Khamis, 30 Oktober 2014

Pantang larang selepas makan

Sebenarnya ada pantang larang yang perlu kita elak jika kita baru sahaja selesai makan. Apakah pantang larang itu dan kenapa. .?

1. Merokok selepas makan
Sebenarnya merokok selepas makan, lebih-lebih lagi jika dengan perut yang kenyang rasanya lebih 'umph' berbanding merokok pada masa perut yang lapar. Tetapi 'habit' merokok selepas makan perlu dielakkan kerana mengikut kajian oleh pakar-pakar kesihatan membuktikan merokok sebatang rokok selepas makan sama nisbahnya dengan merokok 10 batang rokok. Ini bermakna sesiapa yang suka mengamalkan tabiat ini kemungkinan besar untuk mendapat kanser lebih tinggi.

2. Jangan makan buah-buahan
kita pernah disogokkan dengan perkataan memakan buah-buahan selepas makan sebagai 'pencuci mulut' atau 'dessert'. Sebenarnya amalan ini tidak elok kerana buah-buahan yang terperangkap dalam perut bersama-sama dengan kandungan makanan yang dimakan tidak boleh sampai ke usus dalam waktu yang sama. Adalah disyorkan untuk makan buah-buahan hendaklah sekurang-kurangnya 1 jam selepas makan atau sebelum makan. Waktu yang terbaik untuk makan buah-buahan adalah pada waktu pagi ketika perut kosong. Ini adalah kerana pada waktu itu badan dapat menyerap nutrien yang terdapat dalam buah dan ianya dapat membekalkan tenaga yang cukup untuk memulakan hari.

3. Minum air teh
Kepada sesiapa yang suka minum teh selepas makan, selepas ini perlu tinggalkan kegemaran ini, ini kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Bahan ini akan menyebabkan kandungan protein dalam makanan yang dimakan akan menjadi keras sehingga sukar untuk dihadam. Untuk yang suka minum teh selepas makan, disyorkan untuk minum teh 1 jam selepas makan.

4. Jangan longgarkan tali pinggang
Melonggarkan tali pinggang bukan bermakna ia boleh menyebabkan usus terbelit atau tersumbat tetapi dengan melonggarkan tali pinggang bermakna kita telah terlebih makan hingga ke tahap kita tidak lagi selesa. Dengan melonggarkan tali pinggang, kita akan merasa lebih selesa dan seterusnya kita akan makan secara berlebihan. Oleh itu makanlah sehingga kita rasa kenyang tanpa perlu melonggarkan tali pinggang.

5. Jangan mandi
Mandi selepas makan akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan, kaki dan badan yang menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan terus berkurang. Hal ini akan melemahkan sistem penghadaman di dalam perut kita.

6. Jangan berjalan
Berjalan selepas sahaja makan akan menyebabkan asid refluks dan senak. Jika nak berjalan juga, janganlah berjalan dalam jarak yang jauh. Adalah baik jika dapat menunggu 30 minit selepas makan barulah berjalan. Para penyelidik di Jabatan Sains Latihan di University of South Carolina telah mendapati bahawa berjalan selepas makan adalah satu senaman yang terbaik untuk membakar tenaga. Perkara yang perlu diperhatikan ialah adalah ideal berjalan selama kira-kira 10 minit dan hanya selepas 20 hingga 30 minit selepas makan untuk mengelakkan asid refluks dan gangguan perut.

7. Jangan tidur
Orang tua pernah berpesan jangan tidur selepas makan nanti perut buncit. Sebenarnya memang betul pesan dan larangan orang tua cuma perut yang buncit tu aje yang salah sebab kebanyakan daripada kita tak tidur lepas makan pun perut tetap buncit. Sebenarnya jika tidur selepas makan, makanan yang diambil tidak dapat dicerna dengan baik. Oleh itu makanan yang tidak dicerna akan membawa kepada gastrik dan jangkitan di dalam usus.

DSP: Jom kita elak melakukan perkara seperti di atas bila selepas makan.....



Ahad, 26 Oktober 2014

12 bandar di Malaysia bakal hilang

Hasil kajian Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) mendapati 12 kawasan di seluruh negara akan hanya tinggal nama sahaja kerana ianya akan lenyap dari peta Malaysia kerana ianya akan tenggelam akibat peningkatan paras air laut.

Dianggarkan pada tahun 2100, 12 kawasan tersebut yang didiami oleh 2 juta penduduk akan ditenggelami air sedalam 0.25 meter sehingga 1 meter.

12 kawasan yang dijangka akan tenggelam ialah:

1. Batu Pahat, Johor.
Dari Sungai Senggarang ke Sungai Punggor.

2. Kuala Terengganu
Hasil kajian mendapati pusat bandar Kuala Terengganu, Kampung Cina, Sri Malaysia, Pasar Payang, Payang Mall, Jalan Bukit, Jalan Bukit Cina, Pulau Duyung, Pulau Ketam dan Kuala Hiliran akan ditenggelami air.

3. Klang, Selangor

4. Kuala Muda, Kedah

5. Bahagian barat daya Sarawak
Kawasan Maradong yang terletak di antara Batang Igan dan Batang Rajang.

6. Bahagian utara Sarawak
Di muara Batam dan Sungai Limbang.

7. Tawau, Sabah

8. Semporna, Sabah

9. Lahad Datu, Sabah

10. Sandakan, Sabah

11. Beluran, Sabah

12. Kudat, Sabah.

DSP: Jika tiada tindakan yang konkrit dilakukan mungkin bandar-bandar ini hanya tinggal nama sahaja dan ianya akan kekal dalam lipatan sejarah.


Ahad, 19 Oktober 2014

Tanda sakit buah pinggang

Statistik pesakit buah pinggang di Malaysia menunjukkan peningkatan yang amat membimbangkan. Terdapat hampir 5 ribu kes pesakit buah pinggang yang dilaporkan setiap tahun di Malaysia dan dijangka semakin meningkat kerana amalan pemakanan yang tidak betul rakyatnya. Faktor penyebab kepada penyakit buah pinggang saling berkait rapat dengan kencing manis, darah tinggi dan penggunaan ubat yang tidak mengikut kaedah yang betul selain jangkitan kuman.

Kebanyakan daripada kita tidak mengetahui hakikat bahawa penyakit buah pinggang boleh menjjadi pembunuh senyap. Penyakit ini tidak menunjukkan sebarang tanda sehinggalah keadaan sudah menjadi kritikal. Adalah penting untuk mengesannya dengan lebih awal. Terdapat beberapa tanda penyakit buah pinggang yang perlu kita tahu antaranya:

1. Perubahan dalam fungsi kencing
Tanda pertama yang selalunya diberi ialah perubahan jumlah atau kekerapan membuang air kecil terutamanya pada waktu malam, perubahan warna air kencing kepada warna lebih gelap dan juga keinginan untuk membuang air kecil tetapi tidak dapat berbuat demikian apabila sampai ke tandas.

2. Kesukaran atau kesakitan
Jangkitan saluran kencing boleh menyebabkan gejala sakit atau terbakar semasa membuang air kecil. apabila jangkitan mula merebak ke buah pinggang ia boleh menyebabkan demam dan sakit belakang.

3. Darah dalam air kencing
Tanda ini boleh menimbulkan kebimbangan jika disedari. Walaupun berbagai faktor boleh menyebabkan kencing berdarah namun dinasihatkan perlu segera mendapatkan rawatan doktor.

4. Bengkak
Fungsi buah pinggang ialah mengeluarkan bahan buangan dan cecair tambahan daripada badan. Apabila buah pinggang rosak, cecair tambahan ini akan menyebabkan bengkak pada tangan, kaki, buku lali dan muka.

5. Kepenatan
Buah pinggang menghasilkan hormon erythropoietin yang membantu membuat sel-sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Bila buah pinggang rosak, penghasilan hormon erythropoietin yang rendah menyebabkan sel darah merah berkurangan dan ini akan menyebabkan anemia. Bila penurunan penghantaran oksigen ke sel-sel inilah yang menyebabkan kepenatan dan keletihan berlaku.

6. Pening dan ketidakupayaan untuk menumpukan perhatian
Kekurangan sel-sel darah merah yang membawa oksigen yang disebabkan penyakit buah pinggang juga menyebabkan rasa pening dan menjejaskan tumpuan.

7. Rasa sejuk sepanjang masa
Anemia yang disebabkan oleh penyakit buah pinggang juga akan menyebabkan rasa sejuk walaupun suhu di sekitarnya panas. Pyelonephritis ( jangkitan buah pinggang ) boleh menyebabkan demam dengan menggigil.

8. Ruam kulit dan gatal
Kegagalan buah pinggang juga akan menyebabkan gatal-gatal dan ruam kulit yang teruk.

9. Nafas busuk
Kegagalan buah pinggang akan menyebabkan urea bertambah dalam darah (uraemia ).  Urea ini dipecahkan kepada ammonia dalam air liur yang menyebabkan nafas berbau busuk. Ia juga biasanya dikaitkan dengan rasa logam yang tidak menyenangkan (dysgeusia) di dalam mulut.

10. Loya dan muntah
Rasa loya dan muntah juga boleh disebabkan oleh penyakit buah pinggang. Ini kerana pengumpulan bahan buangan di dalam darah akan menyebabkan rasa loya dan muntah.

11. Sesak nafas
Kegagalan buah pinggang berfungsi dengan baik menyebabkan cecair terkumpul di paru-paru.  Selain itu, kekurangan oksigen yang berlaku disebabkan kurangnya sel darah merah menambahkan lagi masalah pernafasan.

12. Sakit di bahagian belakang dan sisi
Beberapa kes penyakit buah pinggang boleh menyebabkan kesakitan. Rasa sakit seperti kekejangan yang merebak dari bahagian belakang hingga ke pangkal paha adalah disebabkan batu karang dalam saluran kencing. Sakit juga mungkin berkaitan dengan penyakit buah pinggang polisistik iaitu gangguan buah pinggang yang diwarisi  yang menyebabkan banyak berisi cecair sista dalam buah pinggang. Cystitis celahan, keradangan kronik dinding pundi kencing, menyebabkan kesakitan kronik dan ketidakselesaan.

DSP: Adalah penting untuk mengenal pasti penyakit buah pinggang daripada awal lagi kerana dalam kebanyakan kes pesakit hanya menyedari penyakit ini pada tahap yang telahpun kronik dan tidak mampu diselamatkan lagi. Untuk mengurangkan risiko penyakit buah pinggang yang kronik ini, berjumpalah doktor apabila terdapat 1 atau lebih gejala-gejala seperti di atas. Jika ianya dapat dikesan dengan lebih awal, penyakit buah pinggang ini masih boleh dirawat dengan berkesan.

Ahad, 12 Oktober 2014

Mengapa tidak boleh terlebih tidur.

"Penatnya badan, nak tidur la dulu". Kita mungkin mengalami detik-detik betapa letih dan penatnya badan akibat seharian bekerja. Dalam islam sendiri mengalakkan agar tidur sekejap kira-kira 15-30 minit sebelum masuk sembahyang zuhur. Ini kerana dengan tidur sekejap itu dapat mengembalikan semula tenaga pada badan.

Memanglah siapa yang tak suka tidur sebab dengan tidur kita dapat mengembalikan kesegaran pada tubuh selepas penat bekerja. Dengan tidur juga kita dapat melupakan semua masalah dalam kehidupan. Tapi jangan terlebih tidur dah la....

Sebelum itu apa dia terlebih tidur? Terlebih tidur ialah keadaan di mana kita tidur lebih lama daripada sepatutnya. Dalam kes orang dewasa, 6 jam tidur adalah waktu yang paling optimum yang diperlukan oleh badan untuk berehat dan mengembalikan kesegaran kepada tubuh.

Mengapa tidak boleh terlebih tidur? Ini kerana mengikut kajian yang dilakukan oleh pakar-pakar kesihatan mengatakan jika seseorang itu terlebih tidur ia boleh menyebabkan masalah kesihatan pada badan misalnya:

1. Penyakit diabetes
Kajian mendapati bagi mereka yang terlebih tidur akan mudah mendapat penyakit diabetes berbanding dengan mereka yang mendapat tidur secukupnya.

2. Penyakit jantung
Kajian mendapati seseorang yang tidur 8 hingga 9 jam sehari akan meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung.

3. Pelupa
Benar, tidur boleh meningkatkan pembentukan tahap ingatan. Walau bagaimanapun, mereka yang tidur selama 8 hingga 9 jam sehari memberi kesan yang sebaliknya. Ini kerana bagi mereka yang terlebih tidur ianya boleh melambatkan fungsi sel-sel di bahagian otak.

4. Kemurungan
Banyak kajian yang dilakukan terhadap pesakit yang mengalami masalah kemurungan adalah disebabkan mereka tidur secara berlebihan. Tambah buruk apabila mereka masih kekal dengan aktiviti tersebut walaupun  mengetahui kesan buruk ke atas mereka.

5. Kematian
Sekalipun tiada fakta sahih yang dapat mengaitkan, namun terdapat penyelidikan yang menyokong bahawa tidur secara berlebihan boleh meningkatkan risiko kematian secara mengejut.

6. Obesiti
Menurut kajian yang dilakukan, seseorang yang tidur secara berlebihan akan berisiko 21 peratus lebih tinggi untuk mengalami obesiti. Ini kerana ketika tidur, metabolisme menjadi perlahan.

7. Sakit belakang
Individu yang tidur secara berlebihan, berpotensi besar untuk kerap mendapat sakit belakang. Bagaimanapun, sekiranya seseorang pesakit itu berbaring di atas katil khas yang disediakan maka kemungkinan untuk mendapat sakit belakang masih di tahap biasa.  

8. Tidak cantik
Mereka yang tidur secara berlebihan boleh menyebabkan muka menjadi sembab dan ini memberikan penampilan yang kurang menarik lebih-lebih lagi buat wanita.

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...