Jumaat, 28 Februari 2014

Tip-tip menghadapi musim panas

Hari tu banjir besar melanda Pahang dan Terengganu kemudiannya musim sejuk pula melanda di disesetengah tempat di Kelantan, Kedah dan Sabah. Kini musim panas pula melanda di kebanyakan negeri di Malaysia sehinggakan air-air di empangan semakin surut.

dari sudut pandang, musim panas, tip-tip, kemarau, sakitNampak sangat sekarang ini cuaca semakin tidak menentu, mungkin 'kiamat' akan berlaku 'just around the corner' jer.... Yealah dalam peristiwa Israk dan Mikraj telah digambarkan yang usia bumi ini seperti orang tua berbonggok tiga. Itu sudah lebih 1435 tahun yang lalu...sekarang ini mungkin usia bumi dah semakin tua dan semakin 'sakit-sakit'.

Tip-tip untuk menghadapi musim panas atau musim kemarau sekarang ni.

Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.

Cuaca panas ini memberi kesan kepada semua orang tetapi terdapat kumpulan yang lebih berisiko terhadap cuaca panas seperti:

  • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan sebagainya.
  • Orang dewasa yang berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda.
  • Kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah.
  • Penghidap penyakit sistem pernafasan seperti asma dan sebagainya.
  • Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kalenjar tiroid.
Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan dan pengeringan peluh.

Cuaca panas ini boleh menyebabkan gejala:
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Lemah tumpuan
  • Pening
  • Kekejangan
  • Mual dan muntah
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi, kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).

Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas yang melampau sekarang ini.

Kita perlu:
  • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang dilakukan. Jangan tunggu sehingga dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Sentiasa berada dalam rumah atau bangunan selagi boleh dan hadkan aktiviti luar.
  • Kerap berehat.
  • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan.
  • Pakai-pakaian yang nipis, longgar dan berwarna terang.
  • Pakai topi atau payung yang besar.
Kita perlu mengelakkan:
  • Minum-minuman yang mengandungi kafein, alkohol atau kandungan gula yang tinggi.
  • Bersenam dalam cuaca panas.
Jika mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah:
  • Keluar dari kawasan yang panas.
  • Tanggalkan pakaian yang ketat.
  • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan.
  • Gunakan kipas untuk sejukkan badan.
  • Minum air setiap 15 minit.
  • Dapatkan bantuan jika keadaan menjadi tidak terkawal.



Khamis, 27 Februari 2014

Hadiahnya rm30 ribu jika masih dara

Kerana khuatir dengan penularan HIV dan  kehamilan remaja, seorang lelaki Afrika Selatan menawarkan ganjaran 100,000 rand (rm30 ribu) dan pingat untuk wanita berusia 35 tahun jika mereka masih dara.

Rabelani Ramali, pekerja komuniti dari wilayah Limpopo memberitahu akhbar The Times semalam dia akan memberi anak dara yang berjaya mengekalkan dara mereka dengan ganjaran wang dan juga pingat emas, perak dan gangsa mengikut usia mereka.

"Mereka yang lebih muda boleh menanam cita-cita untuk memastikan kekal perawan supaya dapat meraih hadiah lebih besar semakin mereka berusia"

Rabelani Ramali mempunyai 5 anak hasil hubungan dengan 4 orang wanita menggelar dirinya 'pengasas Anugerah Perawan Afrika Selatan'

Darisudutpandang: Tak ada ke jutawan di Malaysia ni yang nak ikut buat tawaran tersebut kepada remaja-remaja kita kerana di Malaysia sekarang ni pun gejala sosial semakin meningkat dan masalah pembuangan bayi serta remaja yang mengandung hasil hubungan luar nikah juga menunjukkan statistik yang semakin membimbangkan.



Kes 'Papa Gomo' selesai

Akhirnya kes 'Papa Gomo' selesai secara baik.....Kes apa yea?

dari sudut pandang, kes cerai, kes mahkamah, tuntutan penjagaan anak, papa gomoPengendali blog 'Papa Gomo' yang dikatakan milik Wan Muhammad Azri Wan Deris akhirnya bersetuju menyelesaikan kes tuntutan hak penjagaan kekal 2 anak beliau dengan bekas isterinya,  Bellina Omar Shaifuddin Chin.

Baca selanjutnya.....

Melalui perjanjian yang ditandatangani, kedua-dua pihak bersetuju untuk menyerahkan hak jagaan anak pertama mereka, Wan Cassandra, 5 tahun kepada Wan Muhammad Azri tetapi Bellina mendapat hak lawatan dan bersama kanak-kanak itu pada setiap hujung minggu pertama dan kedua setiap bulan.

Mereka turut bersetuju untuk hak jagaan anak kedua iaitu Wan Camillea, 3 tahun diberikan secara bergilir-gilir, dengan minggu pertama dan kedua setiap bulan diserahkan kepada Bellina manakala Wan Muhammad Azri mendapat hak bersama anak itu pada minggu ketiga dan keempat.

Bagaimanapun, Bellina akan mendapat hak jagaan ke atas Wan Camillea sebaik kanak-kanak itu mencapai usia 5 tahun.

Selepas itu, Wan Muhammad Azri akan diberikan hak lawatan dan bersama dengan kedua-dua anak terbabit pada setiap hujung minggu kedua, ketiga dan keempat setiap bulan.

Darisudutpandang: No komen...... 

Gagal merogol kerana kemaluan tidak berfungsi

Hahaha....kelakar betul bila aku baca cerita tentang kegagalan seorang perogol yang ingin merogol majikannya apabila kemaluannya gagal berfungsi. Dah lah 'mati pucuk', ada hati nak rogol orang.....

Ceritanya macam ni.....

dari sudut pandang, lemah syahwat, rogol, perempuanSehari sebelum kejadian, mangsa seorang wanita berusia 24 tahun yang juga seorang kakitangan kerajaan menghubungi lelaki yang juga pemandu untuk menjemputnya di kawasan klinik kesihatan di Kajang kerana mahu menghadiri satu mesyuarat di Putrajaya.

Lelaki yang berusia 34 tahun itu tiba di lokasi pada jam 6:45 pagi seperti diminta. Bagaimanapun, selepas melihat mangsa bersendirian, lelaki berkenaan tiba-tiba menghampiri mangsa dan menarik tangan wanita itu sebelum mengheretnya masuk ke satu daripada beberapa bilik di klinik kesihatan itu.

Mangsa kemudiannya diraba dan dicium menyebabkan dia meronta serta melawan. Namun, lelaki itu sempat menanggalkan pakaian mangsa sebelum cuba merogolnya.

Mangsa bernasib baik apabila alat sulit lelaki itu tiba-tiba tidak berfungsi biarpun lelaki itu cuba untuk merogolnya sebanyak 4 kali.

Berang dengan keadaan itu, lelaki berkenaan kemudian mencabul mangsa sebelum meninggalkan kawasan berkenaan.

Mangsa yang ditinggalkan bersendirian membuat laporan polis dan lelaki itu ditahan jam 5 petang di rumahnya di Kajang.

Darisudutpandang: Apa lah yang lelaki ni dapat agaknya? Kepuasan?....Buat perempuan, berhati-hatilah dan jangan terlalu mempercayai lelaki.







Jumaat, 21 Februari 2014

Layan cerita Dilwale Dulhania Le Jayenge

Aku ni bukanlah suka sangat tengok cerita hindustan ni. Ikutkan boleh dikira dengan jari saja...sebab bagi aku .tengok cerita hindustan ni..tak ada trill la. sebab dah tahu apa kesudahannya cerita tersebut. Tapi cerita yang satu ini..betul-betul buat aku suka tengok....hahaha.

Entah ini kali ke berapa aku terlayan cerita Hindustan lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol ini. Cerita yang bertajuk 'Dilwale Dulhania Le Jayenge' (DDLJ) yang membawa maksud 'orang yang berani sahaja mampu membawa pulang pengantin'.

dari sudut pandang, Dilwale Duhania Le Jayenge, Shah Rukh Khan,Kajol

Cerita ini ditulis dan diarahkan pertama kalinya oleh Aditya Chopra, dan diterbitkan oleh Yash Copra. Filem ini diterbitkan pada tahun 1995 dan telah mendapat kutipan sebanyak US$17 juta di India dan US$2.6 juta diseluruh dunia.

Filem ini telah diistiharkan sebagai filem 'Blockbuster Sepanjang Zaman' dan telah mendapat berbagai anugerah. Filem ini telah mendapat ranking sebagai "25 Filem yang mesti ditonton" dan salah satu daripada "1001 Filem yang perlu ditonton sebelum mati". Institut Filem Bitish juga telah menyenaraikan filem ini sebagai '12 Filem India sepanjang zaman'. Sehingga kini filem ini masih ditayangkan di Teater Maratha Mandir dan pada 11 January 2013 yang lalu, filem ini telah mencapai 900 minggu ditayangkan di sana.

Apa yang best sangat cerita ni yea..?

Cerita ini mengisahkan percintaan anak muda yang mana percintaan tersebut mendapat tentangan daripada ayah perempuan kerana dia telah berjanji untuk menjodohkan anaknya dengan anak kawannya....dan plot cerita ini dikembangkan dengan bagaimana pemuda ini ingin mengambil hati bakal bapa mertuanya....

Yang tak pernah tengok cerita ni...Jom layan......

Kepada yang dah tengok cerita ni....tahniah kerana anda dah tengok filem yang disenaraikan sebagai "1001 filem yang perlu ditonton sebelum mati"........





Rabu, 19 Februari 2014

Kenali kod bar buah yang anda makan

Buah-buahan menagandungi berbagai khasiat yang sesuai dengan keperluan badan. Ada juga yang makan buah sebagai ganti nasi kerana ingin berdiet.

dari sudut pandang, kod bar buah, maksudSemasa kita membeli buah di pasar raya terdapat kod bar yang dibungkus bersamanya. Apa sebenarnya fungsi kod bar tersebut? Nak tahu baca selanjutnya:

Fungsi kod bar pada buah adalah sebagai penentu kepada cara penanaman pokok iaitu secara konversional, organik dan juga pengubahsuaian genetik.

1. Jika hanya ada 4 digit nombor pada pelekat. 

Buah berkenaan ditanam secara konversional atau tradisional dengan penggunaan racun serangga. Jadi pastikan buah-buahan atau sayur-sayuran dicuci bersih sebelum dimakan.

2. Jika ada 5 digit nombor pada pelekat dan nombor itu bermula dengan nombor 8.

Produk atau buah tersebut telah diubah secara genetik (GMO).

3. Jika ada 5 digit nombor pada pelekat dan nombor itu bermula dengan nombor 9.

Produk atau buah tersebut ditanam secara organik (tanpa racun serangga dan bukan GMO). Produk ini lebih selamat untuk dimakan.

Darisudutpandang: Sekadar berkongsi...... 


Selasa, 18 Februari 2014

Jangan telanjangkan makanan ini

Makanan boleh telanjang ke? Biar betul......

Nak tahu lebih lanjut, bacalah selanjutnya......



Bosan dengan sikap sesetengah pengunjung yang yang merakamkan gambar melalui telefon pintar mereka untuk dimuatkan dalam rangkaian sosial, beberapa restoran pilihan Michelin Perancis ini cuba untuk menghalang apa yang disifatkan sebagai 'menelanjangkan' makanan.

Penulis blog makanan dan beberapa chef bagaimanapun mempertahankan gambatr terbabit sebagai publisiti percuma tetapi kebanyakan chef mereka menyifatkan perkongsian itu sebagai 'melampau'.

"Ada sesuatu tempat dan masa untuk semuanya," kata Alexandre Gauthier, chef di La Grenouillere. "Kami cuba memberikan pelanggan kami rehat seketika dalam hidup mereka. Untuk itu, anda perlu menutup telefon bimbit anda," katanya lagi.

Sebaik mengenakan larangan mengambil gambar di restorannya secara rasmi, Gauthier meletakkan imej kamera dengan tanda palang pada menu beliau.

"Orang ramai kini tidak mahu berenggang dengan telefon," katanya. "Sebelum ini mereka mengambil gambar keluarga, nenek tetapi kini gambar makanan pula," katanya.

"Ia tidak mengapa, tetapi kami adalah sebuah restoran yang tidak menggunakan lampu terang, jadi mereka terpaksa menggunakan 'flash'. Setiap hidangan akan 'menghentikan' segala-galanya atau gambar diambil semula hingga 3 kali.

"Ia kemudian dihantar ke Twitter, komen dibuat dan dibalas tetapi akhirnya hidangan menjadi sejuk."

Giles Goujon, chef di L'Auberge yang dianugerahkan 3 bintang berkata beliau semakin kecewa dengan kelemahan etika di kalangan jurugambar makanan amatur ini.

Katanya, gambar makanan terbabit 'menghilangkan kejutan' sesetengah hidangan beliau dan 'merampas' sedikit harta intelektual beliau.

Itu belum termasuk gambar yang diambil daripada telefon yang 'tidak terlalu pintar' yang hasilnya jarang sekali baik.

"Ia tidak memberikan imej terbaik kerja kami, malah menjengkelkan," katanya.

"Sukar untuk melarang sebenarnya. Saya cuba mencari cara terbaik untuk mengatakannya melalui menu tetapi belum menemui formula terbaik untuk membuatkan orang ramai tidak merasa marah," katanya. 

Darisudutpandang: Aku tak tahulah nak panggil apa kepada orang yang suka ambil gambar makanan ni dan kemudiannya upload dalam FB dan twitter. Mungkin dia akan merasa puas kot bila orang tahu dia makan apa hari ni......!!! Alahai....

Jumaat, 14 Februari 2014

Pengawal keselamatan nak jadi saintis

Nak kata budak tapi dah dewasa dan dah kahwin pun...tapi inilah akibatnya bila bercita-cita nak jadi saintis mercun bola...kan dah terima akibatnya.

dari sudut pandang, akibat main mercun bola

Ujikaji seorang pengawal keselamatan menggabungkan 5 mercun bola sebelum membakarnya membawa padah apabiladia kehilangan tangan kanan dalam kejadian disebuah kampung di Hulu Terengganu.

Mangsa, 29 tahun yang juga bapa kepada 2 orang anak berkata, dalam kejadian jam 2:45 petang itu, dia menggabungkan 5 mercun bola menggunakan pelekat untuk menghasilkan satu letupan besar.

Menurutnya, sebaik menyalakan sumbu mercun di halaman rumah, ia meletup sebelum dia sempat melontarnya. Akibatnya sebahagian besar tapak tangan kanan hancur dan berlumuran darah.

Darisudutpandang: Macam-macam hal.....kan dah merasa... Sepatutnya fikirlah dulu apa kesannya..Buat semua ambllah iktibar daripada tragedi yang menimpa 'brother' ini.



Khamis, 13 Februari 2014

Piya: Aku akan buktikan Harimau Malaya

Akhirnya selepas era ketua jurulatih pasukan bola sepak Malaysia, Datuk K. Rajagopal berakhir, Badhri Radhi atau lebih dikenali sebagai Piya, kapten pasukan Red Warrior, akhirnya terpilih dalam 25 senarai pemain pasukan kebangsaan yang akan membuat perlawanan pertama di bawah ketua jurulatih sementara iaitu Datuk Ong Kim Swee menentang Filipina sebagai perlawanan pemanas badan sebelum menentang Yaman di kelayakan Piala Asia 2015.

Piya berkata, "Saya akan memberikan persembahan dan aksi yang terbaik jika terpilih untuk mewakili pasukan negara seperti aksi saya dalam pasukan Red Warrior."

Piya yang juga pemenang "pemain tengah paling bernilai 2013" seringkali dipinggirkan oleh Datuk K.Rajagopal ketika beliau menjawat jawatan ketua jurulatih kerana disifatkan tidak sesuai dengan tektikal pasukan.

Bagi Kim Swee, beliau meletakkan kepercayaan penuh kepada semua pemainn dan menegaskan tiada pemain bakal mendapat layanan istimewa termasuk Piya.

"Saya mahu setiap pemain memiliki semangat dan bangga apabila bermain dengan pasukan kebangsaan dan bagi saya kehadiran Piya mampu memberi sumbangan kepada pasukan, tapi itu bukan bermakna dia kan mendapat tempat secara automatik kerana semua pemain kena berusaha keras dalam pasukan.

Namun begitu, Datuk Ong Kim Swee masih mempertaruhkan muka-muka lama seperti Safee Sali, Norsharul Idlan Talaha dan Safiq Rahim bagi memperkuatkan pasukan Harimau Malaya.

Bagi ketiga-tiga pemain diatas, Datuk Ong Kim Swee menjelaskan, "Saya melihat Safee dan Mat Yo bermain dalam perlawanan dengan Kedah (suku akhir pertama Piala FA) dan mereka bermain dengan baik. Bagi saya, kedua-dua pemain ini adalah penyerang terbaik yang saya ada ketika ini,"

Berikut adalah senarai pemain yang dipanggil oleh Datuk Ong Kim Swee:

dari, sudut, pandang, bola, sepak, harimau malaya, piya,kelantan, badhari radhi,ong kim swee


Darisudutpandang: Sebagai peminat bola sepak mungkin kita tidak bersetuju dengan senarai ini kerana kita rasakan masih ada pemain lain yang boleh menunjukkan aksi yang lebih baik. Namun begitu berilah peluang kepada Datuk Ong Kim Swee membuktikan pilihannya ini adalah tepat dengan membawa Malaysia ke kedudukan ke3 kumpulan kelayakan Piala Asia dengan menewaskan Yaman.






Rabu, 12 Februari 2014

TazkiraH: Sekadar panduan buat kita semua

Seorang sahabat telah menghantar 'tazkirah' ini kepada saya dengan menggunakan 'WhatsApp' tempohari, dan saya ingin 'share'kan kepada semua perkara ini moga kita semua mendapat pahalanya. Insya Allah.


dari sudut pandang, Allah is one, Islam agamakuAli bin Abi Talib r.a berkata:

"Sewaktu Rasullullah s.a.w duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi, lalu berkata: 'Wahai Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa as yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab. 'Lalu Rasullullah s.a.w bersabda:

"Silakan bertanya. 'Berkata orang Yahudi:' Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu."

Sabda Rasullullah s.a.w, : "Solat Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada TuhanNya, Solat Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam as memakan buah Khuldi, Sholat Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam as, Maka setiap mukmin yang solat Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya. "

Solat Isya 'itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku, Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan disitu sujudnya tiap orang kafir.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah s.a.w maka mereka berkata: 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan di dapati oleh orang yang solat.'

Rasullullah s.a.w bersabda: "Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, Solat Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan keatasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat."

Sabda Rasullullah s.a.w, lagi: "Manakala solat Asar, adalah saat di mana Nabi Adam as Memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan solat Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir."

Setelah itu Rasullullah s.a.w, membaca ayat yang bermaksud: "Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, solat Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam as diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.

'Sabda Rasullullah s.a.w. : "Solat Isya '(atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan solat Isya 'berjamaah, Allah SWT haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titian sirath. "

Sabda Rasullullah s.a.w. seterusnya: "Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, diberi oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:

1. Dibebaskan dari api neraka.

2. Dibebaskan dari nifaq.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah s.a.w. maka mereka berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad. Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu? '

Sabda Rasullullah s.a.w. : "Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam as selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam as. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhlukNya. "

Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu '.

Sabda Rasullullah s.a.w. : "Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT dia akan diberi oleh Allah SWT. tujuh perkara:

1. Akan dicairkan daging haram yg tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram).

2. Rahmat Allah senantiasa dekat dengannya.

3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.

4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.

5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).

6. Diberikan cahaya oleh Allah SWT. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.

7. Allah SWT. akan memberinya kemudian di syurga.

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi '.

Sabda Rasullullah s.a.w. : "Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat) '.

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa asyhadu anna Muhammada Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah)'. "Dan sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar. "(Al-Baqarah: 155)

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing masing selama 44 tahun umur akhirat dalam keadaan tidak makan dan tidak minum, tidak duduk dan tidak bercakap.

Bertanya orang kepada Rasulullah s.a.w. : "Bagaimana kita dapat mengenali orang-orang mukmin kelak di hari qiamat? "Maka jawabnya Rasulullah s.a.w," Umat dikenal kerana wajah mereka putih disebabkan oleh wudhu' ".

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka kecuali pada tempat sujud. Bekas sujug tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil, Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu keimanan mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:

1. Para Nabi

2. Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8. Wanita yang mati kelahiran / beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah SAW : Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah SWT memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekalian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun -daun kayu di bumi.

Darisudutpandang: Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. "Dan (ingatlah) Allah senantiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." (Surah Al-Baqarah: 237)



Selasa, 11 Februari 2014

Suami ditipu dan dimadukan isteri curang

Bila nafsu telah menguasai diri, ada suami pun masih nak cari lelaki lain. Inilah yang terjadi kepada seorang wanita yang juga isteri orang yang sanggup menipu suaminya semata-mata ingin bersama dengan bekas teman lelakinya.

dari sudut pandang, isteri curang, keluar dengan teman lelaki
Isterinya yang berusia 29 tahun, telah meminta keizinan kepada suaminya untuk pergi ke Perak selama 3 hari atas alasan ada lawatan kerja tapi yang sebenarnya beliau telah pergi bercuti dengan bekas teman lelakinya.

Rahsia isterinya terbongkar apabila suaminya telah membuat pemeriksaan di tempat kerja isterinya apabila dia tidak pulang ke rumah selepas 3 hari.

"Saya telah menghubungi beberapa rakan sekerjanya, namun terkejut apabila mereka memberitahu isteri saya memohon cuti selama seminggu"

"Mereka juga memberitahu tiada sebarang lawatan kerja di Perak dilakukan pihak syarikat sebagaimana yang dikatakan isteri saya"

Bagi mendapat penjelasan lanjut, beliau telah mengunjngi pejabat isterinya dan berjumpa dengan rakan isterinya. 

"Mereka memberitahu yang isteri saya menjalin semula hubungan dengan bekas teman lelakinya selepas berhubungan melalui FB. Malah, rakannya turut menunjukkan gambar mesra isteri saya bersama lelaki itu pada hari pertama dia menghilangkan diri."

Suaminya kemudian berjaya bercakap dengan isterinya yang dihubungi rakan sekerjanya dan isterinya mengaku dia melarikan diri dengan teman lelakinya dulu.

"Malah, dia juga mengugut akan bunuh diri jika saya membuat laporan polis mengenai kehilangannya itu."

Selepas dapat bercakap dengan isterinya barulah dia teringat yang dia baru sahaja menyerahkan wang RM50,000 kepada isterinya sehari sebelum wanita itu keluar rumah iaitu pada 4 Februari lalu untuk disimpan di bank.

"Saya segera membuat pemeriksaan di bank dan nyata wang itu tiada dalam akaun. Rupa-rupanya isteri saya turut melarikan wang itu."

Kes ini telah dilaporkan ke balai polis Travers.

Darisudutpandang: Macam-macam perkara yang berlaku disebabkan oleh FB ni. Ada yang dibunuh disebabkan FB, bergaduh disebabkan FB, ditipu disebabkan FB , dirogol disebabkan FB dan sebagainya.

Nampaknya banyak sangat keburukan disebabkan FB ini jika kita tidak gunakan secara bijaksana. Bak kata orang lama " tepuk dada tanyalah iman"

   


Sabtu, 8 Februari 2014

Sepahtu Juara Maharaja Lawak Mega 2013-2014

Akhirnya selepas 13 minggu Maharaja Lawak Mega bersiaran akhirnya kumpulan Sepahtu dinobatkan sebagai juara dengan mengalahkan 4 kumpulan yang lain.

dari sudut pandang, maharaja lawak mega, pemenang

Keputusan malam ini menyaksikan:

Tempat pertama : Sepahtu

Tempat kedua: Shiro

Tempat ketiga: Bocey

Tempat keempat: Jambu

Tempat kelima: Nabil

Bila keputusan diumumkan pasti ada yang tidak berpuas hati namun itulah adat pertandingan. Tahniah buat kumpulan Sepahtu kerana undian daripada penyokong-penyokong mereka yang telah menyebabkan mereka menang.

Bagi aku, daripada segi kualiti lawak sepatutnya kumpulan Bocey yang menang kerana aku lihat kumpulan ini dilihat konsisten setiap minggu namun mungkin kerana Bocey adalah kumpulan yang baru maka peminat mereka tidak ramai.... namun itu lah bila keputusan diserahkan kepada peminat maka kita tidak dapat melihat kumpulan yang memberi kualiti dalam lawak menang. Mungkin ada yang suka dengan komen aku ini dan mungkin juga orang tak suka.. namun terpulanglah kepada masing-masing punya pendapat.

Walaupun begitu, aku terkejut dengan persembahan Nabil malam ini yang dilihat agak santai, mungkin disebabkan kes lawak Luna Maya yang menjadi kontroversi menyebabkan dia tahu yang peminatnya tak akan mengundi dia malam ini.

Sekali lagi, tahniah buat semua pemenang bagi pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013-2014.

Selasa, 4 Februari 2014

Dengarnya: Insurans kereta naik harga

Lepas satu, satu naik harga. Apa cerita ni? Inikah tandanya rakyat didahulukan dan tanda terima kasih BN kepada rakyat? Kalau macam ni, siapa yang mengundi BN pada PRU-13 yang lalu pasti menyesal tak sudah tu...

Apa yang naik pulak ni? Dengar khabarnya tariff premium insurans kenderaan beroda akan dinaikkan sehingga 15% yang akan dikuatkuasakan pada 15 haribulan Februari 2014 ni. Kalau macam ni tak guna lah harga kereta turun....

Jadi kepada sesiapa yang 'roadtax'nya hampir tamat, sila buat pembaharuan sekarang. 15% banyak tu....

Aku tak tahulah betul atau tidak, tapi korang bacalah sendiri, dan buat penilaiannya:


Darisudutpandang: Harap pihak kerajaan dapat menjelaskan kenaikan ini, adakah betul ataupun tidak!!

Report polis pemain T Team

Semua peminat-peminat bola sepak dah tahu apa puncanya pasukan T Team menarik diri untuk meneruskan perlawanan separuh masa ke dua bagi pertandingan Piala FA menentang JDT.

Berikut adalah salinan laporan polis yang dibuat oleh pemain T Team dan menjelaskan mengapa pasukan tersebut tidak mahu meneruskan perlawanan di separuh masa kedua.

dari sudut pandang, report, polis, pemain T-Team, Piala FA

Laporan polis yang dibuat oleh Fabio Flor Azevedo yang telah dialih bahasakan:

Pada 1/2/2014 jam lebih kurang 9:40 malam bertempat di terowong ke bilik persalinan Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos, Larkin, Johor Baharu. Semasa rehat separuh masa pertama perlawanan bola sepak Piala FA antara JDT melawan T-Team, saya bersama pemain pasukan T-Team berjalan untuk ke bilik persalinan, semasa dalam perjalanan tiba-tiba saya telah di datangi oleh Presiden Bola Sepak Johor dan beliau telah mengugut saya dengan berkata "F..k you Brazil, I'll kill you. This is my country", kemudian saya berkata "Why you want to kill me. I come to play football". Kemudian datang en. Abdul Rashid iaitu CEO T-Team lalu menarik saya ke dalam bilik persalinan. Akibat daripada kejadian tersebut saya merasa keselamatan diri saya terancam dan saya datang ke Balai Polis Kuala Terengganu untuk membuat repot polis. Sekian repot saya.

dari, sudut, pandang, laporan, repot, polis, bergaduh, T-Team, JDT

Laporan yang dikeluarkan oleh Mohd Syahrizan Bin Mohd Zain:

Pada 1 Januari 2014, jam lebih kurang 9:40 malam, bertempat di terowong ke bilik persalinan Stadium Dato' Hj Hassan Yunos, Larkin, JB. Seorang pemain dan seorang pegawai pasukan Liga Super T-Team telah diserang di mana seorang pemain bernama Evaldo Rodriques Goncalves Cardoso telah ditumbuk dimukanya oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Johor dan seorang lagi jurulatih kecergasan pasukan bernama Stefano Impagliazzo telah disepak di bahagian kemaluannya oleh salah seorang pengiring Presiden Persatuan Bola Sepak Johor. Akibat dari kejadian tersebut Evaldo Rodriques Goncalves Cardoso telah mengalami pendarahan dibahagian hidung dan bengkak di bahagian atas mata kirinya dan Stefano Impagliazzo telah mengalami kesakitan dibahagian kemaluannya.

Akibat dari kejadian tersebut juga, pihak pengurusan pasukan telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan baki permainan di separuh masa kedua perlawanan antara JDT melawan T-Team pada malam tersebut. Saya mewakili pihak pengurusan pasukan bola sepak Liga Super T-Team membuat laporan ini bagi menjaga keselamatan dan kepentingan setiap pegawai dan pemain pasukan ini. Sekian

Darisudutpandang: Aku tak nak komen apa-apa. Bagi aku pasti ada sebab mengapa tragedi ini berlaku...,pasti ada yang memulakan provokasi dulu sehingga perkara ini berlaku.......(macam kes Man Utd dengan Arsenal pulak aku rasa...yang pernah berlaku dulu). Biarlah pihak polis dan FAM menyiasat perkara ini dengan seadil-adilnya...yang bersalah patut dikenakan tindakan yang sewajarnya tanpa mengira siapa, pangkat dan darjat.



Isnin, 3 Februari 2014

Terserempak kawan lama dan kenangan

dari, sudut, pandang, kawan lama, gambar, lama
Gambar lama ketika bersama guru2 dan kawan2
Cerita kali ini agak personel buat aku. Cerita tentang kehidupan yang setiap orang pernah melaluinya....

Adat kehidupan adanya pertemuan dan perpisahan dan aku pasti korang semua pernah mengalaminya. Berpisah dengan kawan - kawan selepas tamat sekolah atau melanjutkan pelajaran kemudian dengan izin Allah, setelah beberapa tahun berjumpa kembali.

Itulah yang berlaku pada aku ketika pulang ke kampung ketika cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Ikuti kisah ini......

Pertemuan Pertama

Pertemuan yang tidak disangka ketika ke masjid untuk bersembahyang Jumaat. Ketika itu hanya mata sahaja yang saling memandang, walau hati berdetik yang aku kenal 'mamak' ini yang sedang duduk di laman masjid namun hati masih berbelah bahagi kerana takut tersalah orang. Maklumlah dah hampir 26 tahun tak berjumpa dan masing-masing dah berubah daripada fizikal dan rupa. Dia juga begitu, takut untuk menegur aku dulu kerana risaukan salah orang.

Walau berubah, namun masih ada iras-iras yang masih ku kenal dan lantas menegurnya dan ternyata dialah kawan aku dulu ketika sama-sama belajar' abc', membilang 1,2,3... dan sama-sama belajar mengenal dunia. Tak sangka selepas 26 tahun, aku dapat berjumpa lagi dengan kawan aku dulu.......

Sebagai seorang yang tak aktif dalam FB, apa lagi yang boleh dikata, selain teruja dapat berjumpa dan bercakap dengan sahabat yang tak disangka-sangka. Banyak perkara yang dibualkan sehingga tak sedar yang masa amat cepat berlalu kerana azan telah dilaungkan dan pertemuan itu berakhir begitu sahaja tanpa sempat untuk mengambil nombor telefon dan sekeping gambar untuk kenang-kenangan .......

Dalam banyak-banyak perbualan, satu yang menyebabkan aku terharu apabila dia mengatakan yang selama ini dia mengikuti setiap blog aku...oh, sungguh terharu kawan, kerana aku tak menyangka yang kau ada membaca blog aku yang tak seberapa ini.......terima kasih tak terhingga kerana menyokong aku selama ini......(walaupun dalam diam).

Pertemuan Kedua

Pertemuan dengan rakan yang 26 tahun tak jumpa ini juga tanpa disangka, ketika memenuhi jemputan kenduri potong rambut di sebuah rumah kawan kepada adik aku, rupa-rupanya rumah tersebut juga adalah rumah keluarga kawan aku....

Ketika dia menegur aku, langsung aku tidak kenal siapakah gerangan wanita ini...Otak aku langsung tidak dapat mengagak siapakah gerangannya. Puas sudah aku berfikir, namun satu nama pun tak terlintas di benak aku ini......

Akhirnya, aku bertanyakan kepada adiknya siapakah nama wanita ini dan apabila adiknya menyebut nama kakak beliau, sungguh aku terkejut kerana dulunya rupa dan fizikal wanita ini tidak seperti sekarang. Rupa-rupanya sepanjang 26 tahun ini, begitu banyak yang berubah....Maaf ku pinta, kerana langsung tidak mengecammu kawan......

Darisudutpandang: Oh ya, lupa nak bagitau yang nama kawan aku itu adalah Isanuddin (Isamuddin..??) dan Aklima.

Sebenarnya ini bukan pertemuan yang pertama dengan kawan-kawan aku, sebelum ini aku pernah berjumpa dengan Fairus (maaf bro, sebab tak telefon ko ketika aku balik dan tak berkesempatan keluar lepak2...), Azman (rupa dan fizikalnya tetap kekal macam dulu....apa rahsianya bro..?), Zulkhairi (aku jumpa dia ketika BR1M hari tu, masih macho macam dulu...), Nazila (Terserempak dengan dia ketika sambutan hari raya di rumah YB Kemasik, hampir-hampir tidak mengenali beliau...), Che ku Zakhirah (aku nampak aje dia daripada jauh ketika aku ada urusan di pejabat tanah Klang...maaf kerana tak sempat untuk bertegur sapa...).

Buat kawan-kawan aku, yang sudi membaca blog aku ni....cubalah kita buat 'gathering',....dan ajak semua rakan-rakan kita dulu......semoga persahabatan kita akan kekal buat selamanya, insya Allah.













Kisah seorang sahabat: Ujian Allah paling hebat

Ini adalah artikel yang ketiga berkenaan dengan kisah seorang sahabat yang sedang diuji oleh Allah dengan ujian yang maha hebat. Artikel ini...