Rabu, 27 Februari 2013

FAM: Artikel 88 berbunyi lagi

Artikel 88 Statut FAM perlu dikaji semula, itu kata Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Dulupun pernah kata perkara yang sama tapi bila sampai masanya habuk pun tarak. Aku pernah menulis perkara ini dulu, itu semasa Tan Sri Annuar Musa digantung selama 2 tahun lebih kerana mengkritik badan induk bola sepak Malaysia.

Sekarang kes ini kembali panas apabila Datuk Seri Shahidan Kassim menjadi mangsa yang terbaru yang digantung dibawah Artikel 88 ini dan akan menyusul nanti kes Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang telah mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga M).

Mengikut Artikel ini, yang boleh mengkritik FAM dan struktur organisasinya hanya Presiden dan Setiausaha FAM sahaja, jika yang lain ingin mengkritik perlu mendapat keizinan. Kadang-kadang macam kelakar lah pulak aku baca 'untuk mengkritik perlu mendapat keizinan'...mana demokrasinya macam itu??

Maaflah kalau tulisan aku ini menguris hati, tapi kadang-kadang kita perlu berterus terang jika sesuatu itu tidak betul tidak kiralah ikut saluran atau tidak ikut saluran. Bagi aku Artikel 88 Statut FAM ini boleh dibuang kerana ianya langsung tidak relevan.

Aku percaya, Allahyarham Datuk Basri, Datuk Raja Zainuddin, Tan Sri Annuar dan Datuk Seri Shahidan (mereka yang didapati bersalah kerana mengkritik) amat menyayangi bola sepak dan inginkan pasukan bola sepak kita menjadi kuat dan gah dan pastinya itu salah satu niat mereka ketika bersuara iaitu untuk membetulkan sesuatu yang nampak tidak betul. Apakah itu suatu kesalahan??

Apa-apapun aku nak juga dengar dari Ahli Gabungan FAM berkenaan dengan perkara ini..!! Ada berani ker??

P/S: Tak sabar nak tunggu Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola sepak Malaysia bersidang berhubung dengan kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengkritik mutu pengadilan Liga Malaysia di akhbar baru-baru ini.
















Selasa, 26 Februari 2013

Rozita dan Zain bernikah Julai

Akhirnya pelakon yang yang cantik dan menjadi rebutan ramai lelaki, Rozita Che Wan mengakui yang dia dengan Zain Saidin sedang hangat bercinta.

Rozita Che Wan, 42 dan Zain Saidin, 29 telah mendapat restu keluarga untuk melangsungkan perkahwinan dan dijangka paling awalnya pada hujung bulan Julai depan walaupun jarak usia mereka 13 tahun.
Sebelum ini Rozita atau Che Ta menafikan yang dia sedang bercinta dengan Zain berikutan pengumuman Zain pada bulan Januari yang lalu yang mengatakan yang mereka sedang bercinta.

Mengikut perancangan, majlis pertunangan tidak akan diadakan kerana masing-masing telah mengenali hati budi.

Keputusan Che Ta mahu menamatkan zaman bujang meleraikan segala spekulasi cinta mereka selama ini.

Pelakon popular menerusi drama Kiah Pekasam ini menyatakan Zain seorang yang berani mengambil langkah mahu mengahwininya berbanding lelaki lain yang sekadar meluahkan perasaan cinta.

"Dia seorang yang romantik dan paling penting berani melamar saya. Sesiapa saja boleh meluahkan perasaan cinta, tapi tidak sepertinya yang berani mengambil langkah seterusnya." Kata Rozita Che Wan.

Rozita yang akan menyambut ulang tahun ke-42 pada 9 Mac berkata, mereka bukan saja rapat ketika bersama menjayakan penggambaran program televisyen, Oh My English! malah Zain turut meluangkan masa bercuti bersama.

sumber

Jumaat, 22 Februari 2013

PRU-13: BN kekal berkuasa

Jika betul ramalan yang dikeluarkan oleh Economist Intellingence Unit (EIU) ini menjadi kenyataan, pasti penyokong-penyokong dan juga para pemimpin parti Pakatan Rakyat mengigit jari lebih-lebih lagi pemimpin nombor satu Pakatan Rakyat (PR) iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri tidak akan menjadi kenyataan. Berikut adalah petikan daripada EIU:

Mengikut EIU yang juga majalah terkenal yang berpangkalan di London, 'The Economist', meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi Pilihan raya Umum ke-13 (PRU-13) berdasarkan kepada rekod pencapaiannya yang baik, agenda pembaharuan serta kepemimpinan ekonomi Datuk Seri Najib Razak yang berjaya.

EIU, pemikir yang menyediakan analisis risiko, industri dan negara berkala mengatakan 'janji yang lumayan' dari PR menyebabkan ianya menjadi penghalang yang besar kerana jelas tidak sesuai bagi Pakatan untuk melaksanakan semua janji kempennya.

"Sebagai contoh, menyediakan pendidikan menengah percuma akan menyebabkan kerajaan berbelanja RM43 bilion  manakala dengan memansuhkan duti kereta akan mengurangkan perolehan cukai sebanyak RM4.6 bilion setahun."

Menurut EIU, Pakatan Rakyat sudah memungkiri banyak janjinya sebelum ini, termasuk bantuan kewangan bagi pendidikan prasekolah, penuntut universiti, warga emas dan orang kelainan upaya, penjagaan kesihatan percuma bagi mereka berumur lebih 65 tahun, cukai hartanah lebih rendah dan bantuan untuk pembeli rumah.

Bagi semua perkara ini, populisme Pakatan kekal tidak mempunyai hasil yang praktikal.

Di Selangor, misalnya, BN mendakwa PR melaksanakan hanya 15 peratus daripada 31 janji pilihan raya bernilai RM2.4 bilion yang dibuat dalam manifesto pada 2008.

"Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengulas manifesto bukan janji tetapi mengakui pengundi mungkin berfikir sebaliknya."

Bandingkan dengan rekod kejayaan BN dalam memenuhi janji-janjinya dan anda mempunyai perbezaan yang jelas dalam pendekatan.

Buat para penyokong Pakatan Rakyat, jangan risau...ia hanya ramalan sahaja...dan ramalan biasanya tidak mencapai hasil yang 100 peratus betul.

Jika di lihat realitinya, BN untuk menang pada PRU-13 ini amatlah sukar dan payah...dan jika menangpun majoritinya tidak sampaipun 10 kerusi. Ini bermakna jika itu terjadi, kita akan mendapat kerajaan yang tidak stabil....

Walau bagaimanapun kita tunggulah PRU-13 ini kerana ianya dikatakan 'ibu segala pilihan raya' kerana ianya akan menentukan kelangsungan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para pemimpin Pakatan Rakyat...dan tidak lupa juga sebagai satu tanda aras kepada kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak sendiri.

P/S: Jadi ker PM bubar Parlimen hari ini???....Kita tunggu dan lihat.

Khamis, 21 Februari 2013

Blog aku dah macam blog politik??

Kawan-kawan aku kata, kebelakangan ini blog aku dah macam blog politik pula...Eh betul ker, bukan lah, blog aku ini blog sampah aje...atau macam astrolah... semua ada. Kalau adapun artikel aku yang membicarakan tentang politik itu...hanya enam dan tujuh artikel aje..itupun semuanya dari sudut pandang aku sendiri...maklumlah aku berkawan dengan banyak orang politik tidak kira dia sebelah sini atau sana......


Jadi, bila aku jumpa diorang ini lepak kat 'coffee bean'..biasalah.. macam-macam isu politik yang mereka bincangkan...so aku ambillah hasil perbincangan di 'kedai kopi' itu untuk aku tuliskan di dalam blog aku ini. Itupun banyak yang aku tapis dulu, mana yang sesuai..kot..kot nanti 'ke dalam' aku nanti..hehehe. kalau tak pun kena saman rm100 juta beb....mana nak cekau duit sebanyak tu...lainlah kalau ada orang taja....hehehe.

Kawan-kawan aku ada tanya juga yang aku ini 'duk' sebelah mana?? Tapi yang aku cakap 'undi itu adalah rahsia'...yang betul pasti aku sokong....kalau yang tak betul..aku tolak tepi...hehehe.. macam aku duk atas pagar pulak.....(tapi tahukah kita orang yang 'duk' atas pagar ini amat penting kerana dia boleh menentukan siapa yang akan menang...) tapi yang pasti aku tak memilih parti mana untuk aku pangkah sebab yang nyatanya aku akan memilih berdasarkan siapa calon tersebut nanti..
sebabnya kalau aku memilih parti tapi calonnya tak tahu buat kerja..susah jugak nanti. Kalau dapat calon yang kaki rembat harta negara....habis papa kedana pulak negara aku ni macam Greece. So bagi aku...siapa calon yang mewakili aku amat penting untuk aku membuat penilaian sebelum aku pangkah dia.....

Apa-apapun buat semua pembaca yang tersesat dalam blog aku ini, selamat membaca...jika ada setiap pandangan aku ada yang tak setuju ..tidak mengapa.. mungkin kita melihat perkara tersebut dari sudut pandang yang berbeza...dan atas platform mana kita berdiri.

P/S : Saje nak ambik peluang diatas keghairahan kita menunggu PRU13 ini.


Rabu, 20 Februari 2013

Buat diri yang sering terlupa

Sebagai ingatan buat diri aku sendiri yang sering terlupa, aku ingin kongsikan dari Beranda Kita moga hati tabahlah dan ingatlah.........


TEGARLAH WAHAI DIRI DAN TERSENYUMLAH

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Sesungguhnya Dia yang mengujimu dengan sedikit masalah adalah Dia yang selama ini membanjirimu dengan lautan nikmat...Maka berbaik sangkalah padaNya...

Jika saat ini beban yang dipikul begitu memberatkan belakangmu...Maka berbahagialah..kerana Dia telah percaya yang bahumu akan kuat memikulnya....

Jika saat ini harapanmu belum terwujud...Maka berbahagialah kerana Dia telah percaya kamu tak akan lelah berjuang dan berpasrah padaNya...

Satu hal yang harus diyakini...Dia tidak akan pernah memberikan ujian yang tak mampu kita harungi....

Jadi apapun yang kita hadapi saat ini, itu semata kerana kita mampu menjalaninya.....

Tetap kuat dan semangat....!!!

Ingatlah dalam bahagia Allah menyisipkan duka agar kita tahu bahawa ada hikmah dibalik sekaan air mata.

Dalam harap Allah menyelipkan resah agar kita sedar untuk mengiringinya do'a dengan segenap pasrah.

Dalam juangpun Allah meletakkan lelah agar kita ingat betapa mahalnya harga sebuah istiqomah.

Memang Allah tidak menjanjikan bahawa langit itu tidak selalu biru, bunga tidak selalu mekar dan matahari tidak selalu bersinar.

....tapi ketahuilah bahawa Allah selalu memberi pelangi disetiap badai, senyum disetiap air mata, berkah disetiap cubaan dan jawapan disetiap do'a.


Fizz Fairuz: Aku bertunang dengan isteri orang

Hairan juga yea...takkan tak tahu hukumnya haram bertunang dengan perempuan yang masih isteri orang dan juga adalah haram untuk bertunang dengan lelaki lain jika masih bersuami...tapi itulah yang berlaku kepada pelakon yang berlakon warak dalam cerita Nur Kasih ini.

Fizz Fairuz mendakwa sepanjang perkenalan dia bersama dengan wanita ini, dia tidak pernah tahu latar belakang, tempat kerja, pendidikan termasuk keluarga wanita tersebut dan hanya mengenali keluarga wanita tersebut ketika mereka bertunang.

Adakah Fizz Fairuz terkena ilmu pengasih?? Wah...teruk ini...tapi nak kata wanita tersebut yang kenakan Fizz Fairuz susah jugakan sebab wanita itu masih isteri orang dan menjadi isteri kedua kepada seorang usahawan yang berusia 40-an dan mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun dulu.

Fizz Fairuz, 34 yang sebelum ini hangat bercinta selama tujuh tahun dengan Almy Nadia, 27 telah mengejutkan ramai peminatnya apabila melangsungkan pertunangan dengan wanita yang berusia 26 tahun di Kuantan, Pahang pada 10 Februari lalu.

"Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah diatur oleh dia (bekas tunang) sejak kami berkenalan setahun lalu." kata Fizz Fairuz yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.

Fizz berkata, empat hari selepas bertunang iaitu pada khamis lalu, baru dia tahu tunangannya itu isteri orang apabila kawan kepada bekas tunangnya itu menghantar mesej menjelaskan status wanita tersebut.

Fizz juga menjelaskan yang dia telahpun berjumpa dengan suami wanita tersebut pada Sabtu lalu.

"Lelaki tersebut mengesahkan kepada saya yang tunang saya itu isteri keduanya dan perbincangan antara kami berdua diadakan secara baik," katanya.

Fizz berkata, dia mengenali wanita itu di satu lokasi penggambaran di ibu kota kira-kira setahun lalu.

"Patutlah sehari sebelum majlis pertunangan  yang akan diadakan, dia seperti mendapat petanda musibah apabila tangan kirinya melecur selepas terkena air panas dan dalam perjalanan ke Kuantan pula keretanya pula turut rosak"

"Sebelum ke rumah wanita itu, saya memaklumkan kepada rakan-rakan tidak mahu bertunang kerana tidak sedap hati namun apakan daya ia sudahpun berlalu."

"Selepas diuji sebegitu, saya tidak lalu makan dan tidur. saya mohon maaf kepada semua" Kata Fizz Fairuz lagi yang memutuskan pertunangan dengan wanita tersebut selepas hanya seminggu bertunang.





Isnin, 18 Februari 2013

Jasa kerajaan pada rakyat sudah lama dilupakan.

Baca tajuk di atas macam artikel kali ni pro kerajaan Barisan Nasional....tunggu dulu kalau berfikir macam itu...tolong baca sehingga habis dan buatlah keputusan. Kalau suka artikel ini tolong jangan lupa 'like' yea.

Dulu semasa aku kecil, aku suka sangat ikut arwah ayah aku pergi makan di sebuah kedai seorang pakcik ni yang berniaga roti canai di kampung aku. Setiap kali aku ikut arwah ayah makan di kedai dia pasti sebelum pulang pakcik ni akan bagi aku tiga biji gula-gula...maklumlah dulu gula-gula sepuluh sen dapat tiga biji bukan macam sekarang ini.

Perkara ini berlaku banyak kali....dan sebab itulah aku pasti akan ikut arwah ayah makan di kedai tersebut...bukan sahaja roti canai pakcik ni sedap tapi aku juga dapat gula-gula percuma.

Aku pasti, ada ramai antara kita yang mempunyai memori tersebut. Kita pasti akan terkenang perkara sedemikian untuk sekian lama walaupun perkara itu telah lama berlalu. Macam aku yang masih terkenangkan kebaikan pakcik itu kepada aku ketika aku kecil dahulu dan setiap kali aku pulang ke kampung, aku pasti tidak akan lupa untuk pergi makan ke kedai tersebut walaupun pakcik itu telah lama tiada.

Ehh, apa kaitan pula dengan 'Jasa kerajaan pada rakyat'? Sebenarnya kenyataan diatas adalah perumpamaan kepada tajuk diatas.

Sedar tak kita sebenarnya rasa terhutang budi rakyat kepada kerajaan sudah lama terhakis berbanding dengan dulu. Ini adalah kerana fungsi kerajaan yang membantu rakyat telah lama hilang dari sanubari pemimpin yang dipilih oleh rakyat.

Eh, bukan ker kerajaan sekarang ini amat baik kerana telah 'bermurah hati' memberikan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) kepada rakyat yang berpendapatan kurang daripada RM3 ribu sebulan sebanyak Rm5 ratus.??

Ya, memang betul...tapi bagi aku bantuan tersebut tidak menyeluruh. Hanya golongan yang tertentu sahaja yang mendapat bantuan tersebut...tapi bagaimana pula dengan golongan yang lain.??

Dulu, semasa kerajaan begitu prihatin kepada rakyatnya, begitu banyak jasa yang kerajaan bagi kepada rakyatnya. Misalnya:

1. Bantuan biasiswa atau pinjaman: Dulu kerajaan memberikan pinjaman kepada para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di Universiti tanpa ada kadar faedah yang dikenakan kepada setiap pinjaman. Jika pinjam RM20 ribu selama belajar maka perlu membayar RM20 ribu juga selepas belajar tidak macam sekarang kadar faedah dikenakan sebanyak 4 peratus setahun (Telah diturunkan kepada 1 peratus setahun). Ini amat membebankan para pelajar kerana mereka tahu selepas sahaja mereka tamat belajar, mereka perlu membayar hutang tersebut. Jika tidak, hutang mereka akan bertambah banyak. Manakala bantuan biasiswa yang dikeluarkan pula semakin kurang jika dibandingkan dahulu.

2. Bantuan buku persekolahan: Dulu semua pelajar sekolah mendapat buku teks secara percuma kemudian kerajaan menukar fikiran dengan setiap pelajar perlu membeli buku teks kecuali golongan yang tidak mampu kemudian menukar fikiran kembali kepada buku teks secara percuma...tetapi itu hanya untuk buku teks sahaja. Buku kerja murid tetap perlu dibeli. Jika setiap buku kerja puratanya bernilai RM5, bagaimana jika perlu membeli 5 biji buku,?? Bagaimana pula jika setiap keluarga mempunyai 4 orang anak, berapakah kos yang perlu dikeluarkan untuk menyekolahkan anak-anak?
Itu tidak termasuk dengan buku tambahan yang perlu dibeli.... Memanglah sekarang ini kerajaan memberi Rm1 ratus kepada setiap pelajar tetapi adakah itu memandai??

3. Program susu sekolah: Dulu kita pernah meminum susu secara percuma yang diberikan kepada setiap murid disetiap sekolah tetapi sekarang ini program ini tidak lagi dilaksanakan oleh pihak kerajaan kerana dikatakan terdapat banyak masalah dari segi kebersihan susu yang dibekalkan.

Ada orang berkata, dunia berubah dan kita juga perlu berubah...tapi adakah kita faham bahawa yang mengubah dunia itu adalah kita juga. Mengapa sesuatu yang baik untuk rakyat itu perlu diubah...? Mengapa tidak dikekalkan sahaja misalnya berkenaan dengan pinjaman untuk melanjutkan pelajaran.

Memang sekarang ini yuran persekolahan dan yuran peperiksaan telah dihapuskan tetapi kita jangan lupa yang yuran PIBG telah dinaikkan. Adakah itu berbaloi??

Dengan harga barangan yang semakin mahal ramai rakyat yang semakin terhimpit lebih-lebih lagi jika tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Baru. Aku percaya, apa yang rakyat mahu bukan BRIM yang diberikan tetapi bantuan kerajaan bagi mengurangkan harga barangan, harga minyak, infrasruktur yang baik serta pengangkutan awam yang lebih effisyen.

Aku percaya juga jika kerajaan mahu, yuran pengajian di Universiti Awam juga boleh dikurangkan walau tidak dihapuskan. Jika kerajaan berbuat demikian, aku percaya ramai rakyat yang bersetuju dan berterima kasih kepada kerajaan di atas keprihatinan itu.

Aku percaya ada yang menyokong dan ada yang membantah artikel aku ini...tapi itu terpulang kepada dari sudut mana kita lihat perkara seperti ini. Ada akan berkata jika kerajaan memberi subsidi yang banyak kepada rakyatnya, akan menyebabkan negara bangkrap...yea memang aku bersetuju tapi jika kerajaan ditadbir dengan penuh effisyen,  aku percaya perkara tersebut dapat dielakkan.




Jumaat, 15 Februari 2013

Hanya RM8 ribu nilai Institusi Beraja Malaysia

Hanya denda RM8 ribu dan penjara selama 37 hari adalah hukuman yang dikenakan kepada seorang pemuda yang berbangsa cina yang berkerja sebagai jurukur bahan di Singapura apabila didapati bersalah kerana menunjukkan isyarat lucah ke arah konvoi Raja Permaisuri Agong dan anggota polis.

Dia bernasib baik kerana perbuatan ini dilakukan di Malaysia, kalau di Thailand hukumannya mungkin lebih berat lagi.
Inlah wajah lelaki tersebut

Leong Pei Koe, 29 tahun mengaku bersalah kerana menunjukkan isyarat lucah di tempat awam dengan menggenggam tangan kanan dan jari tengah ditunjukkan ketika kenderaan rasmi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Haminah sedang melalui jalan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

P/S: Aku tak mahu menulis banyak berkenaan dengan perkara ini...tapi aku harap orang melayu bukalah mata, bukalah minda. Dulu tidak pernahpun rakyat Malaysia tidak kira kaum apa pun yang melakukan perkara sebegini......



Khamis, 14 Februari 2013

Sharnaaz - Shila: Berakhir sebuah cinta

Kata orang-orang tua kalau kita menyayangi seseorang jangan sampai 100 peratus tinggalkan sedikit perasaan benci sebab ianya nanti akan merosak diri.....pandai betullah aku reka benda ini....boleh percaya ke??

Tapi apa yang aku nak cerita ini mungkin ada kaitan sedikit dengan penyataan diatas cuma ianya datang dari orang ketiga.

Apa agaknya yang akan berlaku jika perkara ini berlaku kepada kita; bercinta bagai nak rak tapi keluarga tak suka!! ...dan perkara ini bukan kali pertama berlaku dalam sejarah manusia..bahkan ada yang menjadi suatu simbol percintaan macam percintaan Romeo dan Juliet yang sanggup membunuh diri...(orang islam tak boleh la buat macam ini)

Mungkin ada dikalangan kita akan melarikan diri dan kahwin di Thailand, mungkin juga ada dikalangan kita yang merajuk dengan keluarga dan mungkin juga ada dikalangan kita yang tunduk dan patuh pada permintaan keluarga.


Antara ketiga-tiga pilihan yang ada, akhirnya Sharnaaz Ahmad mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari menyayangi Shila Amzah kerana itu adalah keputusan yang paling baik bagi mengelakkan kontroversi bertambah buruk dengan ND Lala yang juga ayah kepada Shila Amzah.

"Tolong biarkan saya mencari ketenangan dan hentikanlah segala kontroversi yang berkaitan. Seboleh-bolehnya benarkan saya tenang seketika dan mengecapi kebahagiaan seperti orang lain."

Kontroversi ini dikatakan bermula apabila ND Lala menyifatkan Sharnaaz sebagai biadab dan tidak menghormati keluarganya menerusi kenyataan bahawa Shila sebagai bakal isteri.

Manakala Shila Amzah pula amat sedih diatas keputusan tersebut dan menyifatkan dia amat berbangga kerana pernah dapat menyayangi Sharnaaz.

Selasa, 12 Februari 2013

AES adakah suatu pembaziran?

Sebenarnya sudah lama untuk aku tulis berkenaan dengan sistem AES yang suatu ketika dulu heboh dibicarakan oleh orang ramai tentang pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan. Perkara ini semakin panas apabila ianya dijadikan isu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sebenarnya bagi aku pula sistem ini amat baik tetapi perlu ada penambahbaikan. Misalnya jumlah 'signboard' yang memberitahu kepada pemandu berkenaan dengan perangkap halaju berkamera perlu ditambah. Serta paparan bernombor juga perlu diletak dipersimpangan lampu isyarat bagi memberitahu kepada pemandu yang mereka mempunyai beberapa saat untuk melalui persimpangan tersebut sebelum lampu isyarat bertukar kepada merah.

Itu yang berkenaan dengan penambahbaikan berkenaan dengan sistem AES ini...tapi ada juga yang aku tidak bersetuju misalnya bila diletakkan kamera pada kelajuan yang hanya 60km/j...tapi di DUKE, (aku tak tahulah berfungsi atau tidak kamera tersebut yang diletakkan pada kelajuan 40km/j). Sepatutnya kamera tersebut hanya perlu diletakkan pada kelajuan standard iaitu pada 90km/j.

Seperti yang aku beritahu daripada awal, sistem penguatkuasaan automatik (AES) ini memang bagus untuk mendidik para pemandu supaya memandu secara berhemah tetapi alangkah bagus jika AES ini juga diletakkan di setiap kawasan yang sering berlakunya kesesakan lalulintas dan juga di setiap susur keluar dan masuk setiap simpang.

Sistem penguatkuasaan automatik (AES) ini jika diletak ditempat-tempat tersebut dapat mendidik pemandu yang kurang ajar yang suka memotong barisan dan juga pemandu yang memandu di lorong kecemasan. Di kebanyakan tempat tak kiralah di Kuala Lumpur atau dimana sahaja yang berlakunya kesesakan kita akan dapati banyak pemandu yang menjadi tidak sabar dan memotong dari sebelah kiri dan ada kalanya tidak memberikan lampu isyarat. Sebenarnya mereka yang melakukan perkara sedemikian juga sebenarnya boleh menyebabkan kemalangan dan juga menambahkan lagi kesesakan jalan raya yang sedia sesak.

Walaubagaimanapun berbalik kepada tajuk tentang pembaziran kerajaan terhadap pemasangan sistem ini, bagi aku ianya adalah pembelanjaan yang berbaloi oleh kerajaan walaupun nilainya mencapai RM500 juta untuk pemasangan kerana setiap tahun kerajaan menanggung hampir RM300 juta kerugian akibat kemalangan dan kehilangan sumber tenaga kerja rakyatnya.

Biasalah perkara yang baik itu tidak semua orang suka, lebih-lebih lagi jika ianya dipolitikkan. Aku bersetuju AES ini dikekalkan dan perlu diperbanyakkan lagi walaupun aku sendiri terkena saman ini.










Cuma apa yang diharapkan agar semua rakyat menyokong hasrat kerajaan ini tanpa perlu dipolitikkan oleh pembangkang. Sepatutnya pembangkang perlu berganding bahu dengan kerajaan dalam merealisasikan sistem ini agar tragedi kemalangan dapat dikurangkan.

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...