Sabtu, 31 Ogos 2013

Ketahui fakta lengkap kanser pangkal rahim

Berikut adalah fakta lengkap berkenaan dengan kanser pangkal rahim:


kanser pangkal rahim, fakta, lengkap, ketahui, dari, sudut, pandang, Pap smear, vaksin HPV, info, simptom kanser, ujian, suntikan HPV, wanita, usia 18 tahun, bertukar lelaki

kanser pangkal rahim, fakta, lengkap, ketahui, dari, sudut, pandang, Pap smear, vaksin HPV, info, simptom kanser, ujian, suntikan HPV, wanita, usia 18 tahun, bertukar lelaki

1) Tahukah anda bahawa kanser pangkal rahim adalah kanser ke2 yang sering mengancam nyawa wanita selepas kanser payu dara di seluruh dunia. Manakala di Malaysia kanser ini jatuh di tempat ke3 selepas kanser payu dara dan kolorektal.

2) Statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan kira-kira 250,000 wanita meninggal dunia setiap tahun akibat kanser serviks di seluruh dunia.

3) Mengikut WHO juga, kematian berpunca daripada kanser pangkal rahim dijangka meningkat sehingga 320,000 orang pada 2015 dan 435,000 orang pada 2030.

4) Di Malaysia, dianggarkan 1,500 wanita disahkan mendapat kanser serviks setiap tahun dan ia menyumbang kepada 6% punca kematian disebabkan kanser dalam kalangan wanita.

5) Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, 1 daripada 28 wanita berbangsa Cina terdedah kepada risiko kanser pangkal rahim manakala 1 daripada 34 wanita India berisiko dan 1 daripada 80 wanita Melayu terdedah kepada kanser terbabit.

6) Kanser ini mengambil masa bertahun-tahun lamanya sebelum menjadi penyakit yang membunuh wanita, tetapi dalam sesetengah keadaan ia boleh berlaku hanya dalam tempoh yang singkat.

7) Gaya hidup bebas dengan bertukar-tukar pasangan bagi menjalin hubungan intim boleh mendedahkan kepada risiko mendapat barah pangkal rahim.

8) Selain itu, kurang kesedaran untuk menjaga kebersihan alat sulit, menjalin hubungan seks pada usia muda dan merokok juga boeh menjadi penyumbang kepada penyakit ini.

9) Wanita yang mempunyai ibu atau saudara perempuan yang menghidap kanser pangkal rahim mempunyai risiko yang lebih tinggi menghidap kanser ini.

10) Risiko selalunya muncul pada usia 30 tahun dan tempoh puncaknya apabila wanita mencapai usia sekitar 65 hingga 69 tahun.

11) Setiap wanita yang berusia 21 tahun yang telah berkahwin dan keatas perlu membuat ujian Pap Smear setiap 2 tahun sekali kerana ia dapat mengesan sebarang ketidaknormalan yang berlaku. Manakala suntikan vaksin HPV dapat mengurangkan risiko mendapat kanser ini.

12) Vaksin ini disarankan diberikan kepada kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun hingga wanita dewasa berusia 26 tahun. Jika doktor mempunyai alasan kukuh, ia juga boleh diberikan seawal usia sembilan tahun.

13) Vaksin HPV diberikan menerusi 3 suntikan dalam tempoh 6 bulan. Ia perlu diberikan sebelum berlaku hubungan seksual atau sebelum terkena virus HPV.

14) Bagi mereka yang sering terkena jangkitan pada bahagian sulit, perlu berhati-hati untuk menjalani ujian kerana 80% wanita akan mendapat jangkitan HPV sepanjang hidup mereka dan selalunya dibersihkan oleh tubuh.

15) Bagi wanita yang berusia  yang sudah kematian suami selama beberapa tahun juga perlu menjalanai ujian Pap smear kerana virus HPV boleh hidup dalam jangka masa yang lama iaitu 10 hingga 20 tahun di dalam tubuh.

Apa itu ujian Pap smear?

Ujian Pap smear dilakukan bagi mengesan sebarang keganjilan pada pangkal rahim seperti sel sebelum kanser. Doktor akan mengambil sedikit tisu pada permukaan pangkal rahim dan dihantar ke makmal untuk diuji.

Simptom kanser pangkal rahim

1) Pendarahan ketika melakukan hubungan seks.

2) Pendarahan pada pertengahn bulan

3) Keluar lendir berdarah yang busuk daripada faraj

4) Sakit ketika melakukan hubungan seks

5) Rasa pedih ketika membuang air kecil

Wanita yang berisiko

1) Mempunyai lebih daripada seorang pasangan

2) Mula aktif melakukan hubungan seks sebelum usia 18 tahun

3) Mengalami jangkitan kuman seperti siflis, gonorea, chlamydia atau HIV

4) Kurang daya tahan imun

5) Merokok

Sepakat kongsi isteri

Buat suami, sanggupkah anda berkongsi isteri anda dengan lelaki lain? Aku percaya tak ada seorang pun lelaki atau suami yang siuman sanggup berkongsi isterinya dengan lelaki lain. Silap-silap salah seorang pasti kena parang...

Apa yang berlaku di Nairobi lain pulak.

Ikuti kisah selanjutnya:

berebut isteri, kongsi isteri, dari, sudut, pandang, bergaduh, suami
Dua lelaki bermusuhan menandatangani satu perjanjian bertulis baru-baru ini untuk berkongsi seorang wanita yang sama-sama mereka cinta.

Perjanjian itu dibuat selepas wanita berkenaan enggan memilih seorang daripada mereka.

Kedua-dua lelaki itu baru-baru ini menyedari wanita terbabit menjalinkan hubungan sulit dengan kedua-dua mereka selama 4 tahun.

Bagaimanapun, masing-masing enggan memutuskan hubungan dengan wanita berkenaan kerana tidak sanggup untuk berpisah dengannya.

Seorang daripada lelaki itu, Sylvester, ketika ditemui mengaku bersetuju berkongsi wanita itu dengan lelaki bernama Elijah.

Menurutnya, mereka sama-sama mencintai wanita itu dan perjanjian berkenaan bertujuan untuk menjadi garis sempadan selain memastikan mereka tidak bergaduh.

"Wanita itu seperti pengadil. Dia akan menentukan sama ada dia akan tidur dengan siapa."

Kedua-dua lelaki itu akan membiayai kehidupan wanita itu dan anak yang akan dilahirkan pada masa depan.

"Kami akan membesarkan anak dilahirkannya seperti anak kami, tidak kiralah siapa bapanya sebenar".

Di Kenya, poligami dibenarkan, begitu juga dengan poliandri (wanita 2 suami) tetapi ianya jarang berlaku.

Darisudutpandang: Biarlah perkara ini berlaku di Kenya sahaja, jangan hal seperti ini berlaku di Malaysia nanti kecoh.....

Mungkin wanita ini terlalu cantik agaknya sebab itulah lelaki-lelaki ini berebut......








Sabtu, 24 Ogos 2013

Gadis 13 tahun dirogol 9 lelaki

Usianya baru saja 13 tahun tapi remaja perempuan ini sudah pandai melakukan seks dengan lelaki. Advance betullah budak-budak sekarang ni tak macam ketika aku remaja dulu. Tapi disebabkan advance lah sangatkan sampai kena rogol oleh 9 orang remaja lelaki yang juga belasan tahun.

Modus operandi lelaki ni senang sangat kalau ada niat nak merasa 'meratah badan' teman wanita ni iaitu bawak teman wanita pergi jalan-jalan kemudian bawa balik rumah, bagilah alasan kata nak balik mandi ke atau nak ambil barang kat rumah pasti teman wanita ni ikut jer...lepas tu.....dapat lah apa yang diniatkan. Kan senang tu............

Macam apa yang berlaku kepada gadis 13 tahun ni jugak.

Okeylah, korang bacalah kisah selanjutnya:

dari, sudut, pandang, di rogol, bergilir-gilir, remaja perempuan, sukarela, seks, diliwat
Seorang pelajar perempuan yang berusia 13 tahun telah mengikut teman lelakinya pulang ke rumah lelaki tersebut untuk melakukan seks dengan kerelaannya sendiri telah menempuh detik hitam apabila beliau telah dirogol pula oleh kawan-kawan teman lelakinya yang seramai 8 orang secara bergilir-gilir.

Kejadian yang berlaku pada pukul 5 petang hari selasa lepas ketika mangsa diajak keluar oleh teman lelakinya untuk keluar bersiar-siar di sekitar Shah Alam sebelum dibawa ke sebuah rumah yang juga milik kenalan teman lelakinya itu.

"Ketika berada di rumah lelaki itu, mangsa mendakwa melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya dalam sebuah bilik dan ia mulanya dilakukan atas dasar sukarela namun sejurus selesai melakukan hubungan seks, teman lelakinya keluar dari bilik berkenaan.

"Sejurus lelaki itu keluar, mangsa mendakwa rakan teman lelakinya yang menumpangkan mereka turut masuk bersama 7 lelaki lain ke bilik berkenaan dan ketika itulah dia mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh kelapan-lapan lelaki berkenaan", katanya.

Mangsa tidak menyangka teman lelakinya membiarkan dia diperkosa kumpulan lelaki tersebut kerana dia sanggup melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya atas dasar cinta namun ketika menjerit meminta tolong ketika itu, teman lelakinya tidak membantu.

"Mangsa kemudiannya dihantar pulang kira-kira jam 3 pagi selepas semua suspek melempiaskan nafsu masing-masing."

Mangsa melaporkan kejadian tersebut di Balai Polis Seksyen 15, Shah Alam dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. 

Darisudutpandang: Adakah dengan melakukan seks tanpa nikah itu sebagai tanda cinta? Korang tepuk lah dada dan tanyalah iman..........

Adakah betul  "perempuan melakukan seks kerana cinta dan lelaki menggunakan cinta untuk melakukan seks"??


Tuhan ambil mama

Apalah yang diketahui oleh seorang kanak-kanak yang hanya berusia 5 tahun tentang kematian, tetapi yang pasti dia tahu tentang betapa pedihnya rasa kehilangan insan tersayang.

Ikuti kisah selanjutnya:


Kanak-kanak tersebut yang bernama Adam Noramzar Syahrizal telah kehilangan ayahnya sejak dia masih bayi lagi dan kini telah kehilangan pula mamanya sejak 8 bulan yang lalu akibat sakit radang paru-paru.

Sejak 8 bulan jugalah Adam yang kini dijaga oleh neneknya Kamariah Haroon, 55 tahun mengunjungi pusara mamanya setiap hari bagi melepaskan rindunya.

"Setiap petang Adam pergi ke kubur mama dengan nenek dan Pak Busu (bapa saudara) untuk jumpa mama dan peluk mama (batu nisan) kuat-kuat".

"Adam sedih kerana hari raya kali ini mama tiada lagi untuk Adam". 

Menurut nenek Adam, Kamariah Haroon, walaupun usia cucunya masih terlalu muda, namun kasih sayang Adam terhadap ibunya amat mendalam.

"Menjadi rutin harian Adam ke pusara ibunya setiap petang hingga sanggup meninggalkan rakan sebaya yang bermain di taman permainan berdekatan rumah. Walaupun leka bermain bersama rakan, apabila hampir senja dia terus pulang ke rumah dan meminta saya atau bapa saudaranya menemaninya ke kubur,"katanya.

Itu cerita Adam yang telah mengetahui tentang pedihnya rasa kehilangan. Bagaimana pula dengan kita?

Kepada yang masih mempunyai ayah dan ibu, sayangilah mereka ketika mereka masih ada. Jika telah lama tidak menjenguk mereka, pulanglah.....

Kepada yang telah kehilangan ayah atau ibu atau kedua-duanya, ingatilah mereka dalam doa....kerana amalan anak yang soleh akan sampai kepada ayah dan ibu......

Darisudutpandang: Emak saya sangat sayangkan emak......dan buat arwah ayah hanya al-Fatihah yang dapat saya berikan disetiap selepas solat moga Allah memelihara arwah ayah sepertimana ayah memelihara saya ketika saya kecil...Amim.

Khamis, 15 Ogos 2013

Tahukah anda: Makanan sebagai ubat

Tahukah anda, makanan yang kita makan setiap hari ada yang memberi keburukan pada badan jika di ambil dalam keadaan yang banyak tetapi ada juga makanan yang bertindak sebagai ubat bagi penyakit yang dihidapi.

Berikut adalah makanan yang perlu dimakan jika anda menghidapi simptom-simptom ini.

Kurang tumpuan


dari, sudut, pandang, makanan, sebagai, ubat, tahukah, anda

Ubatnya: 
Makan telur 1 biji setiap hari.

Kata Sains:
Telur ini dipenuhi dengan choline, iaitu nutrien yang meningkatkan keupayaan otak bagi menyampaikan arahan ke seluruh badan anda. Ianya juga dapat mengekalkan struktur membran sel otak anda.

Mati pucuk


dari, sudut, pandang, makanan, sebagai, ubat, tahukah, anda

Ubatnya:
Bawang putih - satu hingga dua ulas setiap hari, dalam makanan.

Sains:
Bawang putih yang dihancurkan mengandungi allicin, iaitu sebatian yang boleh mengurangkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah yang boleh membawa kepada ketegangan yang lebih keras.


Kehilangan ingatan


Ubatnya:
Biji bunga matahari - makan suku cawan setiap hari.

Sains:
Vitamin E yang terkandung dalam biji benih ini dapat melindungi neuron di dalam otak anda daripada tekanan oksidatif yang bermaksud anda dapat menyimpan memori dengan lebih lama.


Kulit penuaan




Ubat:
Oren - 1 biji setiap hari, atau enam auns jus.

Sains:
Vitamin C membantu badan anda membuat kolagen, protein yang mengekalkan keanjalan kulit.


Insomnia (sukar tidur)


dari, sudut, pandang, tahukah, anda, makanan, sebagai, ubat

Ubat:
Ayam - empat auns setiap hari.

Sains:
Tryptophan adalah sering dikaitkan dengan ayam belanda, tetapi ayam mengandungi lebih asid amino yang membantu badan menghasilkan hormon melatonin bagi memudahkan tidur.

Tertekan


dari, sudut, pandang, tahukah, anda, makanan, sebagai, ubat

Ubat:
Beras perang - satu cawan nasi setiap hari.

Sains:
karbohidrat yang terdapat dalam beras ini dapat membantu mengawal pengeluaran serotonin, iaitu neurotransmitter utama dalam mengawal perasaan dan kebimbangan tertekan. Karbohidrat kompleks seperti beras perang akan memberikan anda yang terbaik iaitu tinggi karbohidrat dan rendah kalori.


Bengkak bawah mata


dari, sudut, pandang, tahukah, anda, makanan, sebagai, ubat

Ubat:
Teh hijau - satu cawan setiap hari selepas makan.

Sains:
Bengkak yang mencipta lingkaran hitam di bawah mata anda sering disebabkan oleh pembendungan cecair. Teh hijau adalah diuretik yang akan mengurangkan bengkak yang tidak diingini di seluruh badan anda.


Kurang tenaga



dari, sudut, pandang, tahukah, anda, makanan, sebagai, ubat

Ubat:
Pisang - 1 biji satu hari.

Sains:
Buah pisang ini mengandungi kalium yang merupakan sumber besar magnesium, unsur utama dalam menghasilkan dan menyimpan tenaga.


Kerisauan


dari, sudut, pandang, tahukah, anda, makanan, sebagai, ubat

Ubat:
Peanuts - suku cawan setiap hari.

Sains:
Jika anda tidak menghasilkan cukup asid gamma-aminobutyric (GABA), otak lebih cenderung untuk menjadikan diri dalam keadaan kerisauan yang amat sangat. Kacang adalah salah satu yang terbaik (dan lazat) sumber glutamin, asid amino yang diperlukan untuk membuat GABA.



Selasa, 13 Ogos 2013

Tahukah anda: 5 makanan yang menjadikan anda muda

"Wajah kelihatan tua" pasti semua orang takut dan tidak senang duduk bila mendengar kenyataan tersebut lebih-lebih lagi bagi kalangan wanita. Berbagai herba dan pil yang dimakan semata-mata untuk kelihatan muda walaupun ianya tidak menjanjikan keselamatan dari segi kesihatan dan yang lebih ekstrem lagi sanggup melakukan pembedahan plastik; menegangkan apa yang telah kendur dan berkedut.

Sebenarnya ada cara yang lebih selamat dan murah untuk mereka yang mendambakan kecantikan iaitu dengan mengamalkan makanan yang lebih murah, senang dan selamat.

5 jenis makanan tersebut ialah:

1. Sweet Potatoes

dari, sudut, pandang, makanan, muda, khasiat, sweet potatoes
Beta-karotena yang menjadikan ubi ini berwarna oren dapat mengimbangkan pH kulit anda, ia juga dapat membantu melawan kekeringan pada kulit dan menggalakkan pertumbuhan sel yang baru. Ini semua dapat menjadikan kulit menjadi licin dan segar.

2. Ikan Salmon

dari, sudut, pandang, makanan, muda, berkhasiat, ikan, salmon

Pigmen yangmenjadikan daging ikan ini berwarna merah jambu iaitu astaxanthin, dapat melawan radikel bebas yang dihasilkan oleh tubuh yang merosakkan membran sel dan DNA yang menyebabkan kulit menjadi tua. Satu kajian mendapati bahawa makan satu hidangan setiap lima hari boleh mencegah berlakunya ketuat yang kasar pada kulit dan juga dapat mencegah berlakunya kanser.

3. Tomato

dari, sudut, pandang, makanan, berkhasiat, muda, tomato

Pigmen merah buah ini, lycopene, adalah antioksidan yang kuat yang menjadi perisai daripada kerosakan kulit disebabkan oleh matahari daripada luar dan dalam. Untuk menyerap lycopene yang terbaik, makan tomato dengan minyak zaitun.

4. Buah-buahan Citrus

dari, sudut, pandang, makanan, berkhasiat, buahan citrus

Vitamin C adalah penting untuk kolagen iaitu satu komponen penting dalam kulit untuk kelihatan muda. Kemerosotan kolagen mula berlaku disekitar umur 20-an. Citrus juga mengandungi bioflavonoids, yang melindungi kulit daripada sinaran UV dan membantu mencegah kepada kematian sel.

5. Sayuran hijau

dari, sudut, pandang, makanan, berkhasiat, muda, sayuran hijau

Bayam dan sayur-sayuran lain mengandungi lutein, yang melindungi kulit dari keradangan yang disebabkan oleh matahari dan kedutan.





Khamis, 1 Ogos 2013

Harimau Malaya semakin hilang taring dan belang

Tahniah lah buat pasukan bola sepak Malaysia yang lebih dikenali sebagai Harimau Malaya kerana semakin hebat sekarang ini kerana dengan pasukan kelab pun kalah sepertimana dalam perlawanan persahabatan dengan 3 pasukan kelab daripada Jepun, Harimau Malaya telah melepaskan 12 gol tanpa satu pun jaringan.

dari, sudut, pandang, Harimau Malaya, Malaysia, K. Rajagobal, FAM, bola sepak, belang, taring, hilangDalam perlawanan persahabatan tersebut Harimau Malaya telah tumpas kepada Kelab Liga Utama Jepun, Shimizu S Pulse dengan 0-2, Shonan Bellmare dengan 0-5 dan terakhir dengan Kelab Liga Divisyen Dua Jepun, Tokyo Verdict dengan keputusan 0-5.

Sepanjang tahun ini, pasukan Harimau Malaya hanya mencatat 2 kemenangan daripada 13 perlawanan persahabatan termasuk dengan perlawanan Kelayakan Piala Asia  2015.

Inilah akibatnya jika pihak pengurusan tidak bertegas dengan jurulatih, Datuk K.Rajagobal yang sentiasa ingin menguji pemain. Aku rasalah itu hanya alasan sahaja ketika kalah. Hakikat sebenarnya Datuk K.Rajagobal ini dah tak relevan lagi untuk melatih Harimau Malaya sejak gagal dalam mempertahankan kejuaraan Piala AFF tempohari.

Mungkin K. Rajagobal ini terlupa yang pasukan Harimau Malaya ini sebenarnya membawa nama Malaysia dan jika pasukan ini kalah kepada pasukan kelab bermakna nama Malaysia juga terjejas. Orang luar akan mempersendakan pasukan bola sepak kita.

Aku sebenarnya dah malas nak tulis pasal Harimau Malaya ini sebab aku dah bosan dengan K. Rajagobal, pengurus pasukan dan juga orang-orang di FAM sendiri.  Yang aku nampak macam syok sendiri saja dalam membuat keputusan tanpa mengira akibatnya. Contohnya dalam menentukan perlawanan persahabatan, kenapa pasukan yang berstatus kelab dipilih untuk melawan pasukan kebangsaan??, pemilihan pemain juga boleh dipersoalkan kerana pemain yang cemerlang di kelab kebanyakannya tidak dipilh, yang terpilih adalah pemain yang menjadi kegemaran tanpa melihat prestasi pemain itu sendiri.

Aku mengharapkan keputusan mesyuarat pada hari ini yang dikatakan akan membincangkan kedudukan Datuk K. Rajagobal akan memberikan satu sinar baru buat pasukan Harimau Malaya mengembalikan semula taring dan belang yang semakin hilang itu dengan syarat Datuk K. Rajagobal dipecat serta merta.

Pada pendapat aku antara jurulatih yang boleh mengisi tempat K. Rajagobal ialah Ong Kim Swee, Bojan Hodak dan Irfan Bakti. Kehebatan mereka ini sudah terbukti dalam melatih pasukan masing-masing.




Kisah seorang sahabat: Ujian Allah paling hebat

Ini adalah artikel yang ketiga berkenaan dengan kisah seorang sahabat yang sedang diuji oleh Allah dengan ujian yang maha hebat. Artikel ini...