Selasa, 28 Julai 2015

Rombakan kabinet 2015

Akhirnya segala teka teki tentang rombakan kabinet akhirnya terjawab apabila Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak  mengumumkan kabinet barunya pada pukul 1:50 petang tadi setelah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong.

Rombakan kabinet ini menyaksikan:

5 menteri digugurkan

YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri)
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Datuk Ewon Ebin
Datuk Seri G Palanivel
Dato' Seri Hassan Malek

Senarai penuh anggota jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekuatuan berkuatkuasa 29 Julai 2015


Perdana Menteri

Dato' Sri Mohammad Najib Tun Abdul Razak


Timbalan Perdana Menteri

Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi


Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Menteri:
Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Dato' Sri Idris Jala
Dato' Mah Siew Keong
Puan Hajah Nancy Haji Syukri
Senator Dato' Sri Abdul Wahid Omar
Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
Dato' Seri Shahidan Kassim
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Dato' Seri Azalina Othman Said (Muka lama yang dilantik semula)
Datuk Paul Loe Seng Kuan

Timbalan Menteri:

Datuk Razali Ibrahim
Senator Dato' Dr Asyraf Wajdi Dasuki (Muka baru)

1. Kementerian Kewangan

Menteri I: Dato' Sri Mohammad Najib Tun Abdul Razak
Menteri II: Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri I: Dato' Johari Abdul Ghani
Timbalan Menteri II: Datuk Chua Tee Yong


2. Kementerian Sumber Manusia

Menteri: Dato' Sri Richard Riot Anak Jaem
Timbalan Menteri: Dato' Sri Haji Ismail Haji Abdul Muttalib


3. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Menteri: Datuk Hamzah Zainudin (Naik pangkat)
Timbalan Menteri: Senator Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah


4. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

Menteri: Dato' Sri Hajah Rohani Haji Abdul Karim
Timbalan Menteri I: Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Mohd Dun
Timbalan Menteri II: Senator Datin Paduka Chew Mei Fun


5. Kementerian Luar Negeri

Menteri: Dato' Sri Anifah Aman
Timbalan Menteri: Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Muka baru)


6. Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahlan
Timbalan Menteri: Datuk Halimah Mohd Sadique


7. Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi

Menteri: Datuk Winfred Madius Tangau (Muka baru)
Timbalan Menteri: Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah


8. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Menteri: Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Dato' Noriah Kasnon


9. Kementerian Wilayah Persekutuan

Menteri: Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri: Senator Dato' Dr. Loga Bala Mohan A/L Jaganathan


10. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Menteri: Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Dato' Tajuddin Abdul Rahman


11. Kementerian Pertahanan

Menteri: Dato' Seri Hishammudin Tun Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Mohd Johari Baharum


12. Kementerian Kerja Raya

Menteri: Datuk Haji Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Rosnah Haji Abdul Rashid Shirlin


13. Kementerian Kesihatan

Menteri: Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
Timbalan Menteri: Dato' Seri Dr. Hilmi Yahaya


14. Kementerian Belia dan Sukan

Menteri: YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri: Datuk Saravanan A/L Murugan


15. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Menteri: Dato' Sri Ismail sabri Yaakob
Timbalan Menteri I: Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri II: Datuk Ahmad Jazlan Yaakub


16. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Menteri I: Dato' Sri Mustapha Mohamed
Menteri II: Datuk Seri Ong Ka Chuan (Muka lama yang dilantik semula)
Timbalan Menteri I: Senator Dato' Lee Chee Leong (Muka baru)
Timbalan Menteri II: Datuk Ahmad Maslan


17. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Menteri: Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr James Dawos Mamit


18. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Menteri: Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Naik pangkat)
Timbalan Menteri: Dato' Hamim Samuri


19. Kementerian Pengajian Tinggi

Menteri: Dato' Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri: Datuk Mary Yap Ken Jin


20. Kementerian Pendidikan

Menteri: Datuk Seri Mahdzir Khalid (Naik pangkat)
Timbalan Menteri I:  YB P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan
Timbalan Menteri II: Senator Chong Sin Woon (Muka baru)


21. Kementerian Dalam Negeri

Menteri: Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri I: Datuk Nur Jazlan Mohamed (Muka baru)
Timbalan Menteri II: Masir Anak Kujat (Muka baru)


22. Kementerian Komunikasi dan Multimedia

Menteri: Senator Datuk Seri Dr. Mohd Salleh Said Keruak (Muka baru)
Timbalan Menteri: Dato' Jailani Johari


23. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

Menteri: Datuk Seri Mahamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri: Dato' Mas Ermiyanti Samsudin (Muka baru)


24. Kementerian Pengangkutan

Menteri: Dato' Sri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri: Datuk Ab Aziz Kaprawi





.


Isnin, 27 Julai 2015

Suamiku, tolonglah belai diriku dulu

Maaf artikel aku kali ini masih bercerita tentang hubungan suami isteri. Ini adalah sambungan daripada artikel aku berkenaan dengan saiz kemaluan yang terdahulu. Anggaplah ianya sebagai ilmu yang perlu dikongsi lebih-lebih lagi buat suami isteri.

Ada suami yang beranggapan jika mempunyai saiz zakar yang kecil pastinya tidak dapat puaskan nafsu isteri. Sebenarnya itu adalah TIDAK BENAR sama sekali. Jadi kepada suami yang mempunyai saiz zakar yang kecil jangan susah hati pulak. Jangan lah pula beli ubat, cream sapu atau alat senaman zakar semata-mata untuk membesarkan zakar anda. Kebanyakan ubat dan alat-alat senaman yang berada di pasaran sekarang tidak mampu pun untuk membesarkan zakar anda.

Kajian oleh British Journal of Urology International terhadap wanita-wanita yang aktif dalam hubungan seks. Kajian ini mendapati hampir 90% wanita yang aktif dalam seks tidak meletakkan saiz zakar pasangan mereka sebagai kriteria utama untuk mencapai kepuasan dalam hubungan seks.

Mereka lebih mementingkan teknik bersetubuh dan keintiman ketika aktiviti seks daripada saiz zakar. Dalam kata lain kebanyakan wanita daripada kajian ini lebih gemarkan foreplay dan bagaimana pasangan mereka melayan mereka ketika berasmara. kajian ini juga mendapati 10% wanita yang meletakkan saiz zakar sebagai faktor utama adalah mereka yang baru berjinak-jinak dengan hubungan seks atau wanita dalam usia yang muda.

Kajian oleh Universiti Kebangsaan Singapura pula terhadap saiz zakar lelaki Asia. Kajian ini mendapati saiz zakar lelaki Asia yang normal antara 12cm (4.7 inci) panjang dan ukur likit 11cm semasa terangsang adalah saiz yang lebih dari cukup untuk menikmati hubungan seks dengan sempurna.

Oleh itu wahai suami, tolonglah belai isteri terlebih dahulu sebelum langkah seterusnya diambil.



Jumaat, 24 Julai 2015

Tahukah: Saiz kemaluan wanita berbeza

Biasanya apa yang kita dengar, kita tahu dan ada juga kita lihat saiz zakar lelaki berbeza mengikut bangsa dan tempat. Pada kebiasaannya saiz zakar lelaki Asia ketika dalam keadaan terangsang adalah berukuran 4-7 inci panjang. Manakala bagi lelaki Eropah dan Afrika, saiz zakar mereka ketika terangsang adalah sepanjang 7-10 inci. Manakala zakar yang terpanjang dikatakan milik Rasputin iaitu sepanjang 15 inci. Bagi lelaki yang mempunyai zakar yang kecil sudah pastinya mendambakan saiz zakar yang besar dan disebabkan keinginan itulah ubat-ubatan untuk membesarkan zakar amat laku di pasaran. Bagaimana pula dengan saiz vagina wanita?

Mungkin ada yang berfikiran yang saiz vagina wanita melibatkan saiz besar atau sempitnya lubang faraj tetapi sebenarnya saiz vagina wanita merujuk kepada ukuran kedalaman vagina.

Vagina wanita biasanya bervariasi secara luar biasa dan bersifat elastik. Menurut Womenhealth, ketika tidak terangsang secara seksual, rata-rata vagina wanita memiliki kedalaman 3 hingga 4 inci (7-10 cm) tetapi apabila menerima rangsangan seksual, aliran darah akan menyebabkan serviks dan rahim akan naik dan menyebabkan saluran vagina mengalami regangan sehingga 5-9 inci. Vagina terdalam pernah dicatatkan di London pada tahun 1916 dengan kedalaman 17.5 inci.

Jika saiz zakar lelaki dipengaruhi oleh bangsa dan tempat tetapi ianya berbeza dengan wanita. Keadaan tertentu dapat mempengaruhi bentuk dan kedalaman vagina wanita. Kedalaman vagina wanita boleh dipengaruhi oleh tinggi badan, rangsangan secara seksual dan proses melahirkan anak. Wanita yang tidak memiliki pasangan seks, wanita yang menopouse dan ibu yang menyusui anak juga akan mengalami penyusutan bentuk kelaminnya dan keadaan ini disebut sebagai vagina atrofi.

Vagina atrofi terjadi kerana menurunnya hormon estrogen yang menyebabkan lapisan vagina menipis, lebih kering, kurang elastik dan lebih rapuh. Bagi sesetengah wanita, keadaan vagina atrofi menyebabkan hubungan seks lebih menyakitkan sehingga menyebabkan menurunnya minat terhadap hubungan seks.

Jika dilihat kepada perbezaan saiz zakar lelaki dan kedalaman vagina wanita terasa betapa berbezanya terutamanya bagi lelaki Asia. Patutlah ramai lelaki Malaysia berlumba-lumba untuk membesarkan saiz zakar mereka.


Khamis, 23 Julai 2015

Suamiku, tolonglah peluk aku

Kebanyakan suami menganggap memeluk isteri perlu dilakukan ketika untuk melakukan hubungan seks sahaja tetapi sebenarnya isteri amat suka dipeluk bukan hanya ketika ingin bersama tetapi dalam banyak situasi yang lain. Bagi sesetengah isteri, mereka lebih menikmati pelukan dari hubungan seksual.

Mengapa pelukan dari suami amat penting bagi seorang isteri? Dalam suatu kajian yang dilakukan apabila berpelukan suatu hormon yang dikenali sebagai hormon oxytocin akan dirembeskan oleh otak untuk mewujudkan perasaan tenang dan kasih sayang antara suami dan isteri. Hormon ini juga berfungsi untuk mengurangkan perasaan stress iaitu dengan menghalang pengeluaran hormon cortisol dan norepinephrine (hormon yang menyebabkan stress). Secara tidak langsung oxytocin akan mengurangkan risiko seseorang mengalami sakit jantung.

Satu kajian psikologi telah diterbitkan di Journal American Psychosomatic Society. Mereka membandingkan beberapa pasangan yang menunjukkan suami isteri yang menonton rancangan video selama 10 minit sambil memegang tangan, kemudian di akhir sesi itu berpelukan selama 20 saat.

Sementara sekumpulan pasangan lain hanya melihat video yang sama di kerusi berasingan tanpa berpelukan di akhir sesi.

Kemudian setiap pasangan ditemuramah untuk menceritakan saat yang paling stress sepanjang hari itu sambil diperiksa tekanan darah dan denyutan nadi. Pasangan suami isteri yang berpelukan tadi dengan tenang menceritakan masalah mereka dan ramai yang hampir lupa saat yang paling stress yang mereka tempuhi pada hari itu.

Sementara pasangan yang duduk berasingan ketika menonton video pula bercerita dengan penuh emosi saat-saat stress mereka pada hari itu sambil tekanan darah meningkat dan denyutan nadi menjadi sangat pantas.

Ramai saintis yang berpendapat bahawa sentuhan dan pelukan suami dan isteri akan mengurangkan pengeluaran hormon yang bertindakbalas dalam tubuh ketika tertekan seperti cortisol dan adrenaline. Pelukan juga akan menyebabkan kalenjar di otak akan mengeluarkan hormon serotonin  dan dopamine, yang memberikan rasa tenang dan tenteram.

Oleh itu para suami, peluklah sentiasa isteri, belai lembut rambutnya, sentuh wajahnya, gosok lembut lengannya, kaitkan jari jemari tangan anda dengan jari jemarinya, gosok lembut punggungnya dan sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.

Oleh itu wahai suami, bersedialah untuk memeluk isteri apabila mendengar isteri berkata "abang, tolonglah peluk aku"


Sabtu, 18 Julai 2015

Letak jawatan: Najib lebih pintar dari Pak Lah

Tun Mahathir mungkin semakin kecewa dengan Najib kerana sehingga kini tidak ada petanda yang Najib akan meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Bahkan jika dilihat kini Najib seakan-akan semakin mengukuhkan lagi jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Umum telah mengetahui betapa teruknya pentadbiran Najib sebagai Perdana Menteri; dari hutang negara yang semakin bertambah, pengenalan cukai GST yang dilihat semakin membebankan rakyat, penghapusan akta ISA yang boleh memberi ancaman kepada negara, memperkenalkan BRIM yang langsung tidak membantu rakyat yang susah sekadar gula-gula pilihanraya, hutang 1MDB sebanyak RM42 Billion dan yang terbaru adalah dakwaan daripada ASWJ berhubung duit yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya. Adakah ini akan menyebabkan Najib akan meletakkan jawatan? Jawapannya mungkin tidak.

Tun Mahathir menganggap yang Najib akan turun dari jawatan Perdana Menteri sepertimana Pak Lah yang turun dari jawatan Perdana Menteri akibat serangan-serangan yang dilakukan oleh beliau. Apa yang Tun Mahathir lupa, anak kepada Tun Razak ini telahpun belajar daripada apa yang berlaku kepada Pak Lah dahulu. Ini bermakna Najib lebih pandai daripada Pak Lah bagi mengekalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan juga Presiden Umno.

Antara kepandaian Najib iaitu:

1) Bagi mengekalkan jawatannya, beliau perlu mendapat kepercayaan daripada barisan kabinetnya. Oleh itu beliau telah membuat satu cabaran kepada mereka untuk meletakkan jawatan sebagai menteri dan juga timbalan menteri jika tidak mahu bersama beliau dalam mengharungi tempoh yang getir ini akibat kesilapan beliau sendiri.

Najib tahu yang menteri-menteri ini sudah pastinya tidak akan meletakkan jawatan kerana jika mereka meletakkan jawatan bermakna karier politik mereka akan terkubur selepas ini contohnya Safie Afdal dilihat tidak sealiran dengan Najib dalam isu 1MDB tapi beliau tidakpun meletakkan jawatan sebagai protes. Mungkin jika Muhyidin ada ketika cabaran itu dibuat pastinya beliaupun tak akan meletakkan jawatan. Keenganan mereka untuk meletakkan jawatan bermakna mereka masih survive dalam arena politik yang tiada ketentuan.

2) Najib menyedari salah satu penyebab yang akan menyebabkan beliau turun dari jawatan sekarang adalah pemilihan Agong Umno pada tahun hadapan. Sepertimana yang berlaku pada Pak Lah dahulu. Oleh itu secara cepat beliau memanggil meyuarat Majlis Tertinggi Umno untuk menunda pemilihan Agong kepada 18 bulan lagi bermula pada 2016. Ini bermakna selepas PRU14 barulah pemilihan Agong dibuat iaitu selewatnya 2018.

Dalam tempoh ini beliau percaya dapat menambat kembali kepercayaan yang semakin hilang daripada akar umbi dan ketua-ketua bahagian Umno akibat kesilapan pentadbirannya.

3) Pindaan perlembagaan Umno yang menyaksikan seramai 146,500 anggota akar umbi yang boleh memilih pemimpin menggantikan 2500 pewakilan sebelum ini menjadikan amat sukar suatu komplot untuk menjatuhkan Najib dilakukan.

4) Ada yang mengatakan peluang terakhir untuk menjatuhkan Najib adalah melalui undi tidak percaya di Parlimen. Adakah ianya boleh dilakukan? Adakah ahli parlimen Barisan Nasional akan mengundi untuk menjatuhkan Najib? Rasanya tidak. Ini kerana jika Najib mendapat undi tidak percaya, siapa yang akan dilantik menjadi Perdana Menteri? Setiap parti pastinya akan menyenaraikan calon masing-masing dan jika tidak mendapat persetujuan maka pilihanraya umum akan diadakan sesuatu yang Barisan Nasional ingin elakkan sekarang ini. Oleh itu, mahu atau tidak ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional akan berdiri teguh di belakang Najib.

5) Salah satu strategi yang dilihat pandai dan matang oleh Najib ini ialah sikap berdiam diri dari serangan Tun Mahathir. Walaupun dilihat bacul dan penakut tetapi strategi inilah yang dilihat berjaya. Najib percaya tiada gunanya menjawab setiap tohmahan Tun Mahathir lebih-lebih lagi Tun Mahathir seorang negarawan yang dihormati yang memerintah Malaysia selama 22 tahun.

DSP: Tak apalah Najib kalau tak nak letak jawatan pun. Aku dan rakyat akan menggunakan kuasa yang ada pada kami untuk menjatuhkan kau bukan dengan menggunakan jalanraya tetapi melalui undi-undi kami. Aku percaya rakyat lebih tahu menilai mana yang lebih baik untuk mereka. Mana tahu disebabkan Najib, ini adalah pilihanraya yang terakhir Malaysia diperintah oleh Barisan Nasional.


Isnin, 13 Julai 2015

Aduhai nak balik raya pun bergaduh

Tinggal 3 hari saja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita dan Syawal akan menjelma. Secara tak langsung 3 hari lagi kita akan menyambut hari raya Edul Fitri. Rasa sedih kerana Ramadhan, bulan yang penuh berkat ini akan pergi meninggalkan kita. Namun begitu rasa teruja untuk menyambut 1 Syawal mengurangkan sedikit rasa kesedihan itu.

Nak balik raya mana tahun ni? Dah tentukan belum? Atau masih ada yang tak tahu nak balik mana?

Mungkin ada juga yang sekarang ni sedang bermasam muka dengan pasangan masing-masing kerana setiap kali raya asyik balik rumah dia aje. Mungkin juga ada si suami atau isteri yang mengambil protes secara diam untuk tidak menyediakan keperluan raya kerana pada tahun ini giliran beraya di rumah mentua.

Walau apapun keputusan yang diambil oleh suami atau isteri semestinya harus adil dan saksama. Perlu ada timbang rasa di kalangan pasangan kerana hari raya adalah hari untuk mengeratkan silaturahim di antara kita. Jangan pula bermasam muka di hari yang mulia itu.

DSP: Selamat menyambut Eidul Fitri buat semua pembaca blog saya. Ampun dan maaf dipinta seandainya ada tulisan saya selama ini yang terasa dihati dan terjentik di telinga.

Kisah seorang sahabat: Ujian Allah paling hebat

Ini adalah artikel yang ketiga berkenaan dengan kisah seorang sahabat yang sedang diuji oleh Allah dengan ujian yang maha hebat. Artikel ini...