Ketua Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Tan Sri Rozali Ismail akan dipecat pada mesyuarat ahli lembaga pengarah syarikat jika usul yang akan dibawa oleh Kerajaan Selangor dipersetujui.
Usul lain adalah mengambil tindakan sama ke atas Ketua Pegawai Operasi syarikat utiliti itu iaitu Datuk Lee Miang Koi.
Kerajaan negeri percaya dapat mempengaruhi pemegang saham minoriti Puncak Niaga Holding Berhad (Puncak Niaga) untuk memecat Rozali dan Miang Koi.
Untuk makluman, Puncak Niaga menguasai 70 peratus saham SYABAS, manakala kerajaan negeri menerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad dan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad memiliki 30 peratus saham.
Keyakinan untuk mendapatkan sokongan ini adalah berdasarkan kepada pengurusan SYABAS yang dilihat tidak teratur dan masalah kewangan yang melanda syarikat tersebut.
Ini adalah tindakan terbaru oleh kerajaan negeri berikutan kemelut air yang melanda negeri tersebut.
Jadi apa sebenarnya pandangan saudara blogger ye?Kalau copy paste aje mcm takde 'pandangan' pun ;-) saya rasa lebih baik kerajaan negeri fikir sendiri kekhilafan yg telah dilakukan dgn sengaja mahu menjatuhkan Rozali dan org2nya, ini sabotaj bukan profesionalisme yg ditonjol oleh Khalid Ibrahim
BalasPadam