Isnin, 30 Jun 2014

Cara pikat suami supaya tidak curang

Statistik penceraian di negara ini menunjukkan berlakunya peningkatan yang amat membimbangkan akhir-akhir ini. Antara penyebab berlakunya penceraian adalah tiadanya persefahaman di antara pasangan, pasangan curang dan sebagainya.

Pada kebiasaannya pasangan yang berlaku curang adalah menjadi penyebab utama kepada kes-kes penceraian yang berlaku. Mengapa pasangan anda curang? Sebenarnya banyak sebab mengapa pasangan anda curang. Sila lihat di sini dan di sini.

Mengapa isteri perlu memikat suaminya daripada menjadi curang? Ini kerana sudah menjadi tabiat lelaki sukakan perempuan yang cantik dan bergetah. Yang dah berkahwin pun tetap ada hati nak kahwin lagi satu...konon-kononnya nak ikut sunnah nabi yang membolehkan berkahwin sehingga 4. Yang hairannya kenapa bila bab kahwin aje yang nak ikut sunnah nabi tapi sunnah nabi yang lain tidak pula nak ikut.

Disebabkan itu bagi mengelakkan suami mencari yang lain, isteri perlu melakukan perubahan dengan mencuba beberapa tip bagi memikat hati suami:

1. Akur 
Biasanya suami mempunyai ego yang tersendiri.  Mereka tak suka isteri membantah apa yang mereka cakapkan walaupun kadangkala mereka bukannya sentiasa betul. Oleh itu sentiasa taat, jujur dan ikhlas pada suami atas segala arahannya selagi arahan tersebut tidak bertentangan dengan perintah Allah dan undang-undang negara.

2. Berkelakuan baik 
Jaga perangai, tingkah laku, tutur kata dan tindakan agar suami tidak berasa hati. Sifat yang harus dielak oleh isteri ialah berleter dan bermasam muka.

3. Jangan bebankan 
Ada isteri yang terlalu 'demand' meminta itu dan ini, diluar kemampuan suami. Ini secara tidak langsung telah menyebabkan suami tertekan dan jalan yang mudah ialah suami terpaksa meminjam bagi memenuhi permintaan isteri.

4. Sentiasa bersolek 
Ramai isteri tidak suka bersolek di rumah malah ada yang kelihatan selekeh. Ada juga isteri yang beranggapan tidak perlu bersolek hatta memakai gincu ketika berada di rumah. Ada juga isteri yang memakai baju tidur hingga ke petang. Alasan mereka ialah tak sesuai memakai pakaian yang cantik dan bersolek untuk membuat kerja-kerja rumah. Sepatutnya isteri ketika di rumah lah memakai pakaian cantik dan bersolek untuk suami agak kelihatan cantik di mata suami.

5. Jangan suka sanggah dan menolak permintaan suami
Adalah menjadi pantang kepada suami jika isteri suka menyanggah setiap permintaannya. Seboleh-bolehnya penuhi setiap permintaan mereka walaupun berat untuk dilakukan lebih-lebih lagi jika permintaan suami untuk melakukan hubungan seks.

6. Sentiasa mengingatkan dan berpesan pada suami
Seorang isteri yang baik ialah isteri yang sentiasa mengingatkan suaminya jika terlihat suaminya agak lalai. Teguran dan ingatan tersebut perlulah dilakukan dengan secara berhemah. Ada kajian mengatakan jika isteri ingin meluahkan rasa melibatkan suami perlu diluahkan selepas melakukan hubungan seks bersama suami kerana ketika itu suami dalam keadaan tenang.

7. Perlu ada rasa takut dan hormat 
Rasa takut dan hormat ini akan menjadikan setiap isteri lebih berhati-hati dalam melakukan setiap perkara, yang baik mahupun yang tidak baik.

8. Jangan membelakangkan suami
Setiap perkara yang ingin dilakukan oleh isteri perlu mendapat keizinan terlebih dahulu daripada suami lebih-lebih lagi jika ingin keluar rumah. Walaupun tahu suami tak akan marah namun ianya sebagai cara untuk menghormati suami. Walau menganggap perkara ini adalah kecil namun setiap isteri perlu menjaga hati suami.

9. Jaga harta suami
Ia adalah amanah kepada setiap isteri dan jangan sesekali menyalah guna ataupun menggunakannya untuk kepentingan sendiri.

10. Isteri kena minta maaf jika buat salah/ menderhaka pada suami
Jadikan amalan ini sebagai rutin harian, sebaik-baiknya mintalah maaf kepada suami sebelum tidur dan jangan sesekali lengahkan, buat tidak tahu ataupun tunggu tiba hari raya baru nak minta maaf. Sesungguhnya isteri yang sebegini sentiasa dilaknat oleh para malaikat.

11. Solat bersama suami
Amalan ini bukan sahaja dapat meraptkan hubungan dengan suami tetapi dengan Allah. Dengan bersolat bersama juga memberi gambaran bahawa suami adalah ketua keluarga yang perlu dihormati.

12. Jangan perkecilkan pemberian suami biarpun tidak seberapa
Terimalah dengan ikhlas setiap pemberian suami dan jangan mengungkit-ungkit pemberiannya. Hargailah pemberian suami dan ucapkan terima kasih.

13. Perlu bermuka manis dan senyum pada suami
Apabila berhadapan dan berada bersama suami perlulah sentiasa bermuka manis dan sentiasa senyum walau mempunyai tekanan dan masalah yang tersendiri. Isteri yang bersikap sedemikian akan dimuliakan di akhirat.

14. Pandang muka suami bila bercakap
Lihat dan tenung muka suami dengan penuh kasih sayang. Bila bercakap atau menjawab pertanyaan suami jangan membelakangkan atau sambil bekerja.

15. Jangan bawa pergaduhan ke dalam rumahtangga
Bila mempunyai masalah ditempat kerja jangan sesekali membawa balik ke rumah kerana kadang kala masalah tersebut akan menyebabkan berlakunya pergaduhan dengan suami.

16. Jangan terlalu kongkong suami
Berilah  kebebasan dengan batasan yang wajar kepada suami. Jangan terlalu berprasangka sampai asyik telefon bertanya suami di mana dan cek telefon suami hingga suami  langsung tiada privasi. Suami yang terlalu dikongkong kemungkinan akan menjadi bosan dengan tindakan isterinya dan mungkin akan mencari yang lain.

17. Urut badan suami selepas balik kerja
Walaupun isteri juga penat kerana seharian bekerja namun kalau dapat mengurut dan menyentuh suami ketika dia balik daripada kerja, akan dapat merapatkan lagi hubungan antara suami dan isteri.

18. Jaga makan minum suami
Makanan yang dimasak oleh isteri boleh menjadi penambat kepada kasih sayang suami. Masaklah makanan yang sedap dan makanan yang menjadi kegemaran suami. Jika tidak pandai memasak, maka pergilah belajar. Kata orang ada 2 nafsu yang perlu dijaga oleh isteri terhadap suaminya iaitu nafsu makan dan nafsu seks.

19. Mandi bersama suami
Jika berkesempatan carilah ruang untuk mandi bersama suami kerana pada masa ini isteri dapat menyentuh badan suami dan suami menyentuh badan isteri. Sapukan sabun dan belai badan pasangan akan menambahkan lagi keakraban antara pasangan.

DSP: Moga kita dapat mempraktikkannya di dalam membina hubungan yang mesra dan rapat antara suami dan isteri.



Rabu, 25 Jun 2014

Prosedur Endoscopy: sakit ke?

Apa itu endoscopy? Endoscopy ialah satu prosedur memasukkan kamera ke dalam perut melalui mulut untuk memeriksa bahagian dalam tubuh..aku agak-agak jer maksud dia...kalu nak tahu betul-betul kena tanya Cik Google....
Inilah tiub endosope yang masuk ke dalam mulut aku.
Sebelum aku 'terpaksa' melalui prosedur ini, berbagai tanggapan negatif yang menyerang kepala otak aku ni...sakit ke, prosedur dia lama ke dan sebagainya. Namun aku pasrah...walau sakit macamana pun aku tetap akan hadapi dengan sabar dan tabah walau hati berdebar-debar...cewah...

Artikel ini aku tulis selepas prosedur endoscopy aku jalani. Kiranya masih panas lagi..la ni.

Prosedur endoscopy ini aku buat di Hospital Selayang. Ingatkan nak suruh doktor pengsankan aku saja sebab takut sakit tapi bila nurse kata prosedur dia sekejap saja dan tak sakit maka....aku pasrah.

Selepas 'blood pressure' aku diperiksa, nurse telah memberikan aku baju putih dan penutup kepala untuk dipakai dan disuruh menunggu untuk dipanggil nama.

Dalam 15 minit kemudian seorang nurse berbaju seragam biru keluar dan memanggil nama aku...dan jantung ku kembali berdegup kencang...takut...

Aku pun terus mengikut nurse tersebut masuk ke dalam bilik dan disuruh baring di atas katil. Seorang doktor lelaki masuk dengan membawa sekeping borang prosedur melakukan endoscopy untuk aku tandatangainya.

Selepas aku menandatangani borang tersebut,  seorang nurse telah memasang klip di ibu jari tangan bagi memantau denyutan jantung. Kemudiannya seorang lagi nurse menyuruh aku untuk membuka mulut dan memasukkan sejenis ubat bius ke dalam tekak aku dan menahannya selama 5 saat sebelum disuruh telan...Ya Allah, rasanya terlalu pahit dan pedas hingga aku hampir termuntah.

Selepas mulut dan tekak aku kebas, aku disuruh supaya baring mengiring ke kiri dan satu corong plastik yang agak besar diletakkan di dalam mulut untuk aku gigit. Kemudiannya doktor lelaki yang tadinya membawa borang, memegang satu tiub getah kamera (endoscope tib) yang berwarna hitam sebesar kira-kira 1 jari lebih terus memasukkan getah tersebut ke dalam mulut aku dan suruhnya aku agak menelan tiub getah tersebut.

Bila masuk sahaja tiub tersebut terus aku terasa seperti hendak muntah tapi sekejap sahaja rasa hendak muntah itu kerana bila tiub itu telah masuk ke dalam kerongkong langsung dah tak rasa apa...cuma rasa sedikit pedih sahaja. Aku lihat doktor tersebut memusingkan ke kiri dan kanan tiub tersebut mungkin untuk melihat apa yang ada di dalam perut aku dan tiub tersebut semakin panjang masuk ke dalam kerongkong aku.

Kira-kira 5 minit proses itu berjalan, seorang nurse aku lihat memasukkan satu tiub yang agak panjang ke dalam mulut aku untuk mengambil sampel perut untuk diperiksa. Selepas sampel perut aku diambil, tiub getah tersebut dikeluarkan daripada mulut aku...dan pada masa inilah air liur aku terembes keluar dengan banyaknya.

Selepas prosedur ini berakhir, aku disuruh untuk menunggu diluar bagi mendapatkan temujanji berjumpa dengan doktor dan slip ubat.

Kesimpulannya bagi aku, proses endoscopy ini tidak menyakitkan cuma rasa tidak selesa di bahagian tekak. Walaupun selepas rasa kebas hilang...cuma rasa perit sahaja bila hendak menelan air liur. Manakala proses melakukan endoscopy ini hanya mengambil masa 5 minit sahaja. Jadi jangan takut....




Selasa, 10 Jun 2014

Berhati-hati ke Giant Batu Caves

Buat pengguna yang selalu ke pasaraya Giant Batu Caves berhati-hati lah agar tidak terkena seperti aku.

Aku rasa kes ini bukan berlaku di Giant Batu Caves sahaja tetapi mungkin juga berlaku di mana-mana pasaraya. Apa yang penting kita perlu berhati-hati walau di mana sahaja kita berada.

Kes ini terjadi pada hari Jumaat yang lepas ketika aku pergi ke pasaraya Giant Batu Caves untuk membeli beberapa barang keperluan.  Setelah beberapa kali berpusing-pusing mencari tempat letak kereta yang kosong akhirnya dapat juga aku meletakkan kereta berdekatan pintu masuk ke Giant.

Selepas membeli beberapa barang dan sempat makan di food court, aku pun berjalan balik ke kereta. Ketika aku menekan remote kunci untuk membuka pintu dan aku dapati ianya tidak berfungsi, jadi aku membuka pintu kereta dengan menggunakan kunci dan terus aku menghidupkan enjin kereta tetapi malangnya enjin tidak dapat dihidupkan..."kenapa pulak kereta ni" kata aku dalam hati.

Lantas aku pun membuka bonet depan kereta dan didapati bateri kereta aku telah dicuri. Yang bestnya ialah bukan kereta aku sahaja baterinya dicuri tetapi ada sebuah kereta lagi yang mengalami nasib yang sama seperti kereta aku. iaitu bateri keretanya juga dicuri.

Memang hebatlah siapa yang buat kerja ni sebab tak ada kesan pecah masuk langsung pada kereta. Aku pun hairan macamana dia orang boleh buka kereta tanpa 'alarm' tak berbunyi.

Mana 'security' yang berkawal ni, takkan dia tak buat rondaan. Makan gaji buta ke? Bila aku buat laporan kepada 'security' Giant dia kata ini kes yang ke4 berlaku di sini.

Oleh itu, buat pemilik kereta yang nak ke 'Giant' Batu Caves berhati-hati lah bila nak letak kereta anda.

Bateri kereta satu lagi yang dicuri tanpa ada kesan

Bateri kereta aku yang dicuri

Lokasi parking kereta yang berdekatan dengan pintu masuk 'Giant'


Security yang membuat rondaan tetapi masih berlaku kecurian bateri



Keadaan monitor CCTV yang usang














Sabtu, 7 Jun 2014

Wahai anak sanggup kau buat ayah macam ni

Ini adalah cerita benar yang aku lihat sendiri di depan mata aku. Sungguh sanggup kau buat ayahmu begitu.

Firman Allah dalam surah al Isra ayat 23-24:

وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنْ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا .الإسراء23- 24  


Maksudnya:
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. (ayat 23)

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil." (ayat 24)

Kisahnya begini. .....


Pagi tadi ketika aku keluar bersama dengan isteri makan di sebuah kedai mamak, aku terlihat di depan aku duduk seorang pakcik di hujung meja bersama dengan satu keluarga bersama dengan 4 anaknya.

Apa yang menjadi perhatian aku ialah aku ingatkan pakcik tersebut bukan daripada keluarga tersebut tetapi orang lain yang duduk makan sekali dengan keluarga tersebut.

Tapi bila diamati betul-betul, ada iras antara pakcik tersebut dengan seorang lelaki dewasa dalam keluarga itu. Jadi pada tanggapan aku pakcik tersebut adalah ayah kepada lelaki tersebut.

Eh...busy body betul aku ni kan.....tak kisah lah siapa pakcik tu kenapa ambil peduli?

Bukan apa...ada sesuatu yang menyentuh hati aku bila melihat layanan mereka terhadap pakcik tersebut. Hingga tanpa aku sedar ada air yang tergenang di kelopak mata.

Aku lihat pakcik tersebut makan dengan amat perlahan di hujung meja tanpa dipedulikan oleh anak, menantu dan cucu-cucunya.

Tak dipedulikan satu hal....tapi yang aku terkejutnya ialah pakcik tersebut belum lagi habis makan, lelaki tersebut yang juga anaknya terus bangun menuju ke kaunter dan terus membayar harga makanan. Aku ingatkan anaknya akan kembali ke meja makan menunggu ayahnya habis makan tapi tidak...rupanya-rupanya dia, isteri dan anak-anaknya terus menuju ke kereta...lupa ke yang ayahnya masih belum habis makan tu. ....

Kesian sungguh aku lihat bila pakcik tersebut sedaya upaya untuk menghabiskan roti canai dengan cepat dan dengan gelojoh menghabiskan teh tarik yang masih penuh di dalam gelas dan aku percaya ianya masih panas. Dengan tergopoh gapah, aku lihat pakcik tersebut cuba menyaingi keluarga anaknya dari belakang.

Kalau dilihat dari kereta yang anaknya pakai tu macam berpangkat besar dan berpelajaran tapi mengapa sanggup melayan ayah sendiri macam tu. ..

Sedihnya bila lihat macam tu..untuk berbaik sangka mungkin anaknya nak cepat barangkali. .sebab tu macam terkejar-kejar aje...tapi kalau nak cepat pun. ..takkan tak boleh tunggu sehingga ayahnya habis makan terlebih dahulu.

Aku tidaklah hairan kini, sebab semakin ramai anak-anak tidak lagi mempedulikan ayah dan ibu mereka. Ada daripadanya menghantar ayah dan ibu di rumah orang-orang tua kerana mereka tidak sanggup lagi untuk menjaga ayah dan ibu mereka.

Masihkah kita ingat suatu masa dahulu ketika kita kecil. ..orang itulah yang banyak berkorban untuk menjadikan kita manusia yang terpelajar, membanting tulang untuk mendapatkan sesuap nasi. Walau kini orang itu sudah tua dan tak berdaya namun jasa-jasanya tidak terbayar oleh kita.

Oleh itu, bermuhasabah lah. ..tidak ke mana kita jika kita menderhaka kepada mereka. Buat mereka yang masih mempunyai ayah dan ibu, berbaktilah ketika mereka masih ada...






Khamis, 5 Jun 2014

Berpakaian tapi berbogel

Apa maksud berpakaian tapi berbogel? Sebenarnya mereka ini memakai pakaian tapi disebabkan pakaian mereka ini tidak mempunyai fungsi untuk menutup apa yang patut ditutup tu yang menjadikan si pemakai ini seperti berbogel.

Fesyen apa ni? Inilah fesyen di akhir zaman...harap-harap tak ada orang islam yang mengikut fesyen seperti ini. Korang tengoklah yea......








Ahad, 1 Jun 2014

Kalau macam ni kena kahwin lagi satu

Amaran: Artikel ini mengandungi perkataan yang berunsur lucah. Hanya untuk bacaan mereka yang dah berkahwin sahaja dan juga untuk orang yang tidak elergi dengan perkataan lucah. Perempuan yang dah kahwin digalakkan untuk membacanya sebagai panduan dalam melayari bahtera perkahwinan.



Kebanyakan suami mengimpikan untuk mempunyai isteri lebih daripada 1. Cuma yang membataskannya adalah, adakah dia sanggup untuk mengambil langkah yang seterusnya.

Ada suami yang berani untuk mengambil risiko untuk berkahwin lagi dan ada juga yang tidak. Buat suami yang berani ini, dia akan mengambil langkah yang seterusnya tanpa memikirkan risiko yang akan ditanggung misalnya jika isterinya tahu, mungkin akan tercetusnya 'perang', atau terpaksa bercerai dan sebagainya. Maka suami yang tak berani untuk mengambil risiko sebegini terpaksa menahan sahaja hasrat untuk berkahwin lagi.

Ada satu gurauan di kalangan suami berkenaan perkara ini seperti "Bukan aku takut bini tapi bini yang tak takut aku".

Mengapa suami cari perempuan lain?

Banyak sebab yang boleh dijadikan alasan bagi suami untuk berkahwin lain, tapi yang memungkinkan ini terjadi adalah alasan kekurangan layanan seks dan belaian manja daripada isteri adalah alasan yang paling utama digunakan.

Baru-baru ini aku berjumpa dengan seorang kawan yang dalam dilema untuk berkahwin lagi. Dia meminta pendapat aku berkenaan adakah patut dia kahwin lagi satu (Maaf bro, kerana aku tulis perkara ini dalam blog aku kerana aku rasakan apa yang kau luahkan itu boleh dijadikan panduan buat suami isteri yang lain.)

Bila aku tanyakan sebab apa nak kahwin lagi, katanya hidup dia sekarang ni terseksa dari segi batin sebab isterinya seorang yang dingin berkenaan dengan seks.

Kata kawan aku ini, isteri dia seorang yang rajin, baik hati, cantik, pandai menguruskan rumahtangga, anak-anak dan sebagainya. Dia memang tak ada komen dari segi itu sebab isterinya memang hebat. Kalau markah sempurna adalah 100, dia boleh bagi markah 100 untuk isterinya tapi dari segi layanan batin memang menyeksakan.

Bayangkanlah kalau dia nak bersama dengan isterinya, dia yang kena mula dulu, meraba-raba, mencium dan menghisap buah dada isteri hinggalah isteri seronok dan ghairah. Bila sampai ke aksi sorong tarik juga begitu, dialah yang mengemudi sehingga ke akhirnya. Yang bengangnya ialah isterinya hanya tahu mengangkang dan sesekali mengerang. Bila diminta untuk mengambil alih posisi seringkali katanya penat.

Dia kata mereka bukan seperti pasangan normal yang lain yang pada zahirnya sahaja nampak normal tapi sebenarnya batin terseksa. Kalau kajian mengatakan setiap pasangan yang normal melakukan seks 3 kali seminggu tapi dia hanya melakukan seks dengan isterinya 2 hingga 3 kali dalam tempoh suci isterinya daripada haid.

Kata kawan aku lagi, dia adalah seorang lelaki yang normal dan perlukan seks serta belaian manja isterinya tetapi itu semua susah nak dapat daripada isterinya. Katanya dek kerana gelojak nafsu, dia pernah terfikir untuk mencari pelacur tetapi bila diingatkan yang itu adalah termasuk dalam salah satu dosa besar di sisi Allah jadi dia tak berani untuk melanggar larangan Allah itu. Maka terpaksalah dia menahan nafsu itu seberapa boleh.

Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud "Demi jiwaku yang ditanganNya, tiada seorang lelaki yang memanggil isterinya untuk bersama, lalu dia menolak dan suaminya tidur dalam keadaan marah (tidak redha) maka malaikat akan melaknatnya sehingga subuh". (Hadis riwayat al-Bukhary dan Muslim).

Jika begitulah sabda Rasulullah saw bermakna banyak kali dah isterinya dilaknat oleh malaikat. Nauzubillah..

Kawan aku bercerita lagi, dia dah tak sanggup lagi terpaksa 'berpuasa' banyak kali kerana batinnya dah semakin terseksa tetapi yang menjadi masalahnya ialah dia tak sanggup untuk melukakan hati isterinya. Bagi dia, isterinya adalah segala galanya bagi dia dan dia terlalu sayangkan isterinya. Lagi satu yang dia bimbangkan ialah kalau dia terpaksa berpisah dengan isterinya dan anak2 kerana dia tak boleh bayangkan hidup tanpa mereka.

Aku ada bertanyakan adakah dia pernah bercakap dan bercerita dengan isterinya berkenaan perkara ini?

Katanya ada dan dia juga pernah berbincang dengan isterinya berkenaan dengan seks dan kemahuannya tapi perbincangan hanya tinggal perbincangan tanpa ada apa-apa keputusan.

Pernah juga dia mengugut untuk berkahwin lain atas sebab isterinya tidak dapat memuaskan nafsu seksnya dan hasilnya memang lah positif sebab dalam tempoh itu dia dapat layanan yang amat mesra daripada isterinya, pantang rasa 'nak aje' terus isteri dia bagi. Cakaplah nak 'main' dalam posisi mana pun asalkan bukan 'main belakang', isterinya sanggup buat.

Sayangnya perubahan isteri dia tak lama hanya bertahan seminggu dua aje lepas tu kembali macam biasa balik. Takkan lah dia nak kena marah dan ugut nak kahwin lain baru isteri dia nak layan gelojak nafsu dia. Hai malang sungguh nasib.. Bukan mintak nak 'main' 3 kali seminggu pun tapi kalau dapat 1 atau 2 kali seminggu pun cukup.

"Habis tu tak pergi berubat ke? Tanya aku. Kata kawan aku, dia pernah bercakap dengan isteri dia pasal perkara ni tapi isteri dia kata, dia tak ada masalah dengan nafsu seks. Semua ok, katanya. Kalau semua ok kenapa macam tak ada selera aje dengan seks....

Kata kawan aku ni, dia tak tahu sampai bila dia mampu bertahan sebab dia tak sampai hati untuk berkahwin lagi satu kerana itu mungkin akan mengecewakan hati isteri yang dia sayangi.

Aduhai kesian sungguh kawan aku ni. Tak ada perkara lain yang mampu aku nasihatkan selain bersabar dan fikirlah semasak-masaknya untuk berkahwin lagi. Seboleh-bolehnya berbincang lah dulu dengan isteri berkenaan perkara ini.  Jika dia sakit hantar lah dia berubat. Jika masih tak berubah maka mintalah keizinan untuk berkahwin lagi satu.  Aku percaya semua isteri takkan bersetuju untuk memberi keizinan kepada suaminya untuk berkahwin lagi tapi jika kena dengan caranya pasti dia akan bersetuju juga.

Aku percaya ramai para isteri secara tidak sedar mengabaikan keperluan seks suami dek kerana kesibukan dan kepenatan bekerja. Padahal inilah yang penting dalam mengeratkan hubungan suami isteri.

Oleh itu wahai isteri ingatlah menjaga keperluan seks suami itu wajib dan lakukan dengan ikhlas agar suami tidak mencari yang lain.





Blog oh blog

Aduhai...! Dah lama tak update blog ni...makin hari makin sibuk sampai tak sempat nak buka blog apatah lagi nak update blog.

Dalam inbox draf, makin hari makin bertambah, siapnya tak jugak....artikel inipun aku tulis kat atas katil dengan menggunakan 'note'. Mata pun dah mengantuk... Entah siap..entah tidak luahan hati aku ni......

Aku heran...dan sedikit rasa jeles dengan blogger yang bekerja tapi dapat menulis artikel dalam blog setiap hari...bukan satu artikel tapi sampai 3 ke 4 artikel tu....respek la....apa petua dan caranya....

Jangan pulak kata update blog semasa bekerja lainlah kalu korang memang keje tulis blog...

Tapi kalu korang memang update blog masa bekerja, itu dah salah tu...kalu macam tu...aku tak heran lah kalau boleh tulis dalam blog 3 ke 4 artikel....

Sebenarnya inilah cabarannya untuk menjadi blogger lebih-lebih lagi kalu menjadi blogger 'part time' macam aku ni...bila balik rumah badan pun penat mata pun nak tertutup je, idea langsung tak ada...jadi impian untuk meng'update' blog menjadi suatu mimpi ngeri....

Bila dah lama tak 'update' blog ni...akibatnya ialah 'rating' blog jatuh..kalu dulu 'rating' ke 2000 lebih sekarang dah jatuh ke 5000 lebih......

Satu lagi cabaran untuk menjadi blogger ni ialah ketandusan idea. ..tak tahu nak tulis apa...Bila perkara macam tu berlaku...lagilah tak boleh nak 'update'....

Ada blogger yang mengambil jalan pintas dengan meng'copy' artikel dari blog lain untuk dimasukkan ke dalam blog sendiri.... Perbuatan ini adalah salah jika tak minta izin daripada tuan punya blog...sekurang-kurangnya letak lah 'kredit' di mana sumber yang diambil...atau paling senang ialah ambil aje 'point-point' penting kemudian kita olah lah dengan bahasa kita sendiri.

Jadinya, untuk menjadi seorang blogger ini bukannya senang lebih-lebih lagi jika ingin menjadi seorang blogger yang beretika..kenapa? Sebabnya kalau blogger tu hanya mengejar 'rating' pada blog, dia akan tulis perkara yang menjadi tarikan orang ramai misalnya tulis pasal seks, letak gambar perempuan seksi, cerita fitnah itu dan ini....dan sebagainya.

Ada juga yang menulis tajuk artikel seperti lucah tapi artikelnya tidak ada langsung perkara yang lucah....ini semata-mata nak jadi tarikan kepada semua agar baca artikel tersebut.....hebat-hebat blogger macam ni....

Dalam blog kita boleh tulis apa saja yang kita mahu..tiada undang-undang yang menghalang....semuanya terpulang kepada blogger tersebut....tapi jika tulis perkara yang menimbulkan fitnah..boleh disaman tau...Oleh itu,...tepuk dada tanya iman....tujuan dan niat kita berblog. ...

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...