
Vagina wanita biasanya bervariasi secara luar biasa dan bersifat elastik. Menurut Womenhealth, ketika tidak terangsang secara seksual, rata-rata vagina wanita memiliki kedalaman 3 hingga 4 inci (7-10 cm) tetapi apabila menerima rangsangan seksual, aliran darah akan menyebabkan serviks dan rahim akan naik dan menyebabkan saluran vagina mengalami regangan sehingga 5-9 inci. Vagina terdalam pernah dicatatkan di London pada tahun 1916 dengan kedalaman 17.5 inci.
Jika saiz zakar lelaki dipengaruhi oleh bangsa dan tempat tetapi ianya berbeza dengan wanita. Keadaan tertentu dapat mempengaruhi bentuk dan kedalaman vagina wanita. Kedalaman vagina wanita boleh dipengaruhi oleh tinggi badan, rangsangan secara seksual dan proses melahirkan anak. Wanita yang tidak memiliki pasangan seks, wanita yang menopouse dan ibu yang menyusui anak juga akan mengalami penyusutan bentuk kelaminnya dan keadaan ini disebut sebagai vagina atrofi.
Vagina atrofi terjadi kerana menurunnya hormon estrogen yang menyebabkan lapisan vagina menipis, lebih kering, kurang elastik dan lebih rapuh. Bagi sesetengah wanita, keadaan vagina atrofi menyebabkan hubungan seks lebih menyakitkan sehingga menyebabkan menurunnya minat terhadap hubungan seks.
Jika dilihat kepada perbezaan saiz zakar lelaki dan kedalaman vagina wanita terasa betapa berbezanya terutamanya bagi lelaki Asia. Patutlah ramai lelaki Malaysia berlumba-lumba untuk membesarkan saiz zakar mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan