Ahad, 9 November 2014

Spekulasi perpindahan pemain Liga Super Malaysia 2015

Musim bolasepak Malaysia 2014 telah pun berakhir dengan Pahang berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang telah dimenangi pada musim yang lepas dengan mengalahkan Johor Darul Takzim (JDT) dengan sepakan penalti apabila perlawanan terikat 2-2 sehingga ke tamat perlawanan. Pada musim ini juga Pahang berjaya memenangi Piala FA manakala JDT pula mengungguli juara Liga Malaysia.

Kehebatan Pahang dan JDT mengungguli saingan Liga Super Malaysia pada tahun ini menjadi satu penanda aras kepada pasukan lain supaya berusaha untuk memperkuatkan pasukan masing-masing. Kita tidak mahu nanti Liga Super Malaysia hanya dimonopoli kejuaraannya oleh 2 pasukan ini sepertimana yang berlaku di EPL, La Liga dan Bundesliga, yang mana setiap tahun 3 hingga 4 pasukan sahaja yang bersaing untuk merebut kejuaraan dan pasukan yang lain hanya menjadi pelengkap liga dan menjadi pasukan belasahan.

Berikut adalah spekulasi yang tersebar tentang pemain-pemain yang akan memperkuatkan pasukan untuk musim Liga Super Malaysia 2015.

1. Kelantan

Pasukan yang dikenali sebagai Red Warrior dan juga 'semi finalis' Piala Malaysia musim ini dikatakan akan berbelanja besar untuk memperkuatkan pasukan dengan membawa masuk pemain import yang betul-betul berkaliber. Pasukan ini juga dipercayai akan mengekalkan hampir kesemua pemain musim ini untuk membawa cabaran pada musim depan. Antara pemain yang dijangka menyarung jersi Red Warrior pada Liga Super 2015 ialah: 
  • Norfarhan Muhammad (Terengganu FA)
  • Norhafiz Zamani Misbah (Negeri Sembilan FA)
  • Hasmizan Kamaruddin (Terengganu FA)
  • Hazrul Mustafa (Perak FA)
  • Syahrul Azwari (HMA)
  • Kepre Brice Herman Tchetche
  • Ighodaro Christian Osaguona
  • Jonathan McKain
  • Indra Putra Mahayuddin (Felda FC)

2. Terengganu

Musim Liga Super Malaysia 2014 menunjukkan pasukan ini kuat di semua bahagian cuma kelemahan dan kesilapan membawa penyerang  yang bukan 'kaki bunuh' menyebabkan pasukan ini gagal memenuhi impian untuk membawa balik 1 piala untuk penyokongnya. Kini pasukan gergasi Pantai Timur ini dalam proses untuk memperkuatkan pasukan setelah beberapa pemain utama berhasrat meninggalkan pasukan untuk bermain dengan pasukan lain. Antara pemain yang disebut-sebut untuk memperkuatkan cabaran negeri 'sang penyu' ini ialah:
  • Patrick Ronaldinho Wleh (PKNS FC)
  • Helmi Rameli (PKNS FC)
  • Gustavo Fabian Lopez (Arema Cronous FC)
  • Mohd Azrif Nasrulhaq (HMA)

3. Pahang

Pasukan yang berjaya mempertahankan Piala Malaysia selama 2 tahun berturut-turut yang juga juara Piala FA pada musim ini, juga dikenali dengan nama Tok Gajah dijangka tidak berbelanja besar pada musim depan. Mengekalkan hampir keseluruhan pemain utama yang menjadi tonggak pasukan. Namun begitu mereka kehilangan 2 nama besar dalam pasukan iaitu Hafiz Kamal dan juga Nwaekame yang akan berhijrah ke pasukan lain. Antara pemain yang disebut-sebut untuk memakai jersi kuning pasukan Tok Gajah ini musim depan ialah: 
  • Baddrol  Bakhtiar (Kedah Fa)
  • Amirul Hadi Zainal (JDT Fa)

4. Johor Darul Takzim (JDT)

Pasukan yang digelar Harimau Selatan yang juga juara Piala Liga Super Malaysiadan finalis Piala Malaysia dikatakan akan memperkuatkan pasukan terutamanya di bahagian kiri yang dilihat lemah. Antara pemain yang dikaitkan bermain untuk pasukan ini pada Liga Super musim depan ialah:
  • Mohd Zubir Azmi (Terengganu FA)
  • S Chanturu (Sarawak FA)
  • S Kunalan (Selangor FA)
  • Farizal Marlias (Selangor FA)

5. Felda United

Pasukan kelab yang melakukan kejutan dengan layak ke perlawanan akhir Piala FA dan juga semifinalis Piala Malaysia berusaha untuk memantapkan pasukan bagi mengharungi cabaran bagi musim depan. Antara nama yang disebut-sebut untuk mewakili Felda United ialah:
  • Fauzan Dzulkifli (PKNS FC)
  • Fauzi Roslan (Pahang FA)
  • Mohd Rashid Aya (Sarawak FA)

6. T-Team

Pasukan kelab dari Terengganu, yang telah jatuh ke Liga Premier musim depan, telah mengugurkan hampir separuh daripada pemain yang bermain untuk pasukan musim lalu bagi memperkukuhkan lagi pasukan untuk layak ke Liga Super Malaysia pada musim 2016. Namun tidak banyak yang didengar dari pasukan ini tentang pemain-pemain yang akan bermain untuk mereka pada musim depan. Hanya satu pemain sahaja setakat ini yang dikaitkan dengan pasukan The Titan ini iaitu:
  • Nor Hakim Hassan (Terengganu FA)

7. Perak

Pasukan Seladang ini yang menduduki tempat ke 9 dalam cabaran Liga Super Malaysia pada musim ini dilihat agak aggresif dalam mendapatkan pemain terbaik bagi memperkuatkan cabaran pasukan untuk musim depan.  Antara pemain yang telah dikaitkan untuk bermain dengan pasukan ini buat masa ini ialah:
  • Mazlizan Mohamad (Terengganu FA)
  • Faiz Subri (Terengganu FA)
  • Bobby Gonzales (PDRM FC)
  • Zamir Selamat (PKNS FC)

8. Pulau Pinang

Pasukan ini yang bermain di Liga Perdana yang telah menduduki tempat ke-3 liga telah berhasrat untuk meneraju liga tersebut bagi mencapai hasrat untuk melayakkan diri untuk bermain dalam Liga Super Malaysia 2016 dengan membeli pemain yang berkualiti iaitu:
  • Mafry Balang (Sarawak FA)
  • Redzuan Nawi (Sabah FA)
  • Sani Anuar Kamsani (Sarawak FA)
  • Mohd Ramezey Che Ros (PKNS FC)
  • Mohd Azrul Ahmad (ATM FC)

9. ATM

Pasukan ini mengalami kejatuhan apabila hampir tersingkir ke Liga Premier untuk musim depan apabila menduduki tempat ke-10 liga. Belajar daripada masalah tersebut, pasukan ini cuba untuk memperkuatkan kembali pasukan dengan membeli beberapa pemain bintang bagi persediaan untuk musim depan. Antara pemain yang disebut-sebut untuk bermain dengan pasukan The Gladiator ialah:
  • Norshahrul Idlan Talaha (JDT FA)
  • Obinna Nwaneri (Kelantan FA)
  • Jerry Nelson Palacios (Alajuelense FC)
  • Mario Karlovic (Import, Terengganu FA)
  • Abdulahfees Abdulsalam (Import, Perak FA)
  • Fadzli Shaari (Sime Darby FC)

10. Selangor

Pasukan yang digelar dengan Red Giant, adalah pasukan yang penuh dengan sejarah lampau. Namun kini berusaha untuk bangkit bagi mengembalikan kekuatan yang hilang. Setelah misi '33' gagal, pasukan ini berusaha untuk mencapai kebangkitan pada musim depan walaupun kehilangan beberapa tonggak pasukan. Antara pemain yang dijangka bermain untuk pasukan ini pada Liga Super ialah:
  • Junior Edstal (Sarawak FA)
  • Norazlan Razali (JDT FA)

11. PDRM

Pasukan yang mencuri tumpuan dengan menjuarai Liga Premier Malaysia 2014 dan juga memegang rekod 19 perlawanan tanpa kalah. Pasukan ini pastinya mencuri tumpuan pada musim Liga Super Malaysia pada musim depan apabila mengekalkan hampir kesemua pemain tonggak pada musim ini. Selain itu pasukan ini juga dikaitkan dengan beberapa pemain yang dijangka dapat memperkukuhkan lagi status pencabar kejuaraan pada musim depan.
  • Hafiz Kamal (Pahang FA)
  • Abdul Manaf Mamat (Terengganu FA)
  • Nurul Azwan Roya (Johor Darul Takzim FA)
  • Mohd lot Abu Hassan (Sarawak FA)

12. Negeri Sembilan

Bekas juara Piala Malaysia pada 2011 yang kini bermain di Liga Premier Malaysia untuk musim yang kedua, berusaha untuk memperkuatkan pasukan bagi melayakkan diri untuk bermain dalam Liga Super Malaysia 2016. Antara pemain yang dikaitkan untuk bermain dengan pasukan ini musim depan ialah:
  • Fauzi Saari (ATM FC)
  • Rizal Zambery Yahya (ATM FC)
  • Azizi Mat Rose (JDT FA)
  • Rudie Ramli (ATM FC)
  • Shahrizal Saad (Perak FA)
  • Mohd Helmi Eliza Elias (PDRM FC)
  • Irwan Fadzli Idrus (ATM FC)

Tarikh kemaskini: 04 November 2014


Khamis, 6 November 2014

Nasib sebuah kereta Bentley

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kemalangan di Kilometer 202.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), arah selatan. Bukan kemalangan yang mengakibatkan kematian tetapi kemalangan yang melibatkan sebuah kereta yang terbabas itu yang mengejutkan kerana ia melibatkan sebuah kereta Bentley. Lebih-lebih lagi pemandunya adalah adik kepada Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Kemalangan ini menjadi viral kerana ianya melibatkan adik kepada tokoh politik dan juga kerana kereta yang dipandunya yang berharga lebih kurang RM1.3 juta ke atas. Kalaulah adik kepada Timbalan Menteri ini memandu kereta Proton atau sekurangnya-kurangnya Camry tak lah ianya menjadi begitu viral. Itulah nasib menjadi adik kepada seorang tokoh politik....

Pemandu yang juga adik kepada Datuk Ahmad Maslan iaitu Rahim Maslan bagaimanapun menafikan yang kereta tersebut miliknya tetapi milik kepada kawannya yang juga seorang ahli perniagaan. Kereta tersebut dipinjamkan kepadanya untuk beberapa hari sahaja.

Bila aku baca statement adik dia ni, aku rasa bertuahnya dia kerana ada kawan yang sanggup memberi pinjam kereta dan kereta yang dipinjamkan itu bukan calang-calang kereta tetapi kereta Bentley yang berharga lebih kurang RM1.3 juta tu...

Banyak persoalan yang timbul dikalangan rakyat berhubung dengan kereta Bentley ini. Untuk bersangka baik mungkin betul kereta tersebut dipinjamkan kepadanya kerana kereta milik beliau rosak dan ada dibengkel....!!! Jadi dia meminta tolong kepada kawannya yang memiliki beberapa kereta mewah untuk dipinjamkan kepadanya sehingga kereta beliau siap dibaiki......


DSP: Hehehe.......


10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...