Khamis, 27 September 2012

Tahniah PBSNT kerana mencipta sejarah

Hebat sungguh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) kerana telah mencipta sejarah dalam era bola sepak moden ini....tapi jangan salah sangka ya.....

Kehebatan PBSNT ini bukan kerana pengurusannya yang berdaya maju atau mencipta lakaran sejarah menang Piala Fa atau layak ke Suku Akhir Piala Malaysia tapi mencipta sejarah kerana kontroversi yang diciptanya.

Isu pemecatan jurulatihnya, Peter Butler telah menjadi tajuk akhbar-akhbar seluruh dunia lebih-lebih lagi akhbar di England.

Isunya kerana Peter Butler telah melanggar arahan kerana bercakap dengan media berkenaan dengan disiplin para pemainnya dan disebabkan itu jurulatih ini telah digantung dan dikenakan denda.

Hebat dan nelang sungguh PBSNT ini dibawah pengurusan Dato' Che Mat Jusoh.

Sebenarnya bermula dari awal musim lagi aku sudah lihat macam ada perkara yang tidak betul yang melanda PBSNT ini.

Bermula dengan jurulatih yang membawa Terengganu menjuarai Piala Fa dan ke perlawanan akhir Piala Malaysia, Irfan Bakti tidak menyambung kontrak, kemudian ke kes pemecatan jurulatih Mat Zan Mat Aris sehinggalah ke kes Butler ini.

Memang sepatutnyalah para peminat pasukan 'Peteh Terengganu Peteh' melancarkan satu laman di Facebook iaitu laman 'Rombak PBSNT' dan gerakan ABC iaitu 'Asal Bukan Che Mat' supaya kesemua pengurusan PBSNT meletak jawatan.

Kemuncak kepada kempen ini, satu perhimpunan akan diadakan di Dataran Batu Buruk pada 29 September ini.

P/S : Nak dengar apa komen peminat nombor satu Terengganu Dato' Seri Mat Said berhubung dengan isu ini. Dulu bila T Team tak perform dia nak bubarkan T Team sekarang bila kontroversi ini melanda pasukan Terengganu apa pula komen dia ya..... 'Peteh Terengganu Peteh', peteh sampai patah.......

Isnin, 24 September 2012

Presiden paling miskin

Anda percaya tak... ada Presiden sebuah negara yang hanya gajinya sebulan sebanyak RM4,575.00 Kenapa....tak percaya? Percayalah.....beliau ialah Jose Mujica, Presiden Uruguay.

Amat bertuah rakyat Uruguay yang mempunyai Presiden yang mengutamakan rakyatnya apabila dia menyumbangkan 90 peratus daripada gajinya kepada rakyat negara itu.

Mujica berkata, dia menerima gaji sebanyak AS$12,500 (RM38,132) sebulan tetapi dia hanya mengambil kira-kira 10 peratus atau AS$1,250 (RM4,575) untuk kegunaan sendiri.

"Ia mencukupi untuk saya dan keluarga, atau saya perlu mencukupkan keperluan dengan gaji sebegitu kerana ramai penduduk Uruguay yang hidup dengan pendapatan jauh lebih kecil daripada itu," katanya.

Selain Mujica, 77, isterinya, Lucia Topolansky, 67, turut menyumbang pendapatannya sebagai senator kepada tabung negara.

Pasangan suami isteri itu menetap di sebuah rumah petani di Montevideo.

Mereka memiliki sebuah kereta Volkswagen Beetle bernilai kira-kira RM6,000
Mujica telah menjadi Presiden pada tahun 2010, apabila dia menyertai politik dengan bergabung bersama parti aliran kiri.

Selain digelar Presiden Termiskin, Mujica juga mendapat penghormatan ramai kerana dikenali sebagai Presiden Paling Pemurah.

Dia tidak memiliki akaun bank atau hutang, manakala sahabatnya yang paling baik ialah seekor anjing bernama Manuela.

Untuk makluman, Uruguay menjadi satu daripada negara paling rendah kadar rasuah di Amerika Selatan.

P/S: Kalau pemimpin di Malaysia dapat mengikuti jejak langkah Presiden Uruguay ini kan bagus.
Ingatlah jawatan bukan untuk mengkayakan diri dan keluarga tapi jawatan adalah sebagai satu tanggungjawab untuk kesejahteraan rakyat.




 

Perhatian buat peminat teh panas

"Kalau setiap pagi tak dapat pekena teh rasa macam tak sah hidup". Jika anda seperti ini berhati-hati lah sebab satu kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik Universiti Perubatan Sains Tehran telah melaporkan :
teh panas
"Mereka yang suka meminum teh panas berisiko menghidap barah tekak dan merosakkan peti suara, dua kali ganda berbanding mereka hanya minum teh suam"

Reza Malekzadeh yang juga ketua penyelidik berkata, barah tekak adalah jenis barah keempat paling ditakuti selepas barah payudara, pangkal rahim dan barah kulit.
"Berdasarkan kajian, teh yang terlalu panas merangsang pertumbuhan sel barah, malah boleh merosakkan peti suara. Mereka yang gemar minum teh dicadangkan minum ketika ia suam"

Gejala awal yang dikaitkan dengan penyakit ini ialah telinga kerap berdengung, manakala deria pendengaran tidak berfungsi dengan baik.

Pada peringkat seterusnya, penyakit ini dapat dikesan apabila gangguan fungsi berlaku di bahagian hidung, telinga, mata dan saraf sehingga berlarutan ke leher.

Sehingga kini, tiada ubat khas untuk penghidap penyakit ini. Hanya terapi yang diberikan kepada pesakit mengikut tahap penyakit.


P/S : Teringat pesan orang tua, supaya jangan suka minum atau makan benda yang panas nanti lidah keras katanya....susah untuk membaca al-Quran. Mungkin pesanan ini ada betulnya........

Wanita lebih pandai sembunyi kecurangan??

Ramai orang kata jika berlaku penceraian kepada sebuah perkahwinan yang perlu disalahkan adalah lelaki kerana lelaki sering dianggap sebagai tidak setia kepada pasangan tetapi...jangan terkejut pula apabila laporan terbaru telah menunjukkan wanita lebih cenderung untuk berlaku curang.

wanita lebih pandai sembunyikan kecuranganHampir 100 peratus wanita yang curang....(apa 100 peratus???) mendakwa berjaya menyembunyikan jejak mereka, manakala 17 peratus lelaki mengaku kecurangan mereka diketahui pasangan masing-masing.
Agensi mengatur temu janji internet, 'UndercoverLovers.com melakukan tinjauan ke atas 3000 individu yang sudah berkahwin mendapati 95 peratus wanita dan 83 peratus lelaki mengaku kecurangan mereka tidak diketahui.

Sebanyak 89 peratus daripada 3000 individu tinjauan mengaku berjaya merahsiakan perbuatan mereka daripada pasangan masing-masing.

Agensi itu juga mengatakan wanita lebih pandai berbohong berbanding lelaki.

Pakar psikologi dari Universiti Manchester Metropolitan, Dr. David Holmes berpendapat bahawa wanita lebih cenderung untuk bersikap curang.

"Wanita memang bijak menipu kerana secara psikologinya mereka berada dalam kelas tersendiri, berbeza dengan lelaki. Mereka membuat keputusan dan penilaian secara emosional dalam merancang strategi manakala lelaki lebih impulsif.

Perbezaan yang paling besar adalah wanita lebih bijak menyembunyikan rahsia kecurangan mereka," katanya.

Tinjauan pendapat pada 3000 orang dewasa pula mengatakan dua perlima wanita yang curang berlaku ketika mereka berada di kelab malam.

Hampir satu daripada empat wanita sama curang dengan rakan sekerja.

P/S : Hebat lah wanita sekarang ini kan........


 

Ahad, 23 September 2012

Hamil lambat berisiko kanser

Satu kajian dari penyelidik Australia melaporkan wanita yang lewat menjadi ibu lebih berkemungkinan mendapat barah ketika hamil.

Laporan ini menyatakan sejak 20 tahun yang lalu, terdapat peningkatan bilangan wanita yang hamil didiagnos dengan barah meningkat dan aliran ini disumbangkan dengan peningkatan usia wanita yang menjadi ibu buat kali pertama.

Hasil kajian yang disiarkan dalam jurnal sakit puan, BJOG, menyatakan bahawa pada 2007, seramai 192 daripada setiap 100,000 wanita hamil dan selepas bersalin menerima diagnosis barah - meningkat daripada 112 setiap 100,000 wanita pada 1994.

Pada tempoh sama bilangan wanita hamil berusia lebih 35 tahun meningkat daripada 13 hingga 24 peratus.
 

Sabtu, 22 September 2012

Sayang sampai mati

Saya akan sayang sampai mati adalah ungkapan yang diluahkan oleh seorang suami apabila diuji oleh Allah apabila isteri yang dikasihinya disahkan mengidap kanser tulang tahap empat kerana dia menyedari  yang ujian kesakitan dan kenikmatan adalah datangnya dari Allah Maha Pencinta yang ingin menguji iman hambaNya.

Suami tersebut yang bernama Abdul Hamid Alias yang juga pemandu teksi sanggup menjaga isteri yang sakit itu disamping perlu mengambil alih semua tanggungjawab menjaga anak, memasak, mengemas rumah termasuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada isterinya itu setiap hari.

Agak-agaknya lah berapa ramai suami yang macam ini yea?

Seperti kata Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani, seorang penceramah bebas ketika mengulas ketabahan suami tersebut mengatakan " jarang kita berjumpa dengan suami yang setabah ini. Kebiasaannya ramai suami yang mengambil kesempatan untuk membiarkan isteri yang sakit terlantar tanpa penjagaan."

"Untuk mengetahui sama ada pasangan kita setia ataupun sebaliknya carilah yang ada agama kerana siapa yang pilih selain agama dia akan kecewa dalam hidup. Kalau kita pilih pasangan yang ada agama, kita tak akan menyesal, selain dia tak akan lari dan berkahwin lain," katanya lagi.

Menurutnya lagi, sesiapa saja yang diuji Allah perlu bersabar serta beristiqamah, selain percaya Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

"Beruntung pada mereka yang diuji Allah. Pertamanya ganjaran terhapus dosa dan keduanya Allah janjikan syurga pada orang yang sabar dalam menanggung ujian Allah". 

Khamis, 20 September 2012

Terengganu lepaskan lapan pemain

Persatuan Bola Sepak  Negeri Terengganu (PBSNT) dalam mesyuaratnya semalam telah melepaskan lapan pemain bola sepak negeri tanpa syarat.

Pemain tersebut adalah:

Mohd Sharbinee Allawie Ramlie (penjaga gol)

Abdul Syukur Jusoh (pertahanan)

Joseph Kalang Tie (tengah)

Reeshafiq Alwi (tengah)

Abdul Hadi Yahya (penyerang)

Hariri Mohd Safii (pertahanan)

Mohd Muslim Ahmad (pertahanan)

Md. Ailim Fahmi Kamaruddin (penyerang)

PBSNT juga telah melakukan kejutan dengan menamatkan kontrak penjaring gol terbanyak liga iaitu Francis Forkey Doe serta Erison Da Silva.

Manakala Marzuki Sulong pula dilantik sebagai pengurus pasukan yang baru menggantikan Che Mat Jusoh yang kekal sebagai Presiden PBSNT.

P/S: Dari khabar-khabar angin juga mengatakan masih ada pemain lain yang akan meninggalkan pasukan Terengganu untuk mencuba nasib bermain dengan negeri lain musim depan. Kita nantikan pengumuman dari pemain tersebut nanti.

Selasa, 18 September 2012

Nilai wang sebesar RM20

Ada satu cerita yang kawan aku ceritakan pada aku baru-baru ini berkenaan nilai wang RM20 kepada seorang anak.

Ceritanya macam ini:

Seorang bapa yang baru pulang agak lewat dari tempat kerja telah disapa oleh anaknya yang baru berusia lapan tahun.
"Ayah, boleh Fawwaz tanya satu soalan?"

"Ya, nak tanya apa?"

"Ayah, boleh tak Fawwaz tahu berapa gaji ayah untuk sejam"?

"Itu bukan urusan kamulah, nak tahu kenapa?"

"Fawwaz, saja nak tahu. Ayah, tolonglah bagitahu berapa ayah dapat sejam bekerja?"

"30 ringgit sejam"

"Oh, banyak tu ayah". Kata si anak sambil memandang lantai, kemudiannya memandang wajah ayahnya sambil bertanya, "Boleh tak Fawwaz pinjam duit ayah sebanyak 20 ringgit?"

Si ayah menjadi berang dan berkata,"Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai minta sebanyak itu? Nak beli mainan lagi? Bukan ke ayah sudah belikan mainan baru-baru ini. Masih tak cukup ke? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit ikut suka aje. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni..."

Kanak-kanak lapan tahun itu terus terdiam dan perlahan-lahan melangkah ke biliknya sambil menangis.

Si ayah, duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu.

Selepas si ayah kembali tenang dan terfikir mungkin anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya sebelum ini tidak pernah meminta duit sebanyak itu. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah ke bilik anaknya dan membuka pintu.

Di dapati anaknya masih menangis dengan teresak-esak lalu dengan nada yang memujuk si ayah berkata, "kalau kamu betul-betul perlukan duit, nah ambillah duit 20 ringgit ini tapi kena bagitahu dulu untuk apa?"

Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang sambil mengesat airmata yang masih bergenang. "Terima kasih ayah, Fawwaz sayang ayah".Katanya gembira.

Kemudiannya, si anak tersebut mencari sesuatu di bawah katilnya dan mengeluarkan satu tabung duit yang disimpannya di situ.

Lalu si anak mengeluarkan duit sebanyak 10 ringgit yang kemas berlipat dari dalam tabung.

Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit ini?" Jerkah si ayah.

Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. "Duit ini Fawwaz kumpul hampir sebulan dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Fawwaz minta lagi 20 ringgit sebab duit yang Fawwaz simpan belum cukup lagi." jawab si anak perlahan.

"Tak cukup untuk beli apa?" soal balik si ayah.

"Ayah, sekarang bila dah campur dengan duit yang ayah bagi sudah cukup 30 ringgit. Ayah ambil duit ini. Fawwaz nak beli sejam dari masa ayah di pejabat. Moga esok ayah dapat pulang awal dan boleh Fawwaz makan malam bersama dengan ayah.," jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya.

Si ayah terus terkedu dan lantas memeluk anaknya.

P/S: Walau sesibuk manapun, kita perlu ada masa untuk anak-anak. Duit boleh dicari tapi masa yang berkualiti bersama dengan keluarga, bila kita biarkan ianya berlalu amat sukar untuk diganti. Dok gitu.......??






 

Isnin, 17 September 2012

Seloka Hudud (isu politik Malaysia)

Korang tahu tak apa itu hudud mengikut politik Malaysia. (Bukan mengikut Islam) Sila baca selanjutnya:

Hudud menjadi isu bila dah hampir pilihanraya. Ia akan menjadi senyap apabila selepas pilihanraya dan akan muncul kembali bila hampir pilihanraya.

Mujur juga ada hudud, boleh UMNO dan PAS jadikan modal politik bagi memancing undi. Padahal isu hudud ini sudah 10 tahun menjadi isu panas apabila menjelang pilihanraya.

UMNO kata PAS tolak hudud, manakala PAS pula mengajak rakyat menolak UMNO dan BN kerana tidak menjalankan hudud.

P/S : Sebenarnya kedua-dua parti ini gagal melaksanakan hudud.


Sepatutnya UMNO dan PAS perlu berterima kasih kepada Karpal Singh sebab kerana Karpallah kedua-dua parti ini mendapat modal untuk menghadapi pilihanraya.

UMNO dan PAS saling menagih undi rakyat disebabkan hudud. Jika ditakdirkan Karpal Singh tidak bersuara "langkah mayat aku dulu" tentu hudud tak ada siapa perjuangkan.

P/S: terima kasih Karpal Singh


Pelik betul apabila UMNO serang PAS disebabkan Karpal tolak hudud. Karpal tolak hudud sebab dia bukan seorang Islam. Sebagai seorang yang bukan Islam sudah tentu dia menolak hudud sebab dia tak faham apa itu hudud.

MCA juga menolak hudud disebabkan mereka tak faham tentang hudud. Cuma yang tidak kedengaran adalah MIC menyokong hudud manakala PKR pula 2x5.

P/S : Jadi mereka yang menolak hudud bukan Islam, yang Islam pula perlu menyokong hudud.


PAS memerintah di Kelantan disebabkan hudud, tanpa hudud mungkin PAS tak akan menang.

Di Terengganu juga dulu, PAS menang disebabkan hudud termasuklah di Kedah sekarang ini juga disebabkan hudud.

Dengan hudud juga PAS cuba menawan Putrajaya tapi aku berani bertaruhlah hudud tak akan jadi kenyataan siapa pun akan menang.

P/S: Sedih...hudud hanya jadi mainan politik.


Dulu semasa berkuasa Che Det kata dia tak pernah menolak hudud, yang dia tolak adalah hudud PAS.

Ehh...., rupanya hudud ada macam-macam kalau dah ada hudud PAS, pasti ada hudud UMNO, mungkin ada hudud PKR.

Entah-entahkan DAP pun ada versi hudud mereka.

P/S: Entahlah.......


Dulu semasa PAS bergabung dengan UMNO dalam BN tak pernah timbul hudud.

Bila PAS berada di luar BN baru bising perjuang hudud.

Dah 20 tahun perintah Kelantan, PAS tak buat hudud pun.

UMNO apa tah lagi, 55 tahun perintah Malaysia duk pi mai pi mai tang tu juga.

P/S: 2x5 aje.


Kata Anwar, hudud tak ada dalam agenda Pakatan Rakyat.

Bunyinya macam Anwar sokong Karpal.

PAS tentu tahu agenda Pakatan tapi kenapa buat bising? Kalau betul ikhlas nak perjuangkan hudud, PAS kena keluar dari Pakatan.

PAS kena tinggalkan Anwar yang tak bela hudud.

PAS kena berjuang bersendirian tanpa berpakat dengan mana-mana parti.

P/S: Ada berani.......?

sumber: mingguan perdana

Isnin, 10 September 2012

Cuepacs minta bonus 2 bulan gaji??

Aku ada membaca satu artikel berkenaan dengan Cuepacs meminta agar Kakitangan Kerajaan mendapat bonus 2 bulan gaji pada akhir tahun ini. Bagus lah jika kerajaan bersetuju dengan cadangan ini tapi bagi aku ianya seharusnya dibayar mengikut merit atau mengikut KPI

Aku tengok selama ini bonus diberi kepada semua kakitangan kerajaan tanpa mengikut merit. Jika kerajaan menetapkan bonus diberi sebanyak sebulan gaji, maka kesemua kakitangan kerajaan mendapat bonus sebanyak itu.

Apa salahnya jika bonus yang diberi mengikut prestasi kerja dan prestasi ini perlu dinilai oleh orang atasan serta direkomen oleh orang yang sejawatan dan juga orang bawahan.(untuk mengelakkan kaki bodek....kena buat macam ini) Baru lah prestasi kerja kakitangan awam meningkat.

Ini tidak bonus dibayar sama saja dengan orang yang ikhlas bekerja dengan orang yang kaki ponteng. Pernah aku berurusan di suatu pejabat tanah di Selangor. Bila aku pergi ke sana untuk jumpa seorang pegawai, kakitangannya beritahu yang pegawai tersebut telah keluar ke NSK beli barang. Apa cerita ini.........

Cuepacs tolonglah tengok perkara sebegini jangan asyik minta bonus tapi prestasi kerja masih di takuk lama dan kerajaan juga sepatutnya menilai kembali pembayaran bonus ini kepada kakitangan kerajaan supaya lebih adil kepada kakitangan yang lain, yang betul-betul bekerja dengan ikhlas membantu rakyat.

Aku cadangkan:

Bonus 2 bulan gaji dibayar kepada kakitangan yang mendapat merit tertinggi.

Bonus 11/2 bulan gaji dibayar kepada kakitangan yang mendapat merit tinggi.

Bonus 1 bulan gaji dibayar kepada kakitangan yang mendapat merit sederhana.

Bonus 1/2 bulan gaji dibayar kepada kakitangan yang tidak mendapat merit yang ditetapkan.


Kerajaan Malaysia dan Cuepacs ada berani????
 

Sabtu, 8 September 2012

Gangnam Style di Hari bertemu pelanggan KBS part 2

Ini adalah video penuh berkenaan dengan tarian Gangnam Style versi Kementerian Belia dan Sukan. Lihatlah Black Mentor dan juga dengan seorang artis perempuan ni yang cuba mengikut rentak tarian Gangnam Style yang ditarikan oleh para pengunjung di Hari bertemu pelanggan kementerian ini.

Di penghujung video ini kelihatan Menteri bersama dengan Tan Sri Koh Tsu Koon bersama dengan para pengunjung cuba mengikut tarian ini. Sempoi lah menteri..........




 

Menteri menyanyi di Hari Bertemu Pelanggan

Menteri dengan sportingnya menyanyi bersama dengan Awie serta artis-artis yang lain di Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Belia dan Sukan.

Sila tengok bakat terpendam menteri...hehehe


 

Jumaat, 7 September 2012

KBS Style di Hari Bertemu Pelanggan

Korang percaya tak bukan semua artis tahu menarikan tarian Gangnam Style. Kalau tak percaya tengoklah gelagat Awie di Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Belia dan Sukan ini.

Jika dilihat pada video ini, bukan hanya Awie tapi ramai artis juga tidak tahu gerakan tarian ini.

Khamis, 6 September 2012

Gangnam Style di Hari Bertemu Pelanggan KBS Part 1

Kau orang percaya tak, di Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Belia dan Sukan pun ada tarian Gangnam Style yang ditarikan oleh para artis serta para pengunjung.

Terkejut aku sebab bila lagu ini dibunyikan ramai pengunjung menari mengikut tarian Gangnam Style.

Korang boleh tengok kat sini.



Tiba-tiba lagu tersebut terhenti dengan sendiri.

 

Isnin, 3 September 2012

Hatrik pertama Robbie Van Persie

Robbie Van Persie menjaringkan hatrik yang pertama untuk Manchester United pada musim ini apa bila membantu Manchester United memenangi  perlawanan dengan Southampton dengan jaringan
3-2.

Manchester United yang sebelum ini ketinggalan dengan jaringan 1-2 hampir dikeseluruhan perlawanan. Seperti biasa Manchester United bangkit disaat akhir dengan dua jaringan oleh RVP.

Sebelum itu RVP juga gagal menjaringkan gol apabila penalti yang diambilnya telah berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Southampton.

Sabtu, 1 September 2012

Menteri tinggal di Apartmen??

Baru-baru ini aku ada lepak dengan kawan-kawan di sebuah kedai mamak di Jalan Setapak. Biasalah kalau dah lepak dengan kawan-kawan tu bermacam cerita yang diceritakan dari pasal bola sepak hinggalah ke politik dalam negara hinggalah ke luar negara. Dalam banyak-banyak cerita itu aku tertarik dengan statement kawan aku yang katanya ada Menteri yang tinggal di Apartmen.

Aku pada mulanya tak lah percaya cerita kawan aku ini sebab mana lah ada Menteri di Malaysia yang tinggal di Apartmen...mengarut sungguh. Bukan ke Menteri di Malaysia ini kaya-raya? Jika tidak tinggal di rumah teres superlink pun sekurang-kurangnya kondominium Tapi kawan aku ini mati-mati pertahankan cerita dia sebab katanya rumah menteri tersebut berdekatan dengan rumahnya dan selalu nampak Menteri tersebut dengan anak-anaknya makan di kedai berdekatan dengan rumahnya.

Jadi aku tanyalah kawan aku ni siapa Menteri tersebut tapi kawan aku ini suruh aku cari sendiri. Alamak kalau suruh cari susahlah macam ini. Macam mana aku nak tahu cerita kawan aku ini betul atau tidak.

Jika betullah kata kawan aku (dan aku berharap agar kenyataan kawan aku ini betul), ini bermakna bukan semua Menteri Kerajaan Persekutuan yang kaki songlap duit rakyat, masih ada rupanya Menteri yang betul-betul ikhlas dalam memperjuangkan nasib rakyat dan hidup penuh dengan kesederhanaan. Alangkah bertuahnya Datuk Seri Najib sebab ada dikalangan Menteri kabinetnya yang betul-betul memegang amanah rakyat.

Aku akan merisik siapa Menteri tersebut....

 

Kisah seorang sahabat: Ujian Allah paling hebat

Ini adalah artikel yang ketiga berkenaan dengan kisah seorang sahabat yang sedang diuji oleh Allah dengan ujian yang maha hebat. Artikel ini...