Jumaat, 29 Jun 2012

Tanda-tanda suami curang

Aku percaya artikel kali ini membuatkan para isteri suka..hehehe tapi buat para suami yang curang mesti bengang kat aku sebab dah bocorkan rahsia mereka...

Cuma yang aku harap buat para suami yang curang itu supaya menukar strategi yang baru supaya para isteri tidak tahu muslihat mereka......

Tadi semasa aku mendengar radio berkenaan dengan bola..adalah satu pemanggil ni kata yang suaminya bukan lah kaki tengok bola. Bila ada siaran langsung Liga EPL pun selama ini tak adalah tengok kat TV tapi sejak berlangsungnya pertandingan EURO ini tiap-tiap malam nak tidur luar aje...sampai isteri dia pun heran.

Bila ditanya, jawapan suaminya adalah, pertandingan EURO ini hanya berlangsung 4 tahun sekali. Jadi, kalu tak tengok rugi...tapi apa yang isterinya bertambah heran ialah kalu orang tengok bola mesti bising....jerit gol lah...maki ke pengadil la......marah kat pemain la.....dan sebagainya.

Tapi suara suaminya langsung tidak kedengaran. Jadi pada satu malam itu...dia pun check lah suami dia...rupa-rupanya dia bukan tengok bola tapi tengah cakap telefon dengan seseorang diluar rumah...kira bergayut la itu... ini berlaku tiap-tiap malam...tapi dia diamkan aje...sebab tak mahu bergaduh. Tapi aku percaya sampai satu masa...bila isteri dia dah tak sabar....(aku tak tahu lah apa yang akan terjadi)....Aku terfikir jugak bila EURO ni dah habis apa pula alasan dia yea.......

Itu pasal alasan tengok bola....Ada juga sesetengah suami yang merasa selamat bila dia membisukan (silent mode) telefon ketika di rumah..tapi ada sesetengah isteri akan merasa curiga bila satu panggilan pun tak ada.. sebab sebelum ini ada ajer yang telefon.

Bagi suami-suami yang menduakan isteri, jangan lagi berasa selamat dengan membisukan telefon... atau sembunyikan telefon dalam poket...atau bawa telefon ke mana-mana walau ke dalam tandas sekalipun sebab isteri lama-lama akan perasan akan perubahan sang suami.

Ada juga suami yang menyembunyikan telefon dalam kereta apabila balik ke rumah kerana mereka tak mahu isteri memeriksa setiap panggilan atau sms mereka.

Lagi satu taktik yang boleh dikatakan amat berkesan yang digunakan oleh suami yang curang ini iaitu menukarkan nama kekasih gelap mereka kepada nama lelaki misalnya Fauziah jadi Fauzi, Rahimah jadi Remy. Jadi sebagai  isteri anda perlu berasa curiga  kalau nama-nama lelaki yang selalu tertera dalam 'call memory' telefon bimbit suami terutama apabila panggilan itu dilakukan setiap hari.

Dalam banyak-banyak taktik yang dilakukan oleh sang suami bagi menyembunyikan kecurangan mereka, hanya ada satu benda yang orang lelaki tidak boleh bohong dan tidak boleh selindung apabila jatuh cinta iaitu bahasa badan.

Jika sebelum itu dia seorang yang biasa tapi apabila jatuh cinta, penampilannya akan berubah...segak sepanjang masa lebih-lebih lagi bila nak keluar rumah.

Kalau dulu bila keluar rumah, pakai baju T-Shirt kolar bulat. tapi sekarang bila keluar rumah mesti pakai baju ada kolar pastu siap masukkan baju kat dalam seluar lagi...kalu wangi tu usap cakap la...ala macam dulu-dulu masa bercinta dengan isteri .

Jika sebelum itu jarang layan lagu tetapi sekarang, asal masuk kereta, terus pasang lagu, lagu cinta pula. Pastu siap nyanyi lagi......

 Lagi satu jika dia asyik tersenyum sambil melihat ke arah lain, awaslah....wajah yang ada dalam fikirannya pada masa itu mungkin bukan wajah anda isterinya , dan jika anda yang difikirkannya, tentu dia tidak akan merenung ke arah lain sebaliknya tepat ke dalam mata anda.

Jadi buat semua isteri, pekalah perubahan suami anda.

Cegah sebelum terkena......hehehe


P/S : Jika suami anda termasuk di dalam kategori ini, jangan lah terus membuat tanggapan yang suami anda curang tapi siasat dan selidik lah dulu. Jika suka artikel ini tolong 'LIKE' yea.

Sila komen, jika anda ada pandangan lain. Komen yang membina amat dialu-alukan. Sila baca juga 6 sebab suami curang






Khamis, 28 Jun 2012

Kartina Aziz hilang duit

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pelakon Kartina Aziz kerugian RM10,000 termasuk wang RM4,000  apabila Toyota Camry miliknya yang diletakkan di kawasan parkir Masjid Geliga, Kemaman dipecahkan pencuri.

Pelakon berusia 57 tahun ini dari Taman Tun Dr. Ismaildatang ke Kemaman untuk menjalani penggambaran filem sebelum berhenti untuk bersembahyang Zuhur.

Mangsa meninggalkan beg tangan tangan mengandungi wang RM4,000, pelbagai perhiasan, IPad, cermin mata berjenama serta dokumen peribadi ditempat duduk pemandu sebelum bergegas ke masjid.

Selepas bersolat, Kartina terkejut ketika membuka pintu kereta apabila mendapati pintu di bahagian pemandu terkopak akibat diumpil manakala cermin dibahagian atas pintu pemandu dipecahkan.

Mangsa mendapati beg tangan yang ditinggalkan telah hilang dan datang ke Balai Polis Chukai untuk membuat laporan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. 

Jalani Sidek nafi ada orang ketiga

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Mohamed Jalani Bin Mohamad Sidek atau lebih dikenali dengan Jalani Sidek telah menafikan bahawa perceraian ini tiada kena mengena dengan orang ketiga selepas sah bercerai dengan isterinya Raja Azmi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Jalani berkata perceraian ini disifatkan sebagai keputusan terbaik yang boleh memberi keadilan kepada bekas isterinya.

Menurutnya lagi, dia bersetuju bercerai dengan Raja Azmi kerana perlu bersikap adil padanya yang cukup tertekan dengan apa yang berlaku selama ini. Pelbagai tohmahan dan fitnah yang melanda rumah tangga mereka kebelakangan ini termasuk dia dituduh sebagai suami dayus menambah lagi tekanan dalam kehidupan mereka.

Sementara itu Raja Azmi berkata apa yang berlaku ke atas rumah tangganya adalah akibat tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepada mereka.

"Ini satu hukuman buat diri saya. Mungkin selama ini saya gagal menjadi isteri yang baik kepada Jalani sehingga menyebabkan dia menanggung malu dikatakan sebagai seorang lelaki dayus"

"Kini, saya menerima perceraian ini dengan redha dan menerima ketentuan Yang Maha Esa. Mungkin ada hikmah disebalik perpisahan kami dan bagi saya, Jalani adalah suami yang baik".

Jalani dan Raja Azmi hadir ke mahkamah dengan ditemani anak ke dua mereka serta peguam.

Raja Azmi sebelum ini pernah didakwa berkhalwat dengan bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim pada Ogos 2010 di Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini.

Bagaimanapun, mereka dibebaskan pada 19 Ogos tahun lalu oleh pihak mahkamah selepas setahun proses siasatan berlangsung.

Jailani juga pernah dihimpit kontroversi kononnya dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang ahli perniagaan berstatus janda.

Rabu, 27 Jun 2012

Jalani sidek dan Raja Azmi bercerai



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Jalani Sidek dan Raja Azmi akan menfailkan kes penceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, hari ini.
SAAT BAHAGIA...perceraian Jailani dan Raja Azmi dijangka difailkan hari ini.Raja Azmi berkata, penceraiannya dengan bekas pakar beregu badminton negara itu dilakukan secara baik atas persetujuan bersama.

"Saya tak sanggup lagi mendengar tohmahan masyarakat yang menuduh dan menghina suami sebagai dayus. Fitnah juga tidak putus-putus melanda rumah tangga kami hingga hubungan kami suami isteri tidak lagi seperti dulu"

"Jadi, pada masa ini perceraian adalah penyelesaian terbaik untuk kami", kata Raja Azmi lagi.

Antara fitnah yang melanda kehidupan mereka adalah berkenaan dengan hubungan antara Raja Azmi dengan bekas pemain badminton negara iaitu Roslin Hashim. Manakala pada awal tahun ini tersebar pula berita Jalani dikatakan mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Raja Azmi dan Jalani bernikah di Taiping, Perak pada 23 Disember 1984. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak.


P/S:   Dari sudut pandang mendoakan yang terbaik buat Jalani dan Raja Azmi. Semoga tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan.

Ibnu Abbas menceritakan :
"Nabi SAW berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang disiksa dalam kuburnya.
Maka bersabda Rasulullah SAW :”Keduanya disiksa bukanlah kerana dosa besar.” Kemudian baginda melanjutkan perkataannya,:”Yang seorang disiksa kerana kencing di tempat terbuka) dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan.”
Sesudah itu baginda menyuruh supaya mengambil pelepah tamar lalu dipatah dua oleh baginda dan diletakkan di atas kedua kubur itu masing-masing satu pelepah.
Seseorang pun bertanya:”Ya Rasulullah! Mengapa kamu lakukan seperti itu?”
Jawab baginda “Mudah-mudahan kedua-duanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering.” ( Riwayat Bukhari)

Selasa, 26 Jun 2012

Anugerah bangunan tinggi terbaik 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Majlis Bangunan Tinggi dan Penempatan Bandar (CTBUH) telah menamakan bangunan pencakar langit di Kanada, Qatar, Australia dan Itali sebagai sebagai bangunan tinggi terbaik didunia bagi tahun 2012.

1)Menara Absolute di Mississauga, Kanada,

anugerah bangunan tinggi terbaik

2) 1 Bligh Street, Sydney, Australia

anugerah bangunan tinggi terbaik

3) Palazzo Lombardia, Milan, Itali

anugerah bangunan tinggi terbaik

4) Menara Doha / BurjQatar, Doha, Qatar

anugerah bangunan tinggi terbaik

Manakala Menara Al-Bahar di Abu Dhabi memenangianugerah inovasi pertama CTBUH untuk projek hebat skrin pelindung mentari kawalan komputer


Menara Al-Bahar

Di rogol semasa tidur

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Seorang wanita mendakwa yang beliau telah dirogol semasa tidur tanpa beliau sedari. Difahamkan, mangsa yang terjaga kira-kira jam 8pagi terkejut apabila mendapati dirinya dalam keadaan bogel manakala dadanya dipenuhi cecair pekat keputihan dipercayai air mani.

Mangsa yang berusia 20-an dikatakan tinggal bersendirian di rumah berkenaan dan tidak bertemu dengan sesiapa sebelum kejadian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Assisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa sendiri tidak tahu punca ditinggalkan dalam keadaan begitu kerana pada malam kejadian, dia mendakwa terus pulang ke rumah selepas tamat bekerja,

Katanya lagi, mangsa memberitahu ketika terjaga, seluruh badannya sakit dan keletihan selain sakit kepala menyebabkannya terus ke klinik berhampran untuk mendapatkan rawatan.

Menurutnya, doktor mengesahkan terdapat kesan koyak pada kemaluan mangsa disyaki dirogol sebelum mangsa membuat laporan polis.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek memecah masuk ke rumah mangsa dengan mengumpil pintu utama menggunakan sejenis alat sebelum masuk untuk merogol mangsa.

Ketua Polis Daerah Kajang juga berkata bahawa pihak polis tidak menolak kemungkinan suspek menggunakan pukau menyebabkan mangsa tidak sedar ketika diperkosa.


P/S : Sebelum tidur kita yang beragama islam digalakkan untuk membaca 4 Qul iaitu surah An-Nas, surah Al-Falaq, surah Al-Ikhlas dan surah Al-Kafiroon sebagai pelindung diri.

Isnin, 25 Jun 2012

Mati kerana facebook


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berpunca daripada maki hamun dan kata sindiran di laman sosial facebook, seorang remaja berusia 17 tahun dibelasah dan ditikam hingga mati oleh empat lelaki.

Dikatakan keempat-empat suspek telah berjumpa dengan mangsa di tempat letak kereta sebuah pasar raya untuk bertanya mengenai lelaki yang bernama Kelvin yang dikatakan kawan mangsa yang telah menggunakan laman sosial tersebut untuk memaki hamun suspek.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Assisten Komisioner Din Ahmad mengatakan berlakunya pertengkaran antara suspek dan mangsa sebelum suspek mengetuk kepala mangsa dan seterusnya mengakibatkan mangsa ditikam yang dipercayai dengan menggunakan pisau.

Di fahamkan, mangsa yang cedera parah ditikam dibeberapa bahagian badan dikejarkan ke hospital tetapi mati dalam perjalanan.

Berikutan kejadian tersebut suspek yang berusia 17 dan 10 tahun ditahan dan polis sudah mengenal pasti identiti dua lagi suspek.

p/s:  Akibat salah menggunakan laman sosial beginilah akibatnya. Kadang-kadang kita tidak menyendari berkenaan bahan-bahan yang kita tulis didalamnya akan menyakiti orang lain.

Bayaran RM3 untuk berasmara dengan isteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tindakan seorang isteri yang berusia dalam lingkungan 30-an meminta bayaran sebanyak RM3 setiap kali suami ingin berasmara dengannya sejak dua bulan lalu, membawa padah apabila dia dicekik dan dibelasah suaminya yang tidak tahan dengan perbuatannya.

Suami mangsa yang berusia lingkungan 30-an yang tidak bekerja dipercayai hilang sabar dengan tuntutan isterinya yang tidak tinggal bersamanya sejak sebulan lalu selain turut mengesyaki wanita terbabit mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Suami mangsa bertambah berang apabila isterinya tidak membenarkan telefon bimbitnya diperiksa lalu mencekik dan memukul mangsa yang berada dirumah ibunya.

Mangsa yang cedera di kaki kanan dan kiri serta siku akibat diseret suaminya selain sakit dibahagian dada telah membuat laporan di balai polis.

Untuk bacaan lanjut klik sini

Ahad, 24 Jun 2012

Pemandu teksi dapat bantuan tayar

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada hari ini 24 Jun 2012,dijangkakan kira-kira 60,000 pemandu teksi akan mendapat baucar bantuan tayar bernilai RM520 yang akan diberi sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Abdul Razak di perkarangan tempat letak kereta Stadium Bukit Jalil.


dari sudut pandangBaucar bernilai RM520 itu untuk penukaran keempat-empat tayar kereta berjenama 'Continental' dan juga 'Goodyear'.

Dari sudut pandang mengucapkan tahniah kepada pemandu-pemandu teksi yang telah mendapat durian runtuh daripada kerajaan. Amat beruntung pemandu teksi ini kerana aku rasa ini mungkin bantuan kali kedua oleh kerajaan yang mana sebelum ini Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 juga dirasai oleh kebanyakan pemandu teksi.

Cuma apa yang aku harapkan agar pemandu-pemandu teksi ini dapat menggunakan baucar tayar ini dengan betul janganlah pulak kita dengar baucar-baucar ini dijual sepertimana yang kita dengar bantuan baucar sebelum ini.

Lagi satu aku mengharapkan agar pihak kerajaan juga dapat memantau berkenaaan dengan kenaikan harga tayar dipasaran. Jangan disebabkan bantuan tayar kepada pemandu teksi ini akan menyebabkan rakyat yang tiada kena mengena dengan bantuan ini mendapat tempias kesan kenaikan harga tayar dipasaran. 

Masjid di politikkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aku sebenarnya tidak mengerti dan tidak faham kenapa untuk melantik ahli jawatankuasa masjid pun mahu dipolitikkan. Ini berikutan bantahan oleh lebih daripada 100 orang ahli kariah Masjid Al-Muttaqin, Taman Equine yang mendakwa berlakunya campur tangan politik dalam pemilihan ahli jawatankuasa masjid baru-baru ini.

Bantahan ini adalah berikutan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak memperakui mesyuarat agung lantikan ahli jawatankuasa masjid yang diadakan pada 9 Mac 2012 lalu padahal mesyuarat tersebut dipengerusikan sendiri oleh wakil daripada JAIS.

Apa yang mengejutkan lagi adalah tiadanya makluman kepada ahli kariah berkenaan dengan mesyuarat yang dikatakan tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh JAIS serta perlantikan baru yang diumumkan adalah bukan terdiri daripada ahli kariah kawasan tersebut dan sekaligus mengenepikan keputusan mesyuarat yang diadakan sebelum ini.

Aku ingatkan dikawasan aku saja berlaku perkara macam ini tapi rupanya di negeri Selangor pun berlaku juga. Aku rasa bukan salah negeri, asalkan ada peluang untuk berpolitik mereka akan ambil peluang tersebut.

Kalau ditempat aku dulu, jika imam atau ahli jawatankuasa terdiri daripada orang UMNO, orang PAS tak pergi sembahyang kat situ. Sama lah juga kalau orang PAS yang jadi imam atau ahli jawatankuasa, orang UMNO tak pergi sembahyang disitu. Entahlah..masih wujud atau tidak perkara macam ini lagi kat tempat aku sekarang ini... harap-harap tidak lagi.

Maaflah, aku tak berniat untuk menyentuh pasal politik tapi kalau bab sembahyangpun kita berpecah susahlah.

P/S: Apa pandangan anda berkenaan perkara ini..sila berikan komen..

Sabtu, 23 Jun 2012

Erra Fazira dan Engku Emran masih tidur sekatil

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Siapa yang terkenal si pelakon cantik Erra Fazira ini tetapi kebelakangan ini terlalu banyak khabar-khabar angin yang mengatakan rumah tangga beliau bersama suami tersayang iaitu Engku Emran Engku zainal Abidin telah dilanda badai.

Engku Emran telah menafikan yang beliau telah menduakan Erra dan menyatakan bahawa beliau masih tinggal sebumbung dan tidur sekatil. Beliau mengatakan jika beliau telah berkahwin lain tentunya telah terdapat gambar-gambar perkahwinan beliau di internet. Beliau mengharapkan agar penafian ini akan memadamkan terus khabar-khabar angin berkenaan perkahwinan beliau.

Dari sudut pandang juga mengharapkan khabar-khabar angin yang tidak betul ini tidak lagi kedengaran. apa yang lebih penting ialah kita mendoakan agar perkahwinan Erra dan Engku Emran ini berkekalan hingga akhir hayat.

Untuk bacaan lanjut sila baca disini

Jumaat, 22 Jun 2012

Kajol sudah berubah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Anda masih ingat tentang Kajol? Oh bukan... Kajol ini bukan isteri Ajav Devgan, juga bukan seorang pelakon tapi Kajol ini adalah seorang mak nyah yang telah ditangkap kerana berpakaian wanita dan berlagak seperti perempuan ketika membuat persembahan di tapak ekspo Padang Majlis Tanah Merah, Kelantan.

Kajol atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Jeffri telah dijatuhkan hukuman denda Rm1,000 dan berkelakuan baik oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bahru dan sekaligus mengenepikan hukuman penjara selama sebulan yang sebelum ini telah dikenakan kepada Kajol pada 21 Jun tahun lalu oleh Mahkamah Rendah Syariah.

Hukuman penjara dikecualikan untuk tempoh setahun kerana Kajol telah mengaku insaf di hadapan Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty bahawa beliau akan berkelakuan baik selepas ini dan mahu apa yang berlaku terhadapnya sebelum ini sebagai satu pengajaran. Kajol yang hadir ke Mahkamah telah membuat kejutan dengan memakai kopiah.

Dari sudut pandang mendoakan agar Hafiz atau Kajol ini beristiqamah di dalam perubahan yang ingin dilakukan dan benar-benar insaf akan kesalahannya bukan kerana ingin lari daripada dikenakan hukuman penjara selama sebulan.

Sumber berita Harian   

Khamis, 21 Jun 2012

Perokok jauh kau daripada aku

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tak tahan betul aku dengan asap rokok ini...kalau nak merokok pun tengok-tengok lah orang disekeliling. Aku tahu ramai yang tak tahan dengan asap rokok ini tapi ramai yang mendiamkan diri kerana tak mahu bergaduh..tapi sebenarnya kerana sikap kita ini lah menyebabkan mereka ini tak tahu nak hormati orang lain disekeliling yang tak merokok.

Aku paling tak suka kalau aku pergi kedai makan dengan keluarga dan ada orang hisap rokok kat sebelah meja aku...kalau makanan belum sampai aku sanggup pindah meja punya...Jikalau aku sahaja seorang yang makan tak apa la jugak tapi kalau melibatkan orang yang aku sayang memang aku marah punya.

Nak tahu kenapa aku marah sebabnya adalah......

Sebenarnya kesan yang dibawa oleh orang yang tidak menghisap rokok tetapi terdedah dengan bahaya asap rokok (passive smoking) adalah lebih kurang sama dengan orang yang merokok bahkan lebih teruk kerana asap yang keluar dari puntung rokok mengandungi :
  • 2 kali lebih banyak nikotin.
  • 5 kali lebih banyak karbon monoksida.
  • 50 kali lebih banyak kimia yang menyebabkan barah
  • 3 kali lebih banyak tar


Kesan-kesan  kepada perokok pasif ini adalah ianya:-
  • Meningkatkan risiko kanser paru-paru dan penyakit jantung
  • Masalah pernafasan termasuk radang paru-paru dan bronkitis
  • Sakit atau pedih mata
  • Bersin dan batuk-batuk
  • Sakit kerongkong
  • Sakit kepala

perokok pasif mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengidap pelbagai jenis penyakit
  • Penyakit jantung - 30%
  • Kanser - 25%

berbanding dengan orang yang langsung tidak terdedah dengan asap rokok.

Jika kita tengok begitu banyak bahaya yang dibawa oleh asap rokok ini, jadi kepada perokok tolong-tolong lah respect dengan orang sekeliling. Aku tak salahkan mereka kalau nak merokok tapi kalau boleh pergilah jauh-jauh daripada orang yang tak merokok lebih-lebih lagi kalau ada kanak-kanak dan juga wanita yang mengandung.

Kepada kerajaan tolonglah wartakan kedai-kedai makan ditempat terbuka juga sebagai zon larangan merokok, naikkan denda dan juga paling penting adalah penguatkuasaan...sebab aku rasa 3 perkara ini masih kurang.

 Tanpa asap rokok, tiadalah perokok....hehehe

P/S: Pandangan anda pula bagaimana? Sila berikan komen.....


Guru dibelasah pelajar

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Seorang guru lelaki yang mengajar disebuah sekolah menengah di Setiu, Kuala Terengganu telah mengalami kecederaan dikepala akibat dipukul dengan cota oleh seorang pelajar tingkatan lima yang tidak berpuashati dengan guru tersebut.

Kejadian berlaku pada kira-kira jam 4 petang apabila pelajar tersebut yang sebelum itu telah ditegur oleh guru telah pulang ke rumah untuk mengambil cota dan membawa bersama abangnya yang berusia 21 tahun dan juga kawan abangnya yang berusia lingkungan 20-an.

Susulan kepada kes tersebut, polis telah menahan pelajar bersama 2 lelaki terbabit untuk siasatan susulan.

Apa kes ini......sampai sanggup memukul cikgu dengan cota....hai budak-budak sekarang ini macam-macam sampai dah macam gengster pulak. Sebab itulah aku rasa Kementerian Pelajaran tidak lagi membenarkan pelajar-pelajar di rotan di atas kesalahan...cuma gantung sekolah saja...mungkin sebab untuk melindungi cikgu-cikgu sekarang ini daripada di saman oleh ibu bapa atau dipukul barangkali...entahlah.

Aku rasa kes ini bukan kali ini saja berlaku tapi ada banyak kes yang melibatkan cikgu-cikgu dipukul atau ditampar oleh para pelajar. Ada pelajar perempuan yang terlibat samapun ada...yang memukul cikgu ini. Kalau tak silap aku ada dalam youtube.....

So, apa nak jadi agaknya dengan generasi muda kita ini, itu tak termasuk lagi dengan kes-kes sosial yang lain....

(nak tahu lebih lanjut klik sini)


























 sumber :comicstriper

kalau jadi macam ini susah jugak...............

Awas pesalah trafik anda diperhatikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Mengikut statistik, purata kematian akibat kemalangan jalan raya setahun mencecah sehingga 6,000 kematian setahun yang kebanyakannya berpunca pemanduan berbahaya dan tidak menghiraukan peraturan. Fuh...banyak tu beb...itu tak kira lagi kerugian yang ditanggung oleh negara akibat kehilangan sumber kerja, tanggungan insurans dan sebagainya.(dianggarkan kerajaan menanggung RM9 billion setahun)
fauzichik.blogspot.com
Kalau kita baca surat khabar ke, dengar berita di radio atau tengok berita kat tv memang akan ada berita-berita pasal kemalangan kecil dan ada yang sehingga membawa maut.

Pelbagai kempen keselamatan jalan raya telah dilancarkan oleh kerajaan saban tahun tetapi ianya tidak berkesan umpama mencurah air didaun keladi kerana sikap pemandu sendiri yang mementingkan diri.

Yang terkenal adalah Ops Pacak la....kalau dimusim perayaan adalah kita nampak anggota polis yang terpacak ditepi -tepi jalan raya bagi mendidik para pemandu supaya lebih berhati hati memandu dan mengikut peraturan tapi kemalangan maut ada juga berlaku. Ada yang kata memang dah takdir untuk terlibat dengan kemalangan tapi kita jangan menyalahkan takdir sebab kita seharusnya berikhtiar agar dapat mengelak daripada terlibat dengan kemalangan.

Sikap dan kecuaian pemandu atau penunggang yang menjadikan jalan raya sebagai litar lumba dengan memandu melebihi had laju yang dibenarkan menjadi antara penyumbang utama kepada kemalangan di negara ini sebenarnya.

Oleh disebabkan itu pihak kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan sistem penguatkuasaan automatik (AES) bagi mengesan para pemandu tegar yang melanggar peraturan jalan raya. Dikhabarkan sistem ini akan dilaksanakan sepenuhnya diseluruh negara menjelang akhir tahun ini. Buat permulaan sistem AES ini akan dipasang di 10 lokasi yang terpilih disekitar Lembah Klang dan saman pertama yang dijangkan akan dikeluarkan pada September 2012 ini.

Sistem AES yang bernilai RM800 juta ini ditanggung sepenuhnya oleh kontraktor yang berjaya membida projek tersebut (aku tak mahu membicarakan tentang 2 syarikat yang mendapat projek ini yang dikatakan ada usul politik...tapi aku dikhabarkan yang syarikat ini diberi kontrak selama 5 tahun dan sekiranya pihak kerajaan tidak berpuashati maka kontraknya boleh ditamatkan selepas 5 tahun)...tapi bagi aku kalau kerajaan menanggung sepenuhnya kos ini pun tak ada masalah sebab kalau ikut kerugian yang ditanggung oleh kerajaan disebabkan oleh kemalangan dan kehilangan nyawa melebihi kos tersebut. Anggaplah ini sebagai pelaburan sebab ianya akan membawa pulangan juga kepada kerajaan dari segi kutipan saman.

Pelaksanaan sistem AES ini telah dikenal pasti akan dipasang di 831 lokasi berisiko kemalangan yang beroperasi 24jam sehari tanpa pengawasan manusia dan gangguan cuaca bagi mengesan mereka yang melakukan dua kesalahan serius buat masa ini iaitu melanggar lampu isyarat dan memandu melebihi had laju. Sebelum dikembangkan ke kesalahan trafik yang lain seperti memotong barisan, menggunakan laluan kecemasan, memotong dari lorong kiri, muatan berlebihan dan sebagainya.

Jadi bagi pengguna jalan raya berwaspadalah, tingkah laku anda diperhatikan.

*maklumat Harian Metro



Isnin, 18 Jun 2012

Tribunal Tuntutan Pengguna : Kena tipu beli rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aku amat hairan la dengan sesetengah orang kita (bukan semua orang yea) yang dah tahu kena tipu tapi tak mahu mengambil tindakan...pastu bising tak kena tempat. Sebenarnya aku bengang dengan saudara aku ini sebab dia tahu yang dia dah kena tipu dengan satu pemaju perumahan..............

Al-kisahnya adalah macam ini........

Saudara aku ini ada membeli sebuah rumah di sebuah negeri di Pantai Timur dengan harga RM211,800...kira besar ler jugak rumah tu dan pemaju pun kiranya ada nama lah kat Malaysia ini. Kalu aku sebut nama dia mungkin ada yang tahu........

Kisahnya lagi, rumah tersebut telah disiapkan 2 bulan lewat daripada tarikh Perjanjian Jual Beli (SPA) dan baru  2minggu lepas aje baru dapat kunci... Dia bagitahu aku berkenaan dengan ada satu klausa dalam Perjanjian Jual Beli iaitu jika pihak pemaju telah lambat menyiapkan rumah daripada tarikh perjanjian bermakna pihak pemaju kena bayar kepada pembeli dalam jumlah 10% setahun mengikut harga rumah (panggil LAD).... bermakna dia akan dapat RM21,180 + dengan RM 2 bulan lewat.....bestnya banyak dapat duit tu....Saudara aku ini pun dah berkira-kira lah nak buat kabinet dapur, nak pasang aircond dengan duit tersebut....

2 hari lepas dia ada tepon aku bagitau berkenaan dengan duit tersebut dia tak dapat pun sebanyak yang dia jangka hanya dapat RM10,000 aje. Bila aku tanya kenapa....dia kata pemaju dah potong duit tersebut sebab ada kelewatan yang dia kena bayar......ehhh betul ker ni.....bila aku fikir balik apa benda yang kena bayar sampai RM11,000 lebih ni.... jangan-jangan sedara aku ini dah kena tipu dengan pemaju...

Jadi aku nasihatkan lah dia supaya dapatkan secara hitam putih berkenaan dengan bayaran yang perlu dibuat jangan setuju ajer....tapi dia kata, dia dah setuju untuk pemotongan tersebut dan dah dapatpun cek RM10,000......terus terdiam aku.

Ceh kalu dah setuju kenapalah bising-bising cakap tak puas hati ni.....aku cakaplah kat sedara aku ini kalu dah setuju susahlah nak bawa ke Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah...tapi aku suruhlah jugak dia supaya check di Pejabat Tribunal kot-kot boleh difailkan ker.....tapi apa yang dia cakap sungguh mengejutkan aku...sebab dia kata dia tak mahu susah-susah buat laporan ke Tribunal, kena ambil cuti, kena hadir untuk perbicaraan dan seribu alasan lagi lah dia bagitahu..........alamak..pening kepala aku dengan saudara aku ini....nak cakap b....h belajar tinggi, kerja pun ada jawatan..tapi kenapalah mentaliti macam ini masih ada.........

RM11,000 itu bukan sedikit beb....kalu orang macam aku ini nak dapatkan angka macam tu kena kerja 3-4 tahun baru boleh simpan duit macam tu......dia boleh lepaskan macam itu ajer...

Aku rasa kalu dia failkan kes di Mahkamah Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah sah-sah dia menang sebab klausa itu memang ada dalam Perjanjian Jual Beli dan mungkin pemotongan itu hanya diada-adakan aje oleh pemaju sebab dia tak mahu bayar mengikut Perjanjian. Bayangkanlah jika ada 10 orang pembeli yang macam saudara aku ini... betapa banyak pemaju untung...fikir-fikirkan lah bersama.

P/S:  Anda ada pandangan ...sila komen disini...komen anda amat dialu-alukan.


Ahad, 10 Jun 2012

Kerana emak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Rasanya dah hampir sebulan aku simpan artikel ni kat dalam blog aku..tapi nak buat camner...sibuk sangat sampai tak ada masa nak siapkan.

Hari ini aku bertekad untuk menyiapkan beberapa artikel yang belum siap, insya Allah. Sampai isteri aku ajak kuar pergi beli barang dapurpun aku malas nak pergi sebab semangat aku tengah berkobar-kobar nak update blog .... (Sorry yea sayang.....hehehe. (Nasib baik isteri aku faham...))

Sepertimana yang aku kata sebulan, bermakna sebulan yang lepas lah aku ada balik kampung aku di Kemaman. Saja balik untuk menziarahi emak aku kat kampung sebab aku dah rindu giler dengan mak...

Biasalah emak, kalu anak dia balik mesti dia masak sedap-sedap untuk anak dia..betul tak? Aku dah bagitau kat emak aku siang-siang lagi supaya tak payah masak sedap-sedap sebab aku tengah berdiet. Sebenarnya aku dan isteri aku memang risau sebab setiap kali kita orang balik kampung aku berat badan kita orang memang naik punya 2-3 kilo. 

Tapi emak aku tetap emak aku... dia bantainya masak bermacam-macam jenis makanan...alahai emak...kan anakmu ini tengah berdiet. (Tengok gambar kat bawah..macam-macam ada)

Antara makanan yang dimasak oleh emak aku.
Bila tengok aje makanan ini alamak bestnya sebab ini semua kegemaran aku apatah lagi kalu emak aku yang masak...mesti sedap punya (Aku akui memang emak aku pandai masak, bukan aku aje tau yang puji tapi banyak orang yang makan masakan mak aku ni yang cakap memang sedap)

Korang tau, pada hari tu abis semua diet aku selama ini. Kira makan banyak tul hari tu....termasuklah isteri aku....hehehe.. tapi bukan hari tu aje tau mak aku masak sedap kalu kita orang balik kampung 3 hari, 3 hari lah makan sedap....dan maknanya 3 hari lah tidak berdiet.

Nasi dagang
Kuah nasi minyak.
Kuah nasi dagang ikan tongkol (ikan aye)
Balik aje KL bila masing-masing timbang berat badan semuanya naik...hehehe. Inilah bahananya bila kita orang balik kampung...tapi nak buat macamana, kalu tak makankan takut kecil hati...tak apalah mak, kerana emak tak apa......apa saja untuk emak aku..hehehe.










Resipi Lasagna Daging Trio Garfield


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada minggu lepas isteri aku telah membuat masakan Itali yang terkenal ini. Bila aku tanya kenapa nama dia trio garfield.... jawab isteri aku sebab dia masak untuk 3 orang garfield kat rumah (termasuk aku)....hehehe. Best giler lasagna ini... sama rasanya macam kat restoran Itali yang pernah aku makan.... kalu tak percaya boleh cuba buat .

Rupanya tak lah berapa cantik tapi rasanya hui..sedap







Bahan-bahan untuk inti
1 peket daging kisar (untuk 4 orang garfield)
3 labu bawang besar (bawang Holland)
1 tin sos prego
1 peket keju mozarella
1 tin cendawan butang
2 biji tomato
5 sudu besar butter
3 sudu besar sos tiram
8 sudu besar sos cili (ikut suka kalu nak pedas tambah lagi)
gula, garam dan perasa (letak ikut suka hati)

Bahan-bahan untuk topping
10 sudu besar tepung gandum
1 biji telur ayam
1/2 kotak susu segar
2 cawan air
secubit garam


Cara-cara nak memasak inti :
1. Mula-mula panaskan kuali,
2. Selepas kuali panas masukkan butter
3. Kemudian tumiskan bawang,
4. Apabila bawang tersebut telah kekuningan, masukkan daging cincang dan tunggu sehingga masak.
5. Langkah seterusnya, masukkan sos prego, sos tiram, sos cili, cendawan dan tomato dan biarkan sehingga kering.

Cara-cara untuk membuat topping

1. Bancuh tepung dengan air, susu dan sedikit garam Pastikan bancuhan tersebut tidak terlalu pekat mahupun cair.
2. Kemudian goreng didalam kuali seperti untuk membuat lempeng. Buat topping ini beberapa keping mengikut kehendak sendiri.


Cara-cara untuk membuat lasagna trio garfield ini adalah seperti berikut:

1. Letakkan topping yang telak dimasak ke dalam loyang / bekas,
2. Kemudian letakkan inti yang telah dimasak tadi di atas topping tadi,
3. Seterusnya letakkan keju mozarella  di atas inti.
4. Langkah seterusnya diulang mengikut berapa lapis yang hendak dibuat.

Seterusnya masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 200 darjah celsius dan masak dalam tempoh 10 minit. Ini bagi memastikan keju mozarella tadi cair di dalam lasagna. Setelah itu boleh dihidangkan. Selamat mencuba


*kredit untuk isteri aku.......






Jumaat, 8 Jun 2012

Selamat berjuang Harimau Malaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada malam ini satu perlawanan persahabatan antarabangsa antara pasukan bolasepak kita menentang pasukan Singapura akan diadakan di Stadium Jalan Besar, Singapura pada pukul 7:45 malam. Perlawanan ini adalah perlawanan persahabatan bertaraf A yang ketiga buat pasukan negara dan juga perlawanan yang pertama selepas kita disingkirkan oleh Singapura dalam perlawanan kelayakan piala dunia yang lalu.

Selepas kita hanya dimalukan dengan seri 0-0 ketika perlawanan menentang Filipina ditempat sendiri pada minggu lepas, ini adalah peluang terbaik untuk pemain kita membuktikan yang mereka masih lagi lapar untuk mengejar kejayaan. Bagi aku yang menonton perlawanan tersebut di Stadium Shah Alam tempohari merasakan pada malam tersebut kita memang tiada nasib untuk menang, dengan berderet peluang untuk menjaringkan gol tetapi dengan ketangkasan penjaga golnya dan ketumpulan barisan penyerang kita peluang tersebut dinafikan.

Disebalik rangking pasukan  yang sekejap naik dan sekejap turun, Datuk K Rajagobal perlu membuktikan bahawa kedudukan rangking tidak membuktikan apa-apa adalah betul. Kata Datuk, rangking kita jatuh kerana kita tiada perlawanan bertaraf antarabangsa dan pasukan kita masih kuat. Jadi buktikan bahawa kita dapat mengalahkan Singapura malam ini.

Senarai terbaru yang dikeluarkan oleh Fifa, skuad harimau malaya jatuh satu anak tangga ke kedudukan 154 pada tahun ini. Walaupun ianya bukan yang terburuk pada tahun ini selepas berada dikedudukan ke 156 pada April lalu. Dikalangan negara Asia Tenggara, Malaysia yang juga juara bertahan Piala AFF kekal ditempat kelima di belakang Vietnam (98), Thailand (136), Filipina (149) dan Indonesia (151). 

Ayuh Harimau Malaya, buktikan bahawa anda masih lagi mempunyai taring yang tajam bagi membenam lawan malam ini dan malukan Singa ditempat mereka sendiri. Semangat berjuang dan banggakan Tanah Tumpah Darahmu....

Rabu, 6 Jun 2012

Kesesakan jalanraya (Trafik jem)


Assalamualaikum dan salam sejahtera

“Benci betullah asyik ‘trafik jem’ saja” itulah ayat yang biasa kita dengar sewaktu pagi dan petang. Kepada yang duduk di bandar-bandar besar mungkin sudah lali dengan ayat ini. 

Sebenarnya kesesakan jalanraya ini bukan saja berlaku dibandar-bandar besar di bandar kecil juga berlaku misalnya di kampung aku di Kemaman juga mengalami masalah yang sama.
Apa yang menyebabkan berlakunya kesesakan jalanraya? Sebagai seorang yang bekerja dan yang sentiasa menggunakan jalanraya maka aku akan senaraikan faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada kesesakan jalanraya ini. 

Selain daripada kereta yang banyak yang berada dijalanraya pada satu-satu masa (ya lah kan  kalau kereta tak banyak macamana pulak berlakunya kesesakan jalanraya) dari pemerhatian aku kesesakan jalanraya berlaku kerana :- 
1. Kesesakan disebabkan oleh kemalangan
Pada kebiasaannya kemalangan adalah penyumbang utama kepada kesesakan jalanraya sebab itu aku letak faktor ini paling atas. Biasanya kalau berlakunya kemalangan ‘dia punya jem’ lain sikit iaitu hampir tak bergerak. Kalau berlaku dilebuhraya bermakna ketiga-tiga lorong tak bergerak...tapi yang aku pelik pulak walaupun kemalangan itu hanya sedikit dan ‘just’ langgar ‘bumper’ aje  dan walaupun telah dialihkan ke lorong kecemasanpun kesesakan pasti berlaku...ramai betul pemandu yang ingin jadi penonton agaknya. 

Lagi satu yang aku pelik ialah walaupun kemalangan berlaku dilorong sebelah tapi jalan yang tak ada kena mengena dengan kawasan kemalangan pun kesesakan juga berlaku...entahlah...jadi aku harapkan bila berlaku kemalangan dan tak terlibat dengan kemalangan tersebut..janganlah pulak memperlahankan kenderaan untuk menonton kejadian lainlah kalau kita orang pertama yang melihat kemalangan dan tidak ada sesiapa yang menolong maka kita wajib berhenti untuk menolong kerana dalam islam, ini termasuk dalam fardhu kifayah.
2. Kesesakan di Plaza Tol
Faktor yang kedua ini 'istimewa' sikit sebab ianya berlaku kepada pemandu-pemandu yang menggunakan lebuhraya saja...yang tak menggunakan lebuhraya tak akan mengalami kesesakan ini. Pada kebiasaannya kesesakan berlaku berhampiran dengan plaza-plaza tol kerana disitu tempat setiap kenderaan 'beratur' untuk membayar tol dan juga mengambil slip tol. 

Pada pemerhatian aku kesesakan ini adalah disebabkan kaunter tol yang sedikit berbanding dengan jumlah kenderaan yang melalui laluan tersebut lebih-lebih lagi kepada pemandu yang menggunakan kaunter tunai yang kebanyakannya hanya ada tiga(3) sahaja disesuatu plaza tol dan ini menyebabkan banyak kenderaan perlu beratur panjang.

Sebenarnya kebanyakan yang mengalami kesesakan ini adalah pemandu-pemandu yang menggunakan kaunter tunai jadi aku amat-amat hairan kenapalah mereka tidak mendapatkan kad 'sentuh dan jalan' (touch n go) atau 'kad pintar' (smart tag) bagi memudahkan perjalanan mereka. Sanggup mereka beratur panjang semata-mata tidak mahu membeli kad elektronik ini...hairan-hairan.

3. Kesesakan di lampu trafik (trafic light)

Kebiasaannya kesesakan berlaku adalah disebabkan lampu trafik yang bertukar warna dari hijau ke merah terlalu cepat. Kadang-kadang baru lepas 3 buah kereta dah bertukar warna ke merah kalau ada yang tengah mengelamun lagilah....buatkan jem bertambah teruk. 

Lampu trafik yang banyak juga disesuatu kawasan juga menyumbang kepada kesesakan. Bayangkanlah jika disepanjang jalan yang jaraknya tak sampaipun 2km tapi lampu trafik ada 3 pasti ianya menambahkan jem. 

Akupun hairanlah kepada orang yang setting lampu ini...kenapalah tak buat bila lampu trafik yang pertama bertukar hijau maka lampu trafik dipersimpangan yang kedua dan ketigapun bertukarlah sekali ke warna hijau barulah perjalanan jadi lancar dan ini dapat mengurangkan kesesakan...tolonglah jurutera di JKR tengok sikit perkara macam ini.......

4. Kesesakan disusur masuk dan keluar jalanraya atau lebuh raya

Faktor yang ke4 ini kebanyakannya berlaku di lebuhraya persekutuan, MRR2 dan sebagainya. Aku amat-amat hairan bagaimanalah mereka yang design jalan ini. Maksud aku bila dah buat jalan susur keluar janganlah pulak didepan tu ada dua hingga tiga simpang lain lagi.. sebab kalau jalan susur keluar ini mula sesak maka ianya akan membawa kesesakan tersebut ke jalan utama. Ini yang biasanya berlaku di jalan yang aku nyatakan di atas. contoh yang paling dekat kepada sesiapa yang lalu jalan MRR2 ini ialah di depan Pandan Indah..susur masuk dan keluar inilah yang menyebabkan kesesakan di MRR2 di kedua-dua arah... lagi aku hairan dengan mereka ini yang mereka bentuk jalan..cubalah kaji dulu aliran trafik sebelum satu-satu keputusan di ambil.... 

Aku rasa disepanjang pemerhatian aku,  terlalu banyak faktor yang menyumbang kesesakan tapi aku rasa inilah faktor-faktor yang menjadi penyumbang terbesar kenapa kesesakan berlaku. Kadang-kadang rimas betul bila berlakunya kesesakan ini, kalau ada jalan lain yang boleh aku elak pasti aku elak walaupun jauh...janji aku tak terjebak dengan kesesakan jalanraya ini. Kalau sistem pengangkutan awam  negara kita sempurna pasti aku dah guna tapi masalahnya hampeh juga..kalau komuter janganlah, langsung tak tepati waktu...mungkin sangkut jem juga kut..hahaha.

P/S: Ada pandangan ...sila beri komen anda

Catatan seorang photographer amatur

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Buat pengetahuan semua, saya bukanlah seorang profesional dalam bidang photography ini cuma seorang yang amat-amat amatur. Dengan berbekalkan kamera Superzoom Canon Powershot SX40 HS berikut adalah gambar-gambar yang diambil dari lensa kamera saya untuk dikongsi buat semua.

Daun betik yang menghijau.

ISO           :  -100
Aperture   :  f/4
Speed       :  1/30sec
 Daun betik yang diambil dengan menggunakan setting untuk mengambil daun.

ISO          :  -100
Aperture  :  f/4
Speed      :  1/80sec


Pokok perhiasan yang diambil sewaktu panas terik.

ISO          : -125
Aperture  :  f/4
Speed      :  1/125sec



Pokok perhiasan yang ditanam ditepi bangunan yang diambil sewaktu panas terik

ISO         :  -125
Aperture :  f/4.5
Speed     :  1/160sec


Pokok bunga ini diambil ketika berada Bukit Frasier.

ISO          : -100
Aperture  : f/5
Speed      : 1/250sec

Pokok yang sama yang diambil

ISO          :  -100
Aperture  :  f/4.5
Speed      :  1/250sec




Seperi yang dikatakan gambar-gambar ini menunjukkan betapa amaturnya saya dalam bidang photography ini. Jika ada yang ingin berkongsi ilmu dengan saya berkenaan dengan photography ini saya amat-amat menghargainya. Sila komen gambar-gambar ini.

Polis dilibas Mat Rempit kritikal



Koperal Mustaghni Tabri yang telah dilibas dengan topi keledar oleh seorang Mat Rempit dibelakang kepalanya dilaporkan sangat kritikal dan memerlukan bantuan mesin hayat. Kejadian ini berlaku ketika beliau sedang melakukan operasi cegah lumba haram di Lorong Bunga Raya berhampian Kampung Raja Uda kira-kira jam 0145 pagi.

Aku amat bersimpati dengan kejadian yang berlaku dan mengharapkan pihak polis berjaya mengesan dan menangkap siapa pelakunya dan kepada keluarga Koperal aku mengharapkan agar mereka bersabar dengan dugaan daripada Allah ini.

Koperal Mustaghni adalah seorang anggota polis yang hanya menjalankan tugasnya untuk negara dan ketika beliau memenuhi tugasnya beliau telah ditimpa kecelakaan. Aku harap kepada sesiapa yang selama ini memperjuangkan keadilan, bersuaralah... jika seorang anggota polis bertindak ganas dengan menendang dan memukul Mat Rempit kamu perjuangkan maka nasib anggota polis ini juga perlu kamu perjuangka dan janganlah 'double standard'

Tapi aku percaya nasib anggota polis ini akan dilupakan dengan pantasnya jika dibandingkan sekiranya yang kena libas itu adalah Mat Rempit. Akan bergemalah dengan pekikak-pekikan mereka yang memperjuangkan si Mat Rempit itu dengan mengatakan polis telah bertindak ganas.

Bagi aku Koperal Mustaghni Tabri adalah wira dan kita juga seharusnya bersimpati dengan keluarga beliau atas apa yang berlaku, jika kita boleh bersimpati dengan Mat Rempit yang ditendang motornya maka anggota polis ini lebih-lebih lah lagi kerana dialah wira. Tanpa polis yang menjaga keamanan dan keselamatan kita selama ini, kita tak akan merasa selamat.

Ya Allah sembuhkan lah hambaMu Koperal Mustaghni ini.









Selasa, 5 Jun 2012

Pengguna dan tanggungjawab


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sebagai pengguna di Malaysia kita sebenarnya mempunyai hak kita yang sah dibawah Akta Pelindungan Pengguna. 

Apakah maksud pengguna? Pengguna bermaksud orang yang menggunakan perkhidmatan, barang dan alam sekitar untuk memenuhi keperluan dan kehendak dalam kehidupan. 

Tahukah kita apakah hak dan tanggungjawab kita sebagai pengguna? 

Hak dan tanggungjawab kita sebagai pengguna adalah seperti berikut: 

i)             Hak untuk mendapatkan keperluan asas

Kita sebagai pengguna berhak untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan. Keperluan asas termasuk makanan yang mencukupi, tempat tinggal yang selamat, pakaian, kemudahan kesihatan, kemudahan pendidikan dan sebagainya.

ii)            Hak untuk mendapatkan keselamatan

Kita sebagai pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri kita.

iii)           Hak untuk mendapatkan maklumat

Kita sebagai pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkan bagi membuat keputusan yang bijak. Kita juga perlu dilindungi daripada dakyah dan pembohongan pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.

iv)           Hak untuk membuat pilihan

Kita sebagai pengguna perlu memastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Kita perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutudan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.

v)            Hak untuk bersuara

Kita sebagai pengguna perlu memastikan mendapat pembelaan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada sudut pengadilan.

vi)           Hak untuk mendapatkan ganti rugi

Kita sebagai pengguna berhak mendapat penyelesaianuntuk pembeliankeluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang mengelirukan serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian. Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan. 

vii)          Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna

Kita sebagai pengguna berhak untuk mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidkan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung untuk melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.

viii)         Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat

Sebagai seorang pengguna, kita berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini perlu diperjuangkan oleh kita kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.

Tanggungjawab kita sebagai pengguna

i)             Kesedaran untuk mengkritik

Kita mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika terdapat sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna.

ii)            Tanggungjawab sosial

Kita mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran terhadap masyarakat supaya tindak-tanduk yang diambil tidak menimbulkan kesulitan yang lebih besar.

iii)           Penglibatan dan tindakan

Kita mesti terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak-hak kita sebagai pengguna diayani dengan adil.

iv)           Tanggungjawab terhadap alam sekitar

Kita seharusnya bertanggungjawab terhadap alam sekitar agar ia dapat dipelihara untuk generasi kita yang akan datang

v)            Bersatu padu

Kita mesti bersatu dan bekerjasama dalam tindakan agar kepentingan kita tidak dapat digugat dengan begitu mudah.

*sumber daripada keselamatan pengguna

Sebenarnya hak-hak kita sebagai pengguna telah terlindung dibawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Jika terdapat sebarang aduan  mengenai hak anda sebagai pengguna sila hubungi:-
SELANGOR
Ketua Seksyen,
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan,
Tingkat 17, Menara MRCB,
Jln Majlis Seksyen 14,
40622 Shah Alam,
SELANGOR.
TEL:  03-5511 8271 / 5511 4929    
FAKS: 03-5511 6981
KS : SHARIFAH AINI BINTI ABDULLAH 

bagi pengguna di negeri Selangor. Jika pengguna dari negeri lain sila layari laman web kpdnkk





Kisah seorang sahabat: Ujian Allah paling hebat

Ini adalah artikel yang ketiga berkenaan dengan kisah seorang sahabat yang sedang diuji oleh Allah dengan ujian yang maha hebat. Artikel ini...