Selasa, 24 Disember 2013

Murtad kerana cinta

"Ya Allah, kau tegakkan agamamu ketika kami tidak berupaya menegakkannya, Ya Allah, Kau berikan petunjuk dan jalan kepada kami ketika kami lemah dan lalai. Ya Allah, kau tetapkan lah hati kami di jalan agamamu yang benar ketika kaum kafir begitu kuat untuk menyesatkan kami, Ya Allah, Amim Ya Robbi Alamim."

dari, sudut, pandang, Islam, murtad, keluarga, Hindu, perempuan, agama, Islam itu indah

Seorang perempuan yang berusia 24 tahun sanggup menukar agama yang dianutinya iaitu Islam, hanya kerana cinta.

Ikuti kisah sedih ini yang berlaku kepada sebuah keluarga di Kuala Lumpur apabila anak perempuan yang diajarnya sejak lahir tentang agama Islam, diajarnya mengaji al-Quran dan sembahyang tetapi apabila besar sanggup buang keluarga dan agama semata-mata mengikut kekasihnya yang beragama Hindu.

Seorang ayah menceritakan kisah sedih ini berkata, dugaan yang diterimanya amat berat apabila anak perempuan disayanginya terjebak dengan cinta menjurus ke arah murtad

"Walaupun saya kurang berpelajaran, namun didikan agama terhadap anak anak tak pernah saya abaikan. Malah, kami sekeluarga selalu berkumpul dan bertazkirah selepas Maghrib.

"Tiba-tiba seorang daripada anak yang selama ini mendengar cakap, rajin mengaji al-Quran dan menutup aurat berubah sikap sebaliknya.

"Kemuncaknya, kira-kira setahun lalu dia keluar rumah dengan membawa beg pakaian sebelum saya dapat mengesannya tinggal bersama teman lelaki bukan Islam,"

Ayahnya berkata, dia pernah cuba membawa anak perempuannya itu balik ke rumah tetapi dihalang abang kekasih anaknya itu.

"Saya dicekik, dihalau dan diberi amaran supaya tidak datang lagi. Lebih menyedihkan, anak saya meminta saya pergi dari situ.

"Ya Allah, selamatkan aku, hanya itu mampu terucap ketika dicekik beberapa minit sambil diancam dipukul dengan batu,"

Dia yang mulanya nekad membawa pulang anaknya itu akhirnya akur kerana bimbangkan keselamatan diri dan isteri terpaksa beredar dengan penuh pilu apabila turut dihalau anak sendiri.

Sementara itu, ibunya berkata, hancur luluh hatinya ketika cmelihat anaknya itu melakukan upacara keagamaan bukan Islam disebuah rumah ibadat di sini.

"Saya mengandungkannya dan melahirkannya dalam agama Islam. Ibu mana yang mampu menahan kesedihan apabila anak yang selama ini mendengar cakap tiba-tiba berubah, malah mengikut perbuatan agama lain termasuk melakukan upacara agama di rumah ibadat bukan Islam.

"Apa saya nak jawab dengan Allah nanti. Saya ada 4 anak, tetapi ke mana arah akidah seorang daripadanya apabila perwatakannya kini menyimpang jauh daripada syarak, dia tidak lagi bertudung, gemar berseluar pendek, malah sudah ada tanda di dahinya."

Ibu itu berkata, air matanya sudah kering akibat terlalu banyak menangis sejak anak perempuannya itu mengikuti seorang lelaki berusia 25 tahun.

Ibu itu berkata lagi, kes anaknya itu sudah dilanjutkan kepada pengetahuan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan polis, namun tiada tindakan sewajarnya diambil pihak berkenaan.

"Kami sekeluarga hidup dalam syariat Islam. Saya dan suami memberikan pendidikan agama kepada semua anak-anak sejak kecil sehingga dewasa, solat fardhu 5 waktu amat dititik beratkan.

"Saya takkan benarkan....anak saya tidak boleh memilih untuk keluar daripada Islam walau apapun alasannya termasuk sudah dewasa. Teman lelakinya turut mendakwa akan membawa anak saya untuk menukar nama serta status agama dalam kad pengenalan, saya takkan benarkan."

DariSudutPandang: Sedih dan terkilan bila membaca kisah keluarga ini. Apa tindakan kita sebagai umat Islam bila perkara ini berlaku? Mana perginya NGO-NGO Islam, Parti Politik yang kononnya memperjuangkan Islam? Adakah suara mereka kini sudah ditutup daripada bersuara?

Dalam perlembagaan negara kita ada menyebut 'Tidak boleh menyebarkan agama lain kepada umat Islam' tapi kenapa perkara seperti ini berlaku juga.

Sedarlah wahai umat Islam di Malaysia, kita lemah kerana kita tidak bersatu dan disebabkan kelemahan kita inilah, orang-orang kafir ini mengambil kesempatan ke atas kita. Kita perlu bersatu bukan sahaja dalam politik tetapi lebih-lebih lagi dalam agama kita...Ayuh saudara-saudara ku sesama muslim....






Isnin, 23 Disember 2013

Ramai lelaki kecewa dengan aktiviti seks

Apa itu ejakulasi pramatang atau dalam bahasa Inggerisnya Premature Ejaculation (PE) yang sering di alami oleh lelaki?

PE ialah satu keadaan dimana ejakulasi berlaku dalam lingkungan masa satu minit atau kurang ketika berlakunya penetrasi; tidak dapat mengawal atau melambatkan ejakulasi ketika penetrasi.


dari, sudut, pandang, seks, lelaki, lemah, PE, ejakulasi pramatangKenapa ejakulasi pramatang ini sering berlaku kepada lelaki?

Satu kajian yang telah dijalankan di rantau Asia Pasifik mendapati seorang daripada 3 lelaki dikesan mengalami masalah ejakulasi pramatang ketika melakukan seks dengan pasangan.

Perkara ini didedahkan hasil kaji selidik keatas 3500 leaki dan wanita berusia 18 hingga 45 tahun dari Australia, China, Hong Kong, Korea Selatan, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand.

Di Malaysia, 45 peratus lelaki dan 71 pasangan yang ditemuramah dalam kaji selidik ini mempunyai pengalaman ejakulasi pramatang dan mengaku tidak berpuas hati dengan hubungan mereka dan seterusnya menjadikan masalah ini menjadi serius di kalangan lelaki di negara ini.

"Malu, tidak terbuka untuk berkongsi masalah dan enggan mendapatkan bantuan doktor menjadi penyumbang kepada peningkatan kes. Masalah ini agak membimbangkan apabila ramai pasangan kecewa dengan kehidupan seksual mereka."

Hasil kaji selidik ini juga menunjukkan 44 peratus daripada pasangan terbabit mengakui ejakulasi pramatang mewujudkan jurang di antara mereka dengan pasangan.

Dalam kes lebih serius, 15 peratus lelaki dan 14 peratus wanita mengakui ejakulasi pramatang boleh membawa kepada keruntuhan rumah tangga.

Dalam kalangan responden lelaki Malaysia yang mengalami ejakulasi pramatang, 38 peratus cenderung untuk mengelak daripada melakukan seks, manakala 20 peratus menjauhkan diri daripada pasangan masing-masing.

"Ejakulasi pramatang sama seperti isu kesihatan seksual lain dan boleh dirawat. Amat penting bagi lelaki mengalaminya dan pasangan mereka menyelesaikan masalah dengan berjumpa doktor."

Hasil daripada kaji selidik:

  • 8 daripada 10 lelaki mengalami ejakulasi pramatang masih tidak didiagnos.
  • 55 peratus tidak menyedari masalah boleh diatasi dengan berjumpa doktor.
  • 50 peratus menyatakan mereka tidak mengambil tindakan kerana stigma dan malu.
  • Bagi pasangan yang mengalami masalah, 47 peratus tidak pernah menggalakkan suami mendapatkan rawatan.





Ahad, 15 Disember 2013

Keajaiban Ustaz Kazim Elias

Siapa dia Ustaz Kazim Elias yang menjadi bahan bualan di Malaysia ketika ini?

Kalau nak tahu baca selanjutnya yea:

dari, sudut, pandang, ustaz kazim elias, pengasas al barakah, pendakwah, tolak MT, ahli PASUstaz Kazim Elias atau nama penuhnya adalah Ustaz Mohammad Kazim Bin Elias adalah seorang pendakwah bebas. Beliau adalah pengasas dan pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah iaitu pusat pendidikan Islam yang beribu pejabat di Kg. Manjoi, Ipoh, Perak. Beliau juga adalah penceramah dalam rancangan 'Kalau Dah Jodoh' di Astro Oasis saluran 106.

Apakah Keajaiban Ustaz Kazim Elias ini?

Keajaiban Ustaz Kazim Elias ini adalah apabila beliau telah ditawarkan menjadi Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO walaupun beliau bukanlah ahli UMNO. Mana mungkin seseorang yang bukan ahli parti menjadi MT kepada parti tersebut, tapi itulah keajaiban Ustaz Kazim.

Ustaz Kazim sekali lagi mencipta keajaiban apabila menolak pelantikan menjadi MT daripada Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Mohd Najib Razak yang juga Perdana Menteri Malaysia. Penolakan Ustaz Kazim buka saja pelik tetapi mencatat sejarah politik Malaysia. Beliau orang pertama tolak jadi ahli MT ketika setiap ahli UMNO berebut-rebut untuk menjadi MT sehingga sanggup menghabiskan bukan saja ribuan ringgit tetapi sehingga mencecah jutaan ringgit semata-mata untuk melobi menjadi MT.

Sekalipun hasrat Presiden UMNO tidak kesampaian, namun Ustaz Kazim tetap istimewa kerana dia adalah ahli PAS pertama yang ditawar untuk menjadi MT UMNO. Belum pernah terjadi dalam sejarah UMNO, seorang ahli parti lawan dibawa masuk ke dalam parti tapi Ustaz Kazim memecah rekod kebal itu.

Kenapa Ustaz Kazim Elias ini begitu istimewa di mata Datuk Seri Najib Razak?

Ustaz Kazim Elias dilihat oleh Datuk Seri Najib sebagai tokoh Islam yang berpengaruh, cerdik, bijaksana, berfikiran terbuka dan diterima oleh ramai orang. Ustaz Kazim Elias dikatakan mempunyai sejuta pengikut di Facebook dan dia dikatakan ustaz yang kedua paling berpengaruh selepas Ustaz Azhar Idrus (UAI). Dikatakan pengaruh Ustaz Kazim ini semakin meningkat manakala pengaruh UAI agak menurun selepas ramai pengikut UAI daripada golongan wanita meninggalkannya selepas beliau berkahwin lagi satu.

Ketika nama Ustaz Kazim diumumkan sebagai ahli MT, ramai rakan-rakannya dan penyokongnya daripada PAS menghina dan mencerca beliau bahkan keluarga beliau juga terpalit sama. Perbagai cercaan, hinaan dan gelaran diberikan kepada beliau menyebabkan beliau dalam dilema dan jalan yang terbaik yang perlu diambil adalah menolak pelawaan tersebut.

Walau apa pun tindakan beliau, Ustaz Mohammad Kazim bin Elias telah mencipta keajaiban yang tersendiri dalam sejarah UMNO khususnya dan sejarah Malaysia amnya.




10 hotel pilihan pasangan curang

Agak-agaknya mana hotel yang menjadi pilihan bagi lelaki yang curang ingin membawa pasangannya bagi melepaskan nafsunya?

dari, sudut, pandang, curang, hotel, lelaki, pasangan

Pungutan pendapat dilakukan laman sesawang AshleyMadison.com baru-baru ini yang membabitkan 21 ribu ahlinya mengeluarkan data yang mengejutkan.

Lelaki didapati berbelanja lebih untuk teman wanita berbanding isterinya sendiri dan pemilihan tempat untuk berasmara pula lebih tertumpu di hotel 5 bintang.

Berikut adalah 10 hotel yang menjadi kegemaran bagi pasangan yang curang untuk melepaskan nafsu mereka:
  • Hyatt
  • Hilton
  • Sheraton
  • Comfort Inn
  • Holiday Inn
  • Radisson
  • Courtyard Marriott
  • Westin
  • Four Season
  • Best Western

Sabtu, 14 Disember 2013

50 peratus remaja melakukan seks

Aku terkejut bila membaca statistik yang terbaru berkenaan dengan remaja yang mengorbankan daranya demi kerana cinta. Nak percaya ke tak nak percaya? Sebabnya sampai 50 peratus tu... Apa nak jadi remaja kita ni?

 Korang baca lah yea:

dari sudut pandang, pergaulan bebas, remaja melakukan seks, statistikPercaya atau tidak mengikut perangkaan terbaru, setiap 3 orang remaja daripada 6 orang remaja berumur antara 15 hingga 28 tahun di negara ini didapati melakukan seks luar nikah bersama pasangan masing-masing kerana didorong perasaan ingin mencuba akibat menonton video lucah, sekali gus dikhuatiri menyumbang kepada kes pembuangan bayi.

Lebih mengejutkan, hampir semua jumlah yang dicatatkan mengikut statistik itu adalah mereka yang mempunyai kelulusan universiti ataupun menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Umur sekitar 18 tahun hingga 22 tahun ketika pertama kali melangkah masuk ke institusi pengajian tinggi adalah mereka yang paling banyak terbabit dalam jenayah keruntuhan akhlak ini.

Darisudutpandang: Dalam kajian ini menunjukkan orang yang bijak pandai tak semestinya bijak dalam bab pergaulan antara pasangan. Mungkin mereka terlebih 'advance' daripada orang yang tidak pandai...tapi itu bukan yang aku gusarkan, yang aku terkejut adalah statistik tersebut menunjukkan betapa tingginya anak-anak remaja kita yang sudah melakukan seks sebelum nikah.

Katakan lah jika disebuah universiti itu ada 4000 orang pelajar maka 2000 orang pelajar tersebut pernah melakukan seks...pergh...ramai tu..

Korang ada komen ker, pasal statistik ni?




Khamis, 12 Disember 2013

Isteri mengamuk kerana suami berkhatan

Apa kes ni, sampai mengamuk pula? Suami nak berkhatan pun tak bagi ke? Lagi satu apa pula ceritanya dah tua-tua baru nak berkhatan?

dari sudut pandang, berkhatan, mengamuk kerana suami berkhatan
Nak tahu, baca selanjutnya yea:

Seorang lelaki Filipina yang baru memeluk Islam dan memutuskan untuk ke hospital di Jazan, selatan Saudi bagi menjalani prosedur berkhatan sebagaimana yang dituntut oleh agama Islam.

Isterinya yang berang telah mengekori suaminya sehingga ke hospital. Setibanya di hospital, dia menangis dan meraung kerana menyangka suaminya membenarkan doktor memotong alat sulitnya.

Pihak berkuasa hospital berusaha memujuknya dan memberitahu yang berkhatan baik untuk kesihatan dan tidak membabitkan pemotongan alat kelamin suaminya.

Bagaimanapun dia terus mengamuk menyebabkan suaminya berubah fikiran untuk tidak berkhatan.

Darisudutpandang: Memang sentiasa terjadi salah faham tentang amalan agama Islam di kalangan orang bukan Islam. Kepada yang tak tahu, berkhatan itu sebenar memotong lebihan kulit yang menutupi 'kepala' zakar lelaki.

Sebenarnya kes-kes salah faham tentang amalan umat Islam ini sentiasa terjadi contohnya tentang amalan berpuasa, sembahyang, berkorban dan sebagainya.

Aku bagi 2 kes yang berlaku di Malaysia ini yang membuatkan aku rasa bukan mereka salah faham tentang amalan umat Islam tapi sebenarnya lebih kepada kebodohan mereka sendiri yang tidak mahu belajar tentang toleransi dalam agama.

Kes 1:

Kebodohan dan kebangangan Timbalan Menteri Pelajaran, P. Kamalanathan yang mempertikaikan amalan menyembelih lembu ketika sambutan Hari Raya Korban (Edul Adha) di sebuah sekolah baru-baru ini. Padahal amalan tersebut telah lama diadakan disekolah-sekolah.

Kes 2:

Penukaran hari cuti bagi Negeri Johor daripada hari Sabtu dan Ahad ditukarkan ke hari Jumaat dan Sabtu kerana memberi lebih ruang kepada umat Islam untuk bersembahyang Jumaat. Disebabkan itu ada seorang pemimpin cina (aku lupa nama dia) yang mempertikaikan penukaran cuti tersebut dan seterusnya dengan bangganya (tapi sebenarnya menunjukkan betapa bodoh dan bangangnya dia) mengesyorkan supaya umat Islam menukar sembahyang Jumaat ke sembahyang Ahad.

Kepada 2 pemimpin kaum Cina dan India ini, sebelum membuat kenyataan yang menyentuh amalan umat Islam tolonglah selidik dan tanya dulu kepada kawan-kawan dalam politik (ada orang Umno dan orang PAS) supaya kenyataan yang dikeluarkan boleh mengambarkan yang anda seorang yang terpelajar bukannya kenyataan yang menunjukkan betapa bodohnya kamu.



Rabu, 11 Disember 2013

Remaja 16 tahun merogol guru

Apa nak jadi dengan budak-budak sekarang ni, baru nak kenal dunia dah pandai nak rogol orang. Inilah akibatnya bila nafsu menguasai diri, manusia tidak lagi mampu berfikir secara waras sehingga guru pun sanggup dirogolnya.

Ceritanya macam ni:

dari sudut pandang, guru kena rogol, remaja 16 tahun
Guru yang berusia 26 tahun ini dan bekerja sebagai guru tadika di Taman Impian telah dirogol oleh seorang remaja yang berusia 16 tahun apabila guru tersebut datang ke tadika itu kira-kira jam 7 pagi berseorangan kerana tadika tidak dibuka kerana masih bercuti.

"Mangsa pada mulanya menyedari kehadiran remaja itu yang menunggu di luar tadika dan tidak mengesyaki apa-apa dan terus membuka pintu pagar sebelum mahu masuk ke dalam.

"Bagaimanapun, sebaik mangsa membuka pintu tiba-tiba remaja itu terus datang dari belakang dan memeluknya sebelum mengheret mangsa masuk ke dalam tadika itu. Malah, remaja itu memberitahu meminati mangsa dan menaruh perasaan cinta terhadapnya."

Mangsa yang terkejut dengan tindakan remaja terbabit cuba melawan, namun gagal sebaliknya remaja itu terus menanggalkan pakaian mangsa sebelum merogolnya.

"Selepas merogol mangsa, remaja terbabit terus melarikan diri. Mangsa yang trauma dengan kejadian itu menghubungi majikannya yang tiba tidak lama kemudian.

Mangsa menceritakan apa yang berlaku sebelum memberikan gambaran mengenai wajah remaja berkenaan kepada majikannya itu.

Majikannya kemudian terus keluar mencari remaja itu di kawasan berhampiran sebelum menemuinya berhampiran sebuah klinik haiwan.

"Majikannya itu kemudian membawa remaja itu berjumpa dengan mangsa untuk pengecaman sebelum wanita itu mengesahkan remaja itu merogolnya.

"Mereka kemudian membawa remaja itu ke balai polis dan mangsa turut membuat laporan berhubung kejadian itu.

Darisudutpandang: Buat semua wanita yang berjalan keseorangan tak kira di mana anda berada, sila berhati-hati lebih-lebih lagi jika ada lelaki yang tidak dikenali berada berhampiran dengan anda tak kiralah lelaki itu remaja, dewasa atau berpangkat atuk sekalipun kerana jika mereka dikuasai oleh nafsu mereka bukan lagi manusia.......

Aku tak tahu kenapa remaja sekarang ni boleh bertindak sedemikian, adakah kerana sekarang ini gambar dan video lucah begitu senang didapati yang menjadikan remaja kita sekarang bertindak sedemikian?

Adakah ini harga yang kita perlu bayar kerana terlalu mengejar ke arah negara maju sehinggakan remaja dan belia kita semakin terpesong?

Entahlah.............!!


Isnin, 9 Disember 2013

Lintah gigit kemaluan

Bila waktu banjir ni, kanak-kanak lah yang paling suka kerana dapat bermain air, tapi awas kerana ada musibahnya. Kes ini berlaku di Kampung Bagus, Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.

Nak tahu lebih lanjut tolong baca yea:

Seorang ayah terkejut apabila melihat seekor lintah yang besar sedang mengigit kemaluan anaknya dan seterusnya terus membuangnya. Kejadian ini berlaku kepada anaknya yang baru berusia 2 tahun yang ketika itu bermain air bersama abang dan sepupunya.

Akibat gigitan tersebut, budak tersebut mengalami pendarahan yang teruk menyebabkan dia dirujuk ke hospital Raja Perempuan Zainab ll (HRPZ ll).

Ibunya berkata, "Dalam tempoh 5 jam, saya terpaksa menukar lampin pakai buang anak saya itu 5 kali kerana darah masih keluar. Bagaimanapun, selepas menerima rawatan, anak saya kembali pulih."

Manakala terdapat 1 kes lagi yang melibatkan seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 5 tahun apabila lintah memasuki duburnya.

Menurut ibu kanak-kanak perempuan tersebut, kejadian itu berlaku apabila anak perempuannya sedang bermain air dan dikejutkan apabila anaknya mengadu sakit dibahagian dubur.

Katanya, dia segera mendekati anaknya dan terkejut melihat lintah sudah separuh memasuki dubur.

"Saya menguis berkali-kali dalam keadaan panik dan tidak pasti lintah itu jatuh atau masuk ke dalam dubur anak."

"Saya membawanya ke Hospital Tumpat kerana bimbang darah terus keluar. Anak saya kemudiannya dirujuk ke HRPZ ll dan selepas doktor memeriksa termasuk melakukan imbasan x-ray, tiada lintah dalam dubur anak saya," katanya yang masih fobia dengan kejadian itu.

Darisudutpandang: Harapnya, ibu bapa dapat memantau anak-anak yang bermain air di waktu banjir ini. Jadikan kes ini walau boleh dikatakan ianya kes terpencil namun ianya dapat dijadikan ikhtibar buat kita semua.





Khamis, 5 Disember 2013

Senarai 20 pemain mempertahankan pingat emas

Malaysia, pemenang pingat emas dalam acara bola sepak Sukan Sea dalam 2 edisi yang lepas, akan memburu kejuaraan hatrik kali ini. Walaupun dijangka agak sukar kerana berdepan dengan kehilangan pemain bintang yang tercedera namun begitu ianya tidak mematahkan semangat para pemain Datuk Ong Kim Swee mengapai hasrat tersebut.



Berikut adalah senarai pemain yang akan memburu 'ibu segala emas' di Sukan Sea Myanmar:

Penjaga Gol

  • Mohd Izham Tarmizi Roslan
  • Mohd Farhan Abu Bakar
Pertahanan
  • Shahrul Mohd Saad
  • Mohd Zubir Mohd Azmi
  • D Kenny Pallraj 
  • Nazirul Naim Che Hashim
  • K. Rueben
  • Mohd Fadhli Mohd Shas
  • Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham
  • Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris
Tengah
  • Ashri Chuchu
  • Mohd Nazmi Faiz Mansor
  • S Sivanesan
  • Mohd Irfan Fazail
  • Mohd Nasir Basharudin
  • D Saarvindran
Penyerang
  • Mohd Rozaimi Abdul Rahman
  • A Thamil Arasu 
  • Ahmad Hazwan Bakri
  • Izzaq Faris Ramlan

Rabu, 4 Disember 2013

Liga Super Malaysia 2014: Senarai pemain Pahang

Penyandang juara Piala Malaysia, Pahang tidak berkecuali bersiap untuk memperkukuhkan pasukan untuk menghadapai cabaran mengharungi Liga Super Malaysia pada musim depan. Walaupun kehilangan jurulatih yang membawa pasukan memenangi Piala Malaysia iaitu Dollah Salleh yang berhijrah ke PDRM, pasukan Pahang dikatakan akan membawa masuk jurulatih yang baru untuk merealisasikan hasrat pasukan untuk mempertahankan Piala Malaysia musim depan.

Berikut adalah senarai pemain Pahang:

(kemaskini 07/01/2014)

dari sudut pandang, bola sepak Pahang, senarai pemain, Liga Super Malaysia
Ketua Jurulatih
  • Ronald Smith
Penoloong Jurulatih
  • Zainal Abidin Hassan
Penjaga Gol
  • Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid (signed) 
  • Mohammad Saufi Mohammad (signed)
  • Mohd Nasril Nourdin (signed)
Pertahanan
  • Jalalludin Jaafar (signed)
  • Mohd Saiful Nizam Miswan (signed)
  • Damion Delano Stewart (Import) (signed)
  • Zeshan Rehman (import, Kitchee FC) (signed)
  • Mohd Razman Roslan (signed)
  • Mohd Zaiza Zainal Abidin (signed)
  • Mohd Shahrizan Mohd Salleh (signed)
Pemain Tengah
  • R. Surendran (signed)
  • Azidan Sarudin (signed)
  • Mohd Fauzi Roslan (signed)
  • Mohd Hafiz Kamal (signed)
  • R. Gopinanthan (signed)
  • Mohd Hazri Rozali (signed)
  • Abdul Malik Mat Ariff (signed)
  • Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid (signed)
Penyerang
  • Matias Ruben Conti (Import) (signed)
  • Dickson Nwakaeme (Import, Kelantan FA) (signed)
  • Azammuddin Mohd Akil (signed)
  • Mohd Faizol Hussein (signed)
  • Muhammad Syawal Norsam (signed)
(signed) : Pemain yang telah menandatangani kontrak untuk bermain dengan Pahang bagi musim 2014.

Kebanyakan pemain Pahang adalah daripada skuad yang memenangi Piala Malaysia dan kemasukan Dickson Nwakaeme pasti akan menambahkan lagi sengat di bahagian depan pasukan Pahang.


Isnin, 2 Disember 2013

Norfarhan 'Ben 10' berdepan tindakan FAM

Apa cerita ni? Takkan setiap tahun berlaku perkara yang sama je? Kata dah masuk Liga Profesional, takkan mentaliti pemain masih amatur lagi. Heran sungguh aku.

dari sudut pandang, Norfarhan, Ben 10, langgar kontrak, Johor Darul Takzim, TerengganuSelepas Nazri Ahmad yang menimbulkan masalah apabila dikatakan telah menandatangani 2 kontrak dengan Selangor dan Kelantan untuk musim depan, Norfarhan juga tidak terkecuali kerana dikatakan telah menandatangani kontrak dengan Johor Darul Takzim 1(JDT 1) tapi ingin bermain untuk negeri kelahirannya Terengganu atas alasan keluarga. Sehubungan dengan itu, JDT 1 telah membuat aduan kepada FAM berhubung dengan perkara ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang mengesahkan laporan itu berkata, kes Norfarhan akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Status pada 12 Disember ini untuk diputuskan bersama dengan kes bekas pemain JDT 1, Nazri Ahmad yang didakwa turut mengubah pendirian pada saat akhir dengan menyertai Kelantan biarpun Selangor mendakwa pemain itu sudah menandatangani kontrak bersama mereka.

Nasib pemain yang baru sahaja dinobatkan sebagai penyerang terbaik tahunan Liga Malaysia itu untuk mewakili Terengganu musim depan amat samar kerana jika didapati bersalah, dia boleh digantung perlawanan selama setahun. 

Hamidin dengan jelas memberitahu sepatutnya semua pemain profesional bijak dalam urusan kontrak dengan mana-mana pasukan.

"Ini perkara umum, tak perlu belajar dekat sekolahpun. Pemain kena tahu bila sudah menandatangani kontrak mereka perlu patuh. Kami sudah maklumkan kepada persatuan negeri dan kelab mengenai perkara ini tapi bagi saya ini satu fenomena baru. Ia pernah terjadi 10-15 tahun lalu apabila ada pemain bersetuju secara lisan namun kemudian bermain dengan pasukan lain. Kali ini lain, mereka sudah menandatangani borang kontrak tapi tak mengaku dan pergi ke pasukan lain."

Darisudutpandang: Jika dilihat di liga-liga profesional utama diseluruh dunia, pemain melantik ejen untuk berurusan dengan kelab-kelab yang memerlukan khidmat mereka. Segala 'negotiation' berkenaan gaji dan sebagainya diuruskan oleh ejen yang dilantik.

Disebabkan itu, aku rasa sudah tiba masanya FAM mewajibkan setiap pemain melantik ejen bagi pihak mereka bagi menyelesaikan masalah pemain menandatangani kontrak dengan pasukan yang salah.



Ahad, 1 Disember 2013

Artis wanita Jepun yang cantik

Bermata sepet, pendek dan hidung yang besar adalah wajah bagi kebanyakan orang Jepun tapi dek kerana kemajuan indusrti pembedahan plastik kebanyakan tipikal wajah tersebut telah dapat diubah menjadi lebih cantik iaitu dengan mata yang bulat dan hidung yang mancung.

Berikut adalah artis wania Jepun yang cantik dan ayu mengikut pandangan aku:

1) Keiko Kitagawa


dari, sudut, pandang, keiko, kitagawa, artis, jepun, cantik

Dilahirkan pada 22 Ogos 1986, Keiko bekas model dan pelakon TV. Pernah menghiasi kulit depan majalah Seventeen edisi Jepun pada 2006, meninggalkan kerjaya model dan serius dalam lakonan drama TV apabila muncul dalam siri Sailor Moon pada 2003 selama 4 tahun.

Pernah membintangi filem Mamiya Kyudai, The Fast and the Furious: Tokyo Drift (2006) dan Handsome Suit. Manakala dalam drama pula beliau memegang watak utama dalam drama Mop Girl (2007) diikuti Homeroom on the Beachside, Buzzer Beat, Lady Saigo no Hanzai Profile dan Akumu-Chan.

2) Aya Ueto


dari, sudut, pandang, aya, ueto, artis, jepun, cantik


Dilahirkan pada 14 September 1985, di Nerima, Tokyo, Jepun. Meminati muzik pop rock selain bergelar pelakon, model, pereka fesyen dan sebagainya sejak 1999. Pada usia 13 tahun, Ueto membintangi filem Satsujinsha: Killer of Paraiso. Selain itu, beliau juga menyertai kumpulan muzik terkenal di Jepun iaitu Z-1.

Pada 2002, Ueto muncul dengan single Pureness dengan label Pony Canyon. Antara album solo yang dirakamkannya ialah Ayaueto pada 2003, Massage, Re, License dan Happy Magic: Smile Project.

Sebagai pelakon pula, Ueto memegang watak utama dalam Azumi (menang anugerah Japan Academy Award for Best Actressnomination), Azumi 2: Death or Love dan Thermae Romae. Pernah muncul dalam episod ke 6 drama TV terkenal iaitu Ultraman Gaia dan drama Oshin.

3. Yuri Ebihara


dari, sudut, pandang, artis, jepun, cantik, perempuan

Dilahirkan pada 3October 1979 di Miyazaki, Jepun. Terkenal dengan nama Ebi-Chan. Mendapat pendidikan dari Universiti Kyushu Sangyo dalam jurusan seni halus juga model bagi produk kamera, CanCam. Memiliki ketinggian 5 kaki 6 inci, muncul kali pertama menerusi drama TV antaranya Tokumei Kakarich, Tadano Hitoshi, produk TV Asahi.

4) Ayumi Hamasaki


dari, sudut, pandang, artis, wanita, jepun, cantik

Dilahirkan pada 2 Oktober 1978 di Fukuoka, Jepun. Beliau satu-satunya penyanyi yang berjaya mencipta rekod jualan album paling banyak di seluruh Jepun dengan jualan sebanyak 50 juta unit.

Antara albumnya ialah A Song for XX, Loveppears, Duty, I Am..., Rainbow, My Story, (Miss)understood, Secret, Guilty, Next vLevel, Rock 'n' Roll Circus, Love Songs, Party Queen dan Love Again.






Kisah seorang sahabat: Ujian Allah paling hebat

Ini adalah artikel yang ketiga berkenaan dengan kisah seorang sahabat yang sedang diuji oleh Allah dengan ujian yang maha hebat. Artikel ini...