Rabu, 27 Ogos 2014

Aduhai bila tangan memegang stereng.....

Aku mengenali perempuan ini sebagai seorang yang lemah lembut dan bersopan santun. Dengan wajahnya yang ayu pasti tidak menyangka yang perangainya berubah 360 darjah bila memegang stereng kereta.
Sebenarnya aku pun tak menyangka seorang yang secantik dia bila membawa kereta se'brutal' itu apabila tidak tersengaja mengikut kereta beliau ketika perjalanan balik dari tempat kerja. Dia punya 'cilok' tu yang buat aku terkejut.

Aku percaya bukan hanya perempuan ini sahaja yang memandu sebegitu, ianya berlaku kepada kebanyakan daripada kita, ianya berlaku terhadap isteri, suami, abang, kakak dan siapa sahaja tanpa kita sedar bila pegang sahaja stereng kereta, kita dah jadi seperti orang lain...macam setiap daripada kita mempunyai karektor yang kedua.

Kenapa kita jadi macam tu? Aku pun tak ada jawapan kenapa perangai setiap daripada kita berubah bila bawa kereta....

Mungkin perlu ada kajian berkenaan perkara ini dan jika ada kenapa ianya tidak diwar-warkan dan mencari jalan bagaimana mengatasi masalah ini.


Sabtu, 2 Ogos 2014

Aduhai terseksanya tengok buah dada wanita

Ada orang tegur aku berkenaan artikel2 aku kebelakangan ini bercerita, cerita yang berbau seks. Maaf kalau ada yang terganggu dan menganggap blog ini adalah blog seks. Ini bukan blog 18sx tapi adalah blog umum yang boleh dibaca oleh sesiapa sahaja. Cuma mungkin ada artikel aku yang aku tujukan kepada orang yang lebih dewasa dan ada juga artikel aku tuliskan untuk tatapan orang yang dah kahwin kerana perkataan yang aku gunakan tidak 'ditapis' terlebih dahulu. Seperti juga artikel ini, aku tulis dan aku tujukan buat semua untuk kita fikirkan bersama.

pakai tudung nampak bentuk buah dadaOk la...sekarang ni aku nak cerita tentang pakaian wanita sekarang ni yang walaupun bertudung tapi bajunya ketat semacam jer...boleh nampak dengan jelas 2 biji gunung kat dada yang tertonjol keluar...kalau bertudung dan menutup dada tak apalah juga tetapi ini kebanyakannya tidak mengikut syariat yang ditetapkan iaitu perlu melabuhkan tudung hingga ke dada atau dengan kata lain tudung tersebut perlu menutup keseluruhan buah dada wanita.

Kalau bentuknya kecil tu tak apalah jugak sebab kurang nampak tapi kalau besar dan montok alahai bergegar iman. ..

Kebanyakan lelaki, tempat yang pertama dia lihat pada wanita ialah pada dadanya kemudian barulah muka. Kalau gunung kat dada tu besar dan boleh nampak bentuknya...lama lah sikit lelaki tengok kat situ.

Aku pun hairan bila melihat kebanyakan wanita sekarang ni lebih suka memakai tudung sarung yang kini menjadi kegilaan ramai wanita. Ini kerana kebanyakannya aku lihat tudung tersebut hanya menutup sebahagian dada sahaja. Jika 2 biji gunung tu besar pasti akan nampak juga.

fesyen tudung nampak buah dadaLelaki ini imaginasinya lebih sikit itu yang bahaya itu...walau dengan nampak bentuk aje..lelaki dah boleh membayangkan keadaan buah dada wanita tersebut.

Ini yang perempuan tu pakai tudung, kalau tak pakai tudung tu lagilah menyeksakan kaum Adam ni. Lebih-lebih lagi kalau boleh nampak lurah dendam, montok dan juga bergoyang-goyang bila berjalan....

Jadi bagi mengelakkan dada korang menjadi santapan mata kaum lelaki, pakai lah tudung dan baju mengikut syariat yang ditetapkan oleh islam. Tak ada salahnya kalau nak berfesyen tapi mesti ada batasnya. Bukan ke kecantikan dan keayuan wanita itu hanya untuk suami sahaja...jadi berpada-padalah berfesyen.

Ada juga wanita yang beranggapan tak ada orang yang nak tengok kat dada mereka kerana katanya dah kahwin dan mempunyai anak dan dah menyusukan anak. Jadi bentuknya dah tak tegang dan montok macam dulu....oooo silap tu kalau beranggapan macam tu...lelaki mana nilai semua tu...kalau tak, takkan nenek yang berusia 90 tahun pun kena rogol.

tudung yang dituntut oleh syariat
kan bagus kalau pakai tudung macam ni
Lagi satu yang aku hairannya ialah ada suami yang tak kisah pun pakaian yang yang dipakai oleh si isteri yang tidak mengikut syariat.  Semacam ada rasa bangga pulak bila ada lelaki yang menjeling kat dada isteri dia...alahai tak rasa 'jeles' ke?

Mungkin ada juga suami yang tidak berkenan dengan pakaian yang dipakai oleh isterinya tapi didiamkan saja sebab tak mahu bergaduh..yalah ada juga isteri yang tak mahu mengikut cakap suami..lebih-lebih lagi kalau bab pakaian, nak melenting ajer kalau ditegur.

Aku pernah baca satu kes yang mana suaminya kena terajang kung fu daripada isterinya kerana menyuruh isterinya menukar pakaian kerana tidak sesuai...tapi aku rasa kes ini adalah kes terpencil tak semua isteri macam tu.....

Ingatlah wahai suami dan juga bapa, dosa isteri dan anak perempuan tu korang yang tanggung dan boleh mengheret korang ke neraka. ...jadi kenalah tegur....lainlah kalau korang tak kisah nak masuk sekali.

Kalau korang dah tegur tapi isteri korang tak kisah dan buat tak tahu je..tu maknanya diorang tak sayang lah kat korang sebab isteri korang nak korang kena seksaan Allah.

Buat wanita atau perempuan janganlah fikir yang arahan agama untuk menutup aurat itu menjadi satu bebanan. Pasti ada hikmah mengapa Allah menyuruh setiap wanita menutup aurat. Bukankah yang berharga itu perlu kita pelihara dan simpan hanya untuk ditunjukkan kepada lelaki yang bergelar suami.

Fikir-fikirkanlah......







10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...