Isnin, 11 Mei 2015

Apa cerita ni: Perempuan merogol 2 lelaki

Amat jarang kita mendengar cerita tentang lelaki dirogol perempuan. Biasanya yang kita dengar adalah sebaliknya. Kejadian ini berlaku di Afrika Selatan dan bukan berlaku di Malaysia. Jika berlaku di Malaysiapun mungkin dikalangan suami isteri kot...hehehe.Teringat cerita tentang kawan aku dulu yang dia pernah 'dirogol' oleh isterinya...hehehe, tapi tak boleh tulis di sini sebab blog aku ini bukan blog lucah.

Okey lah, sebelum aku melalut tulis yang bukan-bukan jom kita baca peristiwa lelaki dirogol oleh perempuan ini.

Kejadian pertama:

Seorang lelaki yang berusia 33 tahun telah menjadi trauma kerana telah diculik dan dirogol oleh 3 orang wanita yang menaiki kereta BMW berwarna hitam di sebuah pekan Kwazakhele di Afrika Selatan.

Lelaki itu menceritakan bahawa beliau telah dihampiri oleh wanita tersebut untuk bertanyakan arah sebelum salah seorang daripada mereka mengeluarkan pistol dan mengarahkan dia masuk ke dalam kereta BMW tersebut.

Wanita-wanita itu kemudiannya membawa dia ke suatu tempat kira-kira 500 kilometer dari lokasi dia diculik sebelum diikat dan dibogelkan. Selepas dibogelkan, wanita berkenaan cuba merangsang dia tetapi disebabkan takut 'anu'nya tidak terangsang. Bagaimanapuan, dia telah dipaksa meminum sejenis cecair perangsang sebelum dirogol bergilir-gilir oleh 3 wanita berkenaan.

Lelaki itu memberitahu polis, suspek turut mengumpul air maninya di dalam sebuah beg plastik sebelum diletakkan di dalam bekas berisi ais. Dia kemudiannya ditinggalkan di sebatang jalan raya di bandar ini.

Kejadian ke-2.

Seorang lelaki di bandar Gauteng, Port Elizabeth juga mendakwa yang dia telah diculik dipaksa meminum sejenis cecair perangsang sebelum ditogol oleh 3 orang wanita.

Jurucakap polis berkata, kedua-dua lelaki tersebut tidak mengalami kecederaan tetapi trauma dengan kejadian itu.

Sumber: Agensi berita Afrika Selatan

Agak-agaknya apa cecair perangsang yang digunakan oleh wanita tersebut sampai boleh tahan dengan 3 orang. Rasanya ramai yang ingin tahu.















Ahad, 10 Mei 2015

Nikon D7100: Sunset on the island of Langkawi

Jika ke Pulau Langkawi kalau tak melihat matahari tenggelam pastinya suatu kerugian lebih-lebih lagi kalau tidak mengambil gambar. Mulanya nak melihat matahari tenggelam di Panorama Langkawi tetapi dek kerana gayat untuk menaiki kereta kabel maka hasrat tersebut terpaksa dibatalkan.

Maka terpaksalah melihat matahari tenggelam dari tempat penginapan iaitu di De Baron Resort. Ini adalah gambar-gambar yang diambil dari kamera Nikon D7100, walaupun sebenarnya tak berpuas hati kerana tidak dapat melihat matahari tenggelam.


























Sabtu, 9 Mei 2015

My First pictures with Nikon D7100

Kesempatan bercuti di Langkawi baru-baru ini aku gunakan sepenuhnya untuk belajar menggunakan kamera Nikon D7100. Ada gambar yang tidak begitu cantik kerana masih belajar menggunakan setting yang terdapat pada kamera ini tapi inilah proses pembelajarannya.

1. Gambar yang diambil disebuah kedai di Lapangan Terbang Subang.


2. Iklan dan pelancong di Lapangan Terbang Langkawi.


3. Seorang pemandu pelancong di Makam Mahsuri yang sedang memberi penerangan kepada para pengunjung.


4. Seekor biawak yang sedang mencari makanan di Kampung Kedah, Kota Mahsuri.


5. Gambar di persekitaran uptown pekan Kuah pada waktu malam.


6. Seorang pramugari kelihatan sedang mengagihkan snack kepada penumpang.


7. Kapal dan lautan


8. Zoom dengan lensa 300mm


Jumaat, 1 Mei 2015

My First Camera DSLR: Nikon D7100

Pergh...tulis tajuk pun dalam bahasa inggeris tu. Agah kata orang Terengganu. Bukan bermaksud apa-apa tapi begitu teruja selepas menabung dan mengikat perut selama 3 bulan akhirnya dapat juga membeli Nikon D7100. Kiranya ini adalah "My First Camera DSLR" la. Sebelum ini hanya pakai kamera Canon yang biasa sahaja.

Kalau ikutkan, naklah beli nikon D7200 yang baru keluar tu tapi memandangkan budget hanya cukup-cukup untuk beli nikon D7100 sahaja maka dapat inipun dah bersyukur Alhamdulillah...

Sebelum aku membeli Nikon D7100 ini, sebenarnya aku berbelah bagi antara Canon 70D atau Nikon D7100 yang mana satu lebih bagus. Banyak review yang aku tengok di youtube berkenaan kedua-dua kamera ini. Ada yang mengatakan D7100 lebih bagus daripada Canon 70D; ada juga yang mengatakan D7100 tidak sebagus Canon 70D.  Tetapi aku beranggapan bahawa kedua-dua kamera ini sama sahaja bagusnya hanya yang membezakannya adalah orang yang menggunakannya. Jika tak tahu guna, belilah kamera kategori profesional pun, gambarnya tetap macam menggunakan kamera digital biasa.

Kamera Nikon D7100 ini adalah dalam kategori Semi Profesional. Kalau sesiapa yang tak tahu untuk kamera DSLR ini ada 3 kategori (ceh...macam pandai sangat) iaitu:
1) Kategori Entry Level atau kategori permulaan
2) Kategori Intermediate atau pertengahan/Semi Pro
3) Kategori Advance atau Profesional

Insya Allah selepas ini aku akan kongsikan beberapa gambar yang akan aku ambil menggunakan nikon D7100 ini. Sebelum tu kena tengok Youtube dulu tutorial menggunakan kamera ini...hehehe.



Bila isteri benarkan kahwin lagi

Buat semua lelaki yang telah berkahwin dan bercita-cita untuk kahwin lagi, pastinya akan gembira dan tersenyum hingga ke telinga bila isteri benarkan kahwin lagi.

Tak ramai isteri yang membenarkan suaminya kahwin lagi kerana "bermadu" adalah satu perkataan yang menjadi 'taboo' kepada ramai wanita yang telah berkahwin. Status menjadi isteri pertama, kedua, ketiga atau keempat dan hidup bermadu pastinya menjadi mimpi ngeri bagi kebanyakan wanita. Jadinya tak ramai wanita yang berkahwin membenarkan suaminya berkahwin lagi.

Sebagai lelaki dan suami yang normal, jangan tipulah kalau tak ada keinginan untuk menambah cawangan lagi. Kebanyakan suami berkeinginan untuk itu cuma yang membezakannya ialah antara berani atau tidak. Bagi yang berani pasti akan mengambil langkah yang seterusnya manakala yang tak berani pulak terpaksalah hanya memendam rasa. Ada gurauan dikalangan lelaki yang bersuami tentang takut bini iaitu "bukan aku takut bini tapi bini yang tak takut aku".

Sebenarnya cerita isteri membenarkan kahwin lain bukannya cerita tentang orang lain tetapi ini terjadi pada diri aku sendiri. Puncanya adalah disebabkan kerana permintaan untuk mendapatkan anak lagi. Aku tak sangka itu jalan penyelesaiannya yang diberikan oleh si isteri.

Hasrat untuk mendapatkan anak lagi telah aku luahkan sejak 2-3 tahun yang lalu memandangkan anak aku pun dah berumur 11 tahun jadi keinginan untuk ada kawan yang boleh menghilangkan rasa stress dan sunyi makin membuak-buak, lebih-lebih lagi bila wujudnya Irsyad yang juga anak kakak aku. Perasaan untuk mempunyai anak lagi seperti tidak dapat dibendung tetapi malangnya isteri pula yang tidak menyokong hasrat aku itu. Bila didesak katanya "abang, kahwin ajelah satu lagi".

Aku tak tahu yang isteri aku ini bersungguh ke atau main-main membenarkan aku kahwin lain. Yalah perempuan mana yang suka berkongsi suami. Bila aku ceritakan kepada seorang kawan tentang perkara ini katanya "Hah, apa lagi dah beri lampu hijau tu, cepatlah cari". (Kawan aku ini dari dulu lagi minta kebenaran untuk kahwin lain tapi tak dapat. Khabarnya dia tambah juga cawangan secara senyap-senyap, nikah di Thailand).

Memang isteri aku mempunyai alasan yang kukuh untuk tidak mengandung lagi kerana alahan yang amat teruk sewaktu mengandungkan kakak dan abang dahulu.

Sebenarnya aku tak pernah terlintas pun untuk menambah cawangan lagi walaupun diizinkan. Bagi aku cukuplah hanya satu cawangan. Bukan mudah untuk menambah cawangan lagi yang aku rasa menuntut masa, tenaga dan pengorbanan yang tinggi yang sememangnya aku tiada. Cawangan yang satu inipun tak ter 'handle' inikan pula nak menambah cawangan baru. Nanti tak pasal-pasal bahu aku senget sebelah di akhirat pula.

Oleh itu wahai isteri, tolong jangan suruh aku kahwin lagi kerana cukup hanya kamu yang menjadi isteriku.




 



Kisah seorang sahabat: Ujian Allah paling hebat

Ini adalah artikel yang ketiga berkenaan dengan kisah seorang sahabat yang sedang diuji oleh Allah dengan ujian yang maha hebat. Artikel ini...