Rabu, 29 April 2015

Pulih dara: Perempuan ini 2 kali ditipu lelaki

Aduhai kesian sungguh aku kat perempuan yang macam ini. Kenapalah dia percaya kepada bomoh yang kaki temberang dan kaki kelentong ini. Kalau ikut logik akal siapalah yang boleh mengembalikan dara yang hilang. Itulah masa 'main' dengan pakwe tak pulak fikir macam tu. Itulah ikut nafsu sangat. Maaflah bahasa aku bunyinya agak kasar tapi patutlah buat perempuan yang bodoh macam ini.

Aku pernah tulis berkenaan 'mesti ke perempuan serahkan dara kepada lelaki yang bukan suaminya kerana cinta' sila baca sini.

Kalau kita lihat sekarang ni, pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim terlalu bebas. Jika sekarang ini kita berada di Taman Tasik Titiwangsa atau di mana-mana taman awam sekalipun lihatkan disekeliling kita pasti akan ada 'couple' yang sedang memadu asmara. Orang ramai ada disekelilingpun, boleh duduk rapat- rapat, ada yang berani lagi boleh bagi pakwe baring atas riba....hai...langsung hilang rasa malu...kalau orang tak ada tak tahu apa aksi mereka agaknya.

Aku membebelpun tak ada gunanya. Bacalah peristiwa perempuan ini yang diperdayakan oleh seorang lagi lelaki iaitu bomoh yang katanya boleh memulihkan dara:

Seorang perempuan yang berusia 22 tahun telah dirogol oleh seorang bomoh 'pulih dara' apabila dia cuba mendapatkan rawatan untuk mengembalikan daranya yang telah hilang ketika melakukan hubungan seks dengan bekas teman lelakinya.

Bomoh itu yang berusia 53 tahun telah merogol mangsa di sebuah pondok tersembunyi di Bukit Broga, Semenyih ketika mangsa datang berjumpanya untuk berubat.

Mangsa dikatakan amat takut yang bakal suaminya mengetahui yang dirinya telah kehilangan dara pada malam pertama mereka. Disebabkan itu mangsa menemui bomoh tersebut bagi memulihkan daranya.
 

Bomoh itu dikatakan menawarkan 3 kaedah untuk memulihkan dara iaitu:
1. Perempuan tersebut perlu menghantar video dalam aksi ghairah kepada bomoh.
2. Membenarkan tubuh mangsa disentuh oleh bomoh.
3. Melakukan hubungan seks dengan bomoh.


Mangsa dikatakan memilih pilihan pertama dan berjumpa dengan bomoh tersebut sebelum dirogol.

Kesian dekat perempuan ini kerana telah 2 kali ditipu oleh lelaki. Pertama lelaki yang dianggap sebagai bakal suami dan yang ke-2 lelaki yang menyamar sebagai bomoh tetapi kedua-dua lelaki ini adalah sama kerana lelaki yang macam ini tak ada benda lain yang dia nak, dia nak 'benda' yang tu aje. Lebih-lebih lagi kalau duduk berdua-duaan..yang alim pun boleh hilang kopiahnya.

Isnin, 20 April 2015

TS Annuar Musa letak jawatan Presiden KAFA

Bila menang disanjung dan dipuji tetapi bila kalah kejian dan cemuhan terpaksa dihadapi. Itulah nasib Tan Sri Annuar Musa apabila para penyokong 'The Red Warrior' (pasukan bola sepak Kelantan) mendesaknya melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

"Yang bercakap ramai, yang bekerja kurang. Yang kutuk ramai, yang menyumbang kurang dan yang meruntuh ramai dan yang membina kurang"

"Demi maruah Kelantan, saya alu-alukan jika ada sesiapa hendak ambil alih The Red Warrior (TRW) serta bersedia berunding dan menyerahkan 'baton' ini pada bila-bila masa"

Itu kata Tan Sri (TS) Annuar Musa diatas desakan para penyokong TRW yang memintanya supaya meletakkan jawatan sebagai Presiden KAFA.

Biasalah Tan Sri, bila terlibat dalam sukan nombor 1 di Malaysia ini ianya sudah menjadi lumrah. Ini kerana  jawatan yang TS pegang itu memberi  gambaran harapan peminat/penyokong yang menggunung ke atas kreatibiliti TS untuk membawa TRW ke puncak Liga.

Apa yang menghairankan ialah takkan begitu cepat para penyokong TRW melupakan segala jasa yang TS lakukan terhadap pasukan Kelantan selama ini hingga menjadi pasukan yang digeruni dalam Liga Super Malaysia.

Kejatuhan TRW bermula apabila ramai pemain yang bertaraf bintang mula keluar untuk bermain dengan pasukan lain yang menawarkan gaji lebih tinggi. Kehilangan pemain bintang ini menyebabkan pasukan TRW terpaksa membentuk semula pasukan. Oleh itu buat semua penyokong yang menyokong TRW, berilah peluang kepada TS untuk memperkukuhkan dan memperkuatkan pasukan. Liga Super hanya baru 8 perlawanan dan masih banyak perlawanan lagi yang perlu dharungi. TS telahpun mengambil tindakan untuk memecat jurulatih George Boateng dan melantik Azrai Khor untuk merealisasikan impian untuk kembali bersaing. Oleh itu bersabarlah.....

Ehh....aku ni penyokong TRW ke? Maaf aku bukan penyokong TRW dan takkan sesekali menyokongnya tapi aku sanjung melihat kesungguhan TS Annuar Musa menaikkan Kelantan menjadi pasukan yang digeruni dan menjadi pasukan yang perlu ditewaskan dalam Liga Super beberapa tahun yang lepas.

Akhir kalam......Putih Hitam sampai mati...........


Jumaat, 17 April 2015

Perempuan berbulu kuat seks

Jarang sebenarnya kita melihat perempuan berbulu lebat lebih-lebih lagi pada muka hingga kelihatan seperti misai. Ketika aku belajar dahulu di sebuah Universiti di Utara, terdapat seorang perempuan di sebuah pejabat pos di utara Malaysia yang memiliki misai yang lebat. Setiap kali aku ke sana pasti aku akan terserempak dengan perempuan ini kerana beliau selalu berada di kaunter. Wajahnya yang cantik diserikan lagi dengan kehadiran misai di atas bibirnya membuatkan aku suka melihatnya.


Sebenarnya perempuan yang bermisai bukanlah sesuatu yang menghairankan. Ini kerana pertumbuhan bulu yang lebat banyak dipengaruhi oleh hormon tidak kira kepada lelaki mahupun wanita. Ada yang mengatakan pertumbuhan bulu roma yang banyak pada lelaki dan wanita sering dikaitkan dengan keinginan seksual yang tinggi. Namun anggapan ini tidak betul.

Ini kerana pertumbuhan bulu roma dipengaruhi hormon androgen pada lelaki dan progesteron pada wanita yang tidak berkaitan dengan dorongan seksual manusia

Hormon testosteron dalam jumlah yang sangat tinggi mempengaruhi terjadinya bulu yang lebat pada lengan ataupun kaki wanita. Jika diperhatikan, wanita dengan bulu yang lebat memiliki payudara yang sedikit kecil, berbadan besar dan suara yang agak dalam.

Ini kerana ciri daripada hormon testosteron ini ada pada lelaki dan akan mempengaruhi ciri pada wanita. Oleh yang demikian jangan lagi kita memberi tanggapan kepada perempuan yang berbulu lebat itu kuat seks kerana ianya langsung tidak tepat.




Hanya satu permintaan: Nak minta apa yea

Seperti cerita Aladdin yang diberi 3 permintaan bezanya kali ini kita hanya mempunyai satu permintaan sahaja yang boleh diminta. Agak-agaknya apa yang kita nak minta?

Rasanya mungkin kita akan minta tempoh bagi memikirkan secara mendalam akan apa yang nak dipinta. Yealah sebabnya hanya satu permintaan sahaja yang boleh diperolehi.

Mungkin ada yang akan minta kekayaan harta dan wang ringgit; tapi kalau kaya jika tak berbahagia dan tak sihat tak boleh juga. Duit banyak, tinggal di rumah banglo tapi hanya terlantar di katil, tak guna juga.

Mungkin ada yang minta diberi kesihatan yang baik; tapi kalau mempunyai tubuh badan yang sihat tapi hidup dalam kesusahan dan tanpa kebahagiaan tak boleh juga.

Mungkin juga boleh meminta supaya dipanjangkan umur sehingga 1,000 tahun; tapi kalau hidup selama itu hanya untuk melihat satu persatu insan yang disayangi pergi meninggalkan kita buat apa. Hanya kesunyian sahaja yang menemani diri. Jadi untuk apa jika dapat hidup sebegitu lama.

Jadinya, apa yang lebih baik untuk diminta jika kita hanya mempunyai satu peluang sahaja.?

Mungkin permintaan yang lebih baik adalah meminta untuk bahagia kerana dengan kebahagiaan itu menjadikan kita redha dengan apa yang kita miliki. Kita bahagia bila kita susah; tidak berduit dan berharta, kita bahagia bila kita sakit, kita bahagia dengan segala dugaan yang Allah beri.

Namun begitu sebagai hamba Allah, kita tak perlu memikirkan untuk satu permintaan, kita boleh minta semuanya dan akan diperkenankan dan dikabulkan permintaan kita sepertimana dalam firmanNya dalam surah Al Mukmin ayat 60 yang bermaksud: "Mintalah kepada-Ku nescaya Aku akan mengabulkannya."

Dalam surah Al Baqarah ayat 186, Allah berfirman lagi yang bermaksud: "Dan jika hamba-Ku meminta kepada-Ku, ketahuilah bahawa Aku dekat, nescaya Aku akan mengabulkan permintaan orang-orang yang meminta jika mereka benar-benar meminta."

Oleh itu apa tunggu lagi jom kita minta dengan Allah bukan dengan satu permintaan tapi kita boleh minta semuanya, Insya Allah, Dia akan penuhi permintaan kita.






Istimewanya bila ayah jaga anak

"Abang, tolong saya buatkan susu untuk bayi, dia lapar tu." Bagi seorang suami yang juga bergelar ayah, kadang kalanya permintaan isteri seperti itu boleh mencalar ego suami. Ada suami yang beranggapan jika menolong isteri dalam membuat kerja-kerja rumah apatah lagi dalam hal menjaga anak akan menghilangkan 'macho' dan ego seorang lelaki yang juga seorang suami. Semacam suatu kepantangan bila menjaga anak.

Buat suami yang juga seorang ayah tolong baca ini jika anda beranggapan tiada istimewanya menjaga anak:

Kajian oleh Garret D Evans dan Kate Fogarty dari Universiti Florida berkenaan dengan anak yang dijaga oleh bapa telah merumuskan, anak-anak yang bapanya terbabit secara langsung akan menikmati faedah berikut:

1. Mereka biasanya akan mendapat markah yang tinggi berbanding dengan pelajar yang lain

2. Mereka lebih berjaya di dalam karier masing-masing.

3. Mereka akan lebih mudah berkawan dan menangani masalah sosial dengan lebih baik. Ini kerana si bapa secara tidak langsung mengajar anak mereka untuk menjadi seorang yang lebih prihatin, yakin, mampu mengawal diri, simbang secara psikologi dan mempunyai kemahiran bersosial.

4. Bagi anak lelaki, mereka kurang bermasalah dari segi tatatertib, disiplin dan kelakuan, terutama ketika remaja.

5. Bagi anak perempuan, mereka kurang bermasalah dari segi tekanan mental sewaktu remaja seperti tekanan daripada rakan, pergaulan bebas dan pandai menyesuaikan diri dalam suasana baru.

Antara perkara yang bapa boleh lakukan

1. Menukar lampin bayi, ini boleh menggalakkan perhubungan terus menerus dengan bayi

2. Menggosok gigi mereka apabila mereka sudah besar sedikit.

3. Menyediakan mereka untuk tidur sambil membaca buku cerita setiap malam.

4. Memberikan ciuman dan pelukan mesra kepada anak.

5. Bermain dan meluangkan masa berkualiti dengan anak tanpa gangguan

Oleh itu wahai bapa-bapa sekalian, ayuh kita hulurkan tangan dan bantu untuk meringankan beban isteri kita dalam menjaga dan mendidik anak. Buktikan bukan kita hanya pandai membuat anak tetapi kita juga mampu untuk menjaganya.





Isnin, 13 April 2015

Mahalnya air mani lembu ini

Air mani lembu berharga AS$70,000 (RM257,000), biar betul?? Kalau tak percaya baca selanjutnya:

Seorang penternak lembu di Minnesota berkata, beliau terkejut apabila air mani dan embrio yang diambil dari lembu yang diternaknya telah dicuri. Pemilik ladang Daniel Weness yang memiliki 80 ekor lembu menganggarkan, air mani dan embrio yang dicuri tersebut berharga AS$70,000.

Seorang syerif berkata "Memang ada pasaran untuk air mani dan embrio itu. Ramai penternak membelinya daripada Weness kerana mereka tidak perlu mengangkut lembu betina masing-masing untuk dikawankan dengan lembunya. Bagi mengatasi masalah tersebut, penternak lembu biasanya akan membeli air mani dan melakukan pemanian berhadas terhadap lembu betina. 

Aku ingatkan air mani manusia sahaja yang dijual rupa-rupanya air mani lembu juga ada harganya dipasaran.




Kisah seorang sahabat: Ujian Allah paling hebat

Ini adalah artikel yang ketiga berkenaan dengan kisah seorang sahabat yang sedang diuji oleh Allah dengan ujian yang maha hebat. Artikel ini...