Selasa, 18 Mac 2014

Tidur dengan saya kalau nak lulus

Nak lulus peperiksaan? Senang saja...dengan syarat sanggup tidur dengan saya. Itulah syarat yang diberikan kepada pelajar-pelajarnya oleh seorang profesor di sebuah universiti di Timur Tengah.

dari sudut pandang, seks dengan profesor, lulus periksaIngatkan tak ada pelajar wanita yang sanggup untuk tidur dan melakukan seks dengan profesor tersebut. Rupa-rupanya sampai 85 orang pelajar wanita yang sanggup tidur dengan profesor tu... Ramai sungguh.

Baca kisah selanjutnya...

Pihak berkuasa Mesir menahan seorang profesor dan pembantunya kerana didakwa tidur dengan 85 pelajar wanitanya sebagai balasan membantu mereka dalam peperiksaan.

Polis menahan mereka selepas kamera pengawasan berjaya merakam dia bersama pelajarnya yang sudah berkahwin di apartmennya di Kaherah.

Polis berjaya memasang cctv di kediaman profesor itu bagi mengesahkan laporan yang dibuat oleh pelajarnya berkenaan dengan ugutan ke atas pelajar perempuan.

Menurut polis,  profesor berkenaan menafikan dakwaan tersebut tetapi kebanyakan mangsa mengaku diberikan jawapan untuk peperiksaan sebagai balasan mengadakan hubungan seks dengannya.

Darisudutpandang: Nampak sangat yang orang sekarang ni sanggup lakukan apa saja untuk mencapai apa yang diingini tidak kira halal atau haram. Dalam kes ini, pelajar-pelajar ini sanggup untuk menyerahkan kehormatan diri semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan.




Kaitan nombor dengan MH370

Kapal terbang MAS dengan nombor MH370 telah masuk hari ke 10 pada hari ini sejak kehilangan jejak kapal terbang tersebut. Berikut adalah kaitan nombor dengan kehilangan MH370.

dari sudut pandang, MH370, pesawat MAS hilang

8 Mac 2014
Tarikh kehilangan jejak kapal terbang MAS ketika menuju ke Beijing.

12:41 pagi waktu Malaysia
Waktu pesawat penerbangan MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

1:01 pagi
Waktu pesawat melewati ruang udara Taman Negara, Pahang pada ketinggian 10,600 meter menuju Pantai Timur Malaysia.

1:19 pagi
Pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid mengucapkan : "Alright, good night"

1:21 pagi
Pesawat hilang dari radar sivil pada ketinggian 10,600 meter

13,700 meter
Ketinggian pesawat MH370 selepas membuat pusingan ke arah barat dan terbang merentasi Semenanjung Malaysia. Ia kemudian turun ke ketinggian 8,900 meter. Bacaan ini dikesan pada radar tentera Malaysia.

2:15 pagi
Pesawat dikesan radar tentera pada kedudukan 320 kilometer di barat laut Pulau Pinang.

6:30 pagi
Waktu pesawat MH370 sepatutnya mendarat di Beijing

7:24 pagi
Waktu pesawat MH370 diumumkan secara rasmi sebagai hilang.

8:11 pagi
'Ping' atau isyarat terakhir dari pesawat penerbangan MH370 dikesan sebuah satelit di ruang angkasa Lautan Hindi. Bagaimanapun kedudukan sebenar pesawat tidak diketahui.

6 jam 45 minit
Tempoh jam pesawat dipercayai terus terbang selepas meninggalkan ruang angkasa Malaysia.

227 penumpang
Bilangan penumpang yang berada di dalam pesawat MH370. Rakyat China adalah terbanyak iaitu 152 orang termasuk seorang bayi, Malaysia 38 orang, Indonesia 12 orang, Australia 7 orang, Perancis 3 orang, Amerika Syarikat 3 orang termasuk bayi, New Zealand 2 orang, Ukraine 2 orang, Kanada 2 orang, Russia 1 orang, Itali, Taiwan, Netherlands dan Austria masing-masing 1 orang.

2 penumpang
Menggunakan pasport palsu daripada Austria dan Itali. Mereka adalah warganegara Iran.

12 anak kapal
Bilangan anak kapal yang kesemuanya adalah rakyat Malaysia.

3,701 Kilometer
Jarak perjalanan di antara Kuala Lumpur dan Beijing.

43,000 Batu nautika persegi
Luas lautan di Selat Melaka dan Laut China Selatan dicari.

250,000 Kilometer persegi
Luas Laut Andaman dicari tentera India

51 buah
Bilangan kapal laut sertai operasi sehingga kini.

56 buah
Bilangan pesawat sertai operasi sehingga kini.

26 negara
Bilangan negara sehingga kini yang menyertai gerakan mencari dan menyelamat (SAR).

2 koridor
Pencarian telah dibahagikan kepada koridor utara sehingga ke Kazakhstan dan koridor selatan sehingga ke Lautan Hindi.

15 negara
Bilangan negara di koridor carian utara yang diminta bantuan. Negara ini termasuk Myanmar, Laos, Vietnam, Thailand, Filipina,Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Russia, China, Sri Lanka Pakistan, India dan Bangladesh. 

23 tahun
Pengalaman Kapten Zaharie Ahmad Shah mengemudi pesawat.

18,365 jam
Jumlah masa penerbangan Kapten Zaharie Ahmad Shah.

RM163 juta
Nilai pesawat Boeing 777 yang hilang.

11 tahun
Usia pesawat MH370 yang hilang.

171,170 liter
Bahan api maksimum boleh diisi dalam pesawat Boeing 777.

3 Kilometer
Panjang landasan diperlukan untuk Boeing 777 berlepas

1.6 Kilometer
Panjang landasan diperlukan untuk Boeing 777 mendarat

Darisudutpandang: Mendoakan agar semua penumpang MH370 selamat pulang.











Ahad, 16 Mac 2014

Gadis 17 tahun dirogol bergilir-gilir

Sebenarnya dah banyak kali kes-kes seperti ini disiarkan di dalam akhbar-akhbar namun satupun tidak dihiraukan oleh remaja kita. Bila dah terkena tu..menyesal dan mengalir air mata darahpun tak berguna lagi. Bila dah kehilangan dara, tak ada gantinya lagi.....

dari sudut pandang, dirogol beramai-ramai, perempuan 17 tahunDah banyak kali diingatkan yang kawan-kawan di facebook ni bukannya boleh dipercayai semuanya, lebih-lebih lagi kalau kenal 2 minggu kemudian dah boleh dibawa keluar dan dibawa pulang ke rumah.....

Eh...banyak pula yang aku membebel ni.... korang bacalah kisah kebodohan perempuan yang telah masuk ke perangkap lelaki ini....

Mangsa yang berusia 17 tahun telah menerima ajakan lelaki yang dikenali sejak 2 minggu lalu di laman facebook untuk datang ke rumah sewa lelaki tersebut pada jam 11:30 malam pada jumaat lepas.

Kebetulan semasa dia datang ke rumah lelaki tersebut, terdapat 4 orang lagi lelaki di rumah sewa tersebut. Teman lelakinya yang berada dirumah telah mengambil kesempatan untuk merogolnya disusuli pula dengan kawan-kawan teman lelakinya seramai 4 orang tersebut. 

Mangsa telah dirogol secara bergilir-gilir sebelum dihantar pulang ke rumah keluarganya oleh teman lelaki terbabit.

Remaja perempuan yang sudah tidak bersekolah itu kemudian memaklumkan kejadian terbabit kepada ibunya sebelum dibawa membuat laporan polis.

Namun pemeriksaan perubatan mendapati gadis itu bukan sahaja telah menjadi mangsa rogol, sebaliknya sedang mengandung 2 bulan hasil hubungan terlarang dengan teman lelaki sebelum ini.  

Darisudutpandang: Komen...? No komen.




Suami curang bukan berperut buncit

Apa kena mengena suami berperut buncit dengan status curang ni? Kalau lelaki tu ada niat untuk curang, dia tetap akan curang walau berperut buncit...tapi sebelum itu kita tengok kajian ini.

dari sudut pandang, perut buncit, boraoi,suami curangSatu kajian yang dilakukan di Jerman yang melibatkan lelaki berusia antara 31 tahun hingga 69 tahun yang ditanya mengenai tahap kesetiaan mereka dalam hubungan cinta termasuk yang sudah berkahwin.

Hasilnya mendapati daripada 53 peratus yang memberikan jawapan, hanya 11 peratus mengaku benar-benar setia dan mereka terdiri daripada lelaki-lelaki gemuk.

23 peratus lagi yang dikenal pasti mempunyai berat badan ideal, mengaku curang. Begitu juga dengan 19 peratus yang dikategorikan sebagai kurus juga mengaku curang.

Ini kajian yang dilakukan di Jerman, tetapi di Malaysia saya tak jamin ini juga cerminan bagi orang kita.

Walaupun begitu buat isteri yang mempunyai suami yang berperut buncit atau boroi ini mungkin boleh menarik nafas lega atas statistik ini.  Ikut secara logiknya memang tiada perempuan muda yang berminat dengan lelaki yang berperut buncit melainkan kalau dompetnya juga 'buncit' dan gemuk.








Khamis, 13 Mac 2014

Perempuan beri kekasihnya gambar bogel

Apa nak jadi perempuan sekarang ini, belum jadi isteri lagi dah pun tunjukkan aset berharganya dengan memberi gambar bogel kepada kekasihnya..Alahai perempuan-perempuan, apalah motif korang buat macam ni? Nampak sangat perempuan yang macam ni terlalu murah sangat.

Yang jadi isteri pun janganlah membenarkan suami mengambil gambar bogel korang, kalu nak tengok-tengok ajelah tapi bukan dengan mengambil gambar walau apapun alasannya...kalau gambar tu disimpan dalam handpone dan handpone tu hilang...malu beb..Jadi berfikirlah kalau nak mengambil gambar isteri berbogel dan juga buat perempuan yang sudi menghadiahkan kekasihnya gambar bogel dia...

Ada satu kejadian dan mungkin juga dah banyak kejadian ini berlaku yang menunjukkan betapa menghadiahkan gambar bogel kepada kekasih akan menyebabkan musibah dibelakang hari. Ini contohnya:

Tindakan seorang wanita memutuskan hubungan cinta menyebabkan dia kini hidup dalam ketakutan dan trauma apabila bekas teman lelakinya mengugut mahu menyebarkan gambar bogelnya dilaman sosial.

Malah, bekas teman lelakinya yang berusia 20-an itu turut bertindak keterlaluan apabila sanggup menampal gambar bogel wanita berkenaan di pintu pagar rumah sewanya baru-baru ini menyebabkan mangsa malu serta bimbang diketahui keluarga. 

Mangsa telah memberikan gambar bogelnya kepada lelaki tersebut ketika mereka masih menjalinkan hubungan cinta.

Bimbang dengan ugutan tersebut, mangsa telah melaporkan kepada pihak polis dan kes ini akan disiasat dibawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Darisudutpandang: Ha..kan dah kena....tak pasal-pasal malu yang dapat. Ini nasib baik gambar bogel aje kalau ada video yang diambil secara curi ketika melakukan seks lagi haru....

Rabu, 12 Mac 2014

25 anugerah buat wanita dan yang bergelar isteri

Sebenarnya begitu banyak anugerah dan kelebihan yang Allah berikan kepada wanita dan yang bergelar isteri. Namun begitu mengikut hadis Rasulullah saw ketika Israk dan Mikraj, beliau melihat banyak wanita diseksa di dalam neraka.

dari sudut pandang, isteri, wanita, solehah, anugerah Allah
Mengapa terjadinya demikian? Padahal begitu banyak kelebihan yang Allah berikan kepada mereka.

Kita lihat apakah kelebihan wanita dan yang bergelar isteri ini...

1. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang memberi susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.

3. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri melayan suami dengan baik akan mendapat pahala jihad.

4. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga suaminya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

5. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.

6. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.

7. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.

8. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

9. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.

10. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

11. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.

12. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.

13. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala Haji.

14. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.

15. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menangis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.

16. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib baginya.

17. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.

18. Wanita yang memicit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang memicit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.

19. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.

20. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh dan wanita yang jahat itu lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.

21. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.

22. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).

23. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.

24. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan berzikir Bismillah.

25. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.

Tunggu apa lagi....jom rebut anugerah yang Allah bagi ini kepada setiap wanita dan yang bergelar isteri...moga anda menjadi seorang wanita yang solehah dan isteri yang solehah.


Selasa, 11 Mac 2014

Malunya bila tengok lelaki menangis

Kata orang air mata lelaki itu amat berharga.. Yea ker?

dari sudut pandang, lelaki menangisBaru-baru ni ketika aku singgah di sebuah surau di Taman Samudera untuk bersembahyang asar, aku terdengar satu suara seperti orang yang sedang bergaduh tapi bila aku amati rupa-rupanya orang tu sedang bertekak dengan seseorang di dalam telefon. Aku tak mahu ambil pusing terus aku masuk ke dalam surau dan bersembahyang.

Selepas bersembahyang aku masih mendengar suara tersebut tapi kali ini nadanya agak sayu, merayu dan teresak-esak.

Apahal pulak 'mamat' ni, kata aku dalam hati. Bila aku amati rupa-rupanya dia sedang bergaduh dengan seorang awek rasanya, sebab aku terdengar cara dia merayu tu.... Aku tak pasti apa sebenarnya terjadi tapi dengan cara rayuan 'mamat' ni mungkin perempuan tersebut ingin meninggalkan diri dia...Eh. .busy body betul aku ni yea..Maaflah sebenarnya aku tak mahu ambil kisah pun dia bergaduh dengan siapa tapi sebab 'mamat' ni menangis dan merayu-rayu tu yang menjadi perhatian aku. Alahai lelaki. ....buat malu aje...

Korang nak nangis pun jangan lah sebab putus cinta....relaks lah, bunga bukan sekuntum beb....dan kumbang pun bukan seekor.....


Sabtu, 8 Mac 2014

5 Perkara yang selalu kita abaikan

Kebanyakan kita sebagai manusia sering lalai dengan 5 perkara ini. 5 perkara ini seringkali kita abaikan dan tidak mempergunakannya dengan sebaik mungkin. Bila 5 perkara ini berlalu, barulah kita menyesal kerana tidak mempergunakan 5 perkara ini sebaik mungkin.

Eh...macam ustaz pulak aku ni..kan!! Bukan begitu...aku hanya ingin berkongsi 5 perkara ini sebagai panduan buat diri aku juga. Apa salahnya kita berkongsi sesuatu yang baik...moga menjadi panduan buat kita semua.

Apa yang 5 perkara itu?

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Hakim daripada Ibn Umar r.a. Rasulullah s.a.w bersabda, "manfaatkan 5 perkara sebelum datang 5 perkara yang lain iaitu"

1. Masa muda sebelum masa tua

2. Sihat sebelum sakit

3. Kaya sebelum miskin

4. Masa lapang sebelum masa sibuk

5. Hidup sebelum mati

Cuba kita fikirkan....

1. "Masa Muda Sebelum Datangnya Hari Tua".
Dengan badan yang sengal-sengal dan banyak penyakit yang bersarang dalam tubuh...apa lagi yang kita boleh buat bila kita dah tua? Ada orang kata bila dah tua adalah masa untuk bertaubat dan masa untuk mendekatkan diri dengan Allah..tapi itu kalau sempat..kalau tak sempat.....? Ada juga orang kata yang muda hanya sekali. "Waktu inilah kita boleh buat apa saja...pergi disko, merempit, main perempuan dan sebagainya. Nanti bila dah tua...bertaubatlah...." Wah..macam tahu jer yang dia boleh hidup sampai tua....bukan ke ajal dan maut itu, ketentuan Allah...yang muda pun ada juga yang mati...

Jadi sewaktu mudalah kita pergunakan dengan sebaik-baiknya untuk mencapai segala cita-cita, kejayaan, kebaikan dan sebagainya.  Masa muda lah kita isi dengan berbagai kegiatan yang bermanfaat hingga tidak menyesal di kemudian hari.

2." Masa sihat sebelum sakit".

Ingat semasa waktu sihat, kita mampu lakukan apa saja...tidak terbatas suatu apa pun...tapi bila dah sakit, pergerakan pastinya akan terbatas dan terhad. Nak duduk lama-lama untuk berzikir dah tak boleh kerana kebas kaki, nak sembahyangpun terpaksa duduk dan sebagainya. Oleh itu gunakan waktu sihat yang dikurniakan Allah dengan sebaik mungkin.

3. "Kaya Sebelum Miskin".

Ketika kita berharta, inilah waktunya untuk kita banyak bersedekah dan beramal jariah. Gunakan anugerah Allah tersebut dengan sebaik mungkin dan memanfaatkannya di jalan yang diredhai. Jangan bila dah miskin baru nak bersedekah. Ada sesetengah daripada kita berkata, "kalau aku ada banyak duit, aku akan bantu dan tolong orang susah dan sakit" tapi sebenarnya tak perlu tunggu untuk menjadi kaya baru bersedekah..cukuplah bersedekah dengan mengikut kemampuan kita.

4. "Masa Lapang Sebelum Waktu Sibuk".

Disini kita dianjurkan untuk menghargai masa, kerana masa yang berlalu tidak akan kembali. Gunakan lah masa terluang kita dengan melakukan perkara-perkara yang bermanfaat untuk diri sendiri mahupun untuk orang lain. Kita seringkali menggunakan alasan terlalu sibuk untuk melakukan sesuatu yang lain daripada kerja kita misalnya untuk melawat saudara mara dan sebagainya.

5. "Hidup Sebelum Saat Kematian".

Yang ke5 ini atau yang terakhir yang dipesan oleh junjungan kita Rasulullah s.a.w merupakan rangkuman daripada 4 yang di atas. Ketika kita diberi kehidupan di atas dunia ini sebenarnya kehidupan itu adalah kesempatan yang tiada duanya kerana kesempatan untuk bernafas di atas dunia ini tidak akan datang untuk kali keduanya. Oleh itu gunakan kesempatan ketika kita hidup yang sementara ini dengan melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan apa yang dilarangNya.  




Perempuan: Fikir-fikirlah jika nak kahwin laki orang

Aku sebenarnya kasihan dengan wanita yang menjadi isteri muda kepada lelaki yang dah kahwin. Tak kiralah jika jadi isteri ke2 atau ke3 atau ke4. Lebih-lebih lagi kalau pernikahan ini dilakukan secara sembunyi tanpa pengetahuan isteri tua.

dari sudut pandang, air mata, isteri muda, kahwin, suami orangKepada wanita yang kini sedang menjalin hubungan dengan suami atau laki orang, fikir-fikirkan lah akan perkara ini sebelum anda mengambil keputusan untuk berkahwin dengan mereka.

Atas sifat menjadi isteri muda dan perkahwinan juga tidak dilakukan secara terang-terangan maka anda mungkin terpaksa menempuhi beberapa perkara iaitu:

1. Kesunyian

Perasaan ini akan terpaksa ditempuhi sepanjang hayat selagi suami tidak mengisytiharkan kepada isteri tua yang dia berkahwin lagi satu. Jangan sesekali bermimpi yang suami akan sentiasa di sisi kerana tanggungjawabnya akan lebih kepada isteri tua. Ini bermakna anda terpaksa lebih berdikari tanpa bergantung kepada suami.

2. Nafkah

Ini yang perlu diambil kira kerana jika anda berkahwin dengan lelaki yang bukan daripada golongan yang senang lebih-lebih lagi jika duit gaji suami dikawal oleh isteri tua. Nafkah anda sebagai isteri mungkin si suami tak mampu tanggung kalau ada anak lagilah bermasalah. Jika perkahwinan tidak didaftarkan di Malaysia lagi lah susah jika berlaku apa2 kepada suami.

3. Berkongsi

Adat orang yang berkahwin dengan suami orang, sudah semestinya anda sanggup berkongsi. Bukan sahaja berkongsi suami tapi berkongsi daripada segi material, emosi, kasih sayang, masa dan sebagainya. Apa yang menjadi masalahnya ialah sebagai manusia sifat ingin memiliki lama-kelamaan akan timbul dan di sinilah akan mulanya terbit rasa marah dan sebagainya.

3 Perkara diatas adalah masalah yang paling utama yang perlu difikirkan oleh wanita yang ingin berkahwin dengan suami orang. Jika anda nekad dan sanggup menempuhinya, teruskan niat anda. Jika tidak ucapkanlah selamat tinggal kepada suami orang.







Rabu, 5 Mac 2014

FAM tuduh JDT tak kawal keselamatan pemain T Team

Apa kes ni FAM, makin pening lah dengan pentadbiran korang ni.. macam bangs..t lah keputusan korang ni...

Aku heran betul dengan FAM ni, masa memberi keputusan kemenangan kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) 3-0 hari tu kata kawalan keselamatan adalah dijamin dan pasukan T Team disalahkan. Sekarang ni pula beri surat pertuduhan kepada JDT kerana tidak menyediakan  kawalan keselamatan berikutan insiden 'terowong Larkin'.

Menurut Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, surat tersebut dihantar berdasarkan kepada Artikel 28.1 yang mana pasukan tuan rumah itu gagal menyediakan kawalan keselamatan kepada pemain, pegawai dan penyokong.

"Kami memberikan masa selama seminggu untuk Johor DT menjawab surat pertuduhan itu dan selepas itu Jawatankuasa Tatatertib akan memanggil mereka yang terbabit untuk memberikan keterangan bukan saja dari Johor DT malah mungkin juga T Team".

Kontroversi tercetus apabila berlaku pergaduhan di dalam terowong semasa rehat separuh masa pertama dan menyebabkan pasukan T Team tidak meneruskan aksi di separuh masa kedua atas faktor keselamatan.

Darisudutpandang: Aku rasa FAM ni dah nyanyuk kot....ari tu kata keselamatan terkawal, ni buat pertuduhan pula kat JDT pasal keselamatan tak dikawal. Apa ni...???

Habis tu yang korang bagi kemenangan kat JDT 3-0 tu atas dasar apa?? Kan senang kalau korang wat keputusan ari tu perlawanan di mulakan semula...Hai.. bercelaru betul lah FAM ni. Patutlah Ultras Malaya buat protes hari tu... Ni pulak tak pasal-pasal nanti Ultras Terengganu buat protes pula nanti..sebab korang dah 'double standard'.

Aduhai FAM.....30 tahun makin jahanam bola sepak Malaysia.

Selasa, 4 Mac 2014

Ultras itu samseng bola sepak?

Ultras Malaya yang membuat protes dengan membakar suar dan juga membaling bom asap dikatakan sebagai samseng bola sepak yang mencemarkan nama negara.

Korang setuju ke gelaran ini diberikan kepada Ultras Malaya?

Perlu diingat, Ultras Malaya adalah gabungan kepada semua Ultras di setiap negeri. Jika gelaran samseng diberikan kepada Ultras Malaya bermakna Ultras Johor,Ultras Terengganu, Ultras Kelantan dan sebagainya adalah juga samseng.

Wajarkah gelaran ini diberikan kepada penyokong yang sentiasa berdiri teguh bola sepak negara Ultras Malaya ini digelar samseng?

Bagi aku gelaran tersebut tidak perlu digunakan ke atas mereka kerana disepanjang yang aku tahu mereka ini sanggup mengeluarkan wang, tenaga dan masa mereka semata-mata ingin menjadi pemain yang ke-12 yang sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada setiap pemain tidak kira menang atau kalah.

Ultras ini bukan penonton biasa yang datang ke stadium duduk dan memakan kuaci, bertepuk tangan bila aksi yang dipamerkan oleh pemain menarik dan mengutuk ketika pemain melakukan kesilapan. Mereka sentiasa menyokong dan meniup semnagat kepada pemain walaupun menang dan kalah. Sebenarnya mereka ini mempunyai peranan yang besar dalam membangunkan sukan bola sepak negara ini dengan menjadi sebahagian lanskap pembangunan bola sepak Malaysia.

Sepatutnya FAM lebih terbuka dan telus untuk berbincang dan mendengar luahan hati Ultras Malaya bagi pembangunan bola sepak Malaysia.

Aku sentiasa mendengar yang FAM berkata, ikutlah saluran yang betul jika ingin mengkritik tapi aku percaya Ultras Malaya ini mungkin telah mengikut saluran yang betul tapi tiadanya tindakan yang positif yang diambil oleh FAM menyebabkan mereka kecewa dan marah dan menyebabkan mereka melakukan protes terbesar ketika perlawanan menentang Filipina tempohari.

FAM ini aku tengok bukan boleh dikritikpun, kalau tidak takkan lah Timbalan Presiden dia pun dia boleh gantung.

Bagi aku, senang saja untuk menyelesaikan masalah ini. Iaitu:

1. Pihak FAM perlu mengadakan perbincangan dengan wakil daripada pihak Ultras ini bagi menyelesaikan masalah jangka panjang agar perkara ini tidak berlaku lagi pada masa yang akan datang.

2. Pihak FAM perlu melantik wakil daripada ultras ke dalam badan induk itu sebagai suara daripada peminat-peminat bola sepak negara.

Darisudutpandang: Aku bukan ahli mana-mana ultras...tetapi aku sentiasa menyokong mereka selagi tidak menyalahi undang-undang negara. Perjuangan mereka adalah semata-mata untuk memartabatkan kembali bola sepak Malaysia...dan itu yang aku sentiasa sokong.

Berjuanglah Ultras Malaya demi Malaysia tanah tumpah darah kita.

Berjuanglah Ultras Malaya demi kemajuan bola sepak Malaysia.

Berjuanglah Ultras Malaya sehingga Presiden FAM sekarang meletakkan jawatan.





Isnin, 3 Mac 2014

5 Sebab lelaki berusia menjadi pilihan perempuan muda

Saya pernah terbaca tentang kajian yang dilakukan ke atas pelajar-pelajar perempuan di di beberapa universiti berkenaan dengan pilihan teman hidup. Apa yang mengejutkan ialah hasil kajian menunjukkan kecenderungan pelajar-pelajar ini memilih lelaki yang lebih berusia sebagai pilihan yang paling ideal sebagai teman hidup.

Lelaki berusia adalah dikategorikan sebagai lelaki yang berusia 40 tahun dan ke atas.

dari sudut pandang, lelaki berusia, kahwin, perempuan muda
Sekadar gambar hiasan
Apakah yang menyebabkan kecenderungan ini terjadi?

Tak lain dan tak bukan kecenderungan ini adalah disebabkan perempuan muda ini ingin hidup selesa dan senang.

Terdapat 5 sebab mengapa lelaki berusia menjadi pilihan perempuan muda.

1. Kerjaya

Pada usia ini lelaki yang berusia 40 tahun dan ke atas telah mempunyai kerjaya yang tetap dan stabil berbanding dengan lelaki yang lebih muda. Mereka juga telah melalui fasa beberapa kenaikan pangkat dan ini membolehkan kehidupan mereka lebih selesa.

2. Kepemimpinan

Kebanyakan lelaki pada usia ini, telah menunjukkan kematangan daripada segi kepimpinan. Pada usia ini mereka telah dipilih untuk mengetuai organisasi di tempat kerja, persatuan atau pertubuhan. Disebabkan pengalaman luas bekerja dalam sesebuah syarikat, berwibawa memimpin pekerja dan berpengetahuan luas untuk berada di tempat tertinggi.

3. Kuasa

Disebabkan kepimpinan yang begitu menonjol serta berkebolehan menerajui organisasi sehingga berada di puncak, pada usia ini ada sesetengah daripada mereka mula menerima pangkat dan kuasa dengan pelbagai gelaran seperti Dato', Dato' Sri, Tan Sri dan sebagainya.

4. Komunikasi

Apabila sudah mempunyai kerjaya kukuh, menjadi pemimpin dan berkuasa membuat keputusan sekali gus mereka mempunyai tahap komunikasi yang tinggi, dalam erti kata lain, bijak berkata-kata serta mempunyai bahasa tubuh yang baik dan positif. Ini menyebabkan mereka menjadi tarikan terutama wanita muda atau disegani rakan sekerja yang lain. Karisma mereka juga mula terserlah dan apa saja yang diperkatakan akan mudah dipercayai dan mendapat persetujuan pekerja bawahan atau rakan-rakan. Disebabkan faktor inilah lelaki 40-an dikatakan lebih romantik dan penyayang kerana pandai berkomunikasi dan bijak berkata-kata.

5. Mempunyai keperibadian tinggi

Lelaki pada usia 40an berjaya memaparkan keperibadian dari segi pakaian dan personaliti yang memikat. Apabila mereka menonjolkan kehebatan dari segi gaya dan penampilan, ia mampu menjadi tarikan terutama kepada wanita muda.



Bubar saja FAM itu.....

Lagi nak cerita pasal Ultras Malaya bikin gempak di Stadium Selayang pada hari Sabtu lepas. Maaf la sebab masih tak habis-habis lagi nak cerita pasal perkara ni.

Aku baca banyak yang komen berkenaan perkara ni, ada yang setuju dan ada yang tidak setuju pasal tindakan diorang yang menggangu perlawanan sehingga 10 minit kerana membaling suar dan bom asap di atas padang semalam.

Pada pendapat aku, tindakan mereka ni ada pro dan kontra. Ada benda yang mereka lakukan yang aku bersetuju sangat-sangat dan ada benda yang mereka buat yang aku tidak setuju. Namun yang pasti mereka hanya ingin menarik perhatian pihak tertentu di atas perkara yang mereka lakukan.

Perbuatan mereka sama seperti perhimpunan Bersih dan juga berbagai perhimpunan lagi yang diadakan di jalan raya yang mana niat utamanya hanya ingin menarik perhatian ramai.

Sebenarnya, semalam bukan kali pertama protes yang mereka lakukan. Sepanjang aku hadir di stadium menyokong pasukan Malaysia, telah banyak kali protes yang dilakukan namun tiada satu pun tindakan positif yang diambil oleh FAM.

Aku masih ingat lagi kali pertama Ultras Malaya ni buat hal, iaitu ketika di bawah kendalian Dato' K. Rajagobal. Ketika itu perlawanan dengan Singapura kalau tak silap aku yang diadakan di Stadium Bukit Jalil. Perlawanan tersebut diakhiri dengan kekalahan pasukan Harimau Malaya.

Selepas perlawanan tersebut, mereka ini telah berkumpul di tempat bas para pemain dan menyanyikan lagu 'Rajagopal apa yang kau buat'. Ini adalah kali pertama yang aku lihat Ultras Malaya bertindak sedemikian.

Kemudian beberapa perlawanan yang melibatkan Harimau Malaya selepas itu, Ultras Malaya juga ada melakukan protes, seperti perlawanan Malaysia menentang Bahrain di Stadium Shah Alam tempohari.

Dalam banyak-banyak protes mereka, semalamlah yang paling havoc dan terbaik. Aku rasa mungkin mereka sudah tidak tahan lagi melihat kepada tiadanya tindakan yang diambil di atas protes-protes mereka sebelum ini.

Firasat aku mengatakan jika tiada lagi tindakan oleh FAM dan ditakdirkan Malaysia kalah menentang Yaman pada 5hb Mac ni, aku rasa bantahan oleh Ultras Malaya semakin hebat..dan yang terbaik mereka boleh lakukan adalah memboikot setiap perlawanan yang melibatkan pasukan Malaysia.

Apakah yang sebenarnya Ultras Malaya tuntut?

Mereka menuntut supaya Presiden FAM meletakkan jawatan kerana beliau telah memegang jawatan sebagai presiden terlalu lama iaitu selama 30 tahun.

Apa yang beliau bawa kepada kemajuan bola sepak Malaysia?

Sepanjang memegang jawatan tersebut beliau telah banyak membawa perubahan kepada bola sepak Malaysia. Itu sememangnya tidak dapat dinafikan, tetapi bagaimana pula dengan perkembangan pasukan bola sepak kebangsaan?

Ini yang sebenarnya dipersoalkan oleh Ultras Malaya dan juga kebanyakan rakyat Malaysia. Dalam tempoh 30 tahun pentadbiran presiden FAM, ranking Malaysia yang terbaru dikeluarkan oleh FIFA, Malaysia berada di kedudukan ke 150 dunia, manakala di Asia pula Malaysia berada di kedudukan ke 29. Kejuaraan yang terbaru hanyalah memenangi Piala AFF pada 2010 dan sukan SEA pada 2011. Mungkin ada yang beranggapan apalah ada pada ranking tapi dengan apa lagi yang kita boleh ukur kekuatan sesuatu pasukan melainkan dengan ranking.

Jadi kalau mengikut perkiraan pencapaian skuad bola sepak Malaysia di persada dunia, ianya amat mengecewakan sekali dan ini mengambarkan betapa gagalnya skuad bola sepak Malaysia di bawah presiden ini. Disebabkan itulah dalam salah satu banner oleh Ultras Malaya di stadium semalam berbunyi 'Thank$ FAM 30 Tahun = Jahanam'.

Jika apa yang dibuat oleh Ultras semalam menyebabkan Presiden FAM tersedar daripada mimpi bahawa semua orang tidak sukakan beliau dan menyebabkan beliau mendapat ilham untuk melepaskan jawatan yang dipegang selama 30 tahun tersebut, maka siapakah akan menjawat jawatan yang dipegang oleh beliau?

Nama-nama yang disebut akan merebut jawatan Presiden FAM ialah Timbalan Presiden FAM sekarang iaitu Tengku Abdullah dan satu lagi nama yang sedang 'hot' sekarang kerana 'tragedi terowong Larkin' iaitu Tunku Ismail.

Aduhai, tak ada calon lain ke, selain daripada mereka berdua? Aku rasa orang yang paling layak memegang jawatan Presiden FAM ialah Tan Sri Annuar Musa kerana apa yang aku lihat kemampuan beliau dalam mentadbir pasukan bola sepak Kelantan sehingga menjadi pasukan yang disegani di Malaysia ini. Lagipun Tan Sri Annuar juga adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya dan juga bekas Menteri Belia dan Sukan suatu ketika dulu, tapi malangnya Tan Sri Annuar tidak dapat bertanding kerana sedang menjalani penggantungan akibat mengkritik pasukan kebangsaan di bawah Datuk Rajagopal dulu.

Jadi, SIAPAKAH yang sebenar-benarnya layak??






Ahad, 2 Mac 2014

Kesenyapan Ultras Malaya ketika Malaysia lwn Filipina

Baru balik tengok perlawanan persahabatan Malaysia lawan Filipina yang berlangsung di Stadium Selayang. Keputusannya Malaysia seri 0-0.

Sebenarnya aku tak nak ulas tentang perlawanan tersebut sebab aku tahu korang mesti dah tengok perlawanan tersebut di TV.  Apa yang aku nak tulis di sini adalah perihal Ultras Malaya yang melakukan protes senyap malam tadi.

dari sudut pandang, ultra malaya, protes
Banner yang bertulis 'This is my game' dan 'thanks FAM 30 tahun= ja...nam'

Dalam banyak-banyak perlawanan yang melibatkan pasukan Malaysia, inilah perlawanan yang paling senyap pernah aku tengok kerana Ultras Malaya yang hadir dengan baju rasminya yang berwarna hitam langsung tidak menyanyi dan menyorak. Mereka hanya duduk memerhatikan perlawanan ini... ah bosan betul aku....
tapi hinggalah minit ke 30 perlawanan berlangsung barulah Ultras Malaya seakan-akan baru bernyawa....membakar flare, bom asap dan sebagainya.....



Mengapa tunggu 30 minit? 30 minit bermaksud 30 tahun Presiden FAM memegang jawatan Presiden FAM...dan tiada perubahan langsung yang dibawa. Mereka melakukan protes ini agar Presiden FAM meletakkan jawatan kerana dah bosan dengan presiden yang tidak membawa kemajuan ke dalam pasukan kebangsaan.

Memang hebat dan salute lah kat korang......Aku harap orang-orang yang berkenaan tolonglah dengar rintihan Ultras Malaya ini dan aku pasti rakyat Malaysia juga mahukan perkara yang sama. Oleh itu tolong letaklah jawatan...jangan buat pekak dan tulikan telinga...kerana tanpa penyokong tak bermaknalah stadium yang dibina....dan tanpa penyokong juga, penaja takkan sanggup menaja FAM.

Hidup Ultras Malaya......demi Malaysia tercinta.



Kisah seorang sahabat: Ujian Allah paling hebat

Ini adalah artikel yang ketiga berkenaan dengan kisah seorang sahabat yang sedang diuji oleh Allah dengan ujian yang maha hebat. Artikel ini...