Isnin, 30 Julai 2012

Berdendam dengan suami, isteri kena rogol

Akibat dendam dengan suami, wanita tersebut telah dirogol oleh dua orang lelaki yang menceroboh rumahnya ketika suami kepada wanita tersebut tiada dirumah kerana bekerja.

Sebelum melarikan diri, kedua-dua suspek tersebut telah meninggalkan satu nota yang berbunyi : "Hidup kau tidak selamat, aku pasti kau mati" yang dipercayai ditujukan kepada suami mangsa.

Ketika kejadian, mangsa yang berusia awal 20-an sedang mandi dirumahnya kira-kira pukul 3:30petang ketika kedua-dua suspek tersebut masuk melalui pintu belakang rumahnya.

Mangsa yang terkejut tidak sempat untuk menjerit meminta tolong kerana telah diugut untuk dicederakan jika menjerit.

Bimbang dengan ugutan tersebut, mangsa dipercayai mendiamkan diri sebelum kedua-dua tangan dan kaki diikat manakala mulutnya ditutup dengan kain.

Selepas itu, dipercayai kedua-dua suspek tersebut merogol mangsa secara bergilir-gilir sebelum melarikan diri dengan meninggalkan nota berkenaan.

Mangsa yang berjaya membuka ikatan di tangan berjaya menghubungi suaminya sambil menangis.

Dia bagaimanapun tidak mampu menceritakan kejadian yang sebenar kepada suaminya sehingga talian dimatikan.

Suaminya yang terkejut mendapatkan bantuan jirannya untuk melihat keadaan isterinya. Apabila diberitahu oleh jirannya yang isterinya berada dalam keadaan lemah dan ada sebahagian badannya masih terikat menyebabkan suaminya bergegas pulang.

Selepas mangsa menceritakan kejadian sebenar, suaminya memeriksa keseluruh rumah dan mendapati tiada barang yang hilang. Ketika itulah suaminya terjumpa satu nota yang diletakkan dipintu hadapan rumahnya.

Mangsa membawa isterinya membuat laporan di Balai Polis Kajang dan siasatan mendapati kejadian ini bermotifkan dendam dan usaha memburu dua suspek tersebut sedang giat dijalankan.

sumber: HMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...