Ahad, 29 April 2012

Bersih 3.0 Duduk Bantah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini adalah sehari selepas perhimpunan bersih 3.0 Duduk Bantah yang diadakan di Dataran Merdeka. Apakah bersih itu? Bersih adalah Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil. Apakah tuntutan Bersih? Antara yang dituntut oleh Bersih :-
1) Bersihkan senarai undi
2) Mereformasikan undi pos
3) Gunakan dakwat kekal
4) Akses media bebas dan adil
5) Masa kempen minima 21 hari
6) Kukuhkan institusi awam
7) Hentikan rasuah
8) Hentikan politik kotor.
Ini adalah yang dituntut oleh Bersih sepertimana yang didakwa bahawa permintaan mereka untuk membawa perkara ini untuk dibahaskan didalam Parlimen telah ditolak.
Bagi sudut pandangan akulah ada perkara yang diminta oleh mereka telah dipenuhi oleh SPR atau pihak kerajaan dan ada yang aku rasa pihak SPR atau kerajaan perlu memikirkan untuk penambahbaikan...dan ada juga yang aku rasa pihak SPR dan kerajaan perlu terbuka misalnya berkenaan dengan hari kempen dan akses media yang lebih adil.

Sebenarnya antara permintaan Bersih ini yang aku amat bersetuju untuk diberi penambahbaikan adalah akses media yang bebas dan adil dan masa kempen minima selama 21 hari. Tuntutan yang lain bagi aku tidaklah menjadi satu keperluan yang mendesak kerana tanpa perubahanpun dalam tuntutan yang lainpun pihak pembangkang telah memenangi 5buah negeri pada PRU12 yang lalu.
Aku bersetuju berkenaan dengan perkara empat(4) dan lima(5) dalam permintaan mereka kerana dengan segala kelengkapan dan kemudahan yang ada dipihak Barisan Nasional (BN) berbanding dengan pihak pembangkang (PR) adalah tidak adil jika kempen ditetapkan selama 10 hari sahaja. Ini adalah kerana pihak BN boleh menggunakan segala macam kemudahan ..iaitu menggunakan RTM sebagai alat propanganda kempen serta surat khabar arus perdana.
Aku merasa begitu kasihan kepada pihak pembangkang ini kerana mereka tidak mendapat layanan yang adil daripada media massa baik elektronik mahupun bercetak. Yang disiarkan adalah perkara-perkara yang buruk sahaja..yang ingin menjatuhkan maruah pihak pembangkang. Adalah lebih adil jika mereka mendapat layanan yang saksama dari pihak media... dan itulah namanya demokrasi. Jika diikutkan berita dan maklumat yang disampaikan baik dalam percakapan atau penulisan yang tertera hanyalah kegagalan pihak pembangkang memerintah negeri-negeri yang telah dimenangi mereka..sehingga aku tertanya takkan dalam pihak pembangkang tak ada seorangpun bijak pandai yang boleh mengurus negeri dan aku percaya Menteri Besar Selangor iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim bukanlah calang-calang Menteri Besar...yang dikatakan seorang yang gagal.
Setelah sehari berlakunya perhimpunan Bersih 3.0 Duduk Bantah ini akhirnya aku terkesima lagi kerana perkara yang berlaku pada Bersih 2.0 akhirnya berlaku lagi. Aku ingatkan bila dikatakan Duduk Bantah..adalah duduk secara beramai-ramai dalam kumpulan bukannya berarak dijalanraya dan melakukan kekecohan (walaupun aku tidak pasti siapa yang mulakan dulu). Akhirnya yang mendapat malu adalah negara kita..pada pandangan negara luar.
Bagi aku, walaupun aku menyokong tuntutan Bersih ini tetapi janganlah sehingga merusuh dan merosakkan harta benda awam...dan akhirnya Bersih bukan lagi bersih pada hakikatnya. Bagi akulah jika betul kerajaan ini sudah berjalan senget maka kita tahu apa yang perlu dilakukan pada pilihanraya nanti dan tak perlulah turun ke jalan raya berdemontrasi..kerana pada PRU12 pun tiadanya perhimpunan Bersih pihak pembangkang berjaya juga merampas 5 buah negeri (sekarang 4) + satu persekutuan. Jadi sama-samalah kita fikirkannya.

 

Khamis, 26 April 2012

Pilihanraya PRU13 Yang Akan Menjelang Part3

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sambungan dari bicara semalam, tentang banyak 'offer' yang pihak pembangkang akan bagi kepada rakyat Malaysia jika mereka dapat memerintah Malaysia ini. Aku fikir dalam dunia ini mana yang free sekarang ini hanya kentut aje..... kalu kita tengok nak buang air pun dah kena caj RM0.30. Jadi aku pun tertanya-tanya juga macamana nak dapatkan 'income' untuk negara... kalu hanya semata-mata nak harapkan duit Petronas..boleh tapi sampai bila??

Bagi kerajaan sekarang yang memerintah pula, janganlah asyik nak mengkayakan kroni, diri sendiri, tokey-tokey cina dengan merampas yang bukan hak... kamu itu hanya pemegang amanah rakyat saje. Kalu kekayaan negara ini dibagi sama rata dengan setiap rakyat aku rasa tak ada pun yang masih hidup merempat dan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Bagi aku, walau apapun yang pihak pemerintah sekarang atau pihak pembangkang tawarkan dalam piliharaya ini jika mereka dapat memerintah Malaysia....lakukan kerana niat untuk membantu rakyat bukan untuk mengkayakan diri sendiri.

Oleh itu, inilah masanya kita (rakyat) menjadi berkuasa untuk menentukan siapa yang boleh membantu kita menjalani hidup yang penuh mencabar ini. Tepuk dada tanya akal dan minda, tengoklah....nilailah....rumuslah.....masa depan kita bergantung kepada kita sendiri. Wassalam. 

Rabu, 25 April 2012

Pilihanraya PRU13 Yang Akan Menjelang Part 2

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Akhirnya dapat juga aku tulis penyambungan dari part 1 hari tu tentang pilihanraya  yang akan berlaku bila-bila masa aje di Malaysia ini. Aku tertarik dengan berbagai spekulasi tentang tarikh pilihanraya yang akan diumumkan oleh DS Najib, ada yang kata pada bulan Jun 2012, ada yang kata bulan September 2012 walaupun tempoh kerajaan sekarang ini akan berakhir sehingga tahun depan. Bagi aku pula mengikut arah situasi yang berlaku sekarang ini dengan berbagai imbuhan kepada rakyat dan serangan kepada pembangkang jadi aku rasa pilihanraya akan dilaksanakan pada bulan Jun ini.

Mengikut dari sudut pandang aku la, aku tak berapa setuju dengan serangan berbentuk peribadi sebab aku tengok sekarang ini saksi perempuan yang terlibat dengan kes Anwar yang dulu pun bukan main kuat berkempen bagi pihak Barisan Nasional juga digunakan orang-orang yang dulunya begitu setia dengan Anwar sekarang ini dah jadi penentang.....apa semua ini? Semuanya berbicara dengan nada yang satu iaitu seks. Ingatlah sikit dengan banyak hadis dari Rasulullah S.A.W berkenaan dengan aib ini :-

 “Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)

 “Siapa yang membela harga diri saudaranya yang muslim, nescaya Allah swt menjaga wajahnya dari neraka pada hari kiamat” (HR. at-Tirmidzi)

 “Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat” (HR. at-Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani)

“Wahai Rasulullah, apa sebenarnya Ghibah itu?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Iaitu berkata sesuatu tentang saudaramu yang dia tidak suka”, ditanya lagi “Bagaimana kalau ianya benar?” Rasulullah s.a.w. menjawab “Sekiranya apa yang kau katakan itu benar engkau telah melakukan ghibah dan sekiranya tidak engkau telah melakukan fitnah”

Sebenarnya begitu banyak hadis Rasulullah S.A.W berkenaan dengan mendedahkan aib ini...sedarlah wahai saudara ku yang sesama agama...

Aku rasa la... kita sekarang ini sudah 55 tahun merdeka dan kalu manusia kita ini dah terlebih matang so aku harap jugak agak berkempen la dengan matang... jangan la berkempen mengutuk peribadi seseorang. Sekarang ini pun aku rasa rakyat Malaysia dah matang dan tahu mana calon dan parti mana yang boleh membantu mereka.... jadi berkempen la dengan matang.

Lagi satu yang aku tak setuju adalah peluang yang tidak diberikan secara adil kepada pembangkang ini menyuarakan pendapat mereka kepada umum kerana media massa dan media cetak tidak memberi liputan yang adil kepada mereka....jadi ini ker.. demokrasi. Kalau boleh bagi la peluang kepada mereka untuk berbicara dan menyuarakan pendapat mereka dan biar rakyat yang tentukan. Jika benar pihak pembangkang ingin menghapuskan tol, PTPTN, menaikkan gaji para pendidik sebanyak RM500, memberi air percuma 20m3... aku pun nak tahu jugak macamana mereka nak dapatkan dana untuk itu.... adakah cukai pendapatan akan dinaikkan?

maaf... bersambung lagi.


Khamis, 19 April 2012

Pilihanraya PRU13 Yang Akan Menjelang Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada kali ini aku ingin berbicara tentang pilihanraya pulak yang bakal tiba bila-bila masa aje walaupun tempoh mandat kerajaan sekarang ini akan tamat tempoh pada bulan Jun 2013. Jika kita pergi ke kedai-kedai kopi ataupun restoran mamak sekalipun kita akan kedengaran orang berbicara tentang topik ini. Mengalahkan isu Aron Aziz menang tropi Anugerah Pelakon Terbaik atau ranking bolasepak Malaysia yang jatuh lagi.

Dalam perbicaraan ini aku tak mahu lah terlalu menyentuh isu-isu yang sensitif cuma aku terkilan sikit sebab kalau sekarang ini kita tengok dan dengar macam-macam rezeki terpijak yang kerajaan memerintah bagi seperti bantuan sekolah (RM 100) dan terbaru bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500....dan banyak lagi. Bagus betul kerajaan begitu prihatin tentang kesusahan rakyat.

Bila aku fikir balik kenapa baru sekarang kerajaan bagi bantuan tersebut, kenapa tidak mula dari dulu lagi atau ketika harga minyak naik mencanak-canak 4-5 tahun yang dulu. Adakah ini gula-gula pemerintah kepada rakyatnya? Akupun tak tahu......(kena tanya itu sama Hud-Hud...hehehe)







Sekarang ini harga minyak mentah dipasaran dah makin naik. Kalu ikut iklan di RTM kata harga minyak RON95 berharga RM3.++ untuk seliter tapi kerajaan kita yang prihatin ini bagi subsidi jadi harga RON95 masih kekal RM1.90 untuk seliter tapi sampai bila agaknya kerajaan mampu untuk tampung subsidi minyak ini. Kalau ikut pandangan aku kerajaan sepatutnya dah naikkan harga minyak ini ke RM2.++ seliter kalau tidak kerajaan kita akan bangkrap...(aku ikut cakap salah seorang menteri yang kata macam ini....) tapi aku rasa kerajaan tak akan naikkan harga minyak ini disebabkan pilihanraya dah dekat. Jika dinaikkan makanya semua rakyat akan marah....

Aku tak cakap yang kerajaan kita ini tak bagus...sebenarnya bagus dan amat bagus (kalau tak, tak akan mungkin dapat memerintah selama 50 tahun lebih) tapi apa yang aku harapkan agar kerajaan lebih prihatin terhadap setiap denyut nadi rakyat dan bantuan yang diberikan bukan untuk segelintir sahaja yang dapat merasa kekayaan negara ini. Bagaimana pula dengan golongan sederhana......

Aku rasa aku tahu kenapa kerajaan begitu prihatin sekarang ini. Ini adalah kerana pembangkang sekarang ini begitu kuat. Tidak seperti sebelum ini sehinggakan mereka dapat menyapu 5 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan (tapi sekarang dah tinggal 4 negeri). Sebenarnya dari dulu lagi aku tak berapa setuju kalau pihak Barisan Nasional kata "kita akan pastikan tidak ada pembangkang di dalam Dewan Rakyat atau Dewan Negeri" sebab kalau dah tak ada pembangkang maka senang-senang aje dibuat keputusan tak ada 'check and balance'. Jadi disebabkan itulah maka kerajaan sekarang ini membuat beberapa insentif  untuk rakyat.

bersambung......

  

Rabu, 18 April 2012

Hikmah Surah Al-Kursyi

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

    

                            ·                                                          
Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

                            Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya- mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

 6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.


                            Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,
                            "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
                      
Semoga kita dapat bersama-sama mengamalkannya, Insya Allah.  

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Buat semua yang tersesat di blog ini, salam perkenalan buat semua. Alhamdulillah pada hari ini tercapai juga impian yang sekian lama untuk blogging bukannya apa sekadar untuk berkongsi pandangan dan luahan rasa buat tatapan semua.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga buat blog http://teknikbuatblog.blogspot.com, http://ariffshah.com dan http://denaihati.com kerana tutorial yang ditunjukkan didalam blog mereka semoga Allah sahaja yang boleh membalasNya sehingga saya dapat membuat laman blog sendiri.

Blog ini adalah medium luahan pandangan dan luahan rasa saya berkenaan dengan semua perkara mengikut pendapat saya dan saya cuba untuk tidak menyentuh perkara-perkara yang sensitif dan perkara yang menyinggung perasaan orang lain dan sekiranya ada didalam tulisan saya nanti terdapat perkara-perkara yang terguris hati maka kemaaafanlah yang saya minta.

Buat semua yang tersesat di dalam blog ini, semoga anda semua dapat memberi komen dan pendapat yang bernas di atas segala perkara yang saya utarakan.... semoga yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan dan kekurangan diri saya sendiri.... wassalam, adios.





Kisah seorang sahabat: Ujian Allah paling hebat

Ini adalah artikel yang ketiga berkenaan dengan kisah seorang sahabat yang sedang diuji oleh Allah dengan ujian yang maha hebat. Artikel ini...