Baru-baru ini kita digemparkan oleh peristiwa pasangan mengamuk sambil melibas pedang samurai ke arah orang ramai selepas menceroboh masuk ke kawasan pentadbiran Kerajaan Persekutuan di
Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Sebenarnya terdapat juga kejadian orang mengamuk yang berlaku di Malaysia, bukan ini kali pertama tapi ianya menjadi berita sensasi kerana ianya berlaku di kawasan pentadbiran Kerajaan Persekutuan iaitu di Putrajaya.
Aku tak boleh bayangkan sebelum ini, berlakunya peristiwa semacam ini, kerana disini adalah tempat pentadbiran dan sepatutnya kawasan ini menjadi kawasan yang ketat dengan kawalan polis.
Jika kita tengok di Putrajaya sekarang ini, hanya laluan masuk ke Pejabat Perdana Menteri dan ke Jabatan Perdana Menteri sahaja ada kawalan keselamatan. Itupun yang jaga disitu hanyalah polis bantuan.. entah ada pistol ataupun tidak.
Jika kita ke Kementerian lain, tak ada pun polis bantuan yang menjaga pintu masuk ke bangunan., yang ada hanyalah pengawal keselamatan sahaja...cota di pinggangpun mungkin tak ada.
Kalaulah ditakdirkan si pengamuk ini mengamuk di Kementerian lain...apa akan jadi agaknya yea?
Kadang-kadang aku fikir kita terlalu mengambil mudah tentang perkara yang berkaitan dengan kawalan keselamatan. Mungkin sebab negara kita aman dan tiada unsur-unsur sabotaj maka ianya terjadi demikian.
Anggaplah peristiwa orang yang mengamuk ini sebagai satu peringatan buat semua bahawa hal yang berkaitan dengan keselamatan jangan lagi dipandang remeh.
Selepas peristiwa ini, aku berharap pihak polis perlu memikirkan semula langkah-langkah kawalan keselamatan yang perlu ada di setiap kementerian dan bukan hanya tertumpu di JPM sahaja.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan