Isnin, 16 Julai 2012

Kerajaan Selangor akan mengambil alih Syabas



Kerajaan Negeri Selangor akan mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) berikutan ketidakmampuan Syabas membekalkan air ke seluruh negeri Selangor.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan bahawa satu notis telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan bagi mengambil alih pengurusan syarikat tersebut.

Kerajaan negeri pimpinan beliau telah membuat keputusan untuk menggunakan kuasa di bawah klausa 32 dalam perjanjian konsesi yang mana kerajaan negeri boleh mengambil alih pengurusan syarikat konsesi tersebut jika kerajaan persekutuan pimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersetuju berkenaan dengan pengambil alihan tersebut.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan jika hasrat kerajaan negeri tidak dipersetujui oleh kerajaan persekutuan, maka perkara ini akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan keadilan.

Keputusan yang diambil oleh kerajaan negeri adalah berikutan kegagalan Syabas membekalkan air kepada seluruh rakyat dinegeri Selangor.

Ini adalah berikutan pengumuman cadangan catuan air oleh Syabas ekoran Pengawal Selia Air Negeri dan Ahli Lembaga Pengarah Syabas tidak dimaklumkan berkenaan perkara tersebut.

Ekoran kepada cadangan catuan air, satu jawatankuasa ditubuhkan untuk memantau dan akan meminta Syabas memberi laporan harian bagi mendapatkan kedudukan air semasa. Malah Konsortium Abbas juga diminta menyertai jawatankuasa tersebut bagi memantau kesahihan laporan dan maklumat oleh Syabas.

Kerajaan negeri juga mengesa supaya proses penstrukturan semula air diteruskan dengan segera kerana Syabas jelas tidak berkemampuan untuk memberi perkhidmatan air yang baik kepada pengguna.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...