Bagai keluarga 69 apabila seorang suami merelakan isterinya menjalin hubungan dengan lelaki lain sehingga mengandung luar nikah manakala dia sendiri pula menjalin hubungan sulit dengan adik iparnya dan mereka semua tinggal sebumbung di rumah projek perumahan termiskin (PPRT) di Padang Keria, Kangar.
Lelaki yang berusia 39 tahun, bekerja kampung itu sudah lebih setahun tinggal seperti suami isteri bersama adik iparnya manakala isterinya kini sarat mengandung lapan bulan hasil hubungan haram dengan lelaki lain yang berusia 29 tahun.
Bagaimanapun, kehidupan jelik kedua-dua pasangan itu sejak lebih setahun lalu, terbongkar apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPS) melakukan serbuan selepas menerima maklumat.
Dua pasangan yang tinggal serumah dimana si suami tinggal dalam sebuah bilik bersama dengan adik iparnya yang berusia 18 tahun. Manakala isterinya yang berusia 25 tahun tinggal bersama dengan lelaki lain disebuah bilik berlainan.
Pasangan suami isteri itu mempunyai dua orang anak dan telah bercerai pada bulan Mac yang lalu.
Isteri dan teman lelakinya disiasat mengikut Seksyen 15 dan Seksyen 46 Enakmen Jenayah Dalam Syarak Perlis 1991 kerana hamil luar nikah dan bersubahat menghamilkan wanita itu manakala suami dan adik iparnya disiasat mengikut Seksyen 9(1)(2) enakmen sama kerana berkhalwat yang boleh dikenakan hukuman denda RM5,000 atau penjara tiga tahun.
P/S: Apa nak jadi ni yea?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan