perjanjian konsesi yang mana kerajaan negeri boleh mengambil alih pengurusan syarikat konsesi tersebut jika kerajaan persekutuan pimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersetuju berkenaan dengan pengambil alihan tersebut.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan jika hasrat kerajaan negeri tidak dipersetujui oleh kerajaan persekutuan, maka perkara ini akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan keadilan.

Keputusan yang diambil oleh kerajaan negeri adalah berikutan kegagalan Syabas membekalkan air kepada seluruh rakyat dinegeri Selangor.

Ini adalah berikutan pengumuman cadangan catuan air oleh Syabas ekoran Pengawal Selia Air Negeri dan Ahli Lembaga Pengarah Syabas tidak dimaklumkan berkenaan perkara tersebut.

Ekoran kepada cadangan catuan air, satu jawatankuasa ditubuhkan untuk memantau dan akan meminta Syabas memberi laporan harian bagi mendapatkan kedudukan air semasa. Malah Konsortium Abbas juga diminta menyertai jawatankuasa tersebut bagi memantau kesahihan laporan dan maklumat oleh Syabas.

Kerajaan negeri juga mengesa supaya proses penstrukturan semula air diteruskan dengan segera kerana Syabas jelas tidak berkemampuan untuk memberi perkhidmatan air yang baik kepada pengguna.



Ahad, 15 Julai 2012

Peringatan orang mengamuk buat Polis

Baru-baru ini kita digemparkan oleh peristiwa pasangan mengamuk sambil melibas pedang samurai ke arah orang ramai selepas menceroboh masuk ke kawasan pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Sebenarnya terdapat juga kejadian orang mengamuk yang berlaku di Malaysia, bukan ini kali pertama tapi ianya menjadi berita sensasi kerana ianya berlaku di kawasan pentadbiran Kerajaan Persekutuan iaitu di Putrajaya.

Aku tak boleh bayangkan sebelum ini, berlakunya peristiwa semacam ini,  kerana disini adalah tempat pentadbiran dan sepatutnya kawasan ini menjadi kawasan yang ketat dengan kawalan polis.

Jika kita tengok di Putrajaya sekarang ini, hanya laluan masuk ke Pejabat Perdana Menteri dan ke Jabatan Perdana Menteri sahaja ada kawalan keselamatan. Itupun yang jaga disitu hanyalah polis bantuan.. entah ada pistol ataupun tidak.

Jika kita ke Kementerian lain, tak ada pun polis bantuan yang menjaga pintu masuk ke bangunan., yang ada hanyalah pengawal keselamatan sahaja...cota di pinggangpun mungkin tak ada.

Kalaulah ditakdirkan si pengamuk ini mengamuk di Kementerian lain...apa akan jadi agaknya yea?

Kadang-kadang aku fikir kita terlalu mengambil mudah tentang perkara yang berkaitan dengan kawalan keselamatan. Mungkin sebab negara kita aman dan tiada unsur-unsur sabotaj maka ianya terjadi demikian.

Anggaplah peristiwa orang yang mengamuk ini sebagai satu peringatan buat semua bahawa hal yang berkaitan dengan keselamatan jangan lagi dipandang remeh.

Selepas peristiwa ini, aku berharap pihak polis perlu memikirkan semula langkah-langkah kawalan keselamatan yang perlu ada di setiap kementerian dan bukan hanya tertumpu di JPM sahaja.

Spekulasi orang mengamuk di Putrajaya

Baru-baru ini kita dikejutkan oleh peristiwa pasangan mengamuk di Jabatan Perdana Menteri, Kompleks B, Putrajaya.

Motif atau tujuan pasangan tersebut berbuat demikian masih dalam siasatan polis.

Ada banyak spekulasi yang tersebar. Ada yang kaitkan dengan isu politik, ada yang katakan dia ini 'Imam Mahdi', Ada yang kata perempuan tersebut telah dipukau dan sebagainya.




Bagi aku, biarlah polis menjalankan siasatan sehingga selesai berkenaan dengan kes ini.

Aku cuba kaitkan kes ini dengan spekulasi yang tersebar:-

1. Spekulasi menggulingkan kerajaan.

Jika benar dia dan pasangannya ingin menggulingkan kerajaan takkan datang berdua aje. Pastu bawa pedang samurai dan pisau.. boleh ker? Lagi satu tempat yang ditujunya bukan Pejabat Perdana Menteri tapi Jabatan Perdana Menteri. Kalau ini nak dikaitkan dengan politik yang mengatakan ini sebagai wayang UMNO aje sepatutnya peristiwa ini patut dilakonkan dengan lebih baik.

2. Spekulasi sebagai 'Imam Mahdi'

Aku ada baca blog Jaya Negara sebelum kena block. Haram satupun aku tak faham apa yang dia ini cuba sampaikan. Aku rasa tak aderlah pulak dia ini mengaku 'Imam Mahdi'. Mungkin semasa dia mengamuk itu dia bertakbir tak boleh lah claim dia ini 'Imam Mahdi'. Aku harap berita yang melaporkan atau menyiarkan cerita ini janganlah highlight perkataaan 'Imam Mahdi' lagi. Nampak sangat nak buruk-burukkan islam.

3. Spekulasi Muhdalina dipukau

Berkenaan dengan spekulasi ini aku tak boleh ulas, tapi jika dirujuk kepada temubual dan kenyataan dari suami beliau macam dia dipukau. Entahlah....

4. Spekulasi polis menembak mati

Aku terfikir juga kenapa polis menembak mereka yang mengamuk ini, tapi bila difikirkan yang menembak itu hanya polis biasa dan sebelum ini mungkin tak ada pengalaman menembak orang jadi mungkin tembakan ke arah kaki terkena ke ari-ari yang menyebabkan kematian. Semasa aku melihat video yang merakam tempat kejadian tak adalah pula kedengaran tembakan amaran dilepaskan.Cuma jeritan supaya letakkan senjata dan seterusnya kedengaran tiga das tembakan dilepaskan.

5. Spekulasi........
6. Spekulasi........
7. Spekulasi.......

Bila diintai-intai diblog, ada banyak lagi spekulasi yang muncul. Ada banyak versi lain dalam memperkatakan tragedi pasangan yang mengamuk ini.

Jumaat, 13 Julai 2012

Karenah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)



Artikel aku kali ini tentang karenah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Aku tak mahu 'highlight' kan PBT mana...tapi kalau siapa yang makan cili tu....tau-taulah sendiri rasanya.

Aku rasa bukan aku saja yang pernah mengalami masalah seperti ini, aku rasa banyak orang yang menghadapi karenah-karenah orang 'gomen' ini.

Artikel aku ini bukan untuk menjatuhkan nama PBT tersebut tapi sekadar untuk meluahkan perasaan betapa slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' hanya retorik orang politik sahaja. Kakitangan kerajaan tak mahu mengadaptasi pun dalam segi mutu kerja.

Okey, aku tak mahu melalut lebih lama. Jadi aku nak start bercerita.........

Ceritanya macam ini....

Pada dua hari yang lepas, aku pergilah ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kuala Lumpur untuk mendapatkan beberapa maklumat berkenaan dengan syarat-syarat pembangunan di tempat dibawah penyeliaannya.

Sebenarnya aku malas nak pergi ke tempat ini tapi memandangkan bos aku dah banyak kali melalak kat aku, jadi dengan berat hati terpaksalah aku pergi (Kalau tak pergi kan nanti dia pecat aku...susah pulaknya nanti).

Bila aku sampai aje kat bangunan dia, macam biasalah kena pergi ke kaunter untuk ambil pas. Lalu aku tanyalah kat kaunter tu kalau nak check berkenaan dengan syarat-syarat pembangunan di kawasan ini, perlu ke tingkat berapa? Lalu petugas kaunter tu kata, aku kena pergi ke tingkat 10.

Lalu aku naik lift dan pergi ke tingkat 10. Bila aku sampai kat situ, kena tekan loceng dan tunggu pegawai datang. Bila pegawai datang dia tanya aku nak apa, jadi aku bagitau nak tanya berkenaan dengan syarat pembangunan tanah dan nak jumpa pegawai yang incharge kawasan ini.... Dia kata "Sayalah yang incharge kawasan ini tapi maklumat yang encik nak, encik kena pergi ke tingkat 13"

Nak ke tingkat 13, aku terpaksa naik tangga ke tingkat 11 dan tekan lift (sebab lift untuk ke tingkat 13 tak boleh naik ditingkat 10).

Bila lift sampai lalu aku tekan butang untuk ke tingkat 13, bila aku sampai di tingkat 13, macam biasa kena tekan loceng dan tunggu pegawai datang. Bila pegawai datang dan aku tanya soalan yang sama dia kata "oh encik, ini encik kena check di tingkat 12"

Dengan sopannya aku kata "terima kasih" (walau hati dah berbakul-bakul maki kat pegawai yang awal-awal tadi aku jumpa). Lalu aku turunlah melalui tangga untuk ke tingkat 12 (hati dah bengang gila ini, tapi aku cuba bersabar dan berikhtifar banyak-banyak)

Bila sampai di tingkat 12 aku pun masuk dan tekan loceng. Datang pegawai tanya aku untuk apa dan aku teranglah tujuan aku. Lalu pegawai itu panggil seorang pegawai lain untuk memberi penerangan berkenaan dengan maklumat yang aku nak.

So, betullah tingkat 12 ini yang boleh bagi jawapan berkenaan dengan persoalan aku...tapi dalam banyak-banyak soalan ada satu soalan yang dia tak boleh jawab. Dia kata aku kena refer kat tingkat 10 jadi okey lah nanti aku turun, aku akan singgah di tingkat 10 untuk dapatkan jawapan itu.

Bila aku dah berpuashati dengan maklumat-maklumat yang diberikan maka akupun naik lift untuk ke tingkat 10.

Bila sampai, aku tekan loceng dan muncullah pegawai yang aku jumpa awal-awal tadi. Bila aku tanya soalan itu dia kata "oh encik, saya tak tahu. Kalau encik nak maklumat tersebut, encik kena pergi ke tingkat 14. Saya tak boleh layan encik sebab saya sibuk, banyak kerja lain saya nak buat"

Aduih.....bengang betul aku dengan jawapan dia. Nak aje aku maki kat situ jugak...tapi aku sabar....dengan sopan aku menerangkan yang aku dah pergi ke tingkat 14 tapi dia orang suruh aku refer di tingkat 10.

Bila dia dengar aje aku jawab macam itu, terus dia bagi aku maklumat yang aku tanya awal-awal tadi...tapi siap kata, dia banyak sibuk dan terus tinggalkan aku sorang-sorang kat kaunter.......

Sebenarnya pengalaman jadi seperti bola, disepak ke sana sini dah banyak kali aku alami bila aku berurusan di PBT ini. Aku sampai sekarang tak tahu ditingkat berapa sebenarnya aku boleh dapatkan semua maklumat tanpa perlu dirujuk ke lain-lain tingkat.
  .
P/S: Aku harap di PBT ini hanya ada seorang pegawai ditingkat 10 aje yang berperangai macam itu.
Kepada Datuk Bandar yang baru tolonglah pantau sikit kakitangan bawahan serta selamilah dan adaptasi lah aspirasi Perdana Menteri untuk memberi servis yang terbaik untuk rakyat.

Aku rasa karenah birokrasi ini bukan hanya berlaku di PBT ini saja tapi mungkin dibanyak Jabatan Kerajaan juga berlaku. Kalau anda pernah terkena silalah komen yea....



Rabu, 11 Julai 2012

Isteri buat 'projek' di ruang tamu

Dalam usaha untuk menutup kecurangannya, seorang isteri sanggup membuat laporan polis palsu mendakwa dia dirogol apabila teman lelakinya berjaya ditahan dan dipukul suaminya dalam satu kejadian di kuarters ladang di Pagoh, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, wanita berusia 38 tahun berkenaan dikatakan membawa masuk teman lelakinya yang juga warga asing ke dalam rumahnya, sedangkan suaminya yang berusia 30-an sedang tidur lena di dalam bilik rumah yang sama.

Bagaimanapun ketika mereka sedang melakukan perkara terkutuk itu di ruang tamu, anak perempuan wanita tersebut yang berusia sembilan tahun tiba-tiba keluar dari biliknya untuk ke tandas sebelum terkejut menyaksikan aksi antara ibunya dengan lelaki tersebut.

Berikutan itu, kanak-kanak itu menjerit dan mengejutkan bapanya yang tidur di dalam bilik.

Akibatnya, lelaki itu bergegas melarikan diri ke asramanya, namun dikejar suami wanita tersebut.

Dia ditangkap dan dibelasah suami wanita itu serta beberapa pekerja asing lain di kuarters sama.

Kemudiannya, suami tersebut telah membawa isterinya ke balai polis untuk membuat laporan tanpa mengetahui kejadian yang sebenar.

Difahamkan, wanita itu kemudannya dirujuk ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk pemeriksaan lanjut dan pemeriksaan mendapati tiada kecederaan bagi mempertahankan diri dikesan pada tubuh wanita itu untuk menyokong tuduhan rogol yang dibuat ke atas teman lelakinya.

sumber :metro

P/S : Bila nafsu sudah menguasai diri, tidak tahu membezakan yang halal dengan yang haram.

Teringat aku tentang kisah Zulaikha dengan Nabi Yusuf. Bila Nabi Yusof tidak melayan godaan Zulaikha maka diapun membuat tuduhan yang Nabi Yusof cuba membuat perkara tidak baik pada dirinya, tapi sayangnya baju yang terkoyak adalah baju Nabi Yusof bukannya Zulaikha.......
(apa kaitannya dengan kejadian di atas ya.......??)

Artikel 88 FAM tidak digubal

Artikel 88 terus relevan dalam statut perlembagaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) buat masa ini apabila badan induk bola sepak itu belum bersedia untuk menggubal statut itu pada Kongres Tahunan FAM ke-48 2010 dan 2011 baru-baru ini.

Apakah itu Artikel 88? Artikel 88 adalah peraturan 2010-2014 FAM, hanya Presiden dan Setiausaha Agung dibenarkan membuat kenyataan. Sekiranya ada di kalangan mereka yang di bawah naungan FAM ingin membuat kenyataan, mereka perlu meminta kebenaran kongres terlebih dulu.

Ini bermakna Artikel 88 adalah satu peraturan yang menghalang setiap ahli gabungan FAM dari bersuara secara bebas.

Sebelum ini, pada Mesyuarat Exco FAM memutuskan mahu membentangkan Artikel 88 pada kongres FAM tetapi perkara itu nampaknya tidak menjadi kenyataan.

Alasan yang diberikan adalah Artikel 88 masih perlu dikaji dengan teliti sebelum dibentangkan.

Artikel 88 menjadi perbualan hangat selepas Timbalan Presiden, Tan Sri Annuar Musa digantung dua tahun enam bulan atas alasan melanggar peraturan kerana membuat kritikan secara terbuka kepada skuad kebangsaan April lalu.

Ada pihak mendesak supaya statut itu dipinda dan Timbalan Presiden, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyatakan kesediaan untuk mengkajinya semula.

P/S: Darisudutpandang mengharapkan undang-undang yang menyekat kebebasan perlu dihapuskan dan darisudutpandang juga mengharapkan agar ada dikalangan ahli kongres atau siapa saja yang menjadi ahli gabungan FAM berani mengusulkan supaya Artikel 88 ini dibubarkan.

Selasa, 10 Julai 2012

Giliran Rozaimi dipancing kelab luar


Di sebalik kegagalan skuad muda Malaysia untuk meraih slot ke pusingan akhir kejohanan Piala Asia Bawah 22 Tahun (B-22) tahun depan, ada perkhabaran gembira buat pemain muda negara, Rozaimi Abdul Rahman yang mendapat tawaran rasmi untuk menyertai kelab Liga Perdana Thailand, BEC Tero Sasana.

Rozaimi yang berusia 19 tahun adalah penjaring terbanyak dengan ledakan 10 gol pada kempen kelayakan kejohanan yang diadakan di Yangoon, Myanmar, telah berjaya memikat BEC Tero Sasana yang juga bekas naib juara kejohanan Liga Juara-Juara Asia pada 2002.
Menurut sumber yang menerima surat tawaran rasmi dari BEC Tero Sasana pada 26 Jun lalu berkata, Rozaimi ditawarkan untuk menjalani ujian percubaan selama sebulan sebelum mendapat kontrak tetap.

"Kami menerima surat tawaran rasmi BEC Tero Sasana yang begitu berminat dengan Rozaimi apabila mereka melihat aksinya pada pusingan kelayakan Piala Asia di Yangon".

"Mereka sanggup menanggung semua kos dan elaun sepanjang Rozaimi menjalani ujian percubaan dengan kelab itu. Bagi saya ujian percubaan itu hanyalah prosedur biasa yang perlu dilalui Rozaimi kerana secara dasarnya kelab itu memang mahu mengambil dia sebagai pemain tetap".

"Bagi saya ini peluang terbaik buat Rozaimi kerana jarang pemain Malaysia mendapat tawaran bermain di Thailand. Biarpun hanya di Thailand tapi kita semua tahu liga mereka berada di ranking lebih bail berbanding Malaysia dan kelab BEC Tero Sasana adalah kelab profesional yang mempunyai reputasi baik di sana,"

"Kami sudah menghubungi FAM Jumaat lalu untuk meminta bantuan bagi menjalankan rundingan dengan SAFA tetapi sehingga sekarang tiada maklum balas. Bagi pihak BEC Tero Sasana, mereka mahu Rozaimi menjalani ujian itu secepat mungkin"

Rozaimi yang dipanggil oleh jurulatih Ong Kim Swee mencipta sensasi di Yangon dengan menjaringkan empat gol ketika Malaysia membenam Filipina 7-0 dan dua gol ketika menewaskan Taiwan 4-2.

Pemain tengah menyerang kelahiran Bongawan, Sabah itu kemudian meledak hatrik untuk menumpaskan Vietnam 3-0 namun gagal membantu Malaysia meraih slot ke pusingan akhir biarpun menjaringkan satu gol ketika tumpas 1-2 di tangan Myammar.

Peningkatan mendadak Rozaimi membuatkan beliau akan mengikuti jejak rakan sepasukannya, Najmi Faiz Mansor yang bermain di luar negara.
Sumber: Metro




All about muslim??





Aku nak kongsikan di sini dari ruangan facebook yang telah dihantar oleh Cikgu Shah.

Aku bersetuju benar dengan kenyataan di atas. Setiap pengeboman dan pembunuhan yang berlaku disesebuah negara pasti ianya akan dikaitkan dengan Al-Qaeda atau pengganas islam. Tolong jangan double standard..........

Apa pandangan ada? Sila berikan komen........

Orang mengamuk di Putrajaya

Seorang lelaki bernama Khalil Afandi Abdul Hamid, 47 dan pasangannnya bernama Muhdalina Ahmad 28, mengamuk sambil masing-masing melibas pedang samurai ke arah orang ramai dan penjawat awam selepas menceroboh masuk ke kawasan pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini, semalam.

Pasangan Mengamuk Di JPM PutrajayaDalam kejadian jam 2.30 petang itu, seorang daripada suspek turut meetakkan pedang samurai pada leher seorang daripada anggota polis bantuan serta melibas dan merosakkan cermin kereta yang diletakan diperkarangan bangunan.

Keadaan yang tidak terkawal dan berbahaya itu memaksa anggota polis melepaskan tiga das tembakan ke arah dua suspek terbabit, dengan dua das tembakan terkena tangan kanan dan bahagian bawah perut suspek lelaki yang menyebabkan kematian, manakala satu das tembakan lagi terkena paha kanan wanita itu yang kini dirawat di hospital Putrajaya dan dilaporkan stabil.

Dikatakan lelaki dan wanita tersebut telah berumah tangga dengan pasangan masing-masing yang mana lelaki tersebut telah mempunyai seorang anak manakal wanita tersebut yang juga bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai dua orang anak.

Khalil Afandi yang berasal dari Petaling Jaya manakala Muhdalina dari Kota Damansara. Mereka dikatakan baru berkenalan selama seminggu di internet.

Isnin, 9 Julai 2012

Isteri hamil luar nikah, adik ipar ditiduri



Bagai keluarga 69 apabila seorang suami merelakan isterinya menjalin hubungan dengan lelaki lain sehingga mengandung luar nikah manakala dia sendiri pula menjalin hubungan sulit dengan adik iparnya dan mereka semua tinggal sebumbung di rumah projek perumahan termiskin (PPRT) di Padang Keria, Kangar.

SIASAT...kedua-dua pasangan meninggalkan kompleks Jaips 
di Kangar, selepas diambil keterangan.Lelaki yang berusia 39 tahun, bekerja kampung itu sudah lebih setahun tinggal seperti suami isteri bersama adik iparnya manakala isterinya kini sarat mengandung lapan bulan hasil hubungan haram dengan lelaki lain yang berusia 29 tahun.

Bagaimanapun, kehidupan jelik kedua-dua pasangan itu sejak lebih setahun lalu, terbongkar apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPS) melakukan serbuan selepas menerima maklumat.

Dua pasangan yang tinggal serumah dimana si suami tinggal dalam sebuah bilik bersama dengan adik iparnya yang berusia 18 tahun. Manakala isterinya yang berusia 25 tahun tinggal bersama dengan lelaki lain disebuah bilik berlainan.

Pasangan suami isteri itu mempunyai dua orang anak dan telah bercerai pada bulan Mac yang lalu.

Isteri dan teman lelakinya disiasat mengikut Seksyen 15 dan Seksyen 46 Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis 1991 kerana hamil luar nikah dan bersubahat menghamilkan wanita itu manakala suami dan adik iparnya disiasat mengikut Seksyen 9(1)(2) enakmen sama kerana berkhalwat yang boleh dikenakan hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga tahun.

P/S: Apa nak jadi ni yea?



Debat MCA dengan DAP 2.0

Baru selesai tengok rakaman debat 2.0 antara Setiausaha DAP, Lim Guan Eng dengan Presiden MCA iaitu Datuk Seri Choi Soi Lek berkenaan dengan 'Dasar siapa yang lebih memberi manfaat kepada negara'.

Aku tak mahu membicarakan tentang siapa yang menang dan siapa yang kalah dalam debat tersebut tapi yang pasti, yang menang adalah rakyat Malaysia.

Sebenarnya era berdebat ini dimulakan dengan Anwar lawan Shabery, kemudian diikuti dengan Guan Eng lawan Tsu Koon, Rafizi lawan Khairi dan sehinggalah kepada Guan Eng lawan Soi Lek ini.

Banyak isu yang dikupas dan diutarakan oleh kedua-dua pendebat ini. Ada soalan yang dijawab dengan sempurna dan ada soalan yang langsung tidak dijawab. Mungkin sebab soalan itu, mereka tiada jawapan atau mungkin jika jawapan yang diberikan akan berbalik kepada mereka.

Bagi aku, sebagai seorang pemilih atau pengundi, debat ini memberi banyak informasi kepada aku tentang keupayaan pembangkang untuk mentadbir kerajaan jika mereka menang dan juga jasa-jasa kerajaan sekarang ini.

Cuma aku terkejut tentang kenyataan seorang ahli panel yang juga  Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang mengatakan yang dia telah 'cross check' berkenaan dengan rasuah atau salah tadbir urus di pihak kerajaan sebanyak RM26 bilion. Itu satu angka yang besar dan banyak.

Aku tak mahu membincangkannya, cuma aku berharap alangkah baik jika Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak dapat berdebat dengan Datuk Seri Anwar bin Ibrahim tentang hala tuju Malaysia dan menjawab segala tohmahan dan isu-isu yang dilemparkan selama ini.

Aku rasa rakyat Malaysia dapat menerima kaedah berdebat ini sebagai suatu kaedah yang baru bagi menilai dan memahami sesuatu isu yang bersangkutan.

Cuma satu yang aku harapkan iaitu ketika berdebat, usahlah berdebat dengan emosi, menghina peribadi lawan. Berdebatlah dengan semangat setiakawan.

Lagi satu kepada penyokong-penyokong parti yang menghadiri debat, tolonglah hanya bertepuk tangan dan jangan meng'boo'kan dan menjerit kepada pedebat yang anda tidak suka. Hormati hujahnya walaupun hujahnya mengarut.

Kita tunggu mungkin selepas ini akan ada debat antara Najib lawan Anwar ataupun mungkin Muhyidin lawan Azmin. Harap-harapnya ada.

P/S : Sepatutnya kita perlukan debat untuk kita menilai parti mana yang boleh membawa Malaysia lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.





Ahad, 8 Julai 2012

Mengapa tiada komen

Aku sebenarnya tak tahu kenapa tiada orang komen tentang entri-entri aku dalam blog ini. Nak kata tak ada orang yang melawat blog aku, ada kadang-kadang sehingga 130 orang pelawat sehari.

Bagi aku sebagai blogger baru, aku rasa 130 orang pelawat sehari itu kira dah bagus la tapi aku tak tahu adakah mereka ini membaca keseluruhan entri aku atau dia orang ni tersalah masuk atau tersesat kat dalam blog aku.

Untuk bersangka baik, mungkin dia orang ini masuk dan membaca entri-entri aku, tapi malas nak memberi komen. Jadi aku fikir mereka yang masuk melawat blog aku ini adalah pembaca diam atau 'silence reader'.

Nak kata aku ada follower, memang tak ada. Jadi aku anggap yang masuk pageview blog aku ini memang membaca entri-entri aku la. Tapi sebenarnya aku tak tahu adakah mereka ini bersetuju dengan setiap ulasan dalam entri aku atau langsung tak suka sebabnya langsung tiada komen yang diberikan.

Aku cuba la ikut 'fatwa' otai-otai yang mempunyai komen beratus-ratus dalam satu entri, tapi hasilnya tetap sama.

Antara 'fatwa' tersebut ialah kena berblogwalking, blog nampak kemas (kemas ker blog aku ni?), kena ringankan blog (blog aku hanya 83.5 aje tak sampai 100) , kena visit blog-blog yang lain dan memberi komen (inipun aku buat tapi mungkin tak banyak) tapi semuanya tak ada kesan.

Kadang-kadang itu macam malas lagi nak berblogging tapi aku kena fikir balik apa niat asal aku semasa aku buat blog ini.

Niat asal aku bukan nak jadi popular cuma untuk meluahkan pendapat aku saja. Aku nak luahkan pendapat aku berkenaan dengan sesuatu perkara dari sudut pandang aku yang mungkin berbeza dengan orang lain jadi, medium yang paling baik adalah blog.

Juga niat aku untuk berkongsi ilmu dengan orang lain semoga ilmu yang aku kongsikan jika diamalkan akan menjadi sedekah buat aku di kemudian hari.

So, aku rasa tak apalah kalau tak ada orang komen dalam setiap entri aku, asalkan ada orang yang sudi pageview blog aku, itu sudah okey.


Khamis, 5 Julai 2012

Apek (Khairul Fahmi) berlakon dalam 'Semua Boleh Bolt' part 2

Ini adalah sambungan kepada drama 'Semua Boleh Bolt'part 1  yang dilakonkan oleh Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek penjaga gol pasukan bolasepak Kelantan dan juga pasukan Kebangsaan Malaysia.

Apek yang melakonkan watak sebagai pengawal keselamatan yang sebelum ini sentiasa dibuli telah berubah menjadi begitu kuat apabila telah dihadiahkan sepasang kasut.

Sebenarnya ini adalah salah satu promasi kasut sukan PUMA: saksikan video cerita tersebut




Sila kongsikan dengan kawan-kawan.

Kakitangan awam tiada bonus raya

Bernama menafikan berita yang melaporkan kononnya kerajaan akan memberi bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada semua penjawat awam untuk sambutan Hari Raya Puasa tahun ini.

Berita palsu itu disiarkan isnin lepas dalam sebilangan akaun facebook selepas mereka yang bertanggungjawab itu menampalkannya pada satu halaman portal berita myMetro, untuk membuatkannya kelihatan sahih.

Laporan yang mengatakan kerajaan akan membayar bonus adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh pengguna siber yang mempunyai agenda tertentu.

Dengan penafian ini, bermakna kakitangan awam akan kempunanlah untuk mendapat bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 sepertimana yang diharapkan.

Dari sudut pandang menantikan apa kata Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkenaan perkara ini.

P/S : sila kongsikan kepada kawan-kawan anda maklumat ini.

Rabu, 4 Julai 2012

Air mata Erra Fazira

Secekal dan setabah manapun seorang wanita itu, pasti air mata yang ditahan selama ini akan tumpah jua apabila rumah tangga yang dibina atas dasar cinta berdepan dengan ujian dari Allah.

Itulah yang berlaku pada aktress yang jelita ini, Erra Fazira yang akhirnya tidak mampu menhan air matanya daripada terus menitis apabila isu berkaitan rumah tangganya yang didakwa bergolak dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin semakin hangat diperkatakan orang dan menjadi paparan utama akhbar dan laman blog.

Isu semakin panas apabila Erra turut meluahkan status mengenai rumah tangganya di laman twitternya, baru-baru ini yang menimbulkan pelbagai spekulasi iaitu 'suatu hari saya akan bersuara'

Erra yang menghadiri majlis pelancaran drama bersiri 'Mana Hilangnya Juwita' kelihatan kurus.Tidak dapat dinafikan, aktress popular itu nampak tertekan kerana sering diasak persoalan yang sama daripada pihak media.

"Sebenarnya, saya sudah penat apabila kerap ditanya soalan yang sama sedangkan saya belum ada jawapan untuk itu. Sebelum ini saya fikir saya 'Superwoman' tapi sebagai insan biasa ada kalanya saya tewas dengan emosi kerana tertekan dengan gosip serta tohmahan orang mengenai rumah tangga kami."

"Saya belum bersedia untuk berkongsi cerita berkaitan dengan rumah tangga kami dan akan terus bertahan selagi terdaya. Saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai isu rumah tangga kami kerana tidak mahu kenyataan yang diberikan akan disalahertikan segelintir pihak sekaligus mengeruhkan keadaan sedia ada" Kata Erra lagi.

"Apa yang boleh dikatakannya, tiada rumah tangga yang sempurna begitu juga rumah tangganya kerana ia perkara biasa dihadapi mana-mana pasangan berkahwin".

"Apapun, sama ada jalan seorang ke 'kanan' dan seorang lagi ke 'kiri' yang kami pilih nanti, saya reda. Saya harap semua orang mendoakan yang terbaik buat kami" katanya.

Menurut Erra, apa yang dilakukan sekarang adalah untuk masa depan dan kebahagian anak kesayangannya iaitu Engku Aleesya kerana beliau tidak mahu anak tunggalnya ini terjejas dengan konflik rumah tangga beliau.


P/S : Darisudutpandang mendoakan yang terbaik buat Erra dan Engku Emran.

 Sumber: harian metro

Selasa, 3 Julai 2012

Shabery Cheek bersalah




Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Menteri Belia Dan Sukan telah mengaku bersalah di atas kesilapannya kerana terlepas pandang berkenaan dengan persembahan kumpulan Kpop yang dijemput semasa Himpunan Jutaan Belia yang baru lalu.

Kumpulan Kpop wanita yang memakai seluar pendek semasa membuat persembahan telah dijadikan isu oleh pihak-pihak yang tertentu kerana ianya dikatakan telah melanggar adat dan budaya penduduk di Malaysia.

Sebagai seorang pemimpin besar, sikap Shabery Cheek yang menyedari kesilapan beliau dan terus memohon maaf adalah satu sikap yang perlu disanjung dan perlu dicontohi oleh setiap pemimpin besar yang lain. seperti kata pepatah, jikalau ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya.
Ada pemimpin besar lain dah terang-terang bersalah masih tidak mengaku kesilapan. Jangankan memohon maaf tapi diberinya seribu alasan yang kadang-kadang langsung tidak masuk akal.

Ada kalangan pihak pembangkang mengambil peluang di atas kesilapan ini dengan menghentam Shabery Cheek dan pihak kerajaan dengan mengatakan kerajaan menganjurkan himpunan maksiat di Putrajaya.

Selang beberapa hari kemudian pihak pembangkang pula menganjurkan 'Bertam Nite' iaitu majlis mengumpul dana bagi pilihanraya yang mana terdapat penyanyi memakai pakaian yang lagi teruk daripada pakaian yang dipakai oleh penyanyi Kpop.

Ini membuktikan kadang-kadang manusia melakukan kesilapan dan yang lebih mulia apabila mengaku kesilapan itu dan memohon maaf.

Pihak UMNO perlu lebih ramai pemimpin besar seperti Shabery Cheek ini.



Ini adalah persembahan yang menyebabkan Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek dihentam


Ini pula adalah persembahan 'Bertam Nite' yang dianjurkan oleh pihak pembangkang

Apek (Khairul Fahmi) berlakon dalam 'Semua Boleh Bolt'



Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek kini mengembangkan bakatnya pula sebagai seorang pelakon. Apek yang juga penjaga gol Kelantan serta penjaga gol pasukan Harimau Malaya telah ditawarkan untuk berlakon dalam drama bersiri yang berjudul 'Semua Boleh Bolt'

Dalam drama tersebut Apek memegang watak sebagai pengawal keselamatan warga Nepal, bergandingan dengan penyampai radio polular, Fabes (Fly FM), Zain Saidin dan rakan seperjuangannya, Mahali Jasuli.

Apek berkata, bola sepak masih menjadi keutamaannya dan berlakon hanya untuk suka-suka dan berbentuk sambilan sahaja.

Lakonan untuk drama bersiri ini lebih kepada memenuhi permintaan pihak tertentu yang banyak menaja barangan sukan, katanya lagi.

Apapun , beliau tidak menafikan seronok berlakon sebagai pengawal keselamatan warga asing itu kerana berkonsep komedi dan spontan.

Sebelum ini Apek pernah berkata, yang dia tidak berminat untuk berlakon atau menceburi seni walaupun menjadi duta kepada SimplySiti.

Apek juga pernah muncul dalam video muzik nyanyian Andi A Merican.

Ditanya mengenai perancangan selepas ini, beliau masih menyatakan hasrat tidak terbabit aktif dalam bidang seni.

   




P/S : Apa komen anda bila Apek terlibat dalam bidang seni ini.



Kisah seorang sahabat: Ujian Allah paling hebat

Ini adalah artikel yang ketiga berkenaan dengan kisah seorang sahabat yang sedang diuji oleh Allah dengan ujian yang maha hebat. Artikel ini...