Ahad, 19 Januari 2014

8 cara layan isteri di bilik tidur

Amaran!!! Artikel ini hanya untuk orang yang dah berkahwin aje.

dari, sudut, pandang, pasangan, suami, isteri, cara layan isteri, di bilik tidurSeorang suami harus melakukan 8 cara ini bagi mengeratkan lagi hubungan anda dengan isteri. Cara ini perlu dilakukan sebelum tidur dan kalau boleh lakukan setiap malam. Berikut adalah cara-cara tersebut:

1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana-mana bahagian yang biasa dicium.  

2. Lafazkan ucapan "Abang cintakan Ayang" atau apa saja yang anda nak ucap.

3. Renung wajahnya, Berikan renungan seolah itu kali terakhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.

4. Nyanyikan lagu untuknya, kalau lagu tersebut anda cipta sendiri lagi bagus.

5. Ulang cerita tentang anda sebelum kahwin, ingati masa anda bekenalan dengan dia...tapi jangan cerita semua, satu malam satu cerita ...jer. Oppss...jangan ungkit cerita tentang anda bergaduh yea.

6. Berterima kasihlah kepada isteri, tentang apa yang dia lakukan untuk anda dan anak-anak.

7. Berceritalah juga tentang cerita-cerita tauladan misalnya cerita isteri-isteri Rasulullah saw dan sebagainya.

 8. Tidurlah dalam keadaan berpelukan . Biarlah dia berbantalkan lengan, dada atau bahu anda.

Lakukan perkara-perkara ini sebelum tidur, Insya Allah isteri anda akan makin sayang dan kasih kepada anda. Jika dia makin sayang makanya layanan dia kepada anda makin tip- top......

Sebenarnya masih banyak yang boleh dilakukan oleh anda sebelum tidur dan tidak semestinya hanya melakukan hubungan intim......

Kepada suami yang membaca artikel ini, Selamat mempraktikkan........





Ya Allah, mengapa doaku tidak dikabulkan

Seringkali kita tertanya-tanya mengapa doa kita tidak dikabulkan oleh Allah..hingga kadang-kadang kita merasa malas lagi untuk meminta kerana pasti tidak diperkenankan olehNya.


Tunggu dulu, kalu berfikiran macam tu.....tolong baca sampai habis yea....mengapa Ya Allah, doaku Engkau masih tidak perkenankan.

Firman Allah dalam surah Yunus, ayat 106 yang bermaksud; "Dan janganlah kamu berdoa kepada selain Allah, iaitu kepada sesuatu yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepada engkau dan tidak kuasa pula mendatangkan mudarat kepada engkau"

Doa bererti permohonan seorang hamba kepada Tuhannya. Allah menyuruh setiap orang berdoa dan meminta kepadaNya. Allah memberi janji bahawa Dia akan memperkenankan setiap doa.

Sama ada makbul atau tidak, cepat atau lambat, diberi didunia atau akhirat, tak siapa yang tahu tentangnya. Doa yang makbul bergantung kepada setakat mana akrabnya seseorang itu kepada Allah. Semakin akrab seseorang kepada Allah, maka makin mudahlah doa hamba berkenaan diperkenankan.

Ibnu Athailah as-Sakandari mengingatkan kepada kita agar terus berdoa kerana nafsu seringkali muncul ketika Allah menunda permintaan atau mengkabulkan doa kita.

Sikap berputus asa dan merasakan bahawa doa kita tidak akan dikabulkan, akan menjauhkan lagi kita dengan Allah.

Kita seharusnya jangan merasa berputus asa daripada berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah disebabkan lambat masa doa tersebut diperkenankan.

Juga jangan kita menghendik dan melontarkan kata-kata marah kerana Allah telah berjanji akan memperkenankan doa kita.

Sepertimana firman Allah dalam surah al-Mu'min, ayat 60 yang bermaksud, "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina".

Bersangka baik terhadap Allah adalah diantara syarat kepada kejayaan dalam berdoa. Memang kekecewaan akan terbuku di hati kita jika apa yang kita pohon belum lagi menjelma sedangkan masa terus beredar. Barangkali firman Allah ini dapat meredakan keresahan kita.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 186 yang menbawa maksud, "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahulah kepada mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul".

Allah tidak akan menghampakan permohonan dan permintaan kita lebih-lebih lagi bagi orang yang beriman dan beramal soleh kerana Allah sangat dekat kepada setiap hamba-hambaNya.

Ada kalanya doa yang kita minta diberi ketika di dunia sementara yang lainnya tidak. Jika yang dimohon sesuai dengan kehendakNya, maka akan diberikan segera, tetapi jika permohonan kita tidak seiring dengan kehendakNya maka sebagai ganti, Dia akan memberikan sesuai dengan kehendakNya sebagai pilihan yang tepat.

Dalam sebuah hadis Rasulullah saw, yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Al-Hakim. Rasulullah saw bersabda yang membawa maksud, "Tidak seorang pun pendoa, melainkan ia berada di antara salah satu dari tiga kelompok ini: Kadangkala ia dipercepat sesuai dengan permintaannya, atau ditunda (permintaannya) demi pahalanya, atau dihindarkan daripada keburukan yang menimpanya"

Oleh itu, jangan kita sesekali berputus asa dalam berdoa kepadaNya......


Rabu, 15 Januari 2014

Tahniah, kini restoran mamak pula naik harga

Tahniah dan syabas buat Restoran-Restoran Mamak kerana telah mengikuti trend semasa yang menaikkan harga barang dan makanan. Kalau kekal dengan harga lama mana nak untung...kan mamak kan....


Dikhabarkan kenaikan harga di kedai-kedai mamak ini antara 20 sen hingga 25 sen. Jadi korang jangan terkejut lah bila makan roti canai kosong dengan segelas teh tarik harganya RM3.10.

Kenaikan ini adalah sebanyak 15 %. Jadi kalau makan nasi campur, mi goreng mamak dan maggi goreng ayam, kenaikannya adalah sebanyak 75 sen hingga RM1.50.

Sebenarnya ini adalah cadangan harga bagi Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), yang akan berkuatkuasa pada bulan Mac 2014 nanti.

Darisudutpandang: Nampaknya selepas ni kita makan sayur kangkung jer lah....sebab kangkung dah turun harga...

Dirogol dan dikurung rakan FB

Dah banyak sangat kes-kes yang seperti ini dilaporkan baik didalam akhbar, di Facebook (FB), diblog-blog dan sebagainya. Namun masih ada lagi perempuan yang masih terjerat dengan rakan FB ini. Bukan nak kata semua rakan FB yang seperti ini namun sebagai wanita atau perempuan atau anak-anak gadis perlu berhati-hati dengan rakan yang hanya dikenali di Facebook.

dari, sudut, pandang, dirogol, dikurung, rakan FB, Facebook, wanita, lelaki
Cerita apa lagi ni? Ceritanya macam ni.....

Seorang jururawat berusia 25 tahun terpaksa mengambil masa 4 hari untuk mencari jalan untuk meloloskan diri daripada tawanan seorang lelaki yang berusia lewat 40an yang juga kenalannya di Facebook.

Mangsa yang dikurung sejak Sabtu lalu dan tidak mempunyai akses untuk menghubungi orang luar kerana telefon bimbitnya dirampas oleh lelaki itu, berjaya melarikan diri kira-kira jam 4 pagi semalam selepas menemui kunci pendua rumah tersebut.

Dalam keadaan keletihan, mangsa juga dilapor terpaksa berjalan hampir 200 meter sebelum dibantu orang awam yang menghantarnya ke Balai Polis Subang Jaya bagi membuat laporan mengenai kejadian itu.

Sepanjang dikurung selama 4 hari itu, mangsa telah dirogol beberapa kali dan gambar bogelnya juga turut dirakam.

Difahamkan lelaki itu yang hanya bekerja sebagaipemandu di sebuah syarikat swasta juga dipercayai sudah memperdaya sekurang-kurangnya 3 wanita muda melalui Facebook sejak 6 bulan lalu.

Menceritakan kejadian tersebut, mangsa dilaporkan telah mengenali mangsa sejak Oktober lalu.

"Suspek telah menggunakan kepakarannya iaitu kata-kata yang manis dan pelbagai janji menyebabkan mangsa terpikat untuk berkenalan sebelum bertemunya.

"Selepas beberapa kali berjumpa, mangsa dijerat suspek untuk dibawa kerumahnya sebelum dikurung dan dirogol," katanya.

Darisudutpandang: Modus operandi: memikat wanita di dalam FB dan apabila berjaya, wanita tersebut diajak keluar dan dibawa kerumah untuk dirogol...nampak senang jer modus operandi dia ni. Senang sebab wanita bila di ayak dengan kata-kata yang manis...cair lah dia. Pahtu boleh lah buat apa saja...atas nama Cinta.

Apa kata anda??





Isnin, 13 Januari 2014

Guru dimaki kerana bertudung

Dulu kes-kes berkenaan anutan agama seseorang tidaklah menjadi isu sensasi kerana sebagai negara yang mempunyai berbilang bangsa dan agama, sikap toleransi amat menebal, tetapi kini sikap toleransi itu seakan-akan hilang. Hinggakan seorang Timbalan Menteri pun pernah memainkan isu agama ini apabila mempersoalkan amalan korban disekolah.


Kini kes ini berlaku pula kepada seorang cikgu perempuan mualaf yang mengajar di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina apabila diugut supaya membuka tudung. Difahamkan seorang ahli jemaah pengurusan sekolah tersebut terbabit dengan insiden ini.

Berikutan ugutan itu, guru berusia 25 tahun itu membuat satu laporan polis pada 8 Januari lalu di Balai polis Teluk Sengat. Guru tersebut dikhabarkan telah ditukarkan tempat mengajar serta-merta ke sebuah sekolah kebangsaan di sini.

Darisudutpandang: Aku ingatkan kes-kes seperti ini hanya berlaku di luar negara tapi di Malaysia pun berlaku juga. Inilah akibatnya bila tiada lagi sikap toleransi antara kaum dan agama. Dia orang tak tahu ke, kes seperti ini boleh menyebabkan tercetusnya isu perkauman dan keagamaan.

Dah lama kita hidup bersama dan saling memahami antara satu sama lain dibumi yang diberi nama Malaysia ini. Sepatutnya tiada lagi isu seperti ini yang ditimbulkan kerana kita memahami keperluan dan tuntutan agama masing-masing.


Ahad, 12 Januari 2014

Man Utd kalah: Silap Moyes atau pemain

Selepas pengumuman perletakan jawatan Sir Alex Ferguson sebagai pengurus Manchester United dan pengganti tempat beliau iaitu David William Moyes seakan-akan bergelut untuk mengekalkan kedudukan Manchester United (Man U, United) sebagai pasukan yang terkuat dalam Liga pada musim ini.



Manchester United ditangan Moyes mencatatkan permulaan liga yang amat buruk dalam sejarah dan terbaru mengalami 3 kali kekalahan berturut-turut tetapi mujurlah semalam menang dengan Swansea dengan kemenangan 2-0, lawan yang menyingkirkan Man U dalam perlawanan Piala FA, yang sekaligus menamatkan badi kekalahan yang dialami Man U.

Walaupun begitu statistik 31 perlawanan awal Man U dalam setiap pertandingan menyaksikan rekod Moyes mengatasi Ferguson iaitu menang 18 perlawanan berbanding Ferguson 12.

Statistik ini menyebabkan Moyes masih dianggap taruhan terbaik untuk meneruskan legasi yang ditinggalkan Ferguson yang pada sepanjang kariernya berjaya mengumpul 20 kejuaraan liga tertinggi Inggeris: 13 Liga Perdana, 11 Piala FA. Bagi kejuaraan berprestij Eropah pula memenangi hampir semua pertandingan yang dipertandingkan kecuali Liga Europa UEFA.

Bagaimanapun perlu diingat, ketika Ferguson melangkah ke Old Trafford dari Aberdeen, United berada di ambang penyingkiran ke divisyen 2 dan pengendali dari Scotland itu mengambil masa hampir 4 tahun untuk memenangi trofi pertamanya, Piala FA pada tahun 1990.

Berbanding dengan Moyes, beliau mengambil alih United ketika United baru saja menjuarai trofi liga ke-20 dan mempunyai cukup masa untuk memperkuatkan pasukan menjelang musim baru. Mungkin kata orang mengejar kejuaraan lebih mudah daripada mempertahankan kejuaraan dan ini mungkin menjadi badi bagi
Moyes.

Moyes pada awal musim hanya berjaya membawa masuk bekas pemain daripada kelab lamanya Everton iaitu Marouane Fellaini yang dilihat gagal menyerlah dan kerap memanaskan bangku simpanan.

Prestasi United ketika ini dilihat tidak konsisten selepas persaraan Alex Ferguson dan mengambarkan pemain senior United juga turut bersara bersama Ferguson dan jurang mula kelihatan dalam bilik persalinan apabila Moyes dikatakan memberi layanan istimewa kepada Wayne Rooney- bekas penyerangnya ketika di Everton dulu.

Rio Ferdinand, 35 mendedahkan tabiat Moyes yang hanya akan mengumumkan senarai pemain pada saat-saat akhir juga menjadikannya seperti orang gila apabila terpaksa berfikir dengan penuh debaran sama ada akan dapat bermain atau tidak.

"Anda menghabiskan masa dan tenaga berfikir, 'Aku main ke tidak?' dan ia terus berputar dalam minda sehingga senarai akhir skuad dimumukan," katanya bek tengah itu.

Ketika era Ferguson, pengendali itu akan memberi tahu perancangannya lebih awal kepada para pemain supaya para pemain dapat mempersiapkan diri lebih awal bagi meningkatkan kecergasan menjelang perlawanan tertentu.

Cara Moyes yang membiarkan pemain tertanya-tanya sehingga 2 jam sebelum perlawanan adalah satu kesilapan. Biasanya pemain akan diberitahu sehari sebelum perlawanan.

Dalam kes Rooney pula, kebanyakan pemain merasakan pujian Moyes terhadap penyerang itu di awal musim agak melampau. Di minda Moyes mungkin ia perlu dilakukan selepas Rooney pernah memberitahu Ferguson yang dia akan meninggalkan United, dan hujahnya disokong dengan prestasi terkini penyerang England itu.


 






Khamis, 9 Januari 2014

Model kereta yang akan dilancarkan 2014

Buat yang bercita-cita nak tukar kereta tu, boleh fikirkan pilihan yang akan ada kerana beberapa model baru daripada beberapa jenama akan dilancarkan sepanjang tahun ini. Antara model tersebut ialah:

1. Perodua


Perodua akan mengeluarkan model Alza yang baru yang dijangka akan dilancarkan pada suku pertama tahun ini. Model ini dalam kategori MPV

2. Toyota
Toyota Corolla Altis
Toyota Camry Hybrid
Toyota akan mengeluarkan 2 model yang terbaru iaitu Toyota Corolla Altis pada suku pertama bagi kategori kereta penumpang segmen C. Manakala Toyota Camry Hybrid pula dijangka akan dilancarkan pada suku kedua bagi kategori kereta penumpang segmen D.

3.  Proton


Model terbaru proton yang belum diberi nama dan dikenali dengan kod P2-30A bagi kategori kereta penumpang segmen A, akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini. Model ini juga dikenali dengan Proton Global Small Car.

4. Honda

Model terbaru keluaran honda adalah Honda City Hybrid yang dijangka akan dikeluarkan pada suku ketiga. Kereta ini dikategorikan kereta penumpang dalam segmen B.

5. Citroen

DS3 dalam kategori kereta penumpang segmen C, dijangka akan dilancarkan kepada umum pada suku pertama.

6. Ford
Ford Fiesta EcoBoost
Ford Kuga Titanium+
Ford Fiesta ST
Ford yang kini membina semula jenamanya di Malaysia, akan melancarkan 3 model iaitu Ford Fiesta EcoBoost dalam segmen B pada suku pertama, Ford Kuga Titanium+ dalam segmen SUV pada suku ketiga dan Ford Fiesta ST dalam segmen B pada suku kedua.

7. Hyundai
Hyundai i30 Hatchback
Hyundai Veloster Turbo
2 model dijangka akan diperkenalkan dipasaran Malaysia pada tahun ini iaitu Hyundai i30 hatchback dalam segmen C pada suku pertama, manakala Hyundai Veloster Turbo dalam segmen C dijangka pada suku ketiga.

8. Nissan 
Nissan Sylphy 3rd Gen
Nissan Teana
Nissan Note
Nissan akan mengeluarkan 3 model untuk pasaran Malaysia iaitu Nissan Sylphy 3rd Gen dalam segmen C, akan dilancarkan pada suku kedua, Nissan Teana J33 pada suku ketiga dalam segmen D dan Nissan Note pada suku keempat, dalam segmen B

9. Mitsubishi

Bagi peminat kereta Mitsubishi pula, model terbaru Mitsubishi ASX pula dijangka akan berada dipasaran pada suku ketiga dalam segmen SUV.

10. Peugeot


Model terbaru Peugeot 2008 akan berada dipasaran pada suku pertama dalam kategori SUV.

11. Chevrolet

Chevrolet pula akan memperkenalkan model terbaru iaitu Chevrolet Impala bagi pasaran Malaysia. Dijangka akan dilancarkan pada suku kedua dalam segmen D

Darisudutpandang: Ada yang terpikat ke?

Rabu, 8 Januari 2014

Ko ingat jalan ni datuk ko punya

Slogan ni digunakan di Singapura oleh Jawatankuasa Penduduk Seng Poh bagi mendidik para pemandu supaya menggunakan parking yang disediakan bagi meletakkan kenderaan. Slogan ini adalah terjemahan daripada "Is this your grandfather's road" yang digunakan sebagai bahan kempen.

dari, sudut, pandang, pentingkan diri, parking kereta, susahkan, pengguna, jalan rayaKumpulan yang dianggotai oleh 20 penduduk dan sukarelawan dari Tiong Baru bersama ahli parlimen mereka melakukan demonstrasi secara aman untuk mendidik pemandu dan pelawat supaya tidak meletakkan kereta sesuka hati di jalan raya.

Kumpulan ini meletakkan risalah yang menyenaraikan tempat letak kereta yang disediakan sebanyak 600 lot pada cermin kenderaan yang diparkir secara haram.

Darisudutpandang: Bagus sungguh idea diorang ni...pedas gila tu slogan yang digunakan, kalau tak faham lagi tu tak tahulah....tapi kalau di Malaysia ni tak guna nama datuk...dia pakai "Ko ingat jalan ni bapak ko punya ker".

Sepatutnya kita dapat menggunakan idea ni di Malaysia dan letak kat cermin kereta yang parking secara haram bagi ajar sikit pemandu yang pentingkan diri ni..sebabnya ramai sangat pemandu Malaysia yang tak tahu membaca dan berfikir dengan betul.

Macam disebuah sekolah tempat anak aku belajar, dah lah jalan tu sempit dan ramai ibu bapa yang nak hantar anak ke sekolah, pastu ada pulak yang parking kereta di bahu jalan semata-mata nak beli nasi lemak yang jual berdekatan dengan sekolah tu. Apa salahnya kalau parking jauh sikit pastu jalan lah kaki ke gerai jual nasi lemak tu.....

Sebenarnya situasi seperti ini banyak berlaku di mana-mana pun selagi kita pentingkan diri sendiri, masalah ini takkan selesai. Jadi berfikirlah dulu sebelum meletakkan kenderaan, jika kita tak mahu dipanggil "ko ingat jalan ni bapak ko punya ke?"




Separuh bogel demi pakaian percuma

Macam-macam cara yang dianjurkan semata-mata untuk menarik minat para pembeli walaupun syarat-syarat yang dikenakan kadang kalanya tidak masuk akal. Inilah yang dilakukan oleh sebuah syarikat pakaian kasual Sepanyol, Desigual yang memberi pakaian percuma kepada 100 orang yang pertama.

dari sudut pandang, koleksi pakaian Desigual
Antara pakaian yang dijual Desigual
Baca selanjutnya:

Parti Separa Bogel ini yang pertama kali dianjurkan Desigual pada 2005, pernah diadakan di Madrid, Barcelona dan bandar lain di Sepanyol, selain bandar raya lain di Eropah seperti London, Berlin, Paris, Amsterdam serta Lisbon.

Parti sedemikian juga pernah diadakan di Jepun dan New York.

Lebih 10,000 orang menyertai semua parti itu.

Parti Separa Bogel Desigual juga akan diadakan minggu depan di Paris.

Untuk mendapatkan pakaian percuma, peserta bukan saja perlu hadir dalam keadaan separuh bogel, malah dikehendaki menyertai lumba lari sejauh 100 meter.

Ketika parti sama di London pada 2011, ada peserta mula beratur sejak 11 malam semata-mata mahu menjadi antara 100 pelanggan pertama pada jam 9 pagi keesokannya, malah sanggup meredah hujan dan angin sejuk untuk acara yang diadakan pada musim panas itu.

Darisudutpandang: Kreatif betul bahagian pemasaran dia orang ni. Macam-macam cara yang digunakan bagi memperkenalkan produk dia orang. Agak-agaknya kalau acara ni diadakan di Malaysia boleh ke, ada sambutan ke? Hahaha.....dah pasti jawapannya tak boleh...sambutan daripada orang ramai...(tak tahu la pulak jika ada sambutan daripada rakyat Malaysia..)....


Suami rakam video sepupu rogol isteri

Apalah nak jadi orang sekarang ni, terpengaruh dengan cerita-cerita lucah sampai suruh sepupu buat praktikal dengan isteri sendiri. Apa cer ni.....

dari, sudut, pandang, rogol, pukul, isteri, suami, sepupuKorang bacalah selanjutnya:

"Dia tak patut hidup lagi di dunia ini kerana perangainya lebih teruk daripada binatang," kata seorang isteri muda yang menjadi mangsa deraan seksual suaminya apabila dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang remaja berusia 15 tahun.

Malah, dalam kejadian yang berlaku jam 3 petang, 1 Januari lalu, si suami durjana itu turut membantu remaja terbabit merogol mangsa yang sedang hamil apabila wanita berkenaan meronta.

Mangsa yang berusia 19 tahun, berkata, suaminya yang berusia 22 tahun, turut merakam aksi hubungan seksnya dengan remaja terbabit yang juga sepupu lelaki tersebut.

"Selepas itu dia (suami) pula melakukan hubungan seks secara paksa dengan saya."

Siasatan awal polis mendapati suspek sering menonton video lucah dan dipercayai cuba melakonkan semula aksi ditontonnya.

Mangsa turut mendapatkan rawatan disebuah hospital akibat mengalami kecederaan pada kemaluannya.

Menurut mangsa yang kini hamil 2 bulan, dia dan suami baru berkahwin 3 bulan yang lalu setelah berkenalan selama setahun.

"Masa bercinta dia okay dan selepas berkahwin baru saya tahu dia gemar menonton video lucah. Saya sangka dia boleh berubah dan tak sangka dia sanggup menganiaya saya sampai ke tahap ini angkara video lucah.

"Suami dan sepupunya memang rapat dan saya juga tidak menyangka remaja itu sanggup merogol saya. Memang saya tidak akan memaafkan mereka berdua," katanya.

Menceritakan semula kejadian berkenaan, mangsa berkata, suaminya yang juga peniaga makanan terlebih dahulu menelefon sepupunya supaya datang ke rumah.

Katanya, selepas remaja itu berada dalam rumah itu, suaminya menyuruh remaja berkenaan merogolnya.

"Bila saya melawan suami mengugut mahu mencederakan saya, malah dia turut memegang tangan saya ketika sepupunya merogol saya."

"Saya memang ketakutan dan masih jelas di fikiran saya apa yang berlaku. Sebelum ini saya sering dipukul walaupun kami baru 2 bulan berkahwin, tetapi kali ini dia memang keterlaluan.

Sumber: Harian Metro

Darisudutpandang: Aku rasa ramai suami yang masih tengok video lucah walaupun telah berkahwin...mungkin mereka mempunyai alasan yang tersendiri...tapi janganlah sampai terpengaruh dan meniru aksi di dalam video tersebut...




Selasa, 7 Januari 2014

Melakukan seks hingga ke Hospital

Ini bukan cerita 18sx, walaupun tajuknya macam 18sx......wanita ini telah mengalami klimaks selama 3 jam tanpa henti...hebat tu..tak perlu makan ubat kuat pun...tapi....

dari, sudut, pandang, seks, klimaks, puas, senyumanKes ini berlaku di Seattle:
Seorang wanita mengejutkan doktor di wad kecemasan sebuah hospital apabila mengalami kesesakan nafas teruk gara-gara klimaks berpanjangan selama 3 jam.

Doktor pada mulanya menyangka wanita dikenali sebagai Liz itu sedang sakit bersalin kerana melihat keadaannya yang sukar bernafas.

"Saya cuba melompat-lompat dengan harapan ia boleh menghentikan proses klimaks, namun gagal," kata Liz.

Dia juga cuba mengambil sedikit wain namun selepas 2 jam memutuskan untuk ke hospital.

Liz berhenti klimaks secara sendiri selepas sejam dipantau beberapa doktor dan Eric mengakui yang dia malu dengan kejadian itu.

Darisudutpandang: Satu kes yang lain daripada yang lain....

Sabtu, 4 Januari 2014

Liga Super Malaysia 2014: Terengganu dan T Team tandatangani kontrak pemain

Bagi menghadapi musim Liga Super Malaysia 2014 yang akan bermula pada 18 Januari ini, pasukan Terengganu dan juga T Team akan mengadakan satu upacara menandatangani kontrak pemain dengan pasukan masing-masing. Acara ini akan berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada pukul 8 malam, 11 Januari ini.


Kepada para penyokong yang hadir pada acara tersebut akan berpeluang untuk mendapat hadiah yang disediakan sebagai menghargai sokongan yang diberikan selama ini kepada pasukan Terengganu dan T Team. Pada majlis ini juga, pemain Piala Presiden kedua-dua pasukan juga akan hadir untuk menandatangani kontrak dan seterusnya sesi memperkenalkan jersi pasukan Liga Super dan Presiden.

Penaja yang terbabit dengan pasukan juga akan diperkenalkan pada malam itu sebagai menghargai sumbangan yang dihulurkan. Selepas acara menandatangani kontrak bagi kedua-dua pasukan, satu perlawanan persahabatan akan dilangsungkan.

Darisudutpandang: Jadi kepada penyokong-penyokong pasukan kedua-dua pasukan jangan lupa temujanji di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada pukul 8 malam, 11 Januari ini.



Jumaat, 3 Januari 2014

Menteri Besar Terengganu hebat

Aku tak berapa suka dia, tapi disebabkan akhir-akhir ini dia agak berubah dan menjadi hero bagi rakyat maka terpaksalah aku bagi kredit sikit kat dia di dalam blog aku...yea lah yang bagus aku tetap akan kata bagus walau hati tak suka.

dari sudut pandang, mat Said, Menteri besar, Terengganu, Hero, hebat

Sebelum ni, dia dah jadi hero apabila menahan lori bawa roti untuk diagihkan kepada mangsa banjir, sekarang dia jadi hero lagi apabila sanggup menyuruh pemandunya berhenti apabila terdapat kemalangan ketika beliau sedang menuju untuk menghadiri satu program di Dewan Sivik Kijal, Kemaman.

Dia berhenti bukan nak tengok kemalangan macam yang kita sentiasa buat, tapi dia berhenti kerana nak menolong mangsa yang terlibat di dalam kemalangan tersebut. Kemalangan tersebut melibatkan dua buah kereta di Seri Bandi dan salah seorang daripada mangsa tersebut adalah parah disebabkan tersepit.

Dia juga memberikan keretanya untuk digunakan bagi menghantar mangsa yang terlibat dengan kemalangan tersebut ke Hospital Kemaman.

Darisudutpandang: "Dia" yang dimaksudkan adalah Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu. Syabas buat Datuk Seri kerana sudi menolong dan prihatin.

Khamis, 2 Januari 2014

Terima kasih Lah Kerajaan Barisan Nasional

Dulu sebelum pilihanraya dah diingatkan jangan mengundi Barisan Nasional (BN) tapi degil, kan dah kena....terpaksalah kita tanggung beramai-ramai bahananya.

Memang betullah BN tu Barang Naik, tengoklah sekarang ni, setelah rakyat terbeban dengan harga minyak naik pada bulan September sebanyak 20 sen untuk RON95 kemudiannya harga gula naik pada Oktober sebanyak 34 sen  kini tarif elektrik juga akan dinaikkan pada Januari 2014 pula dan disusuli dengan kadar baru tol di 13 lebuh raya serta tambang pengangkutan awam.

Terima kasih lah Kerajaan Barisan Nasional kerana mengutamakan rakyat. ("Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan")

Cover 16


Liga Super Malaysia 2014: Terengganu janji hadiahkan piala

Pasukan yang diperkuatkan oleh kebanyakan anak negeri, Terengganu FA berjanji untuk menghadiahkan satu piala buat penyokong mereka.

Terengganu, Bola sepak, dari sudut pandang, liga super malaysiaHasrat ini diperkuatkan lagi apabila kebanyakan pemain-pemain bintang kelahiran Terengganu pulang untuk menabur bakti di tanah kelahiran.

Menurut pengurus pasukan Marzuki Sulong, pasukan ini yang diberi gelaran 'Sang Penyu' berada dalam landasan yang tepat untuk membawa pulang 1 piala daripada 3 piala yang dipertandingkan dalam Liga Super Malaysia 2014 ini yang akan bermula pada 18 Januari 2014.

Katanya lagi, dalam sukan bola sepak apa-apa pun boleh berlaku dan dengan barisan yang boleh dianggap terkuat dan terbaik dimiliki pasukan musim ini tidak mustahil Terengganu mampu merangkul lebih daripada 1 piala musim ini.

Kehadiran muka baru yang lebih berpengalaman termasuk Zairo Anuar Zailani, Mohd Faiz Subri, Mohd Sharbinee Alawee Ramli, Nor Hakim Hassan, Azlan Zainal dan Mohd Nor Farhan 'Ben 10' Mohammad bakal memperkuatkan lagi skuad Terengganu di samping pemain bintang yang sedia ada termasuk Ashaari Samsuddin, Manaf Mamat, Ismail Faruqi dan lain-lain.

Selain pemain tempatan, 4 tenaga import yang diambil iaitu Vincent Bikana dari Cameroon, Marcio Souza (Brazil), Mario Karlovic (Australia) dan Mamadou Hady Bary (Papua New Guinea) bakal memantapkan lagi pasukan yang dibimbing oleh jurulatih yang berpengalaman Abdul Rahman Ibrahim dalam misi memburu kejuaraan musim ini.

Menurut Marzuki lagi, pasukan ini walaupun dilihat kuat dengan nama-nama besar namun mereka tidak sesekali untuk mendabik dada kerana sedar aksi dan konsisten pada hari perlawanan adalah penting untuk mencapai matlamat tersebut.

Darisudutpandang: Dah lama Terengganu tak menang piala..harap-harapnya berkat sokongan semua kita menang tahun ini....Insya Allah.




Rabu, 1 Januari 2014

Selamat datang 2014, selamat tinggal 2013

Subuh ini adalah subuh yang pertama untuk tahun 2014 dan artikel ini juga adalah artikel yang pertama untuk tahun 2014.

dari, sudut, pandang, tahun baru, 2014, 2013, cabaran, harga naik, tol
Alhamdulillah kerana aku masih bernafas dalam dunia ini. Berbagai suka dan duka telah aku lalui dalam tahun 2013 dan semoga pada tahun 2014 ini aku masih gagah dalam menjalani kehidupan yang penuh cabaran ini. Lebih-lebih lagi pada tahun ini dijangka berbagai kenaikan barangan, tol, minyak, elektrik dan tambang pengangkutan awam terpaksa aku lalui. Inilah nasib rakyat yang perlu dibayar dengan harga yang mahal kerana masih mengekalkan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan.

Lupakan pasal politik sekejap kerana jika menulis topik ini , korang baca sampai esok pun takkan habis. Cuma apa yang aku nak nyatakan ialah "Hari ini kita marah kepada kerajaan kerana menaikkan harga minyak, elektrik, air, tol,  tambang pengangkutan awam, mengenakan GST dan sebagainya namun bila esok kerajaan memberi BRIM atau apa saja imbuhan, kita akan lupakan segala kesusahan yang kita tanggung selama ini, sebab itulah Barisan Nasional masih memerintah Malaysia ini setelah sekian lama."

Tahun ini bermakna hampir 2 tahun aku berblog, macam mimpi yang jadi kenyataan. Walaupun blog aku tidak sepopular seperti blog-blog yang lain namun setiap hari orang yang 'pageview' blog aku mencapai 1300 orang..Alhamdulillah. Terima kasih buat korang semua yang sudi mengunjungi blog aku dan menyokong aku selama ini. Dulu ketika aku memulakan blog ini, berbagai tanggapan yang bermain dalam minda aku seperti; "ada ke orang nak baca apa yang aku tulis?, mampu ke aku bertahan dalam menulis di blog atau berblog hanya hangat-hangat tahi ayam aje?" Tapi Alhamdulillah sehingga kini aku masih mampu bertahan walaupun bukan setiap hari aku 'mengupdate' blog aku ini dek kerana kesibukan dalam menjalankan tugas-tugas harian.

Datangnya tahun baru bermakna bertambah lagi umur aku, bila bertambah umur bermakna kita semakin tua. Ini juga bermakna kita semakin hampir dengan kematian dan disebabkan itu pada tahun ini dan untuk tahun-tahun yang seterusnya aku berusaha, berjanji atau berazam untuk menjadi seorang hamba yang lebih dekat dengan sang pencipta, menjadi seorang ayah dan suami yang lebih baik, menjadi 'bos' yang lebih baik buat semua dan  menjadi 'blogger' yang lebih berertika. Juga pada tahun ini harapnya, Insya Allah aku mampu membeli kereta baru yang aku idamkan selama ini. (ada artikel yang aku tulis pasal kereta baru).

Tahun 2014, menurut kajian metafizik adalah tahun yang penuh dengan cabaran, ekonomi menurun, tahun kerja kuat manakala bagi tahun 2015 pula adalah tahun yang penuh tekanan. Walaupun begitu, hidup tetap perlu diteruskan walau perit sekalipun.

"Selamat datang 2014, selamat tinggal 2013, terima kasih Allah kerana telah mematangkan aku dengan segala cabaran, dugaan dan hikmah yang diberikan dan semoga ianya mampu memberi bekalan untuk aku mengharungi tahun ini dengan tabah dan sabar, Insya Allah."





Kisah seorang sahabat: Ujian Allah paling hebat

Ini adalah artikel yang ketiga berkenaan dengan kisah seorang sahabat yang sedang diuji oleh Allah dengan ujian yang maha hebat. Artikel ini...