Sabtu, 29 Jun 2013

Rawatan menjilat tubuh untuk membuang susuk

Macam-macam kaedah yang digunakan oleh dukun atau bomoh untuk mengubati penyakit. Jika kaedah yang digunakan untuk mengubati penyakit dengan cara membaca al-Quran atau menggunakan al-Quran boleh lah juga kita terima tapi kalau dengan kaedah yang mengarut ini kenalah fikir banyak kali. Lebih-lebih lagi yang sakit itu perempuan dan yang mengubat itu lelaki.

Okey lah, membebel banyak pun tak guna juga, bacalah kisah ni:

dari, sudut, pandang, jilat, badan, dukun, susuk, buang
Seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPT) terpaksa membiarkan tubuh gebunya dijilat secara rakus oleh seorang dukun bagi membuang enam susuk yang ditanam di beberapa bahagian tubuhnya.

Pelajar tersebut yang berusia 23 tahun berkata, dukun yang berusia lewat 50-an itu memberitahunya semua susuk di tubuhnya itu cuma boleh dibuang secara rawatan mulut.

Disebabkan tidak faham maksud 'rawatan mulut', dia membenarkan dukun itu melakukannya asalkan penderitaannya selama setahun itu berakhir.

Setelah diarah untuk berbaring, dukun tersebut memulakan 'rawatan mulutnya' dengan mencium dan menjilat perut gadis comel itu serta beberapa bahagian lain seperti dahi, leher, payu dara dan kemaluan.

Walaupun pada awalnya dia membantah dan menangis, namun disebabkan kepandaian dukun tersebut memujuknya dengan alasan hanya cara itu sahaja susuk dalam tubuhnya boleh dikeluarkan maka dia membiarkan sahaja dukun tersebut meneruskannya.

Selepas mendapatkan rawatan daripada dukun tersebut, pelajar itu diserang pula kepanasan melampau setiap kali mendengar azan dan orang membaca al-Quran.

Dia mengatakan, setiap kali azan berkumandang sama ada dari masjid, surau atau melalui corong radio atau TV, tubuhnya macam kena panggang bara api.

Menceritakan permulaan dia pakai susuk, pelajar tersebut mengatakan yang dia hanya ingin hidup mewah dengan bekerja sebagai teman sosial di kelab-kelab malam dan di pusat karaoke.

Selepas beberapa lama memakai susuk, pelajar tersebut merasakan badannya sakit-sakit dan sukar tidur. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk membuang susuk dengan dukun tersebut.

Selepas berubat dengan dukun durjana itulah tubuh dia diserang pula kepanasan melampau sehingga dia meracau-racau tidak dapat tidur.

Akhirnya dia mendapatkan rawatan dengan seorang ustaz dan ustaz tersebut mengatakan yang dukun tersebut telah 'menanam' kuasa jin dalam tubuhnya.- warta perdana

Darisudutpandang: Jika nak berubat dengan dukun tu pastikanlah dukun yang betul bukan dukun yang hanya pandai mengambil kesempatan.




Jumaat, 28 Jun 2013

Penapis rokok dari darah babi

Nak tahu apa itu penapis rokok? Kepada yang tak tahu, penapis rokok atau filter adalah yang berwarna kuning atau putih yang diletakkan dibibir ketika menghisap rokok.

dari sudut pandang, rokok, penapis rokok, babi, hemoglobin, haramKepada yang menghisap rokok tu, berhati-hatilah yea, kemungkinan penapis rokok yang kita hisap itu diperbuat daripada darah babi. Itu dah kira najis berat tu bagi orang islam. Patutlah ada fatwa yang mengatakan rokok itu haram bagi umat islam. Tapi aku pelik juga sebab kalau orang islam minum arak di tempat awam ada juga yang aku dengar kena tangkap tapi tak pernah lagi aku dengar orang islam hisap rokok kena tangkap.!!!

Okeylah baca petikan ini yea:

Ketua Suruhanjaya Pengendalian TembakauNasional berkata, penapis rokok yang digunakan secara meluas di Indonesia mengandungi bahan berasal daripada darah babi.

Dr. Hakim Sarimuda Pohan berkata, hemoglobin atau protein darah babi digunakan dalam penapis rokok untuk menyaring racun kimia agar tidak masuk ke dalam paru-paru perokok.

Bercakap pada dialog mengenai bahaya merokok di Banjarmasin, Kalimantan Selatan semalam, Hakim berkata, beliau yakin penapis yang diimport untuk digunakan pada rokok di Indonesia adalah komponen daripada darah babi.

Katanya, perkara itu diketahui apabila ia didedahkan oleh Profesor Kesihatan Masyarakat dari Universiti Sydney, Simon Chapman.

Chapman dilaporkan mengingatkan perkara itu kepada golongan agama tertentu dengan merujuk kajian yang dilakukan di Belanda yang mendedahkan bahawa 185 syarikat menggunakan hemoglobin babi sebagai bahan membuat penapis rokok.- Metro

Darisudutpandang: Kepada perokok yang beragama islam berhati-hatilah mungkin rokok yang anda hisap mengandungi hemoglobin babi. Kita umat islam sudah sepatutnya menjauhi barang yang jelas haram di sisi agama. Moga artikel ini menjadi saat mula untuk anda semua perokok untuk cuba berhenti merokok.

Pengarah mencabul pelakon ditahan

dari sudut pandang, pelakon dicabul, baru, pengarahSeorang pelakon yang melaporkan dirinya dicabul oleh seorang pengarah ketika di dalam kereta merasa amat lega setelah pengarah yang mencabulnya telahpun ditahan polis.

Pelakon baru yang berusia 22 tahun tersebut yang pernah membintangi  8 drama dalam tempoh 5 bulan antaranya Cinta Jangan Pergi dan Cinta Puteri Salju telah melaporkan kepada polis apabila pengarah yang berusia 60-an itu mencabulnya pada 10 Januari lalu.

Akibat laporan polis yang dibuatnya, beliau kemungkinan tidak lagi akan dipanggil untuk berlakon walaupun dia masih berminat jika ditawarkan. Untuk menjamin pendapatannya, beliau kini berkerja di bidang perhotelan.

Beliau menyatakan akibat kes beliau dicabul, masyarakat kini memandang serong terhadapnya.

"Ada yang memandang serong dan ada juga bersimpati. Kejadian ini adalah pertama kali berlaku dalam hidup saya dan saya serahkan pada polis untuk melakukan siasatan lanjut."

Darisudutpandang: Kadang-kadang akibat reaksi sekeliling membuatkan orang yang menjadi mangsa lebih-lebih lagi melibatkan kes-kes seperti dicabul, dirogol, gangguan seks dan sebagainya menjadi trauma untuk melaporkan kejadian kepada pihak polis kerana ianya akan melibatkan maruah diri mereka sendiri.

Zahid Hamidi akan dibicarakan

Datuk Seri Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi pada 26 Ogos depan.

dari sudut pandang, Zahid, dibicarakan, kes mahkamah, tumbuk, saman, maluPermohonan beliau untuk merayu bagi kes saman malu kerana menumbuk bahagian muka seorang lelaki yang juga seorang ahli perniagaan telah ditolak dengan sebulat suara oleh Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif.

Saman malu itu dikemukakan oleh Amir Bazli Abdullah, 41 yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan anak perempuan menteri berkenaan yang telah berkahwin. Kes tersebut berlaku hampir  7 tahun yang lalu.

Darisudutpandang: Ini membuktikan mahkamah tidak mengira kedudukan dan pangkat dalam membuat keputusan. Walaupun kes ini akan hanya didengar pada 26 Ogos depan, diharapkan ianya menjadi satu permulaan bagi memberi keparcayaan kepada integriti mahkamah kita yang kini dipertikaikan oleh sesetengah pihak.


Rabu, 26 Jun 2013

Pilihan Raya Kecil pertama selepas PRU-13 di Kuala Besut

DUN Kuala Besut dijangka akan menghadapi pilihanraya kecil yang baru berikutan kematian penyandang kerusinya dan sekaligus menjadi pilihanraya  kecil yang pertama selepas PRU-13.

Penyandang kerusi DUN Kuala Besut Dr. Abdul Rahman Mokhtar, 55 tahun telah meninggal dunia pada pagi ini akibat sakit paru-paru.


Beliau telah dimasukkan ke ICU, Hospital Sultanah Nur Zahirah sejak minggu lalu.

Beliau pada PRU-13 yang lalu telah mengalahkan calon PAS Napisah Omar dengan majoriti 2,434 undi.

Dr. Abdul Rahman juga adalah exco Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

BN Terengganu dijangka sedaya upaya untuk memenangi Pilihan Raya Kecil ini bagi mengekalkan kelebihan 2 kerusi yang dimenangi pada PRU-13 yang lalu.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Mohd Zubir Embong dilaporkan akan menghantar surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kuala Besut kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok, untuk tindakan selanjutnya.

SPR dijangka akan mengadakan mesyuarat khas untuk menetapkan tarikh Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut selepas menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi itu.





Isnin, 24 Jun 2013

Jikalau aku kaya

Dalam masyarakat kita, karektor Mat Jenin adalah salah satu simbol orang yang suka berangan untuk menjadi kaya tanpa berusaha. Diceritakan kisah Mat Jenin ini adalah ketika dia memanjat pokok kelapa, dia berangan untuk menjadi kaya dan akhirnya dia jatuh dari pokok kelapa itu.

dari sudut pandang, duit banyak, kayaSalah ke jadi seperti Mat Jenin?? Sebenarnya tak salah kalau kita berangan-angan untuk menjadi kaya tapi selain berangan-angan kita juga seharusnya berusaha dengan lebih gigih untuk menjadikan angan-angan tersebut satu kenyataan.

Dalam pemerhatian aku, sebenarnya untuk jadi kaya ni amatlah susah, lainlah kalau korang dah lahir dari keluarga yang kaya. Untuk menjadi kaya, kita perlu berusaha dan bekerja dengan kuat bagi mengumpul kekayaan.

Selain itu, untuk menjadi kaya juga kita seharusnya pandai berjimat dan pandai melabur wang yang kita ada. Sebab itu kalau kita tengok ramai orang kaya di Malaysia ni yang kedekut kecualilah Tan Sri Mokhtar (aku tak tahulah kalau ada orang kaya lain selain daripada Tan Sri ni yang pemurah..aku harap ada)

Sebut pasal melabur pula, aku teringat dengan seorang kawan yang melabur dengan membeli Dinar Iraq. Berjuta-juta duit Dinar Iraq yang dia beli dengan harapan bila diapungkan di pasaran dia akan jadi orang kaya baru. Kalau tak silap aku dah nak masuk 3 tahun dah dia simpan duit Dinar Iraq tu tapi sampai sekarang belum diapungkan lagi...Entahlah kena tunggu berapa lama lagi agaknya??

Cerita pasal nak menjadi kaya ni, aku percaya berbagai cara dan kaedah digunakan, ada yang cara halal dan cara haram. Orang yang nak menjadi kaya menggunakan cara yang tidak diredhai oleh Allah biasanya hidup dia tak tenang sebab rezeki yang dia dapat tiadanya keberkatan. Ada yang sanggup membeli nombor 4D, merompak bank dan sebagainya sebab nak jadi kaya cepat.

Agak-agaknya apa yang korang akan buat kalau korang jadi kaya?? Kalau ikut lagu yang dinyanyikan oleh Altimet dan Awi Rafael ni diorang nak bayar bil semua orang dan baiki jalan berlubang, tapi percayalah jika korang kaya dengan hasil titik peluh korang dan hasil daripada jimat cermat korang, korang pasti akan lebih menghargai duit korang daripada dibelanjakan dengan tidak tentu hala (dengan kata lain korang jadi kedekut), tapi jika korang dapat duit secara mengejut misalnya tiba-tiba korang dapat kontrak dari kerajaan atau tiba-tiba korang dapat jual tanah harga beratus juta dan komisyennya 2 peratus pasti korang akan jadi lebih pemurah.

Walau apapun perancangan kita, perancangan Allahlah yang terbaik. Jika ditakdirkan sudah menjadi rezeki kita untuk menjadi kaya, pasti tiada siapapun yang mampu menghalangnya.

Jom layan lagu ini:



Ahad, 23 Jun 2013

Pengorbanan seorang bekas isteri

Walaupun kini hanya sebagai bekas isteri namun kasih dan sayangnya tetap pada bekas suaminya sehingga sanggup berkorban apa saja. Sama seperti lirik lagu nyanyian arwah Tan Sri P. Ramlee:

"berkorban apa saja
harta ataupun nyawa
itulah kasih mesra
sejati dan mulia"

Kali ini aku nak kongsikan suatu kisah tentang pengorbanan bekas isterinya yang sanggup menyerahkan badannya untuk ditiduri oleh para penculik asalkan penculik tersebut melepaskan bekas suaminya. 

Kisah selanjutnya macam ini:

dari sudut pandang, rogol, isteri dirogol, diperkosa, ditiduriBekas suami wanita tersebut yang berumur lewat 40-an diculik pada 10 Jun lalu selepas dia didakwa menipu 5 lelaki berkaitan dengan penjualan permit warga asing.

Natijahnya, bekas isteri itu diganggu kumpulan terbabit selain diminta untuk menyerahkan wang tebusan sebanyak Rm10 ribu bagi membebaskannya.

Wanita yang berusia 41 tersebut telah didatangi 5 lelaki berusia lewat 20-an ketika sibuk berniaga di Bukit Jalil. Kumpulan terbabit turut membawa bekas suaminya bersama sebelum mendakwa tidak berpuas hati dengan lelaki itu  kerana telah menipu mereka.

Sumber berkata, bekas suami wanita itu kemudiannya dibawa semula bersama kumpulan penculik tersebut dengan menaiki Proton Waja berwarna biru.

Bagaimanapun, katanya, kira-kira jam 12:30 tengahari keesokan harinya, wanita itu dihubungi seorang lelaki dan meminta RM10 ribu sebagai wang tebusan jika mahu bekas suaminya dibebaskan.

"Mangsa memberitahu dia hanya memiliki RM1,100 dan suspek yang menghubunginya berkata dia setuju menerima jumlah berkenaan, namun untuk 'mencukupkan' jumlah RM10 ribu yang dituntut, mangsa perlu menyerahkan tubuhnya.

"Suspek memberitahu, persetujuan mangsa mengadakan hubungan seks bukan saja sebagai sebahagian bayaran wang tebusan, tapi juga bayaran bagi melunaskan hutang bekas suaminya itu," katanya.

Menurutnya, wanita terbabit kemudian diarahkan bertemu di sebuah pasar di Jalan Klang Lama dan diberi amaran agar merahsiakan perkara itu jika tidak mahu bekas suaminya itu ditembak sehingga mati.

Sumber itu berkata, bersimpati dengan nasib bekas suaminya wanita itu mengikut arahan diberikan dengan pergi bersendirian ke lokasi diarahkan.

"Sejurus tiba di lokasi berkenaan, mangsa menemui 5 lelaki sebelum dibawa ke sebuah rumah di Pantai Dalam dan dipertemukan dengan bekas suaminya yang dijadikan tahanan.

"Mangsa dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang daripada ahli kumpulan terbabit selain diminta menyerahkan RM1,100 sebagaimana yang dijanjikan," katanya.

Bagaimanapun, katanya, perkara itu tidak berakhir di situ kerana mangsa masih diganggu dan diugut biarpun sudah menyerahkan sejumlah wang dan tubuhnya kepada penjenayah terbabit.

Tidak tahan dengan ugutan itu, mangsa melaporkan perkara tersebut kepada polis. Di fahamkan suami mangsa sudah dibebaskan oleh kumpulan penjenayah terbabit.- Metro

Darisudutpandang:  Walaupun tiada jodoh antara mereka namun mungkin kasih dan sayang wanita tersebut kepada bekas suaminya masih menebal membuatkan dia sanggup menyerahkan badannya bagi membebaskan bekas suaminya. 

Adakah korang fikir berbaloi pengorbanan wanita tersebut kepada bekas suaminya?? 

Aku rasa tak ramai wanita yang sanggup berkorban seperti ini. Mungkin dia akan kata " korang bunuhlah bekas suami aku tu, biar dia mampus. Dia sudah tiada kaitan dengan aku"!!






Rabu, 19 Jun 2013

Wanita ditangkap khalwat dengan Shahz Jaszle akhirnya bersuara

Seorang wanita yang bernama Farah yang ditangkap basah pada 16 Mei lalu bersama dengan pelakon Shahz Jaszle di Apartment Taman Sri Subang akhirnya bersuara bagi membersihkan segala tohmahan yang dilemparkan oleh pelakon itu terhadap dirinya.

Ikuti cerita wanita yang bernama Farah:

dari sudut pandang, tangkap khalwat, Shahz Jaszle, Farah, psiko, bukti, JAISFarah berkata, setiap apa yang dikatakan oleh Shahz Jaszle berhubung 'ditangkap basah' bersama dengannya adalah satu pembohongan bagi menutup segala kecurangan yang dilakukannya terhadap tunangnya yang bernama Redzwani Puteri.

Dia yang bekerja di sektor perbankan, amat rekejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Shahz semalam kerana semuanya adalah penipuan dan permainan murah seorang lelaki yang ingin lari dari masalah.

"Bukti dan saksi yang tahu kami bercinta ada pada saya dan jangan sampai semuanya didedahkan jika keadaan mendesak. Malah, saya masih menyimpan semua perbualan kami menerusi BBM (Blackberry Messenger) di telefon bimbit sebagai bukti".

"Saya tidak teragak untuk membawa semua saksi dan bukti itu kepada media asalkan nama baik saya dan keluarga dapat dibersihkan. Jika benar dia bercakap benar, datang bersemuka atau kita berdepan pihak media bersama."

Kenyataan Shahz sebelum ini mengatakan yang dia adalah wanita psiko dan aneh yang selalu mendesak serta sengaja ingin memisahkannya dengan tunangnya.

Menurut Farah, dia sebenarnya sudah tahu yang Shahz telah bertunang tapi Shahz telah cuba mendekati dirinya ketika penggambaran drama Lembayung Kasihmu dan banyak kali mengatakan yang dia (Shahz) tidak bahagia dengan tunangnya yang diaturkan oleh keluarga. Malah Shahz berjanji untuk meninggalkan tunangnya untuk bersama dengannya.

"Itulah alasan saya berani mengambil risiko untuk bersamanya dan kami sudah menjalin hubungan lebih kurang sebulan. Selama itu juga Shahz bermalam di rumah saya dan menghabiskan masanya bersama saya termasuk meraikan sambutan Hari Ibu bersama keluarga."

"Kakak ipar kepada tunangnya sendiri yang memberitahu saya yang Shahz memburukkan saya di depan kelaurga tunangnya bagi menyelamatkan dirinya. Kononnya dia diperangkap dan kami tiada hubungan sedangakan sudah sebulan kami tinggal bersama".

"Phak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sendiri ada menyimpan rekod laporan tangkapan kami yang yang mana Shahz ada menyebut merancang mengahwini saya."

Jelas Farah, tiada siapa yang memerangkap kami sebagaimana dakwaan Shahz, sebaliknya JAIS sendiri mengakui sudah memerhatikan kami lebih 2 minggu.

"Dia menyuruh saya menjemputnya pada malam kejadian untuk bermalam di rumah saya. Saya masih menyimpan mesejnya yang ingin datang ke rumah dan meminta mengambilnya kerana tiada duit untuk mengisi minyak kereta".

"Selepas mendengar kenyataan Shahz kononnya dia diperangkap dan munngkin teman serumah sengaja mengenakannya, ketiga-tiga yang ada ditempat kejadian malam itu sudah pun membuat laporan polis bagi tujuan keselamatan dan kesal dengan dakwaan Shahz".

"Shahz bertegas mengatakan saya kru produksi yang mengasingkan pakaian pengambarannya malam itu. Dia mengajar saya menipu dan merahsiakan hubungan kami daripada pengetahuan tunangnya dan sesiapa bertanya. Mesej itu ada pada saya. Justeru bukan saya psiko tapi sebenarnya dia yang takut dengan bayang-bayangnya sendiri - metro

Darisudutpandang: Kata wanita ini dia bersuara kerana ingin membersihkan namanya kerana difitnah sebagai wanita psiko tapi secara tak langsung dia telah mendedahkan segala keburukan yang dilakukannya bersama dengan Shahz Jaszle selama pengenalan mereka selama sebulan.

Walaupun dia tidak menyatakan yang beliau pernah tidur bersama dengan Shah namun kenyataannya membuatkan kita tertanya-tanya.......




Pelakon dicabul pengarah

Seorang pelakon yang telah membintangi lapan drama termasuk Siti Kelembai, Barakah dan Cinta Puteri Salju mendakwa dia telah dicabul oleh seorang pengarah ketika pengarah tersebut menghantarnya pulang ke rumah.

dari sudut pandang, dicabul, pengarah, pelakon, buah dada, pahaKejadian tersebut berlaku di dalam kereta ketika pengarah tersebut menghantarnya pulang kerumahnya di Pelangi Damansara.

Sebelum itu dia menghadiri kenduri doa selamat sempena kejayaan penggambaran drama 13 episod yang diarahkan oleh lelaki itu sebelum didesak mengikutnya naik kereta untuk dihantar pulang ke rumahnya. Walaupun dia sebenarnya tidak mahu mengikut lelaki tersebut namun setelah didesak beberapa kali dia akur dengan kehendak lelaki tersebut.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan dia cuba diraba di bahagian dada, paha dan tangan oleh lelaki itu.

Disebabkan tidak rela dengan pelakuan pengarah tersebut, dia turut diugut supaya tidal membongkarkan kejadian tersebut kepada orang lain sekiranya tidak mahu kariernya sebagai pelakon musnah.

Selasa, 18 Jun 2013

Tanggungjawab seorang suami

Semua orang mengimpikan untuk membina keluarga sendiri, iaitu berkahwin dan mempunyai anak-anak sebagai penyambung zuriat. Bagi seorang lelaki, tanggungjawabnya selepas berkahwin adalah amat berat., lebih-lebih lagi bila dah ada anak. Bukan sahaja bertanggungjawab dalam soal menyediakan tempat tinggal, makan dan minum isteri dan anak-anaknya tetapi juga bertanggungjawab dalam mendidik isteri dan anak-anaknya ke jalan yang diredhai oleh Allah.

dari sudut pandang, suami soleh, isteri solehah, tanggungjawab suami
Kali ini aku nak tulis berkenaan tanggungjawab suami, bukan sahaja untuk berkongsi dengan orang yang sudi membacanya tetapi sebagai panduan dan ingatan untuk diri aku sendiri.

"Aku terima nikahnya dengan si polan binti si polan dengan mas kahwinnya sebanyak sekian-sekian".

Bila sahaja telah disahkan oleh saksi maka secara automatiknya anda telah sah menjadi seorang suami dan segala amanah dan tanggungjawab berkaitan si wanita yang dinikahinya, yang sebelum ini dilaksanakan walinya itu dipindahkan ke atas bahu si suami.

Ada juga yang berkata lafaz tersebut membawa maksud:

"Aku terima segala dosa-dosa yang dilakukan oleh si polan binti si polan iaitu isteriku dan melepaskan segala tanggungjawab ke atas kedua ibu bapanya dalam mendidiknya ke arah jalan yang diredhai oleh Allah dan menjaganya dari api neraka serta juga anak-anak yang bakal dilahirkan olehnya dari benihku. Aku juga sedar jika aku gagal maka nerakalah tempatku"

Fuh.....berat sungguh tanggungjawab suami ini yea.

Justeru, suami wajib melaksanakan amanah dan memberi bimbingan serta tunjuk ajar yang baik terhadap isteri dan anak-anak dengan didikan agama dan pengajaran yang baik.

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa' ayat 43 yang bermaksud:

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah SWT telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka."

Suami seperti imam (ketua) yang bertanggungjawab untuk memimpin keluarga ke mercu kejayaan. Kejayaan suami hanya terbukti apabila dia dapat menjalankan tanggungjawabnya dalam mendidik isteri dan anak-anaknya kearah yang diredhai oleh Allah.

Firman Allah dalam surah at-Tahrim ayat 6 bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya dari manusia dan batu (berhala)".

Tanggungjawab suami adalah juga dalam memberi pendidikan agama khususnya berkaitan fardhu ain, menasihati isteri dan anak-anaknya dengan penuh hikmah dan kasih sayang dalam mematuhi dan mentaati perintah Allah SWT termasuk juga dalam hal menutup aurat dan sebagainya.

Ingatlah wanita yang diciptakan oleh Allah amat unik, baginda Rasulullah s.a.w mengingatkan kita
melalui sabda baginda yang mulia bermaksud:

"Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang dibahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya, (ianya) akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan)" - Riwayat Muslim

Justeru, marilah kita bersyukur dengan isteri yang dianugerahkan Allah SWT kepada kita dan bersamalah kita memperbanyakan doa memohon supaya Allah menganugerahkan kita isteri dan zuriat keturunan yang menenangkan jiwa dan membantu kita dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Sekiranya suami gagal melaksanakan amanah selaku ketua keluarga, maka takutilah ancaman Allah SWT.


Seungri BigBang hampir jadi pemain golf

Mereka yang mengikuti K-pop pasti kenal siapa Seungri ini. Seungri adalah salah seorang penyanyi yang menganggotai kumpulan BigBang yang baru-baru ini telah datang ke Malaysia untuk membuat persembahan.

dari sudut pandang, Seungri, Bigbang, golfSeungri berkata yang dia hampir menjadi pemain profesional jika dia bukan seorang artis. Minatnya dalam bidang golf ini telah berputik sejak berada di bangku persekolahan lagi.

Sementelahan pula bapanya adalah seorang pemain golf profesional Korea Selatan dan bapanya juga amat berharap agak Seungri mengikuti jejaknya dalam bidang golf suatu hari nanti.

Walaupun beliau ketika ini amat sibuk dalam kerjaya nyanyiannya, beliau tetap cuba meluangkan masa untuk bermain golf dengan ibubapanya walaupun terpaksa bangun awal pagi.

Ahad, 16 Jun 2013

Pasca PRU-13: DS Najib Razak kena letak jawatan

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) telah pun kita ketahui keputusannya. Tahniah buat Barisan Nasional (BN) kerana masih berupaya mempertahankan Putrajaya dan seterusnya dapat mentadbir Malaysia bagi tempoh 5 tahun lagi.

dari sudut pandang, najib razak, letak jawatan, perdana menteriWalau apapun, ini adalah keputusan yang paling teruk dalam sejarah Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya. Sebelum ini kita telah dikejutkan dengan tsunami politik pada PRU-12 yang lalu, yang mana BN hanya memenangi 140 kerusi Parlimen dan kehilangan 5 buah negeri (Kelantan, Kedah, Pulau Pinang Selangor dan Perak (telah dirampas kembali BN apabila ada ADUN yang berpaling tadah)). Ketika ini Perdana Menteri ialah Datuk Seri Abdullah Badawi (kini Tun) yang juga Presiden Barisan Nasional dan juga Presiden Umno. Disebabkan oleh kemerosotan tersebut, DS Abdullah Badawi telah dipaksa untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan juga Presiden Umno. Ini kerana dikatakan beliaulah sebagai punca kepada kekalahan teruk Barisan Nasional.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 pula, skrip yang hampir sama berulang walaupun BN dapat merampas kembali Kedah dan mempertahankan Perak dengan kelebihan 4 DUN manakala di Terengganu pula BN hanya mendapat majoriti 2 DUN, tapi bagi kerusi Parlimen pula BN kehilangan 7 kerusi Parlimen menjadi 133 kerusi. Walaupun tetap mempertahankan 'Putrajaya' tapi prestasi BN semakin merosot.

Dikebanyakan negeri peratus majoriti yang dimenangi oleh calon BN juga mengalami kemerosotan yang ketara. Ini mungkin berpunca daripada kebanyakan para pengundi telah mula menolak Barisan Nasional terutamanya daripada kaum cina.

Sebelum Pru-13, DS Najib telah mengistiharkan bahawa calon yang akan dipilih mewakili parti Umno dalam Pilihanraya Umum adalah calon-calon yang 'winnable candidate' atau calon-calon yang boleh menang. Tapi ternyata selepas nama calon yang diumumkan terdapat penyandang kerusi Dun atau Parlimen tercicir dan digantikan oleh calon yang baru dan ternyata pencaturan itu adalah silap kerana akhirnya calon yang baru itu kalah dalam pilihanraya. Situasi di Terengganu juga sama, yang mana hampir separuh adalah calon-calon yang baru dan ternyata kesilapan strategi ini menyebabkan Terengganu hanya mendapat kelebihan 2 kerusi.

Jika nama-nama yang tercalon ini adalah pilihan DS Najib sendiri, bermakna DS Najib memungkiri janjinya untuk memberikan kemenangan kepada BN dengan calon-calon yang 'winnable candidate'nya. Mungkin juga nama-nama tersebut bukannya daripada DS Najib sendiri tetapi daripada Badan Perhubungan Negeri dan DS Najib hanya merestui sahaja. Jika ini benar berlaku bermakna Badan Perhubungan Negeri ingin mensabotaj perancangan yang dirancang oleh DS Najib dengan mengemukakan calon-calon pilihan mereka sendiri tanpa mengambil kira calon tersebut boleh menang atau tidak.

Jika dilihat kepada prestasi parti komponen di dalam BN, Umno mendapat kembali kepercayaan para pengundi dengan sokongan orang-orang melayu yang kembali menyokong Umno berbanding dengan PRU-12 yang lalu. Namun secara keseluruhannya, sebagai pemimpin tertinggi DS Najib yang dilihat mesra(pro) cina perlu bertanggungjawab kerana strateginya untuk memberikan apa saja yang diminta oleh golongan cina akhirnya memakan dirinya dan partinya kerana hampir 100 peratus  kaum tersebut menolaknya.

Perlu dingat, banyak program atau transformasi telah dijalankan oleh Kerajaan Barisan Nasional selepas DS Najib Razak mengambil alih pemerintahan. Dibawah slogan 1Malaysia, beliau telah memperkenalkan berbagai program bagi memberi bantuan dan kesenangan kepada  rakyat Malaysia. Antaranya ialah Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Perumahan Rakyat 1Malaysia, Bantuan Tayar kepada Pemandu Teksi 1Malaysia, Bantuan Persekolahan RM100, Bantuan Voucher Buku RM200, Bantuan Rakyat 1Malaysia dan banyak lagi.

Namun semua itu tidak dihargai oleh sesetengah rakyat Malaysia. Mereka yang tidak menghargainya mengatakan semua program yang dibuat itu adalah tanggungjawab sebuah kerajaan. Mereka beranggapan jika Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan Malaysia juga akan melakukan perkara yang sama bahkan mungkin lebih baik lagi. Entahlah mungkin zaman berubah, cara kempen dan fungsi kerajaan juga perlu berubah. Tidak boleh lagi statik seperti dulu.

Disebalik segala transformasi yang dilancarkan oleh DS Najib Razak untuk menarik kembali sokongan pengundi atau rakyat kepada kerajaan, akhirnya pada PRU-13, terbukti  kebanyakan rakyat Malaysia menolak tranformasi yang dilakukan oleh beliau. Oleh disebabkan itu adalah baik jika DS Najib Razak mengambil pendirian untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan juga Presiden Umno kerana kemerosotan prestasi Barisan Nasional. Kedudukan beliau adalah sama dengan kedudukan Tun Abdullah Badawi yang lalu apabila prestasi Barisan Nasional jatuh merundum.

Mungkin kali ini, DS Najib Razak agak bertuah kerana Tun Mahathir menyebelahi beliau berbanding dengan Tun Abdullah Badawi ketika itu, tetapi alangkah baik jika DS Najib Razak mengambil inisiatif sendiri untuk mengambil tanggungjawab di atas kemerosotan prestasi BN kali ini dengan meletakkan jawatan yang disandangnya.

Jika DS Najib meletakkan jawatannya, siapakah calon yang bakal mengisi jawatan tersebut? Jika mengikut tradisinya, tempat Najib akan diisi oleh Timbalannya tetapi adakah timbalannya dapat meraih sokongan semula daripada rakyat Malaysia? Itu yang perlu kita fikir dan kaji semula. Kalau tidak ianya sama dengan kes Tun Abdullah juga. Kita buang Tun Abdullah jadi Perdana Menteri dan naikkan DS Najib kerana kita percaya yang DS Najib mampu meraih kembali sokongan rakyat tapi hakikatnya semakin teruk. Jadi untuk menggelakkan perkara ini berulang, Umno perlu melakukan transformasi daripada dalam dan lebih penting lantiklah pemimpin yang tidak menjadi liabiliti kepada Umno seperti DS Najib yang menjadi liabiliti kerana peribadinya sendiri yang terpalit dengan isu-isu seperti Altantuya dan juga campur tangan isterinya dalam pentadbiran (walaupun tidak dapat dibuktikan penglibatan Najib dalam kes Altantuya namun pihak pembangkang sentiasa memainkan isu ini bagi menarik sokongan rakyat)

Pemimpin yang memegang kuasa terlalu lama di dalam Umno hendaklah dengan rela hati meletakkan jawatan. Pemimpin yang pernah terpalit dengan isu-isu yang memalukan seperti kes rasuah, mengaut kekayaan untuk diri dan keluarga, kes rogol dan sebagainya juga perlu meletakkan jawatan jika tidak pemimpin ini akan menjadi liabiliti kepada Umno tidak kiralah pemimpin itu mempunyai jawatan yang tinggi dalam Umno. Berilah peluang kepada pemimpin-pemimpin yang baru dan bersih menerajui Umno. Dengan cara itu diharapkan Umno kembali diterima oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Darisudutpandang: Aku bukanlah seorang yang arif dalam politik tetapi aku amat sayangkan Umno yang kini semakin terpinggir dalam arus politik Malaysia dan sesuatu perlu dilakukan bagi menarik kembali sokongan rakyat kepada Umno.

Pakatan rakyat amat berjaya dalam menimbulkan persepsi yang buruk terhadap pemimpin Umno menerusi media sosial manakala bagi pihak Umno sendiri selain dari isu seks tiada apa lagi modal yang boleh digunakan.

Artikel ini aku tulis bukan kerana DS Najib tidak bagus dalam mentadbir Malaysia tetapi sebagai pemimpin besar, beliau perlu meletakkan jawatan dan mengambil tanggungjawab diatas prestasi Umno dan BN yang semakin merosot sepertimana yang dilakukan oleh Tun Abdullah Badawi. Jika beliau tidak meletakkan jawatan bermakna Tun Abdullah lebih bertanggungjawab daripada DS Najib.

   

Sabtu, 15 Jun 2013

6 fakta tentang kelahiran bayi yang perlu kita tahu.

Buat pasangan yang tidak sabar menanti kelahiran bayi, di sini saya kongsikan 6 fakta tentang kelahiran bayi yang perlu anda tahu.

dari sudut pandang, bayi, fakta, kelahiran1. Hanya 5 peratus sahaja bayi yang lahir pada tarikh yang dijangka lahir (EDD: Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke-37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal. Ianya adalah untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang dalam proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80 peratus wanita mengalami sindrom 'Baby Blues' semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.


Disebabkan betapa azabnya untuk melahirkan bayi, Allah telah menganugerahkan banyak pahala buat wanita yang bersalin seperti:

1. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah baginya pahala seperti pahala jihad.

2. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosanya yang lepas.

3. Ibu yang bersalin Allah anugerahkan pahala seperti 70 tahun solat dan puasa.

4. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala seperti menunaikan haji.


Khamis, 13 Jun 2013

Tegang selama 8 bulan

Apa yang tegang ek? kulit muka ke atau apa yang tegang? tapi kalau kulit muka takkan tegang hanya untuk 8 bulan aje? Produk apa yang pakai sampai boleh tegang kulit muka? Opp...sebenarnya bukan kulit muka yang tegang tapi yang sebenarnya yang tegang itu adalah zakar seorang lelaki yang tegang selama 8 bulan setelah dia menjalani pembedahan implan kemaluan.

dari, sudut,pandang, zakar tegang, lelakiKalau perempuan yang buat implan ini bertujuan untuk membesarkan payudara, tapi bagi lelaki ini dia nak besarkan kemaluan dia sebab itu dia buat implan.

(Maaf lak, lupa nak bagi amaran yang artikel ini ada unsur-unsur pembelajaran tentang ciptaan Allah yang unik.)

Lelaki yang berasal dari Wilmington ini telah menjalani pembedahan pada 2009, namun pembedahan itu gagal dilakukan dengan sempurna. Disebabkan kegagalan tersebut dia telah bertindak untuk menyaman doktor yang melakukan kesilapan tersebut.

Mahkamah diberitahu, bahawa dia tidak lagi boleh melakukan aktiviti seperti menunggang motosikal atau mengambil surat khabar kerana ianya menjadi masalah kerana kemaluannya sentiasa tegang.

Pembedahan yang dilakukan untuk membesarkan kemaluannya adalah dengan cara memasukkan 3 implan yang boleh kembung.

Peguam yang mewakili doktor tersebut menegaskan lelaki tersebut sepatutnya menyedari kesilapan berlaku apabila kantung buah zakarnya membengkak sehingga sebesar bola tampar selepas pembedahan pada Disember 2009 itu.

Bagaimanapun, dia tidak memaklumkan kepada sesiapa mengenai masalah itu sehingga April 2010.

Mahkamah juga diberitahu bahawa doktor tersebut telah mengarahkan supaya lelaki tersebut menjalani pembedahan susulan bagi membuang implan tersebut apabila lelaki tersebut mengadu berlaku jangkitan dan kemaluannya tegang berterusan.

Meskipun diberi amaran, lelaki tersebut enggan bertindak sehingga beberapa bulan kemudian barulah implan tersebut dikeluarkan.

Lelaki tersebut memberitahu mahkamah, dia terpaksa memencilkan diri dan mengelak majlis sosial kerana malu dengan kedudukan kemaluannya.

"Saya langsung tidak boleh menari dengan keadaan kemaluan yang tegang mencucuk teman saya," katanya.

Lelaki tersebut dan isterinya menuntut bayaran ganti rugi yang tidak disebut jumlahnya daripada doktor tersebut diatas kecuainya.

Darisudutpandang: Ingatkan orang Melayu  aje yang taksub dengan ubat kuat ni tapi orang putihpun sama tapi lagi advance sampai sanggup buat implan....hehehe


'Anonymous' tiada lagi dalam media sosial

Biasanya 'anonymous' ini atau 'tanpa nama' banyak kita lihat di dalam ruangan komen dalam sesebuah blog lebih-lebih lagi kalau blog itu adalah blog politik. Biasanya orang yang komen menggunakan nama 'anonymous' ini memberikan komen yang agak pedas dan yang menghina.

Berikutan terlalu banyak komen-komen yang cuba menanam pepecahan menggunakan elemen rasis, agama, bahasa atau cuba memperkecilkan institusi raja berpelembagaan yang menggunakan 'anonymous' ini, maka pihak kerajaan akan menguatkuasakan peraturan semua pemilik blog dan portal mesti meletakkan maklumat dan identiti sebenar mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Razak dalam ucapannya pada Malam Wartawan Malaysia 2013 berkata, langkah itu bagi memastikan maklumat yang disampaikan tidak mengandungi unsur fitnah yang boleh merosakkan perpaduan selain mahu penulis blog bertanggungjawab terhadap penulisan mereka.

Bagaimanapun, kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen portal berita seperti dilaksanakan oleh negara jiran, namun bagi memelihara keharmonian nasional penguatkuasaan undang-undang sedia ada akan dilaksanakan.

Kerajaan akan mencadangkan supaya kawal selia sendiri dilaksanakan jika tidak, pihak berkuasa yang bertanggungjawab akan mengambil tindakan terhadap pemilik blog dan portal yang gagal berbuat demikian.

Darisudutpandang: Pihak kerajaan melalui SKMM perlu memberi penerangan yang lebih lanjut berkenaan dengan perkara ini....


Remaja dikurung dan dirogol

Kes seperti ini telah banyak diceritakan dan dihebohkan dalam surat khabar atau dalam media elektronik mahupun di dalam internet. Namun tak banyak remaja perempuan yang mengambil pengikhtibaran berkenaan dengan perkara ini.

Sebenarnya modus operandi lelaki ini senang sangat, ajak aje perempuan balik rumah dengan alasan nak ambil barang, nak berehat atau 1001 alasan lagi yang boleh diberikan dan perempuan ini hanya mengikut saja dan akhirnya tercapailah hasrat lelaki-lelaki ini untuk merogolnya. Begitu juga dengan nasib remaja perempuan ini yang hanya baru berusia 15 tahun yang telah dikurung selama 4 hari dan dirogol oleh teman lelaki yang baru sahaja dikenalinya.

dari. sudut, pandang, rogol, remaja perempuanCerita lebih pun tak guna juga, bacalah kisah selanjutnya:

Dalam kejadian 28 Mei lalu, remaja perempuan tersebut telah diajak bersiar-siar oleh teman lelaki yang baru dikenalinya di Kuala Lumpur dan berjanji untuk menghantarnya pulang kembali ke rumahnya di Cheras.

Bagaimanapun, selepas menjemput mangsa pada jam 5 petang, lelaki terbabit mula mencari helah kononnya mahu berehat dan membawa remaja itu ke rumah sewanya di Pantai Dalam.

Mangsa yang tidak mengesyaki akan berlaku perkara buruk hanya mengikut sahaja dan apabila sampai di rumah teman lelakinya terdapat dua rakan lelaki terbabit ada bersama dalam rumah berkenaan.

Sebaik duduk di ruang tamu, mangsa diajak lelaki itu melakukan hubungan seks dalam bilik, Namun mangsa menolak pelawaan berkenaan menyebabkan lelaki terbabit tidak puas hati lalu menarik mangsa ke dalam biliknya.

Lebih malang apabila mangsa turut diperkosa dua rakan serumah secara bergilir-gilir.

Tidak tahan dijadikan mangsa pemuas nafsu,mangsa berikhtiar pelbagai cara untuk lolos dan akhirnya berjaya melarikan diri selepas 4 hari dikurung oleh teman lelaki di dalam rumah sewanya.

Mangsa yang masih trauma dan perubahan sikap mangsa telah disedari oleh ahli keluarganya dan beliau dipaksa untuk menceritakan perkara yang berlaku.- Metro

Darisudutpandang: Wahai remaja, lebih-lebih lagi yang perempuan, tolonglah ambil pengikhtibaran sikit berkenaan dengan perkara ini. Jangan mudah percaya kepada lelaki lebih-lebih lagi kalau nak ajak balik rumah tu. Biarlah kita menolak kehendak mereka untk membawa ke rumah. Biar hilang 'pak we' jangan hilang dara.

Selasa, 11 Jun 2013

Cantik ke ada lesung pipit?

Ada orang kata kalau ada lesung pipit di pipi seseorang itu akan menambahkan lagi kecantikan wajah seseorang lebih-lebih lagi kalau lesung pipit itu terdapat pada wajah perempuan cantik. Tapi betul ker?

dari, sudut, pandang, lesung pipit, otot pipi, lekuk
Dalam kalangan masyarakat lama, ada yang percayakan mitos lesung pipit boleh terbentuk dengan cara menekan hujung cili ke pipi bayi.

Namun ternyata mitos itu tidak benar kerana lesung pipit terjadi akibat kelainan otot pipi. Lesung pipit muncul di kedua-dua pipi atau hanya di salah satu pipi saja dan biasanya dilihat jelas ketika seseorang itu tersenyum, berbicara atau ketawa.

Ahli bedah plastik di Pusat Sains Kesihatan Universiti Texas, Dr. Joel Pessa berkata, lesung pipit disebabkan oleh kecacatan pada otot zygomanticus utama.

Ia muncul pada wajah akibat otot zygomaticus utama yang lebih pendek daripada ukuran sebenarnya atau otot ini terbelah menjadi dua lalu menyebabkan sedikit lekukan pada pipi.

Ketika seseorang tersenyum atau berbicara, ada daya tarik pada kulit yang membuat lesung pipit muncul akibat kesan penarikan kulit. Hal ini diketahui selepas beberapa pemerhati dan doktor pakar membedah anatomi wajah 50 mayat yang memiliki lesung pipit.


Serah badan akibat disihir

Sihir adalah ilmu hitam yang disampaikan melalui perbagai cara tanpa disedari mangsa seperti melalui minuman, sentuhan, hembusan dan sebagainya. Untuk mengatasi atau pelindung kepada sihir ini kita perlu mengamalkan surah 3 Qul iaitu Surah Al-ikhlas, Surah An-Nas dan juga Surah Al-Falaq. Surah ini perlu dijadikan amalan buat kita dan perlu dibaca setiap hari sebagai pelindung diri dan selebihnya kita serahkan kepada Allah.

dari, sudut, pandang, santau, pukau, sihir, perempuan
Sihir atau pukau ini digunakan oleh seseorang untuk mendapatkan kelebihan ke atas seseorang dan banyak digunakan untuk merompak dan sebagainya sepertimana seorang perempuan telah dikenakan sihir oleh seorang 'Abang Aji' sebagai pemuas nafsunya. Ikuti kisahnya:

Mangsa yang berumur 28 tahun mengatakan, dia mengenali suspek yang berumur dalam 50-an yang dipanggilnya 'Abang Aji', yang selalu datang ke kedai  serbaneka tempat dia bekerja sejak Disember 2011 untuk membeli kad tambah nilai telefon prabayar.

"Satu hari ketika berurusan dengan Abang Aji, saya berasa seperti dipukau selepas dia membaca jampi atau mentera di depan saya. Selepas itu fikiran saya seperti dikawal nya dan saya terus menuruti segala arahannya.

Apabila mahu meniduri saya, dia yang sudah berkahwin dan mempunyai anak mengarahkan saya untuk datang bermalam di rumahnya. Saya hanya mengikut saja dan langsung tidak berdaya untuk membantah".

Mangsa mengatakan setiap kali dia pergi ke rumah Abang Aji, isteri lelaki itu tiada di rumah kerana sudah diarahkan lebih awal supaya pergi ke tempat lain.

Mangsa juga percaya, isteri lelaki tersebut juga sudah terkena sihir kerana mengikut sahaja apa yang diarahkan oleh Abang Aji tanpa sebarang bantahan.

Menurut mangsa, sepanjang setahun hubungan mereka, lelaki itu turut memberinya minum air yang sudah dicampurkan ubat dengan alasan ia sebagai rawatan penyeri wajah.

"Abang Aji seolah-olah menjadikan saya alat pemuas nafsunya. Saya sedar perkara itu, tapi entah kenapa saya tidak mampu membantah setiap kali dia meminta.

Lagipun saya takut kerana dia mengugut akan mencederakan saya jika saya memberitahu apa yang berlaku kepada orang lain.

Bukan saja dara saya diragut oleh Abang Aji, malah wang gaji yang diterima setiap bulan juga saya serahkan bulat-bulat kepadanya dengan jumlah keseluruhan mencecah RM8,000.

Mangsa berkata, selepas setahun menjadi perempuan simpanan, dia hanya mendapat keberanian melaporkan perbuatan Abang Aji kepada polis apabila lelaki itu mahu membawanya ke Surabaya, Indonesia pada bulan lalu untuk dijual dan dijadikan hamba seks.

Dia membuat laporan kepada polis pada 29 Mei lalu bagi mengelakkan dirinya terus 'dikawal' oleh Abang Aji dan dijual sebagai hamba seks.

Mangsa pulih sepenuhnya apabila mendapatkan rawatan islam daripada seorang ustaz yang mengesahkan juga yang dia telah disihir. - Metro 

Ahad, 9 Jun 2013

Dulu Jebat kini Gooi dan kuncu-kuncunya

Dalam sejarah melayu, Hang Jebat amat terkenal bukan saja kerana dia salah seorang kawan kepada Hang Tuah tetapi juga kerana sikapnya yang sanggup menderhaka kepada Sultan kerana membela sahabatnya Tuah. Disebabkan itu Sultan telah menitahkan supaya Hang Jebat ini dibunuh dan yang membunuhnya adalah sahabat yang dibelanya iaitu Hang Tuah.

dari, sudut, pandang, raja, derhaka, Jebat, Melissa Gooi
Itu adalah sejarah yang lalu dan sepatutnya kita jangan lupakan akibat dan kisahnya. Pada era yang moden ini juga masih terdapat darah Jebat dalam rakyat Malaysia tidak kira dia berasal dari kaum mana. Dulu sudah ada seorang lelaki cina yang sanggup menunjukkan 'jari tengah' kepada rombongan Permaisuri Agong dan dijatuhkan hukuman.

Kini ada lagi perempuan cina yang bernama Melissa Gooi yang berani mempersendakan titah Tuanku (Dipertuan Agong) di dalam facebook miliknya. Walaupun kes ini masih disiasat oleh pihak polis namun kes demi kes yang berlaku akhir-akhir ini boleh dijadikan ikhtibar buat kita betapa Raja-Raja Melayu kini semakin dipersendakan.

Kita juga jangan lupa tentang peristiwa yang berlaku di Terengganu apabila Sultan tidak memperkenankan perlantikan Menteri Besar. Peristiwa ini membawa kepada bantahan yang diadakan di luar Istana Terengganu oleh orang-orang Menteri Besar dengan membawa bermacam sepanduk menghentam Sultan.

Mungkin sudah tiba masanya kerajaan memperkenalkan satu akta khas berkenaan perkara ini iaitu Akta Derhaka sepertimana yang dicadangkan oleh Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah ataupun jika undang-undang bagi kesalahan seperti ini sudah ada, ianya perlu ada penambahbaikan supaya hukuman yang boleh dijatuhkan mengikut kesalahan memberontak.

Harap selepas ini tiada lagi orang seperti Melissa Gooi serta kuncu-kuncunya di kalangan rakyat Malaysia. Jadikan kes seperti ini suatu pengikhtibaran buat kita semua rakyat Malaysia.





Rabu, 5 Jun 2013

Sejarah bangsa: Guthrie diambil alih

Ada yang tahu berkenaan dengan perisitiwa yang mengemparkan Kerajaan Britain ini dan ada juga generasi sekarang yang tidak tahu berkenaan dengan peristiwa ini. Ini adalah sejarah bangsa dan sejarah negara kita yang perlu semua orang tahu. Bacalah:



1. Selepas Merdeka Malaya, hampir 1 juta orang pendatang dari bangsa (Cina dan India) diberi kerakyatan beransur-ansur. Sebagai balasan, mereka bersetuju untuk menghormati hak istimewa orang Melayu dalam PERLEMBAGAAN.

2. 10 tahun sudah merdeka, pegangan orang Melayu terhadap ekonomi di bumi Melayu sangat kecil. Walaupun majoriti tetapi hanya 1.5 % SAHAJA yang pegang harta korporat itu pun kebanyakkan syarikat kerajaan. Manakala bangsa Cina 22.8%, walaupun tidak lagi menjajah, bangsa Inggeris pula memegang lebih 60% dari kekayaan negara ni.

3. Pada masa yang sama, bangsa yang paling ramai dalam kemiskinan juga adalah bangsa Melayu (74%) - kebanyakannya petani dan pesawah.

4. Ketidaksamarataan ini menyebabkan beberapa siri pergaduhan di antara kaum pribumi Melayu dengan pendatang yang kaya - orang Cina sehinggalah kemuncaknya pada tahun 1969 di Kuala Lumpur yang menyebabkan peristiwa hitam negara berlaku.

5. Masa tu yang paling berani kritik Perdana Menteri masa tu Tunku Abdul Rahman ialah Mahathir bin Mohamad, guna surat terbuka. Antara isi kandung surat tu :

" Orang-orang Cina dan India buat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan ditunjok Kemaluan, boleh la Tunku faham perasaan orang Melayu"

disebabkan kritikan ini - beliau dipecat dari parti...!

6. Kemudian, Tun Abdul Razak menjadi PM, DEB diwujudkan. Tujuannya - hapuskan kemiskinan bangsa Melayu dan pastikan pegangan orang Melayu dalam kekayaan negara boleh capai 30% pada 1990.

7. Walaupun ada dasar tu pun, pemilikan syarikat-syarikat Inggeris sebenarnya semakin bertambah. Contohnya Guthrie - mempunyai 175,000 ekar pada 1970am tetapi pada tahun 1981, mereka memiliki lebih 190,000 ekar tanah Kelapa Sawit, Getah dan Teh .

8. Masa tu, bila ada je kerajaan nak bincang dengan syarikat-syarikat British ni, semuanya seolah dilambatkan dan ditangguh-tangguhkan. Malah Guthrie juga menolak usaha kerajaan untuk penanaman semula getah untuk pekebun kecil Melayu. Katanya menyusahkan British.

9. Tapi atas tekanan Bank Negara Malaysia (di bawah Tun Ismail Ali), Guthrie akhirnya tubuh Guthrie-Ropel, anak syarikat Guthrie yang diberi kurang 17% dari jumlah tanah Guthrie di Malaysia. Usaha ni sebenarnya supaya orang tempatan beli sebahagian kecil tanah Guthrie melalui Bursa Saham Kuala Lumpur. Namun, tembelang BRITISH pecah bila didapati tanah Guthrie-Ropel adalah tanah yang tidak sesuai untuk pertanian.

10. Bila Mahathir masuk semula dalam UMNO selepas 3 tahun dipecat, kemudian dia jadi Perdana Menteri pada Julai 1981.

11. Berbeza dengan PM-PM sebelum itu, Mahathir dirakamkan ahli sejarah sebagai PM Pertama tidak merokok, tidak minat main golf, tidak berdarah bangsawan, tidak punyai rakan berbangsa Inggeris dan terkenal dengan sikap anti penjajahnya.

12. Sebelum jadi PM lagi, beliau lantang mengkritik dasar Inggeris yang buka Tanah Melayu kepada pendatang sekaligus menyebabkan Melayu terpinggir.

13. Tak lama kemudian kira-kira tak beberapa lama selepas beliau jadi PM, pihak Inggeris TARIK SEMULA subsidi pendidikan kepada pelajar Malaysia yang belajar di Britain dan naikkan yuran kepada pelajar Asing tetapi tidak bagi mereka dari Eropah.

14. Hampir 17,000 pelajar Malaysia di negara itu terbeban dengan peningkatan yuran 3 kali ganda secara tiba-tiba. Malaysia pula masa tu tak mampu nak serap pelajar-pelajar ni kerana ada dua buah universiti je kat negara ni.

15. Mahathir masa tu Menteri MiTi bagi amaran kepada British tetapi tak diendahkan. Menyebabkan beliau mula menyusun strategi.

16. Tak lama selepas itu, London menolak permohonan Malaysia agar syarikat penerbangan MAS diberi hak mendarat tambahan di Heathrow tapi pada masa yang sama Inggeris cabar kewibawaan dan maruah kerajaan Malaysia apabila pesawat Concorde ceroboh ruang udara Subang dalam perjalanan ke Singapura.

17. Mahathir melihat ini sebagai sikap angkuh British yang buat macam mereka masih menjajah negara ni.

18. Tun Ismail mula bekerjasama dengan Mahathir waktu itu kerana mereka berdua tidak puas hati walaupun PNB ada 25% saham dalam Guthrie tapi tak ada seorang pun wakil diajak dalam mesyuarat untuk hala tuju syarikat. Ini termasuk keputusan Guthrie jual beberapa kepentingannya dalam MPH, sebuah syarikat koperasi milik hartawan2 Cina di Malaysia pada awal 1981.

**Syarikat MPH ini pernah cuba beli bank terbesar negara masa tu UMBC sebabkan Mahathir campurtangan agar tidak didominasi bangsa Cina kerana PERNAS dan PETRONAS juga mempunyai kepentingan dalam UMBC. Jika Mahathir dan Tun Ismail tak halang, bangsa Cina semakin hampir ganti orang Inggeris kuasai ekonomi negara.

19. Atas sebab ini, mereka mula merencanakan agar Guthrie diambil alih secepat mungkin.

20. 4 bulan sebelum serangan itu, pasukan di PNB diterajui pengurus pelaburan bernama Khalid Ibrahim (Sekarang Tan Sri dan MB Selangor) diberi tugas khas untuk meneliti dan merangka strategi bagi pastikan semuanya berjalan lancar.

21. Selepas diteliti, mereka menjumpai satu kelemahan dalam akta bursa saham London yang boleh dieksploitasi. Dengan kelemahan ini, satu serangan hendap ekonomi untuk ambil alih Guthrie boleh dibuat tapi dengan syarat ia perlu dibuat sepantas dan serahsia mungkin sehingga mereka tak sempat buat pertahanan.

22. Dengan persetujuan Mahathir, modal pengambilalihan sebanyak 282 juta pound diambil dari tiga punca, PETRONAS, PERNAS dan satu skim amanah baru ditawarkan 4 bulan kepada ORANG MELAYU sebelum serangan iaitu Skim Saham Nasional(ASN).

23. Untuk pastikan Inggeris tak sedar ini bahawa kerajaan Malaysia di belakang serangan ini, Khalid diarahkan untuk buka bank akaun di Switzerland untuk tujuan pembayaran saham.

24. Kenapa Guthrie? Masa tu selain Inggeris, saham Guthrie masa tu dipegang beberapa syarikat mesra PNB iaitu Genting, Bank Simpanan Nasional , Kuwait Investment Office dan OCBC.

25. Dengan pegangan sebanyak 25% yang ada sekarang, PNB perlu lagi 15% sahaja untuk jadikan pegangannya 40% sekaligus jadi pegangan saham utama Guthrie.

26. Rothschild & Sons Ltd dilantik bagi beli saham Guthrie dari pelabur besar bagi pihak PNB manakala Rowe & Pitman pula dilantik menjadi broker bagi beli saham Guthrie dari pelabur-pelabur kecil.

27. Ideanya di sini agar sebahagian besar saham Guthrie dan di London dibeli serentak sebelum bursa dibuka dan ia mesti dibeli tanpa disedari pihak pengurusan Guthrie.

28. Hanya sekumpulan kecil yang tahu serangan rahsia ini termasuk Mohamad Desa Pachi, CEO PNB masa tu.

29. Hari serangan akhirnya diputuskan - 7 September , pukul 9 pagi waktu London (4 petang waktu Malaysia).

30. Ikut rancangan, kesemua yang terlibat akan mendapatkan persetujuan penjual-penjual saham sebelum bursa dibuka. Apabila dibuka, PNB akan isytihar berita gempar ini dan menguruskan dokumentasinya sahaja - sekaligus beri kejutan kepada Guthrie dan pemegang saham lain.

31. Rumitnya pembelian ini dilakukan secara rahsia. Jika terbongkar awal, harga saham Guthrie akan melambung tinggi dan management Guthrie akan bertindakbalas menggagalkannya.

32. Khalid uruskan pembelian di sini (rujuk Bank Simpanan, Genting dan Kuwait Investment Group) , manakala Tun Ismail Dato Ismail pula bergegas ke Singapura pada hari itu untuk berjumpa dengan pengerusi OCBC. Rancangannya ialah untuk meyakinkan pihak OCBC untuk menerima tawaran membeli saham Guthrie yang dipegang oleh bank itu pada pukul 3:30 ptg, dan menghantar notis penerimaan pada pukul 3:45 petang.

33. Di London, Rowe & Pittman serta Rothschilds hanya menunggu lampu hijau dari Malaysia untuk membeli saham-saham Guthrie dari pelabur Inggeris pada pagi tersebut.

34. Sewaktu di Singapura, Ismail dan pengerusi OCBC, Tan Chin Tuan berbincang mengenai pembelian saham Guthrie sewaktu makan tengahari. Perbincangan yang memakan masa lama itu akhirnya berakhir dengan satu berita kurang enak. OCBC menolak tawaran PNB.

35. Ismail menelefon Khalid dan memberitahu berita buruk tersebut. Tetapi oleh kerana Khalid telah berjaya membeli saham dari Kuwait, Bank Simpanan dan Genting, mereka tiada jalan lain kecuali meneruskan serangan.

36. Di London, sebaik menerima lampu hijau, kedua-dua firma yang diupah PNB memulakan proses pembelian sepantas mungkin. Bank saudagar Rothschilds berjaya memujuk M&G Investment Trust, sebuah syarikat amanah saham Inggeris (yang memegang 17% dari Guthrie) menjual 11% saham Guthrie miliknya.

37. Broker-broker Rowe & Pittman yang ditugaskan membeli saham dari pelabur kecil Britain pula berjaya mengumpulkan sasaran 5% saham dari orang Inggeris. Walaupun tanpa saham OCBC, dalam masa 4 jam, PNB berjaya memiliki 8 juta saham, atau 50.41% dari keseluruhan syarikat, tanpa disedari atau keizinan pihak pengurusan Guthrie. Lewat tengahari waktu London, Guthrie jatuh ke dalam genggaman Malaysia.

38. Pengerusi Guthrie, Mark Gent hanya sedar bahawa syarikatnya jatuh ke tangan Malaysia setelah mendengar berita itu di radio. Pengambilalihan secara tiba-tiba dengan mengeksploitasi kelemahan system bursa London oleh tanah jajahannya sendiri menyebabkan kerajaan British malu besar.

39. Walaupun ada broker di London memujinya sebagaiurusniaga “licik”, media London kebanyakannya menyelar serangan ini sebagai “nasionalisasi pintu belakang”. Sebagai tindakbalas, London kemudiannya bertindak meminda peraturan di Bursa Saham London bagi memastikan syarikat-syarikat lain milik British seperti Dunlop tidak jatuh dengan cara sama.

40. Sebulan selepas itu, London dikejutkan lagi dengan pengumuman baru Mahathir. Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia akan memboikot barangan dan perkidmatan dengan British melalui kempen yang dinamakan Buy British Last. Mahathir yang marah kerana spekulasi timah dunia di London mengakibatkan harga eksport utama Malaysia jatuh mendadak, telah mengarahkan agar semua kontrak kerajaan kepada pihak British dibekukan.

41. Tindakan Mahathir ini memberi kesan besar kepada kontrak semasa dan akan datang British berjumlah 1.25 billion pound sterling yang sepatutnya diterima oleh British. Kontrak Dunlop untuk membekal tayar kepada kerajaan sejak 1963 lagi contohnya kini diberi kepada sebuah syarikat Amerika Syarikat sehingga menyebabkan Dunlop menjual kepentingan mereka kepada MPH.

42. Dalam masa 3 bulan, saham-saham Guthrie perlahan-lahan dijual kepada PNB. Pada akhir tahun 1981, 100% Guthrie berada di bawah pegangan anak tempatan. Ismail akhirnya mengambilalih pengurusan Guthrie dan memindahkan ibu pejabat operasi Guthrie dari London ke Kuala Lumpur sebagai tanda berakhirnya penguasaan Inggeris ke atas syarikat tersebut.

43. Tidak lama selepas Dawn Raid juga, Mahathir memboikot Persidangan Negara-Negara Komanwel yang diterajui oleh Britain. Menurutnya, mesyuarat itu hanya melebihkan kepentingan orang berkulit putih.

44. Tak lama kemudian, Dasar Pandang Ke Timur diperkenalkan.

45. Operasi mengejut “serangan subuh” ke atas Guthrie dan dasar-dasar keras Mahathir memberi impak besar dalam masa yang cukup singkat.

46. Firma-firma British di Malaysia yang sebelum ini bersikap acuh tidak acuh kepada arahan kerajaan Malaysia kini akur membuka pintu rundingan.

47.Tidak lama selepas itu, tiga syarikat perladangan besar British di Malaysia — Highlands & Lowlands, Barlows dan Harrisons & Crosfield (H&C) akhirnya tunduk menjual kepentingan mereka di Malaysia kepada PNB. Hasilnya, tanah milik Guthrie dan tanah-tanah lain milik Inggeris di Malaysia kembali ke tangan rakyat Malaysia.

48. Oleh kerana H&C memiliki tanah ladang getah, kelapa sawit dan aset bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara lain seperti di India, New Zealand dan Taiwan, PNB juga menjadi tuan tanah baru kepada aset-aset Inggeris dari seluruh dunia.

49. Dengan pemilikan baru ini, PNB selaku wakil orang Melayu muncul sebagai pemilik tanah ladang terbesar di dunia.

50. Lebih manis lagi, dalam temuramah dengan wartawan tempatan, Khalid memberitahu bahawa setelah PNB menjual aset Guthrie di luar Malaysia, keuntungan yang didapati melebihi jumlah kos yang diguna sewaktu Dawn Raid.

Kata Khalid “..kita sebenarnya mendapat Guthrie secara percuma.”

Darisudutpandang: saya sharekan perisitiwa ini dalam blog saya kerana sepatutnya lebih ramai orang tahu tentang peristiwa dan wira-wira yang berada disebalik kejayaan ini. Petikan ini dari Persatuan mukabuku pulau pinang. jika terdapat sebarang kesilapan fakta berkenaan perkara ini sila berikan komen.


Selasa, 4 Jun 2013

Suami durjana merogol isteri

Akibat tidak dapat menerima hakikat bahawa isterinya ingin bercerai dengan dirinya, seorang suami sanggup mengikat tangan isterinya dan merogolnya.

Ikuti kisah lanjut:

dari, sudut, pandang, isteri, diikat, dirogolMangsa yang ketika itu berada didalam kereta selepas membeli barang disebuah pasar raya di Kepong, terkejut apabila pintu keretanya telah dibuka oleh seorang lelaki yang juga suaminya dengan terdapat sebilah pisau ditanganya serta mengarahkannya supaya mendiamkan diri.

Belum sempat mangsa melakukan apa-apa, suaminya terus mengikat tangan dan mengarahkannya ke tempat duduk penumpang hadapan sebelum memecut kereta milik mangsa menghala ke Batu Arang.

Sebaik tiba di suatu kawasan semak, mangsa dipaksa melakukan seks, namun mangsa enggan. Akibat keengganannya membuatkan suaminya berang dan terus merogolnya sebanyak dua kali dalam keadaan tangan mangsa yang masih berikat.

Tidak cukup dengan itu, gambar mangsa dalam keadaan bogel turut dirakam dan suami turut merayu supaya mereka kembali hidup sebagai suami isteri.

Bagaimanapun disebabkan serik dengan sikap baran suaminya, wanita tersebut enggan kembali dan menyebabkan lelaki itu naik angin dan mengugut mahu membunuh diri bersama sebelum merayu memikirkan masa depan anak mereka.

Suaminya akur dan terus mneghantar isterinya pulang semula ke pasar raya berkenaan sebelum melarikan diri.

Sebaik dibebaskan mangsa membuat laporan di Balai Polis Gombak. - Metro

Darisudutpandang: Mungkin disebabkan masih rasa sayang kepada isterinya dan tidak dapat menerima hakikat berkenaan menyebabkan suaminya bertindak demikian, tetapi kalau sayang mengapa bertindak demikian.

Isteri bukannya barang mainan apabila nak kita ambil, tak nak kita campak. Perlakuannya terhadap isterinya telah menunjukkan siapa diri dia yang sebenar......


Harga rokok naik hari ini

Itulah sokong lagi BN kan harga rokok pun dah naik...

dari, sudut, pandang, bahaya merokok, rokokKepada yang bercakap dan penabur fitnah berkenaan dengan kenaikan harga rokok ni, cubalah baca statement yang dikeluarkan oleh British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia):


"Disebabkan oleh tekanan inflasi, kos buruh dan kos input yang membawa kepada peningkatan kos operasi serta industri yang terjejas akibat perdagangan rokok haram, BAT Malaysia memutuskan untuk menaikkan sedikit harga sebanyak 3 peratus bagi jenama rokok keluarannya bermula hari ini"
- Pengarah Urusan BAT Malaysia, Datuk William Toh.

Sebenarnya tak kisahlah kenaikan harga rokok disebabkan oleh kerajaan ataupun tidak, yang pentingnya dengan kenaikan harga rokok ini boleh mengurangkan lagi orang yang hisap rokok. Yea lah sebab harga pun dah mahal.

Ahad, 2 Jun 2013

Kesan tanda sakit

Setiap kejadian yang Allah ciptakan sentiasa ada keadaan yang berlawanan kerana setiap yang Allah  jadikan adalah untuk menguji hamba-hambaNya yang beriman. Contohnya jika Allah ciptakan kekayaan pasti akan ada kemiskinan. jika ada kesusahan pasti akan ada kesenangan. Begitu juga dengan kesihatan pasti akan ada kesakitan.

Kepada yang diuji oleh Allah dengan kesakitan yang diberikan kepada kita, bersabarlah kerana Allah sedang menguji kita serta memaafkan segala dosa-dosa kita yang lalu dan bagi orang yang sabar pasti Allah akan menaikkan darjat kita ke makam yang lebih tinggi, Insya Allah.

Aku nak kongsikan satu artikel daripada Pn. Rusnani Omar, Penolong Pendaftar Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan, Universiti Malaysia Perlis berhubung dengan tanda-tanda awal penyakit yang kita hidapi.

Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
c) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh.

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL.

Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM.

Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR.

Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR.

Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN.
 Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN.
Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) KEBAS KAKI.
Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) SAKIT TAPAK KAKI.
Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI.
Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI.
Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI.
Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. 
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA 
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA
Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA 
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING 
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . 
Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK
Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

a) KERAP KENCING 
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

b) AIR KENCING BERKAPUR 
Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

c) AIR KENCING BERMINYAK
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT
Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

e) AIR KENCING BERDARAH
Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR
Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

b) SEMBELIT
Membersihkan toksin dari usus kecil.

c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

d) NAJIS BERWARNA HITAM
Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN

a) RASA SAKIT
Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

c) BADAN TERASA PANAS
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) BADAN TERASA RINGAN
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH
Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT
Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL
Sistem penghadaman yang lemah.


6 sebab mengapa isteri curang

Aku banyak tulis pasal lelaki atau suami yang curang pada isterinya. Kali ini aku nak share pula tentang sebab-sebab isteri curang pada suaminya. Sebenarnya ada banyak sebab mengapa isteri curang tapi aku nak kongsikan 6 sebab yang paling popular:

dari, sudut, pandang, isteri curang
1. Kurang perhatian

Isteri ni pun macam suami juga perlukan perhatian, perlukan kasih dan sayang. Kadang-kadang isteri juga meminta untuk dibelai. Jadi si suami ni janganlah ambil ringan perkara ni dengan kata lain suami yang terlalu sibuk mungkin akan menyebabkan isteri akan berlaku curang dibelakang. Sifat wanita yang pemalu biasanya dia tidak akan menyatakan kepada suaminya jika dia perlukan seks dan ini akan menambahkan lagi masalah kepada perhubungan jika suami tidak pernah faham akan 'tanda' yang isteri berikan.

2. Perhatian dari lelaki lain

Lumrah wanita sukakan perhatian dan pujian lebih-lebih lagi jika yang memujinya adalah lelaki. Bagi wanita yang bersuami, perhatian yang lebih daripada lelaki yang lain daripada suaminya sendiri boleh menyebabkan mereka berlaku curang. Pada kebiasaannya, kecurangan ini berlaku apabila suami sendiri kurang memberi perhatian kepada mereka dan pada masa yang sama ada lelaki lain yang lebih mengambil berat tentang diri mereka. Biasanya rakan-rakan sekerja yang rapat atau dilaman sosial menjadi tempat isteri meluahkan perasaan.

3. Berubah sikap dan penampilan

Perubahan sikap dan penampilan suami juga menjadi satu sebab mengapa isteri curang. Dulu jika suaminya seorang yang hensem dan kurus tetapi sekarang dah gemuk dan perut kedepan pasti ada sesetengah isteri perlukan pasangan yang lebih hensen daripada suami mereka. Wanita atau isteri sama juga seperti lelaki yang sukakan kecantikan atau kehenseman. Begitu juga dengan perubahan sikap suami. Dulu suaminya seorang yang penyabar, kelakar dan romantik tapi dek kerana perubahan usia dan tekanan kerja mungkin pasangannya berubah dan ini pastinya akan menganggu naluri isteri itu sendiri.

4. Terlalu banyak perbezaan

Biasanya masalah ini terjadi apabila pasangan berkahwin mempunyai perbezaan umur yang ketara.  Selain itu pasangan yang mempunyai latarbelakang sosial berbeza juga menjadi penyebab perkara ini berlaku. Dek kerana perbezaan umur dan latarbelakang sosial berbeza ini akan menyebabkan pasangan tersebut mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza dalam setiap hal. Akhirnya isteri yang tidak tahan sikap pasangannya akan mencari pasangan luar yang lebih memahami dirinya.

5. Balas rasa sakit hati

Biasanya alasan ini diberikan apabila isteri pernah dicurangi oleh suaminya. Sekalipun wanita lebih banyak menyimpannya dalam hati dan memendam rasa akibat hubungan sulit yang dilakukan oleh suaminya, ada juga yang beranggapan jika suaminya boleh berlaku curang mengapa dia tidak boleh.

6. Tarikan material

Semua isteri  atau wanita mahukan lelaki atau suami yang mampu memberikan kebahagian kepada mereka baik dalam bentuk perasaan mahupun material. Suami yang tidak mampu memberikan kebahagiaan dari aspek tersebut juga menjadi salah satu sebab mengapa isteri curang.




Kisah seorang sahabat: Ujian Allah paling hebat

Ini adalah artikel yang ketiga berkenaan dengan kisah seorang sahabat yang sedang diuji oleh Allah dengan ujian yang maha hebat. Artikel ini...