Jumaat, 13 Julai 2012

Karenah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)



Artikel aku kali ini tentang karenah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Aku tak mahu 'highlight' kan PBT mana...tapi kalau siapa yang makan cili tu....tau-taulah sendiri rasanya.

Aku rasa bukan aku saja yang pernah mengalami masalah seperti ini, aku rasa banyak orang yang menghadapi karenah-karenah orang 'gomen' ini.

Artikel aku ini bukan untuk menjatuhkan nama PBT tersebut tapi sekadar untuk meluahkan perasaan betapa slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' hanya retorik orang politik sahaja. Kakitangan kerajaan tak mahu mengadaptasi pun dalam segi mutu kerja.

Okey, aku tak mahu melalut lebih lama. Jadi aku nak start bercerita.........

Ceritanya macam ini....

Pada dua hari yang lepas, aku pergilah ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kuala Lumpur untuk mendapatkan beberapa maklumat berkenaan dengan syarat-syarat pembangunan di tempat dibawah penyeliaannya.

Sebenarnya aku malas nak pergi ke tempat ini tapi memandangkan bos aku dah banyak kali melalak kat aku, jadi dengan berat hati terpaksalah aku pergi (Kalau tak pergi kan nanti dia pecat aku...susah pulaknya nanti).

Bila aku sampai aje kat bangunan dia, macam biasalah kena pergi ke kaunter untuk ambil pas. Lalu aku tanyalah kat kaunter tu kalau nak check berkenaan dengan syarat-syarat pembangunan di kawasan ini, perlu ke tingkat berapa? Lalu petugas kaunter tu kata, aku kena pergi ke tingkat 10.

Lalu aku naik lift dan pergi ke tingkat 10. Bila aku sampai kat situ, kena tekan loceng dan tunggu pegawai datang. Bila pegawai datang dia tanya aku nak apa, jadi aku bagitau nak tanya berkenaan dengan syarat pembangunan tanah dan nak jumpa pegawai yang incharge kawasan ini.... Dia kata "Sayalah yang incharge kawasan ini tapi maklumat yang encik nak, encik kena pergi ke tingkat 13"

Nak ke tingkat 13, aku terpaksa naik tangga ke tingkat 11 dan tekan lift (sebab lift untuk ke tingkat 13 tak boleh naik ditingkat 10).

Bila lift sampai lalu aku tekan butang untuk ke tingkat 13, bila aku sampai di tingkat 13, macam biasa kena tekan loceng dan tunggu pegawai datang. Bila pegawai datang dan aku tanya soalan yang sama dia kata "oh encik, ini encik kena check di tingkat 12"

Dengan sopannya aku kata "terima kasih" (walau hati dah berbakul-bakul maki kat pegawai yang awal-awal tadi aku jumpa). Lalu aku turunlah melalui tangga untuk ke tingkat 12 (hati dah bengang gila ini, tapi aku cuba bersabar dan berikhtifar banyak-banyak)

Bila sampai di tingkat 12 aku pun masuk dan tekan loceng. Datang pegawai tanya aku untuk apa dan aku teranglah tujuan aku. Lalu pegawai itu panggil seorang pegawai lain untuk memberi penerangan berkenaan dengan maklumat yang aku nak.

So, betullah tingkat 12 ini yang boleh bagi jawapan berkenaan dengan persoalan aku...tapi dalam banyak-banyak soalan ada satu soalan yang dia tak boleh jawab. Dia kata aku kena refer kat tingkat 10 jadi okey lah nanti aku turun, aku akan singgah di tingkat 10 untuk dapatkan jawapan itu.

Bila aku dah berpuashati dengan maklumat-maklumat yang diberikan maka akupun naik lift untuk ke tingkat 10.

Bila sampai, aku tekan loceng dan muncullah pegawai yang aku jumpa awal-awal tadi. Bila aku tanya soalan itu dia kata "oh encik, saya tak tahu. Kalau encik nak maklumat tersebut, encik kena pergi ke tingkat 14. Saya tak boleh layan encik sebab saya sibuk, banyak kerja lain saya nak buat"

Aduih.....bengang betul aku dengan jawapan dia. Nak aje aku maki kat situ jugak...tapi aku sabar....dengan sopan aku menerangkan yang aku dah pergi ke tingkat 14 tapi dia orang suruh aku refer di tingkat 10.

Bila dia dengar aje aku jawab macam itu, terus dia bagi aku maklumat yang aku tanya awal-awal tadi...tapi siap kata, dia banyak sibuk dan terus tinggalkan aku sorang-sorang kat kaunter.......

Sebenarnya pengalaman jadi seperti bola, disepak ke sana sini dah banyak kali aku alami bila aku berurusan di PBT ini. Aku sampai sekarang tak tahu ditingkat berapa sebenarnya aku boleh dapatkan semua maklumat tanpa perlu dirujuk ke lain-lain tingkat.
  .
P/S: Aku harap di PBT ini hanya ada seorang pegawai ditingkat 10 aje yang berperangai macam itu.
Kepada Datuk Bandar yang baru tolonglah pantau sikit kakitangan bawahan serta selamilah dan adaptasi lah aspirasi Perdana Menteri untuk memberi servis yang terbaik untuk rakyat.

Aku rasa karenah birokrasi ini bukan hanya berlaku di PBT ini saja tapi mungkin dibanyak Jabatan Kerajaan juga berlaku. Kalau anda pernah terkena silalah komen yea....



2 ulasan:

  1. karenah birokrasi ni kalau tak dibendung akan menjadi satu sebab amalan rasuah menular di kalangan kakitangan kerajaan.

    BalasPadam

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...