Sabtu, 19 Julai 2014

Tahukah anda: Khasiat kuaci

Kuaci biasanya aku makan ketika tengok bola di rumah atau di stadium tapi tak tahu pulak ada khasiatnya yabg penting untuk badan.


Yang tak tahu khasiatnya macam aku ni, tolong baca selanjutnya khasiat kuaci yang aku petik dari ruangan 'hati harian metro'.

Bagi sesetengah orang, apabila usia semakin meningkat, berbagai masalah kesihatan mulalah datang melanda. Darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Ada juga yang mengalami masalah mengawal pundi kencing.

Masalah mengawal pundi kencing ini jika dibiarkan akan menjadi semakin serius.  Ia boleh menyebabkan air kencing menitik setitis demi setitis tanpa sedari dan ini tentunya akan mengganggu terutamanya jika hendak menunaikan solat.

Bagi mengatasi masalah ini, jadikan amalan memakan biji bunga matahari atau kuaci sama ada  yang belum dibuang kulit atau yang sudah dibuang kulitnya.

Kenapa kuaci mampu mengatasi masalah mengawal otot kencing?

Ini kerana kuaci adalah salah satu sumber vitamin E yang sangat baik.  Dianggarkan 60 gram biji bunga matahari tanpa kulit memenuhi keperluan tubuh bagi mendapat vitamin E setiap hari.

Amalan memakan kuaci atau biji bunga matahari selain dapat menguatkan otot pundi kencing ianya juga dapat melawaskan pembuangan air kencing.


Isnin, 14 Julai 2014

Gelora nafsu isteri tua

Dalam islam dibolehkan berpoligami sehingga 4 orang isteri tapi dengan syarat suami perlu berlaku adil terhadap isteri-isterinya. Jika tidak mampu berbuat demikian maka tak digalakkan berkahwin lebih daripada 1 sebab ianya akan menyeksakan isteri-isteri yang lain..iaitu dari segi zahir dan batin.


dari sudut pandang
Seperti yang berlaku kepada wanita ini yang mana suaminya berkahwin 2.

Seorang isteri tua sanggup membakar bilik tidur suaminya bersama madunya apabila cemburu melihat kedua-duanya tidur bersama di dalam satu bilik. Beliau dipercayai tertekan kerana tidak mendapat nafkah batin dan tidak dapat melelapkan mata.

Isteri tua itu ditangkap dan mengaku memulakan kebakaran rumah berkenaan kerana cemburu tetapi menafikan membuat demikian kerana ingin membunuh suami dan madunya.

"Saya membakarnya kerana terlalu marah", kata isteri tua tersebut yang berusia 39 tahun. 

Walau bagaimanapun, suami dan madunya yang berusia 28 tahun terselamat dalam kejadian tersebut apabila sedar daripada tidur akibat merasa panas.

DSP: Suatu pengiktibaran buat suami yang beristeri lebih daripada 1. Jangan dah dapat 'pucuk muda' yang tua dilupakan. Perlu sentiasa adil dalam setiap tindakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...