Jumaat, 20 Julai 2012

Drebar teksi merogol penuntut kolej

Seorang drebar teksi sangup mengugut akan menolak seorang penuntut kolej ke dalam gaung sebelum bertindak memperkosanya di kawasan semak di Jalan Lama Gombak.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, gadis malang terbabit yang berusia 19 tahun menaiki teksi di Batu Caves, sebelum meminta pemandu terbabit menghantarnya ke Taman Batu Muda, Sentul.

drebar teksi merogol penuntut kolej
Menurut sumber, bagaimanapun ketika dalam perjalanan, pemandu itu memberitahu ingin membuang air kecil dan terus melencung ke Jalan Lama Gombak sebelum berhenti di tepi kawasan semak.

Sangkaan mangsa yang pemandu teksi itu memang ingin membuang air ternyata meleset apabila secara tiba-tiba pemandu teksi tersebut membuka pintu penumpang belakang dan mengarahkan mangsa keluar secara paksa.

Terkejut dengan tindakan itu, mangsa cuba melawan namun gagal sebaliknya ditampar beberapa kali sebelum lehernya diacukan dengan pisau dan mengarahkan mangsa supaya diam dan jangan melawan.

Sumber berkata, lelaki itu kemudian membawa mangsa ke dalam semak sebelum memperkosanya. Sebaik pemandu teksi tersebut memuaskan nafsunya, dia terus mengikat tangan dan kaki serta menutup mata mangsa dengan kain sebelum melarikan diri.

Mangsa yang berjaya melepaskan diri, berlari ke jalan utama untuk meminta bantuan orang ramai.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...