Jumaat, 19 Julai 2013

Puisi isteri buat Ashraf Muslim

Isteri mana yang boleh bersetuju jika suaminya nak kahwin lagi satu, tak kiralah siapa dia. Walaupun Allah telah menjanjikan 'payung emas' di syurga buat isteri-isteri yang dimadukan.

dari, sudut, pandang, ashraf muslim, wan sakinah, kahwin, madu, Thailand

Begitulah yang terjadi dengan isteri pertama Ashraf Muslim, iaitu Noor Dayana Lokman yang telah menulis sebuah nukilan hati di dalam Facebooknya.

Antara catatannya berbunyi:

"Tak usah bicara tentang setia
kerana aku pasti kau tahu
aku bukan perempuan jalanan.

Tak usah bicara tentang tanggungjawab
kerana aku tahu kau lebih arif
tentang itu"


Nukilan ini ditulis selepas isu kahwin rahsia Ashraf dengan wanita pilihannya, Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand pada 7 Julai lalu, iaitu 3 hari sebelum puasa.

Darisudutpandang: Tahniah, harap Ashraf dapat berlaku adil kepada kedua-dua isterinya.




Khamis, 18 Julai 2013

Wanita Vietnam selaris pisang goreng

Apakah kaitan pisang goreng dengan wanita vietnam? Biasa kita kaitkan setiap jualan yang mendapat sambutan hangat daripada orang ramai adalah "laris seperti pisang goreng panas". Itulah gambaran buat wanita GRO daripada Vietnam. Disebabkan itulah kebanyakan tangkapan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat mendapati wanita Vietnam menjadi majoriti dalam kes-kes pelacuran dan GRO apabila ditangkap. Sila klik sini.

dari, sudut, pandang, wanita Vietnam, sebab, pilihan, lelaki, manja, gebuSebab-sebab mengapa wanita Vietnam menjadi pilihan:

1. Wanita Vietnam lebih 'manja' dan memberi layanan yang mesra berbanding dengan wanita China dan Indonesia

2. Wanita Vietnam lebih murah harganya berbanding dengan wanita China dan Indonesia

3. Wanita Vietnam mempunyai kulit yang lebih gebu berbanding dengan wanita China dan Indonesia.

4. Wanita Vietnam mempunyai paras rupa yang lebih cantik berbanding wanita China dan Indonesia.

Amaran: Kepada yang beragama Islam jangan lah pula cuba mencari pelacur daripada Vietnam pula bila membaca artikel ini. Ingat dosa berzina termasuk dalam salah satu dosa besar dalam Islam.

Rabu, 17 Julai 2013

Wanita Vietnam banyak jadi pelacur

Wajah yang cantik, kulit yang gebu dan tidak berkira daripada segi duit menjadikan wanita Vietnam menjadi pilihan ramai lelaki 'hidung belang'. Bukan nak memburukkan wanita Vietnam tapi itulah hakikatnya jenayah pelacuran di Malaysia ini.

dari, sudut, pandang, pelacur, wanita Vietnam, wanita China, Wanita Thailand, wanita Indonesia, ditangkapMenurut statistik daripada Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Bukit Aman mendapati daripada 12,434 wanita yang ditahan sepanjang tahun lalu kerana terbabit dalam kegiatan pelacuran, didapati wanita Vietnam menjadi majoriti yang ditangkap dengan 3,456 orang.

Bilangan wanita Vietnam yang ditahan itu menunjukkan peningkatan berbanding tahun lepas sebanyak 2,196 orang.

Kebanyakan pelacur Vietnam itu biasanya menjalankan kegiatan mereka di kelab malam, pusat karaoke dan rumah urut.

Dipercayai kerana sikap wanita Vietnam yang tidak 'demand' dari segi bayaran menjadikan mereka menjadi idaman kebanyakan lelaki sebagai contohnya, jika mereka diarah menghidangkan air kepada pelanggan, pelanggan hanya memberi 'tip' untuk layanan hidangan air tanpa tip tambahan jika diminta duduk dan berhibur bersama.

Begitu juga dengan layanan seksual, jika mereka dibayar RM100 untuk urutan 'body to body', bayaran itu dianggap sebagai 'one-off' walaupun pelanggan kemudian meminta untuk mengadakan hubungan seks.

Selain wanita Vietnam, turut ditahan diseluruh negara tahun lalu ialah wanita China seramai 5,165 orang, wanita Thailand seramai 2,009 orang, wanita Indonesia seramai 1,418 orang, wanita Filipina seramai 845 orang, wanita India seramai 139 orang, Wanita Myanmar seramai 114 orang, wanita Uzbekistan seramai 70 orang dan wanita Kemboja seramai 70 orang.

Wanita lain yang turut ditangkap ialah Bangladesh, Laos, Uganda, Nigeria, Mongolia, Tajikistan, Sri Lanka dan Kenya.

Selasa, 16 Julai 2013

Penyanyi wanita lupa pakai baju

Apa nak jadilah dengan penyanyi Lady Gaga ni. Ada saja perkara pelik yang dia lakukan terutamanya dalam hal-hal yang melibatkan pakaian.

Kali ini dia buat lagi....dengan tidak memakai baju apabila keluar daripada rumahnya. Mungkin dia lupa agaknya untuk pakai baju........!!

Korang lihatlah sendiri aksi beliau ni:

Lady Gaga


Lady Gaga in sutien pe strazile din New York!

Lady Gaga annonce son grand retour

Lady Gaga thản nhiên mặc áo lót ra phố

Lady Gaga

Lady Gaga

Lady Gaga

Lady Gaga thản nhiên mặc áo lót ra phố

Lady Gaga

Lady Gaga

Lady Gaga


Raja Azmi bertunang

Selepas bercerai dengan Jalani Sidek, akhirnya Raja Azmi, 54 akan mengakhiri zaman jandanya apabila telah bertunang dengan Mohd Eddie Ghazali, 45 semalam.

Acara pertunangan tersebut telah diadakan dirumah Raja Azmi di Bukit Antarabangsa, yang diaturkan sendiri oleh anak-anak pasangan tersebut.

dari, sudut, pandang, Raja Azmi, Eddie, pemain bass kumpulan CRKPada majlis yang diadakan sebelum berbuka puasa itu, anak sulung Eddie iaitu Mohd Daniel, 21 mewakili bapanya manakala Raja Azmi diwakili oleh anak sulungnya, Puteri Suraya Mohd Jalani, 28.

Raja Azmi menerima 5 dulang hantaran, manakala Eddie menerima 3 hantaran. Cincin pertunangan tersebut telah disarungkan oleh ibu Eddie sendiri.

Mereka dijangka akan dinikahkan pada 15 September ini.Menrut Raja Azmi, dia amat bewrsyukur kerana dapat merasai alam pertunangan buat kali ke2.

Upacara tersebut dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat handai daripada kedua-dua belah pasangan.



Isnin, 15 Julai 2013

Jangan makan ayam jika tidak harga ayam akan tinggi

Lawak-lawak bila aku, dengar 'statement' daripada seorang Menteri berkenaan dengan cara untuk mengelakkan harga ayam yang semakin tinggi dipasaran sekarang ni. Mudah sangat cara penyelesaiannya. Menteri ni belajar sampai tinggi mana ni? Macam budak tadika aje idea yang dia bagi untuk mengelakkan harga ayam yang tinggi ni...hahaha.

Korang bacalah sendiri 'statement' Menteri ni:

Dari, sudut, pandang, harga, ayam, tinggi, boikot, Datuk Hasan Malek Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.

Beliau berkata langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.

Katanya ia juga bertujuan mengajar pihak berkenaan yang cuba mengaut keuntungan supaya sedar tindakan tidak bertanggungjawab mereka tidak akan berhasil."Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian dekat sini, hari ini.

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Hasan mengulangi gesaan kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga ayam sesuka hati sebaliknya menanam perasaan mendahulukan rakyat agar negara terus sejahtera."Saya lihat masih ada peniaga yang degil. Fikirlah balik...pada saya letaklah kepentingan negara lebih daripada lain-lain supaya kita tak jadi macam negara lain yang huru-hara."Kita sedang pantau dan cari punca kenaikan harga ayam adakah daripada pembekal, pemborong atau peniaga sendiri," katanya.

Selain itu Hasan berkata kira-kira 74 wakil industri termasuk pembekal ayam dan pengeluar gula memberi jaminan untuk tidak menaikkan harga barangan pada musim perayaan Aidilfitri selain memastikan bekalan mencukupi."Persatuan Penternak Unggas Melayu di Selangor telah memberi jaminan akan memberi sokongan kepada kementerian untuk memastikan bekalan sentiasa cukup supaya harga kekal," katanya.

Mengenai Ops Harga 2013, Hasan berkata sejak dilancar pada 6 Julai lalu hingga Khamis lepas (11 Julai) sebanyak 26,854 pemeriksaan dilakukan di seluruh negara.Beliau berkata daripada keseluruhan jumlah pemeriksaan itu 60 kes telah dikenakan tindakan dengan jumlah rampasan bernilai RM10,071 dan kompaun RM7,150.

"Kes-kes yang dikenakan tindakan itu 59 membabitkan kesalahan tidak meletak tanda harga atau senarai harga bagi barangan yang dijual dan satu lagi kes dikenakan tindakan kerana menjual barang harga kawalan (gula kasar) melebihi harga maksimum yang ditetapkan," katanya.

Darisudutpandang: Korang dah bacakan 'statement' menteri ni. Macamana apa komen anda???
Pada sudutpandang aku lah kan yang tak belajar tinggi ni. Kalau setiap barang yang naik harga diluar kawalan dan cara untuk mengatasinya hanya dengan memboikot susah lah macam tu. Ini ayam yang naik harga, kalau beras naik harga macam mana pulak? Nak suruh rakyat jangan makan nasi!! makan ubi kayu macam zaman Jepun dulu ker?

Suruh semua rakyat jangan makan ayam, tukar ke ikan dan daging, habis tu kalau semua orang makan daging dan ikan, harga daging dan ikan tak naik pulak ker??

Apa guna ada akta yang digubal jika tidak digunakan!! Heran-heran...Ingatkan ada menteri yang baru, bolehlah keluarkan idea yang bernas untuk mengatasi masalah ni tapi rupa-rupanya menteri pun hampeh.......

Ini pasal ayam yang naik harga, harga barang lain yang naik macamana pulak??

Hujung bulan ni setiap kakitangan kerajaan dapat kenaikan gaji dan pastinya harga barang juga akan naik. Macamana nak kawal tu, nak boikot jugak ker? Kesianlah kepada kami, rakyat yang miskin ni.........

Sabtu, 13 Julai 2013

Perempuan bersuara 'jantan' cantik

Bersuara 'jantan' bukannya pondan yea, jangan salah sangka. Sebenarnya 'original' perempuan cuma suara aje yang berbunyi seperti lelaki atau kasar.

dari, sudut, pandang, bersuara 'jantan', cantik, perempuan, Lisa, Erra, ratuDari aku bersekolah, aku tertanya-tanya adakah kebanyakkan perempuan yang bersuara 'jantan' ini cantik? Ketika itu ada seorang budak perempuan yang baru bertukar ke sekolah aku, yang rupanya fulamak, cantik giler....tapi sayangnya suaranya agak berbunyi seperti 'jantan'.

Ada jugak orang berkata, kalau kita mendengar suara perempuan ketika menjawab telefon dan bunyinya agak kasar (tak sedap) pasti perempuan itu cantik. Kalau suara perempuan itu berbunyi sedap dan manja, orang kata perempuan itu tak cantik. Entahlah, betul atau tidak teori diorang ni...?

Sekarang ni, ada dua tiga contoh yang aku lihat mungkin boleh menyokong kenyataan tersebut misalnya kalau dengar suara Lisa Surihani....kasar beb macam 'jantan', tapi mukanya,fuh cantik......, juga dengar suara Fazira Wan Chik (Erra) pun kasar macam 'jantan' gak, tapi menang pertandingan ratu cantik.

Pernah juga terjadi 2-3 kali, ketika aku membuat satu temujanji atas urusan kerja dan yang menjawabnya adalah perempuan. Suaranya alamak 'kasar' beb macam 'jantan' tapi bila aku jumpa, fulamak cantik beb...

Agak-agak, betul ker teori ni atau mungkin satu kebetulan??  Mungkin kita perlu buat satu kajian tentang ni.......

Apa kata anda yea???



Rabu, 10 Julai 2013

Bangsa Melayu, bangsa yang hebat

"Takkan Melayu hilang di dunia". Itu dikatakan telah dilafazkan oleh Laksamana Hang Tuah dizaman kemegahan Empayar Melaka dulu.

Jika pada abad ke-15 lagi, bangsa Melayu yang memerintah Melaka ketika itu menjadi bangsa yang maju sehinggakan dikenali diseluruh seantero dunia ketika itu.

Seorang penyelidik dan pengkaji sejarah, Dr Zaharah Sulaiman berkata Melayu bukanlah bangsa yang lemah, tidak mahir dan boleh dipandang hina. Sejarah membuktikan bangsa ini penakluk agung, ahli maritim yang handal dan cukup disegani.

Tampil dengan kajian mengenai kewujudan Melayu di rantau ini sejak hampir 4 tahun lalu, beliau berkata, kegemilangan bangsa itu satu waktu dulu turut diakui pencatat yang menemui bukti orang Melayu terkenal dengan sifat baik hati sehinggakan sering dipergunakan orang lain.

"Kajian saya turut menemui Melayu sebenarnya lebih awal wujud daripada tamadun India dan Cina dengan kawasan penempatan di Benua Sunda yang begitu baik dari segi iklim dan rupa bentuk muka bumi untuk didiami.

"Bukti yang ada cukup untuk mengatakan bangsa Melayu berasal daripada keturunan Semang dan Senoi yang kemudiannya membernihkan bangsa lain di dunia," katanya.

Dr. Zaharah berkata, kajiannya selama ini berdasarkan penemuan artifak serta DNA daripada 160,000 tahun lampau sehingga ke hari ini dan ia akan menemui orang ramai tidak lama lagi. 

Darisudutpandang: Ini adalah kajian yang dilakukan oleh Dr. Zaharah. Mungkin dalam kajian yang dia lakukan, beliau menemui bukti-bukti yang menyokong apa yang dia katakan. Apa pula kata anda berhubung dengan kajian ini?

Diculik, dikurung, diliwat dan dirogol

Diculik, dikurung, diliwat dan dirogol. Itulah nasib seorang pelancong daripada China ketika berjalan seorang diri pada pukul 5 pagi di Jalan Gelang, Pudu.

dari, sudut, pandang, dirogol, diliwat, diculik, dipukul, dibelasah, dikurung, wanita, pelancong, ChinaBeliau yang bernasib baik kerana dapat melepaskan diri daripada kurungan 3 orang lelaki di sebuah hotel di Damansara Perdana apabila lelaki-lelaki tersebut sedang tidur kerana keletihan.

Mangsa yang berumur 33 tahun menceritakan yang dia telah dirogol dan diliwat secara bergilir-gilir oleh 3 orang lelaki dan dibelasah serta diperlakukan seperti binatang ketika menjadi tawanan kumpulan lelaki berkenaan selama beberapa jam.

Beliau yang berjaya melepaskan diri kemudiannya melaporkan kejadian tersebut di Balai Polis Daerah Petaling Jaya.

Darisudutpandang: Tak kira sesiapa, keselamatan diri perlu diutamakan. Sekarang ini terlalu banyak kes-kes yang seperti ini berlaku walaupun pihak yang berkenaan mengatakan kes-kes jenayah menunjukkan penurunan. Penurunan apa agaknya kalau setiap hari ada berita yang melaporkan kejadian seperti ini. Dikhabarkan terdapat 6 kes rogol yang berlaku setiap hari di Malaysia ini.

Ahad, 7 Julai 2013

Atlet perempuan di rogol ketika menyertai SUKMA 2013

Akibat ingin melepaskan rasa kekecewaan akibat pasukan bola baling yang dianggotainya dalam Sukan Malaysia (SUKMA 2013) yang kalah, beliau akhirnya telah dirogol secara bergilir-gilir oleh atlet bola baling lelaki.

dari, sudut, pandang, rogol, atlet, sukmaAtlet tersebut yang berusia 19 tahun dikatakan meminum minuman keras bersama-sama atlet lelaki bola baling disebuah gelanggang bola kerajang, sebelum dibawa pulang ke sebuah bilik penginapan oleh beberapa atlet lelaki berkenaan.

Kira-kira jam 4 pagi, mangsa menyedari dirinya dalam keadaan bogel, dihimpit oleh seorang lelaki dan suspek dikatakan merogolnya secara bergilir-gilir bersama rakannya.

Dia kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang dan berikutan itu 3 atlet telah ditahan untuk membantu siasatan.

Kejadian ini berlaku di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada rabu lalu.

Darisudutpandang: Siapakah yang perlu bertanggungjawab dalam hal ini? Terdapat 2 kesalahan iaitu meminum arak di gelanggang bola kerajang dan kes rogol. Harap Majlis Sukan Negara (MSN) dapat menyiasat mengapa arak boleh di bawa ke dalam perkampungan sukan.???

Sabtu, 6 Julai 2013

Hukumnya haram tapi kalau sudah ketagih peduli apa

Baru-baru ini Majlis Fatwa Negeri Perlis telah memutuskan, menghisap shisha dan menjualnya adalah haram bagi semua penganut agama Islam. Disusuli pula oleh Majlis Fatwa Negeri Melaka yang memutuskan perkara yang sama. Beberapa negeri juga dijangka mengikuti pengharaman ini. Mungkinkah Majlis Fatwa Kebangsaan juga akan mengambil pendekatan yang sama seperti mereka mengharamkan rokok sebelum ini? Bagaimana pula dengan e-rokok? Sepatutnya ianya juga perlu diharamkan.

dari, sudut, pandang, shisha, haram, rokok, fatwa, ketagih, pandangan, e-rokok
Keburukan menghisap shisha adalah lebih teruk daripada keburukan menghisap rokok yang juga telah diharamkan sebelum ini oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Sila rujuk keputusan Majlis Fatwa di sini.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), amalan menghisap shisha mempunyai risiko kesihatan yang sama seperti merokok atau menggunakan produk tembakau yang lain. Penghisap shisha biasanya menyedut asap sebanyak 50 hingga 200 kali atau selama 20 minit hingga 80 minit yang dianggarkan sebanyak 0.15 liter hingga 1 liter. Mereka yang menghisap rokok pula selalunya menyedut sebanyak 8 hingga 12 kali dan mengambil masa hanya 5 minit hingga 7 minit serta menyedut 0.5 liter hingga 0.6 liter asap.

Persoalannya adalah dengan pengistiharan oleh Majlis Fatwa berhubung pengharaman ini, adakah ia mampu mengubah pengguna terutama dalam masyarakat Islam yang sudah ketagih? Sepertimana yang kita maklum, sebelum ini juga Majlis Fatwa Kebangsaan juga telah mengharamkan rokok pada 23 Mac 1995 tapi kesan pada masyarakat islam tidak berubah bahkan semakin bertambah penggunaannya.

Inilah yang dikatakan kalau sudah ketagih, hukumnya haram pun tolak ketepi, yang penting lepaskan dulu ketagihan dan kekhayalan. Pedulilah dengan apa yang orang kata. Tolak ketepi segala fatwa dan hukumnya serta akibat kepada kesihatan tubuh badan serta orang-orang disekeliling. Walaupun sudah banyak kempen-kempen daripada pihak kerajaan mahupun swasta sehingga sanggup mewajibkan setiap kotak rokok memaparkan kesan daripada merokok namun ianya langsung tidak memberi kesan.

Pihak kerajaan juga telah meluaskan kawasan larangan merokok namun itu semua hanya sebagai hiasan di atas kertas dan sebagai mengisi agenda di Parlimen sahaja. Orang ramai masih kelihatan merokok dikawasan yang diwartakan sebagai larangan merokok seperti di lapangan terbang, kompleks membeli belah, sekolah, stadium, restoran dan sebagainya walaupun disesetengah tempat adalah tempat yang berhawa dingin.

Peraturan dan hukuman tidak mampu untuk mendidik para perokok untuk mematuhi segala peraturan yang ditetapkan kerana tiadanya penguatkuasaan daripada badan yang berwajib. Apalah yang ada pada undang-undang jika operasi penguatkuasaan hanya dilakukan sekali sekala sahaja.

Bagi yang beragama Islam, jika fatwa yang dikeluarkan adalah haram bagi menghisap rokok dan shisha boleh ditolak ketepi, inikan pula denda yang boleh dibayar dengan wang ringgit akibat merokok di tempat awam.

Tidak pernah lagi kita dengar pihak Majlis Agama Islam membuat tangkapan kepada orang islam yang menghisap rokok ini walaupun telah difatwakan haram sejak tahun 1995 lagi. Yang kita dengar adalah tangkapan kepada penganut Islam yang  meminum arak, membeli nombor ekor 4D, dan berkhalwat.

Mungkin perokok-perokok yang beragama Islam ini kurang memahami akan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa ini kerana beranggapan hukum haram itu tidak sama dengan hukum haram bagi memakan daging babi, meminum arak dan berjudi. Walau apapun alasan mereka, tepuk dada tanyalah iman.


Nak minum susu badan sila bayar RM13,000

Pelik, pelik. Ingatkan susu badan hanya untuk bayi sahaja yang mereka jual tapi untuk orang dewasa yang inginkan meminum susu badanpun mereka jual juga.

Ini cerita dari negara China, ganjil sungguhlah dia orang ni. Bacalah kisah selanjutnya:

dari, sudut, pandang, buah dada, payudara, susu badan, susu, hisap, jual susu, minumGolongan kaya di China menghabiskan ribuan ringgit untuk mendapatkan susu badan hingga mendorong wanita untuk menjadi ibu susuan.

Perkembangan ganjil itu menyaksikan peningkatan orang dewasa membeli susu badan atau meminumnya terus dari ibu susuan atau selepas ia diperah.

Laporan perkhidmatan itu mencetuskan kemarahan di China dengan puluhan ribu menyelarnya dalam laman web Sino Weibo.

Sebuah agensi pembantu rumah menawarkan khidmat ibu susuan untuk kanak-kanak baru lahir, pesakit atau sesiapa yang sanggup membayar 16 ribu yuan (RM13 ribu) sebulan.

Kebanyakan pelanggan mengatakan yang mereka memerlukan nutrisi yang terkandung dalam susu itu.

"Pelanggan dewasa boleh meminumnya seperti bayi atau dari pam payu dara jika mereka malu"

Darisudutpandang: Bisnes macam ni tak ada ker kat Malaysia?


Jumaat, 5 Julai 2013

Shah Jaszle 'buaya' terunggul

Pelakon yang telah menimbulkan kontroversi kerana telah ditangkap khalwat dengan seorang wanita baru-baru ini, iaitu Shah Jaszle telah digelar sebagai seorang 'buaya' kerana banyak teman wanita.

dari, sudut, pandang, tangkap, khalwat, basah, Maria Farida, Shah Jaszle, Apartment Sri Subang, FarahItu yang dikatakan oleh salah seorang bekas teman wanitanya iaitu Maria Farida. Dia tidak terkejut dengan perkhabaran yang mengatakan Shah Jaszle telah ditangkap basah dengan wanita yang bernama Farah dan segala cerita-cerita yang tersebar selepas itu yang mengakibatkan pertunangan Shah Jaszle dengan Redzwani telah diputuskan.

"Saya sebenarnya kasihan terhadap tunangnya yang mendapat 'buaya' macam itu, selepas seorang, seorang dia perdayakan. Sebenarnya saya malas dan tak nak ambil tahu lagi pasal hidup dia." kata Maria Farida.

Shah atau nama sebenarnya Mohamad Shahrizal Jaszle Jasmin dan Maria pernah bercinta sebelum ini dan putus di sekitar tahun 2011. Selepas itu Shah Jaszle dikatakan pernah bercinta pula dengan pelakon muda Miera Liyana.

Pada 16 Mei lalu, aktor yang berusia 25 tahun itu telah ditangkap basah oleh Jabatan Agama Islam Selangor di Apartment Sri Subang.

Isnin, 1 Julai 2013

Piala Konfederasi 2013: Brazil vs Sepanyol


Pada perlawanan akhir Piala Konfederasi 2013 yang berlangsung di Stadium Maracana, Brazil pada pagi ini, Pasukan Brazil membuktikan yang mereka masih lagi berbisa dan kuat dengan menundukkan Sepanyol dengan 3-0.

Fred, telah menjaringkan gol di awal minit ke-2, sebelum ditambah menjadi 2-0 selepas jaringan Neymar sebelum separuh masa pertama tamat.

Fred menambah gol peribadinya yang kedua dan yang ketiga bagi Brazil selepas separuh masa kedua disambung.

Gerard Pique dibuang padang dan sepakan penalti oleh Ramos yang melambung menambah kepincangan Sepanyol pada perlawanan tersebut.

Tanda-tanda awal sakit jantung

Dulunya sakit jantung dikatakan adalah penyakit untuk orang-orang kaya sahaja, tetapi pada masa kini sesiapa sahaja boleh terkena dengan penyakit ini. Ini kerana taraf hidup dan sosio ekonomi yang berubah menyebabkan penyakit ini menjadi suatu penyakit yang biasa dihadapi oleh masyarakat.

Sakit jantung juga menjadi salah satu penyakit yang dipanggil 'silent killer' akhir-akhir ini. Kalau kita lihat banyak kejadian kematian melibatkan serangan jantung ini.

dari, sudut, pandang, sakit, jantung, tanda, awalSebelum ianya menjadi parah, ada baiknya kita kenali tanda-tanda awal penyakit ini untuk melakukan pencegahan dan persediaan awal. Untuk mengetahui apakah tanda-tanda awal penyakit jantung itu, sila baca selanjutnya:

1. Sakit dada

Ia disebabkan sel-sel jantung tidak mendapat oksigen yang mencukupi kerana kurangnya aliran darah ke otot-otot jantung.

2. Sukar bernafas

Kesukaran ini biasa terjadi ketika tidur atau hanya sekadar berbaring. Untuk mengatasi hal tersebut, ambil nafas dalam-dalam dan hembus nafas perlahan-lahan. Keadaan sesak nafas juga berlaku pada malam hari. Hal tersebut dikenali sebagai Paraoxysmal Nocturnal Dyspnea atau kesukaran bernafas akibat kurang kemampuan jantung untuk mengepam darah ke seluruh tubuh dan kembali semula ke jantung dan paru-paru.

3. Kurang selera makan

Ia disebabkan oleh pengumpulan  cairan di dalam hati atau sistem pencernaan yang boleh mengakibatkan berkurangnya selera makan.

4. Sering rasa penat dan lelah

Rasa lesu, penat dan lelah tanpa sebab ini berlaku kerana tubuh tidak mendapat oksigen yang mencukupi.

5. Kerap buang air kecil

Intensiti buang air kecil yang kerap juga menjadi simptomnya. Perkara ini disebabkan cairan yang terkumpul pada ginjal melalui aliran darah pada siang hari. Untuk menghindari hal ini, kawal pengambilan air pada waktu malam hari.




Kisah seorang sahabat: Ujian Allah paling hebat

Ini adalah artikel yang ketiga berkenaan dengan kisah seorang sahabat yang sedang diuji oleh Allah dengan ujian yang maha hebat. Artikel ini...