Jumaat, 30 November 2012

8 perkara dalam mencari ilmu

Terdapat 8 perkara yang perlu dilakukan dalam mencari ilmu iaitu:

8 perkara dalam mencari ilmu1. Ikhlas

Daripada Ibn Umar r.a sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki  
menuntut ilmu selain daripada kerana Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya 
daripada neraka".
    - Hadis riwayat Tarmizi

 
 
    Oleh disebabkan itu kita perlulah ikhlas dalam menuntut ilmu. Bukan hanya untuk lulus
    peperiksaan, untuk bergaji tinggi, untuk dikatakan orang yang bijak pandai atau lain-lain niat
    melainkan hanya kerana Allah SWT.

2. Beradab dengan orang yang memberi ilmu

    Berkata Imam Syafie:
    "Siapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia bersunyi diri, sedikit makan, 
    menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh dan membenci orang yang tidak berlaku  
    adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu."
    - Syarah Mazhab, jilid 1, m/s 31

3. Banyak sabar

    Imam syafie pernah berkata:

    "Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan."
    - Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, m/s 237

4. Tulis setiap yang dipelajari

    Kata Abu Hurairah r.a:

    "Tidak ada seorangpun daripada sahabat Rasulullah s.a.w yang paling banyak meriwayatkan   
    hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr, maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku 
    tidak menulis."
    - Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi

5. Tawaduk

    Imam Ahmad bin Hambal berkata:

    "Kami disuruh supaya tawaduk (rendah diri) kepada siapa yang kami pelajari ilmu 
    daripadanya."
    - Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, m/s 274

6. Menjauhi dari makan banyak

    Ibn Jama'ah berkata:

    "Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu dengan kefahaman dan tidak 
    rasa jemu adalah makan sekadarnya daripada makan yang halal."
    - Kitab Fadhlu al Ilmi, m/s 222

7. Tidur yang sedikit

    Firman Allah SWT yang bermaksud:

    "Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata 
    air, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka 
    sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di 
    waktu malam dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT)."
    - Surah Az Zariyat 51:15-18

8. Kurangkan berkata-kata yang tidak bermanfaat

    Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

    "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari ahirat, maka bercakaplah dengan perkataan 
    yang baik ataupun diam."
    - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Khamis, 29 November 2012

Ustaz Azhar Idrus dulunya pemuzik

Sekarang ini, sebut aje nama Ustaz Azhar Idrus pasti ramai orang yang kenal dan tahu siapa dia ini. Tapi tahu tak yang dulunya Ustaz Azhar Idrus pernah menyertai sebuah band muzik di Terengganu. Nak tahu lebih lanjut....baca sehingga habis yea...sebuah hijrah seorang yang bernama Ustaz Azhar Idrus.

Ustaz Azhar Idrus atau UAI ialah  seorang penceramah bebas. Beliau menjadi satu fenomena di Malaysia kerana setiap ceramahnya pasti dihadiri dengan ribuan penonton tak kira dari golongan tua atau muda, lelaki atau perempuan kerana gaya penyampaiannya yang bersahaja, diselit dengan jawapan lucu tetapi tepat, padat dan mengena walaupun dengan menggunakan loghat Terengganu yang pekat. Para pendengar yang mengikuti ceramah beliau boleh bertanyakan berbagai soalan dan jawapan akan beliau berikan secara spontan.


Latar Belakang

Oleh kerana Ustaz Azhar Idrus suka berceramah menggunakan loghat Terengganu maka sudah pastilah beliau berasal dari Terengganu iaitu beliau lahir di Kampung Ladang, Kuala Terengganu pada 12 Februari 1964.

Pendidikan

Ustaz Azhar Idrus mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Hj. Mohd Sharif, Alor Setar, Kedah. Selepas tamat pengajian di peringkat rendah, beliau menyambung pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman, Alor Setar, Kedah sampai ke tingkatan 2. Apabila beliau memasuki tingkatan 3, beliau berpindah ke negeri kelahirannay di Sekolah Inggeris, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman,Kuala Terengganu sampai tamat pengajian tingkatan 6. Jadi beliau tidak pernah belajar di sekolah Arab,sekolah pondok, madrasah mahupun sekolah agama.

Pengalaman dalam bidang muzik dan seni

Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik (band boy) sekitar Kuala Terengganu dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium. Setelah band muziknya mengambil keputusan untuk pergi lebih serius dalam bidang muzik dengan membuat rakaman album lagu, ustazpun mengambil keputusan untuk menarik diri kerana tujuannya hanya suka-suka sahaja dan bukannya untuk mencari glamor. Beliau juga pernah menjadi guru muzik di sekitar tahun 1985.

Selain daripada minatnya dalam bidang muzik, Ustaz Azhar Idrus juga seorang jurugambar yang baik dan boleh dilihat di http://www.digitalmukmin.com

Aktif bersukan

Ustaz Azhar Idrus amat aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Menjadi suatu kelaziman bagi Ustaz Azhar diwaktu kelapangan masa waktu malam untuk berbasikal meronda sekitar bandar Kuala Terengganu bersama kawan-kawan.

Pengalaman kerja

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai pereka grafik. Selepas berkahwin pada tahun 1990, ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai pencanting batik.

Penghijrahan ke dalam bidang agama

Ustaz Azhar Idrus mula belajar agama di sekitar tahun 1990 setelah rakan muziknya menghilang dan belajar agama di Patani. Sejak itu beliau mula berguru dengan Tuan Guru Haji Syed Mokhtar (40 buah kitab-kitab jawi secara talaqi); Tuan Guru Mohd Tahir (khatam kitab jawi juga lebih kurang 25 buah); Tuan Guru Mohd Hakim (Nahwu, Sorof, Usul Fiqh, Mustolah Hadith, Usul Quran dan Balaghoh); Tuan Guru Haji Hashim (Nahwu, Sorof, Fiqah, Tafsir dan Faraidh); Tuan Guru Haji Ibrahim Mesir (Sirah Nabawi dan Lughah Arabiyah); Tuan Guru Haji Muhammad Zubir (Fiqh dan Nahwu) dan Tuan Guru Haji Mohd Zain (Pondok Lubuk Pandan, Wakaf Tapai - Ilmu Fiqh, Nahwu, Sorof, Tafsir dan Balaghoh).

sumber: warta perdana

Selasa, 27 November 2012

AFF Suzuki Cup 2012: Harimau Malaya Perlawanan pertama



Apa dah jadi Harimau Malaya?? lawan dengan Singapura pun boleh kalah dengan 0-3. Frust betul aku tengok perlawanan tu di Stadium Bukit Jalil semalam. Aku ingatkan Harimau Malaya boleh lah makan Singa tapi rupanya Singa yang makan Harimau..........

Apa dah jadi sebenarnya??

Adakah kerana banyak bereksperimen sehinggakan para pemain seperti tidak serasi antara satu sama lain.??

Adakah pemilihan pemain yang menjadi sebab kekalahan kerana masih ramai pemain yang mempunyai skil yang hebat seperti Farhan, Ashaari, Piya, Shukur dan sebagainya tetapi tidak terpilih??

Adakah kerana para pemain sudah tidak bersemangat lagi untuk memakai jersi Harimau Malaya??

Adakah taktik dan teknik permainan yang diserapkan oleh Rajagobal sudah diketahui oleh pihak lawan??

Sebenarnya agak banyak persoalan yang bermain diminda diatas kekalahan Harimau Malaya semalam.

Dan itulah juga yang menjadi persoalan kepada para Ultras Malaya yang berhimpun secara aman selepas perlawanan bagi menuntut perjelasan oleh Rajagobal.



Bagi aku, kepincangan Harimau Malaya telah kelihatan dari perlawanan persahabatan dengan Vietnam lagi sehinggalah ke perlawanan persahabatan terakhir menentang Bangladesh yang mana keputusan seri 1.

Pada perlawanan tersebut aku lihat tiadanya sokongan dari bahagian tengah pasukan Malaysia ketika menyerang dan juga bertahan dan perkara sama yang ditunjukkan oleh pemain bila menentang Singapura semalam mengakibatkan kita kalah dengan 0-3.

Bila ramai para pengkritik yang bersuara tentang cara permainan skuad Harimau Malaya dan Rajagobal memberikan beberapa alasan....antara alasan yang paling 'terbaik' ialah:

"Saya masih bereksperimen dengan para pemain"

"Saya tidak panik kerana saya mengenali pemain saya"

tapi sekarang apa dah jadi Rajagobal??

Tan sri Annuar Musa sampai dikenakan hukuman kerana mengkritik pasukan Malaysia kerana menurut pendapat beliau yang pasukan Harimau Malaya telah mengalami sindrom kejatuhan.

Sebby Singh juga pernah menegur Rajagobal berkenaan dengan perkara yang sama tetapi tiada tindakan yang Rajagobal lakukan.

Sekarang, aku tak tahu adakah pasukan Malaysia akan berjaya melepasi peringkat kumpulan kali ini cuma apa yang aku harapkan agar semangat pada tahun 2010 yang lalu iaitu apabila pasukan Harimau Malaya kita telah dibelasah oleh Indonesia pada perlawanan pertama dengan 1-5 tidak akan pudar.

Ayuh berjuanglah Harimau Malaya demi Tanah Tumpah Darahmu pastikan bangkit dengan kemenangan apabila menentang Laos nanti pada 28hb November ini. Aku akan sentiasa bersamamu selagi aku bernyawa...Selamanya Harimau Malaya.





Khamis, 22 November 2012

Tip suami idaman isteri

Artikel kali ini 18sx......hahaha. Tak hanya untuk orang yang dah ada isteri atau yang nak beristeri.....maklumlah sekarang ini dah masuk musim orang mengawan (musim orang kahwin) jadi aku nak share lah sikit tip-tip untuk menjadi suami idaman isteri. Ingatan buat diri aku juga...

1. Berhias untuk isteri supaya nampak bersih, hensem dan segak. Orang kata si isteri aje yang perlu berhias untuk suami tapi sepatutnya perlu lah kedua-duanya berhias untuk satu sama lain. Rasulullah s.a.w. sentiasa menggunakan miswak (bersugi) apabila pulang ke rumah dan menyukai bau-bauan yang wangi.

2. Gunakan nama manja kepada isteri. Panggillah isteri dengan panggilan 'ayang', 'manja' 'Ling'(untuk darling bukan juling yea....) sebab Rasulullah sendiri memanggil isterinya dengan nama-nama yang manja contohnya Siti Aishah yang dipanggil Humairah (kemerah-merahan).

3. Jangan layan isteri seperti lalat. Kita tak pernah terfikir tentang lalat sehinggalah ia mengganggu kita. Begitulah dengan isteri yang bersusah payah seharian melakukan kerja dengan baik tetapi suami tak pernah ambil peduli sehinggalah ia 'mengganggu' barulah suami nak sedar.Sebaik-baiknya fokuskan kepada apa yang isteri telah lakukan dengan baik, puji dan sesekali tolonglah isteri.

4. Berdiam diri jika melihat ada sesuatu yang tak kena dengan isteri. Jangan banyak komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah.

5. Senyum dan selalulah peluk isteri. Senyum adalah sedekah. Rasulullah akan mencium isteri-isteri baginda sebelum pergi bersolat, walaupun ketika baginda berpuasa (cium yang tidak menaikkan nafsu).

6. Selalulah berterima kasih dalam apa saja yang isteri lakukan. Ucapkan terima kasih kerana isteri membasuh pakaian, menyediakan makanan dan lain-lain. Janganlah asyik komen misalnya, masakan tawar, tak sedap dan sebagainya.

7. Minta isteri menuliskan 10 perkara yang terbaik yang telah anda lakukan yang menyebabkan dia suka, kemudian buatlah semula perkara 10 tersebut. Kadang-kadang sukar untuk mengetahui apa yang isteri suka. Jadi sentiasalah bertanya pada isteri. Tak payah meneka atau agak-agak.

8. Jangan mengambil remeh atas kemahuan isteri. Diriwayatkan salah seorang isteri Baginda s.a.w. Safiyyah r.a. menangis kerana Rasulullah menaikannya di atas unta yang perlahan. Lalu Rasulullah memujuk Safiyyah dan menukarkannya dengan unta yang lain.

9. Berjenaka, bermain-main serta bergurau senda dengan isteri. Rasulullah s.a.w. pernah berlumba lari dengan Siti Aisyah r.a. di padang pasir.

10. Layanlah isteri dan anak-anak dengan baik. Hadis Nabi yang bermaksud: "Orang yang terbaik di kalangan kamu adalah orang yang melayani keluarganya dengan baik. Dan aku adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya".

P/S: Cubalah........insya Allah isteri akan semakin sayang.

Rabu, 21 November 2012

Kisah penghuni neraka terakhir

Ketika aku mendengar tazkirah dari seorang ustaz ketika sedang menunggu masuknya sembahyang Jumaat di Masjid Negeri Shah Alam. Aku tertarik dengan kisah penghuni neraka yang terakhir yang dimasukkan ke dalam syurga. Menurut ustaz tersebut penghuni neraka ini adalah seorang yang islam semasa didunia tetapi banyak melakukan dosa. Jadi Allah telah memasukkan dia kedalam neraka untuk disiksa mengikut kesalahan yang telah dia lakukan. Selain dari itu jadilah dia sebagai penghuni terakhir yang masuk ke syurga. Ikutilah petikan ini buat renungan kita bersama:

Dari Abdullah bin Mas'ud bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:
"Aku benar-benar mengetahui seorang 
penduduk neraka paling akhir keluar
darinya dan seorang penduduk  syurga
yang paling akhir masuk ke dalamnya.
Iaitu seorang lelaki yang keluar dari neraka
dengan keadaan merangkak, 
lalu Allah SWT berfirman kepadanya,
Pergilah, 
masuklah ke dalam syurga!"

Nabi S.a.w. bersabda lagi bermaksud:
"Lalu dia (lelaki berkenaan) mendatangi syurga,
namun diberitahu kepadanya bahawa syurga sudah penuh.
Maka,
dia kembali kepada Allah SWT dan berkata,
"Wahai Rabb-ku,
aku mendapati syurga sudah penuh".
Kemudian Allah SWT berfirman kepadanya,
Pergilah,
masuklah ke dalam syurga!"

Nabi S.a.w. bersabda lagi bermaksud:
"Lalu dia mendatangi syurga,
namun diberitahu kepadanya bahawa syurga sudah penuh.
Maka,
dia kembali kepada Allah SWT dan berkata,
"Wahai Rabb-ku,
aku mendapati syurga sudah penuh".
Kemudian Allah SWT berfirman kepadanya,
Pergilah,
masuklah ke dalam syurga!
Sesungguhnya engkau memiliki seperti 
dunia dan sepuluh kalinya,
atau engkau memiliki sepuluh kali dunia."

Nabi s.a.w. bersabda bermaksud:
"Laki-laki itu berkata,
Apakah Engkau memperolok-olok aku
(atau Engkau mentertawakan aku),
padahal Engkau adalah Raja."

Abdullah bin Mas'ud berkata,
"Aku melihat Rasulullah s.a.w. tetawa
sampai nampak gigi gerahamnya.
Dan bersabda bermaksud:
"Orang itu adalah penduduk syurga
yang paling rendah derajatnya."
-riwayat Muslim








10 Golongan yang diusir

Kali ini aku nak kongsikan satu artikel buat renungan aku dan anda. Semoga ianya dapat menjadi ingatan buat kita semua. Ia itu perihal manusia yang diusir oleh Allah S.W.T dari Padang Mahsyar. Terdapat 10 golongan manusia yang akan diusir mengikut kesalahan yang mereka lakukan semasa didunia iaitu:

 1. Orang yang suka mengadu domba. Mereka akan diusir dalam keadaan berupa kera.

 2. Orang yang suka memakan barang yang haram. Mereka nantinya akan diusir dalam
     keadaan berupa babi.

3. Orang yang suka berdusta. Mereka nantinya akan diusir dalam keadaan terbalik kaki diatas
    dan kepala dibawah.

4. Orang yang dari golongan yang riak, bangga diri dan sombong. Mereka nantinya akan
    diusir dari Padang Masyhar dalam keadaan bisu, pekak serta tidak berakal.

5. Ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan perilakunya. Mereka nantinya akan diusir
    dalam keadaan mengunyah lidah sendiri sedang lidahnya itu menjulur ke bawah sampai ke
    dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang menjijikkan.

6. Orang yang berusaha mengajak orang ramai menyokong pemimpin yang tidak jujur.   
    Mereka nantinya akan diusir dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka.

7. Orang yang suka mengganggu jirannya.  Mereka nantinya akan diusir dalam keadaan
    terpotong tangan dan kakinya.

8. Orang yang dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum Allah. Mereka nantinya
    akan diusir dalam keadaan buta.

9. Orang yang gemar melepaskan nafsu syahwatnya kepada yang haram dan mereka yang  
    menolak perkara wajib seperti membayar zakat, puasa, solat dan sebagainya. Mereka ini
    nantinya akan diusir dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai.

10. Orang yang syirik kepada Allah. Mereka nantinya akan dikumpulkan dalam keadaan
     memakai pakaian besi yang panas.

Wallahu'Alam

Isnin, 5 November 2012

Ubat penyakit mandul

Aku nak kongsikan sedikit maklumat yang aku baca dalam kitab hadis tentang penyakit kemandulan.

 
"Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi,
Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki,
Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki
dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki
atau Dia menganugerahkan kedua-dua jenis lelaki dan perempuan
(kepada siapa yang dikehendakiNya)
dan Dia menjadikan mandul kepada siapa yangg Dia kehendaki.
Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa"
-Surah Asy-Syura:49-50
 
Dalam musnad Abu Hanifah Jabir meriwayatkan:
 
Bahawa suatu ketika ada seorang lelaki yang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w dan berkata:
"Wahai Rasulullah, aku belum dikurniakan seorang anak sama sekali dan sampai saat ini aku belum mempunyai anak."
 
Rasulullah s.a.w bersabda: "Jika kamu memperbanyakkan istighfar dan bersedekah kamu akan diberi rezeki disebabkan oleh kedua-duanya." 
 
Lelaki itupun memperbanyakkan bersedekah dan istighfar.
 
Jabir berkata: "Akhirnya orang itu mempunyai sembilan orang anak lelaki."
 
Wallahu'alam.

Kenapa minum air perlu duduk??

Emak dan ayah kita selalu berpesan jika nak minum air kenalah duduk. Kenapa yea??

Sebenarnya ada kebenarannya pesan orang tua kita sebab ada kelebihan dan manfaatnya.

Kita disarankan untuk lebih minum air putih yang banyak untuk kesihatan. Namun, jika cara kita salah ketika minum air putih pun boleh memberi kesan kepada kesihatan diri.

Kajian kesihatan akupuntur membuktikan bahawa minum air sambil duduk lebih baik berbanding berdiri.

Ini kerana air putih yang diminum ketika duduk akan disaring 'sfringer', iaitu struktur berotot yang boleh membuka dan menutup untuk disalurkan pada penyaringan di ginjal.

Sebaliknya, jika anda minum air putih secara berdiri, air akan masuk tanpa sebarang saringan. Akibatnya boleh berlaku penyakit ginjal.

Untuk mengatasinya, biasakan minum air sambil duduk, minumlah secara perlahan-lahan dan jangan terburu-buru.

Pesanan emak, ayah kita kadangkala sememangnya ada rahsia tersirat disebaliknya.

Kisah seorang sahabat: Ujian Allah paling hebat

Ini adalah artikel yang ketiga berkenaan dengan kisah seorang sahabat yang sedang diuji oleh Allah dengan ujian yang maha hebat. Artikel ini...