Rabu, 11 Julai 2012

Artikel 88 FAM tidak digubal

Artikel 88 terus relevan dalam statut perlembagaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) buat masa ini apabila badan induk bola sepak itu belum bersedia untuk menggubal statut itu pada Kongres Tahunan FAM ke-48 2010 dan 2011 baru-baru ini.

Apakah itu Artikel 88? Artikel 88 adalah peraturan 2010-2014 FAM, hanya Presiden dan Setiausaha Agung dibenarkan membuat kenyataan. Sekiranya ada di kalangan mereka yang di bawah naungan FAM ingin membuat kenyataan, mereka perlu meminta kebenaran kongres terlebih dulu.

Ini bermakna Artikel 88 adalah satu peraturan yang menghalang setiap ahli gabungan FAM dari bersuara secara bebas.

Sebelum ini, pada Mesyuarat Exco FAM memutuskan mahu membentangkan Artikel 88 pada kongres FAM tetapi perkara itu nampaknya tidak menjadi kenyataan.

Alasan yang diberikan adalah Artikel 88 masih perlu dikaji dengan teliti sebelum dibentangkan.

Artikel 88 menjadi perbualan hangat selepas Timbalan Presiden, Tan Sri Annuar Musa digantung dua tahun enam bulan atas alasan melanggar peraturan kerana membuat kritikan secara terbuka kepada skuad kebangsaan April lalu.

Ada pihak mendesak supaya statut itu dipinda dan Timbalan Presiden, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyatakan kesediaan untuk mengkajinya semula.

P/S: Darisudutpandang mengharapkan undang-undang yang menyekat kebebasan perlu dihapuskan dan darisudutpandang juga mengharapkan agar ada dikalangan ahli kongres atau siapa saja yang menjadi ahli gabungan FAM berani mengusulkan supaya Artikel 88 ini dibubarkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...