Khamis, 30 Ogos 2012

Tolong jangan berceramah politik di surau

Tadi semasa aku singgah di sebuah taman di Batu Caves untuk makan selepas bersembahyang Maghrib aku terdengar dari sebuah surau ada ceramah politik..eheh bukan ceramah agama..

Aku terdengar seorang ustaz berceramah, aku tak tahulah tajuk tentang apa tapi siap buka hadis dan buka ayat Al-Quran tentang syaitan yang menyesatkan manusia dari Nabi Adam hinggalah sekarang....best ni....jadi aku pasang telinga lagi....sayangnya aku tak bawa alat untuk merakam.

Ustaz tu kata "syaitan ini sejak dari dulu, kini dan selamanya asyik kerjanya menyesatkan manusia... jadi janganlah pakai slogan dulu,kini dan selamanya sebab itu slogan syaitan. Katanya lagi dulu 10 tahun yang lepas banyak dia tengok orang tampal dulu,kini dan selamanya di kereta tapi sekarang dah tak banyak......"

Aku terdengar lagi ustaz itu dalam gelak-gelak berkata lagi, "sekarang ini orang dah tak banyak kibarkan bendera Malaysia di rumah-rumah dan di kereta-kereta semperna Hari Kemerdekaan sebab orang dah tak suka kerajaan... kalau nak kibarkan bendera tunggulah tukar kerajaan dulu........" tambahnya ustaz itu lagi masih dalam nada tergelak-gelak.

Eh, aku tersalah dengar ker ini? Aku pun tanyalah kat seorang pakcik kat kedai tu, dia kata memang selalu ada ceramah agama campur dengan ceramah politik di surau tersebut dan pakcik itu kata lagi yang dia ada terdengar cerita yang ada penduduk di taman tersebut telah melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkenaan tapi sehingga kini tiada tindakan yang diambil.

Bagi aku, surau atau masjid adalah tempat beribadat jika tempat-tempat tersebut dipolitikkan maka akan berlakunya perpecahan dalam masyarakat. Aku percaya orang-orang yang menyokong kerajaan tidak akan pergi ke surau tersebut untuk bersembahyang lagi selepas ini.

Kepada pihak-pihak yang berkenaan tolonglah pantau dan ambillah tindakan seandainya terdapat perlanggaran garis panduan berceramah.

"Ibu, abah dah gemuk"

Semalam ketika aku bersama keluarga keluar makan selepas balik dari kerja di sebuah Restoran
Pakistan di Selayang, aku terdengar perbualan anak aku dengan ibunya. Anak aku lelaki bongsu yang baru berusia lapan tahun berkata kepada ibunya " Ibu, abah dah gemuk lah sekarang ini".
Dari sudut pandang
Sekadar gambar hiasan
Jawab isteri aku, " Yea lah, abah dah gemuk".

Anak aku cakap lagi, "Abah dah tak hensem lagilah ibu, tak macam dulu".

Anak aku yang sulong pun menyampuk " yea lah ibu, abah tak hensem sebab dah gemuk"

Anak aku yang bongsu berkata lagi, "Ibu, tinggal aje lah abah tu cari lelaki lain"

Jawab isteri aku pula, " Tak boleh, mana boleh ibu tinggalkan abah sebab abah adalah nyawa ibu. Biarlah abah gemuk sebab abah boleh jadi teddy bear ibu".

Perbualan tersebut berhenti disitu saja, mungkin anak-anak aku berpuas hati dengan jawapan ibunya.

Memang aku akui yang badan aku ni selepas raya memang naik mendadak akibat beraya tempohari tapi agak terkejut dengan keprihatinan anak aku. Tak sangka anak aku yang berumur lapan tahun boleh mengutarakan pendapat macam itu.



Rabu, 29 Ogos 2012

Gangnam Style fenomena baru dunia muzik

Gangnam Style menjadi satu fenomena baru dunia muzik yang mana lagu nyanyian Psy satu singkatan dari perkataan Psycho atau nama penuhnya Jae-Sang Park di YouTube mendapat tontonan sebanyak 60 juta peminat diseluruh dunia.






Psy bukannya seorang penyanyi yang terkenal di Korea hanya suam-suam kuku saja sebab perwatakan fizikalnya yang bukan seperti penyanyi Korea yang lain.

Hanya disebabkan lagu Gangnam Style yang dimuatkan di laman YouTube telah mengubah hidup Psy menjadi superstar baru dunia.

Kini kalau di lihat di laman YouTube, berbagai versi lagu berkenaan dimuat turun dan boleh di tonton di YouTube gara-gara popularitinya.

Lagu Gangnam Style yang dinyanyikan dalam bahasa Korea sudah pasti bukan semua orang faham tapi melodi lagu tersebut boleh menyebabkan semua orang yang mendengarnya akan mula 'bergoyang'.

Disebabkan dengan lagu ini juga, Psy mendapat reaksi hebat daripada bintang ternama yang lain seperti Katy Pery, T-Pain, Robbie Williams, Josh Groban dan juga Nelly Furtado di dalam twitter.

Psy, mereka sepenuhnya koreografi dalam klip video Gangnam Style yang diselitkan dengan lawak, tarian pelik, dan yang lebih menonjol adalah gerak tari seolah-olah menunggang kuda menjadi koreografi utama dalam klip berkenaan.

Meraih kejayaan tepat pada masanya di kala muzik K-pop semakin mendapat tempat di seluruh dunia tetapi Psy kurang bernasib baik kerana di Korea dia sebenarnya sebelum ini tidak begitu dikenali.

Dilahirkan di Korea, Psy mendapat pendidikannya di Boston Universiti dan Berklee College of Music. Dia mula melancarkan album pertamanya iaitu PSY from the PSYcho World pada 2001.

 

Selasa, 28 Ogos 2012

Info berkenaan kesuburan lelaki

Masalah kesuburan lelaki menyumbang kepada 20 hingga 25 peratus kes-kes ketidaksuburan yang berlaku. Kesuburan atau fertiliti lelaki bergantung kepada proses penghasilan sperma (spermatogenesis) yang normal, berjaya mempunyai ereksi dan terjadinya ejakulasi.

  • Sperma dengan kelajuannya melebihi 40 mikron adalah benih yang paling aktif.
gambar spermatozoa dari sciencephotolibrary
  • Sperma dengan tahap kelajuan kurang daripada 20 mikron tidak mudah sampai ke sasaran.

  • Tidak ada kaedah lain untuk mengukur kesuburan lelaki selain daripada ujian air mani.

  • Lelaki yang pernah menghamilkan isteri pada suatu ketika  tidak semestinya sentiasa subur.

  • Pelbagai perubahan badan yang berlaku akan menyebabkan sperma juga akan mengalami perubahan.

  • Lelaki yang lanjut usia biasanya menghasilkan benih yang kurang aktif dan berbentuk tidak normal.

  • Masalah tekanan dan emosi yang dialami oleh lelaki akan mempengaruhi penghasilan benih yang kurang dan berbentuk tidak normal.

Sumber: Bharian

Isnin, 27 Ogos 2012

Tahukah anda berkenaan pokok

Tahukah anda:

  • Jika kita menanam seekar pokok setahun, ini bermakna jumlah oksigen yang dihasilkan dapat digunakan oleh 18 0rang setahun dengan mengambil anggaran perkiraan 200gram oksigen dapat dikeluarkan oleh sebatang pokok.
pokok bonsai

  • Seandainya sebatang pokok berusia 70 tahun mati, sejumlah 3 tan karbon akan kembali ke ruang udara kita. Itu kalau sebatang pokok, kalau banyak pokok ditebang bayangkanlah berapa banyak karbon yang berada dalam ruang udara kita.

  • Sebatang pokok mampu menyerap satu tan gas karbon dioksida setahun.

  • Usaha menanam dua batang pokok di laman rumah mampu membekalkan oksigen yang diperlukan oleh empat orang.

Sumber: Bharian


Oleh itu apa tunggu lagi, tanamlah walau sebatang pokok bunga di laman hadapan rumah anda...hehehe.

Wanita Malaysia ke tiga dunia paling curang

Terkejut aku bila baca kaji selidik  yang menunjukkan wanita Malaysia adalah yang ketiga paling ramai curang di dunia tapi itulah hakikatnya. Laman berita GhanaWeb yang memetik laporan akhbar China Press mengatakan:

Wanita Ghana 62 peratus curang

Wanita Thailand 59 peratus curang

Wanita Malaysia 39 peratus curang

Wanita Rusia 33 peratus curang

Wanita Singapura 19 peratus curang


Manakala kajian juga mendapati:

Pasangan Thailand 54 peratus curang

Pasangan Korea Selatan 34 peratus curang


Dalam laporan tersebut tidak lah pula mereka menyatakan kaedah kaji selidik yang telah mereka buat berkenaan dengan statistik ini.

JPJ merakam 1876 kesalahan lalulintas

Alamak aku ada buat kesalahan jalan raya tak sewaktu balik beraya baru-baru ini??. Risau lah pulak kalau-kalau ada saman ni bila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengatakan sepanjang Op Selamat dilancarkan telah ada 1876 gambar kesalahan lalu lintas telah dirakam bermula pada 12 Ogos lalu.

"Kesalahan yang dirakam yang dilakukan oleh pengguna jalan raya adalah seperti memotong garisan berkembar, melanggar lampu merah, tidak memakai tali keledar, tidak memakai topi keledar serta memotong sebelah kiri dan di laluan yang tidak dibenarkan.

Saman akan dikeluarkan kepada pemandu dan pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan tersebut."

Balik beraya baru-baru ini memanglah ada aku lihat anggota JPJ yang berada di tepi jalan tapi tak nampaklah pulak dia orang ambil gambar sebab aku tengok dia orang duduk aje kat dalam khemah tu, kalau macam ini aku rasa mesti aku ada saman sebab tempat yang dia orang 'station' tu boleh bawa dengan kelajuan 60km/j aje.

Aku rasa tak logik betullah sebab masih ada had laju 60km/j sebab slow giler tu. Entahlah.........pasni kena pinjam duit raya anak aku lah nampaknya sebab nak kena bayar saman...hehehe.

 

Sabtu, 25 Ogos 2012

Selamat Pengantin Baru Ustaz Don

Kalau sebut nama penuhnya Don Daniyal Don Bijayid, 28 tahun mungkin tak ramai yang kenal tapi kalau Ustaz Don pasti semua orang kenal pendakwah ini lebih-lebih lagi kepada sesiapa yang mengikuti program '30 minit bersama Ustaz Don' di saluran TV Al-Hijrah.


Ustaz Don yang sebelum ini telah bertunang dengan Husna Zahry Rafie, penuntut tahun kelima jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir pada 6 Mac tahun lalu telah selamat melangsungkan pernikahannya semalam.

P/S : Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat pengantin baru buat ustaz Don dan pasangannya dan semoga sentiasa mendapat rahmat dariNya.

Cecair perangsang seks menyebabkan kematian

Artikel ini telah menjadi tajuk berita di Harian Metro pada seminggu sebelum raya berkenaan dengan seorang perempuan dan pasangannya yang telah meminum cecair perangsang seks bagi menambah power ketika bersama.

Sebelum ini juga aku ada menulis berkenaan dengan seorang pasangan, yang mana lelaki tersebut telah mati akibat kerana ingin menambah 'power'. lihat sini. Nampaknya walau berbagai nasihat dan berita yang melaporkan perkara seperti ini, kita seakan-akan lupa akan akibatnya.

Memanglah seks itu penting tapi sebagai seorang islam perlulah dulu berkahwin barulah boleh bersama dengan isteri dan ada adatnya.

Apa yang berlaku kepada wanita yang berusia 23tahun ini perlu dijadikan iktibar buat semua dan jika ada masalah berkenaan dengan keupayaan seks perlu rujuk kepada doktor dan jangan membeli di kaki lima atau di pasar malam sebab ianya tidak menjamin keselamatan dan kesihatan.

Okey, nak tahu cerita, sila baca:

Tindakan sepasang kekasih melakukan eksperimen ketika berasmara dengan meminum sejenis ubat cecair dipercayai perangsang bersama minuman isotonik mengundang padah apabila pasangan wanitanya mati dipercayai sesak nafas.

Kejadian berlaku jam 11 malam di sebuah rumah tumpangan. Wanita tersebut yang berusia 23 tahun bersama lelaki berusia 20 tahun terbabit menyewa rumah itu dipercayai untuk melakukan aktiviti tidak bermoral.

Sumber berkata, pasangan terbabit ditemui orang awam jam 12 tengah malam dalam keadaan tidak bermaya di tepi jalan berhampiran sebuah tokong apabila lelaki terbabit dilihat memapah wanita itu.

Menurutnya, dia cuba meminta pertolongan untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana mulut wanita itu sudah berbuih.

Pasangan tersebut dikejarkan ke hospital, namun wanita terbabit disahkan sudah meninggal dunia manakala pasangannya dimasukkan ke wad kecemasan untuk rawatan lanjut.

Berdasarkan soal siasat ke atas lelaki tersebut didapati pasangan tersebut telah memasuki rumah tumpangan tersebut pada jam 11 malam dan mendapati mereka meminum ubat cecair untuk merangsang seks yang dicampur dengan minuman isotonik.

P/S : Aku mengharapkan agar pihak-pihak yang terlibat perlu lebih memantau jualan ubat kuat yang berleluasa dijual kepada orang ramai lebih-lebih lagi di kaki-kaki lima, di pasar malam bahkan di masjid-masjid sewaktu sembahyang jumaat. Juga aku mengharapkan agar pemantauan perlu dilakukan di hotel-hotel bajet atau dirumah-rumah tumpangan agar pasangan yang ingin melakukan aktiviti yang tidak bermoral dapat diatasi.

Khamis, 16 Ogos 2012

Shabery Cheek mengaku bertanggungjawab


Kegagalan kontinjen Malaysia untuk mendapatkan emas pertama negara di Sukan Olimpik telah menyebabkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengaku bertanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan tersebut.

Sebelum Sukan Olimpik, rakyat Malaysia dijanjikan sekurang-kurangnya satu pingat emas mampu dimiliki dengan atlit yang menjadi sandaran harapan Malaysia untuk merealisasikan hasrat tersebut iaitu Datuk Lee Chong Wei, Pandalela Rinong dan juga Azizul Hasni Awang tetapi malangnya hasrat 28 juta rakyat Malaysia tidak tercapai.

Setelah hasrat itu terkubur, berbagai ulasan dan komen yang diberikan oleh para pegawai sukan berkenaan dengan kegagalan tersebut. Ada yang kata atlit Malaysia tidak gagal kerana terdapat peningkatan dari segi keupayaan atlit wanita; ada yang kata terdapat peningkatan atlit dari sukan yang tidak disandarkan pungutan pingat seperti memanah; ada yang kata pencapaian kita menyamai pungutan pingat di sukan Olimpik Atlanta sebagai sesuatu yang membanggakan dan berbagai lagi ulasan yang diberikan tanpa mengaku diatas kegagalan tersebut. Hanya Datuk Naim Mohammad sebagai Timbalan Presiden Persatuan Lumba Basikal Kebangsaan sahaja yang mengaku dan mengambil tanggungjawab untuk meletak jawatan.

Pada pendapat aku, Datuk Naim tidak perlu meletak jawatan di atas kegagalan ini kerana jika dilihat rekod yang ditunjukkan oleh Datuk Naim di dalam memartabatkan sukan lumba basikal di Malaysia amat cemerlang dengan atlit-atlit yang dilahirkan mampu menjadi pencabar di setiap kejohanan dunia. Jika kita mengukur prestasi persatuan hanya kepada satu kejohanan yang disertai bermakna banyak Presiden dan Timbalan Presiden Persatuan Sukan yang perlu meletak jawatan.

Kita seharusnya melihat keseluruhan prestasi atlit dibawah persatuan terlebih dahulu sebelum mendesak mereka yang bertanggungjawab ke atas persatuan tersebut untuk meletak jawatan. Misalnya Persatuan Badminton dan Persatuan Olahraga yang selama ini dilihat gagal dalam melahirkan atlit pelapis yang berwibawa.

Bagi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pula kegagalan ini bukan terletak sepenuhnya ke atas beliau, kegagalan ini adalah kegagalan semua pihak yang terlibat dengan sukan tetapi sebagai orang yang bertanggungjawab beliau telah mengambil inisiatif untuk mengaku bahawa misi ke London adalah gagal sepenuhnya. Bagi aku tidak ramai pemimpin yang berani tampil dan mengaku perkara yang tidak menyebelahi mereka dan aku tabik kepada pemimpin seperti ini.


Selasa, 14 Ogos 2012

Inilah takdir

Terasa sebak ketika aku membaca laporan berita berkenaan dengan kemiskinan yang dialami oleh pasangan mualaf bersama dengan 16 orang anaknya yang hidup penuh dengan kedaifan.

Ketika anak-anak umat islam yang lain telah bersedia dengan baju raya, anak-anak pasangan ini terpaksa melupakan keinginan tersebut kerana kedaifan ibu bapa mereka.

Dengan gaji sebanyak RM900 sebulan dan dengan anak seramai 16 orang memang duit tersebut tidak cukup untuk menampung kehidupan lebih-lebih lagi dengan peningkatan harga barang ketika ini.

Aku terfikir di mana agaknya duit zakat yang berjuta-juta dibelanjakan, mana perginya badan kebajikan masyarakat ketika bantuan diperlukan??

Ini baru satu pasangan yang didedahkan dan aku rasa masih ramai keluarga yang susah di Malaysia ini. Nampak sangat kek kekayaan negara tidak dibahagikan dengan betul, yang senang bertambah senang, yang susah bertambah susah.

Aku bertambah sayu bila pasangan ini berkata yang mereka tidak pernah membeli daun palas, menganyam ketupat, membuat kuih raya, membeli pakaian baru bahkan terpaksa menutup pintu rumah ketika menyambut raya kerana tidak ada makanan dan duit bagi tetamu yang datang.

Kepada kita yang senang ini kadang-kadang tidak pernah terfikir akan kesusahan orang lain buktinya ketika berbuka puasa bermacam-macam makanan yang dibeli dan ada sesetengahnya sehinggakan membazir.

sumber: Hmetro

Jumaat, 10 Ogos 2012

Lirik lagu Hari Kebangsaan 'Janji Ditepati'




Ini ke lagu tema Hari Kebangsaan ke-55 tahun Malaysia? Macam lagu pilihanraya aje untuk pancing undi....

Agak-agaknya apa komen anda bila baca lirik lagu ini yang dicipta untuk menyambut Hari Kebangsaan yang ke-55.?  (tolong komen secara berhemah yea)


Khamis, 9 Ogos 2012

Video '3 soalan dari melayu murtad'

Seorang wanita melayu islam yang ingin keluar dari islam akibat dari kesalahfahaman berkenaan dengan Allah telah berjumpa dengan ustaz Hafiz Ng Abdullah bagi menyelesaikan kekeliruan tersebut.

Dia berkata kepada ustaz tersebut, jika dia tidak berpuashati dengan jawapan yang diberikan. dia akan keluar dari islam.

Soalan yang diberi :

1. Adakah Allah itu wujud?

2. Mengapakah Allah itu tidak adil?

3. Jika Allah itu wujud, Allah sedang buat apa sekarang?

4. Allah itu ada di mana sekarang dan macamana nak jumpa Allah?


Jika nak tahu jawapan dari Ustaz Ng ini ikuti video ini dan tolong sebarkan.

Mati selepas 'projek'

Seorang lelaki Nepal di dapati mati selepas membuat 'projek' bersama dengan teman wanitanya yang berasal dari Vietnam di sebuah hotel bajet di Nusajaya.

Akibat sering tewas dengan nafsu teman wanitanya, warga Nepal itu dikatakan memakan ubat kuat seks dengan kuantiti yang berlebihan di samping meminum arak semata-mata mahu memenuhi kehendak kekasihnya itu.

Malangnya, hasrat lelaki yang berusia 38 tahun itu untuk 'bertahan lama' ketika melakukan seks tidak kesampaian apabila tidak sedarkan diri sebelum disahkan mati.

Warga Nepal itu serta pasangannya dikatakan mendaftar masuk pada kira-kira jam 3:30 petang dan pada kira-kira jam 11 malam dikatakan warga Nepal itu disedari tidak bergerak oleh teman wanitanya.

Pasangan itu dipercayai baru selesai melakukan hubungan seks sebelum tertidur akibat penat dan pada masa yang sama mangsa meninggal dunia.

Akibat panik dengan keadaan teman lelakinya, wanita terbabit terus memaklumkan perkara tersebut kepada pengurusan hotel sebelum membuat laporan polis.

P/S: Buat semua terutamanya lelaki jadikan berita ini sebagai panduan. Kalau kita lihat terlalu banyak ubat kuat seks ini dijual dikaki-kaki lima.Juga iklan-iklan yang ditampal iklan berkenaan dengan ubat kuat seks ini dipasaran...hinggakan didalam internet, khasnya diblog-blog terdapat iklan-iklan berkenaan perkara ini.

Mengikut statistik, iklan yang berdasarkan seks dapat menarik minat pelayar untuk melihat kandungan iklan tersebut. Apa yang pasti kita sebagai pengguna perlu lebih berhati-hati sebelum mengambil ubat kuat yang dijual dipasaran kerana jika tersalah makan atau tidak sesuai boleh mengundang maut.

Jumaat, 3 Ogos 2012

BEC Tero Sasana tawarkan kontrak kepada Rozaimi


Pemain bola sepak Kebangsaan bawah 22 dan juga pemain bola sepak Sabah, Rozaimi Abdul Rahman ditawarkan kontrak sebagai pemain profesional tanpa perlu menjalani pemilihan seperti yang disyaratkan oleh BEC Tero Sasana.

Kelab daripada Thailand ini yang sekarang menduduki tangga ke-4 Liga Perdana Thailand terdesak untuk mendapatkan pemain bintang apabila tawaran kontrak kepada pemain Indonesia Titus Bonai gagal menemui jalan penyelesaian.
Dari sudut pandangPengarah Urusan Golden Sport Management, Zulfikar Amizan Ahamed yang membantu urusan perpindahan itu berkata, beliau sudah mengemukakan surat tawaran daripada Tero Sasana kepada Persatuan Bola Sepak Sabah(Safa) dan mengharapkan agar Safa dapat membuat keputusan sebelum tarikh tutup hari ini.

Berdasarkan tawaran yang dikemukakan kelab naib juara Liga Juara-Juara Asia 2002 itu, Rozaimi, 19 tahun ditawarkan kontrak minimum dua tahun dengan bayaran gaji lumayan serta yuran perpindahan kepada Safa.

Namun apa yang lebih menyulitkan apabila Rozaimi telah menandatangani perjanjian dengan Selangor untuk bermain di Piala Malaysia.

P/S : Sekarang ini terpulang kepada Safa bagi memberi peluang kepada anak didiknya untuk menimba ilmu yang lebih banyak di pentas yang lebih luas. Peluang kepada Rozaimi sudah terbentang luas dan terpulang kepada diri unntuk merebutnya.

Cuepacs minta kadar faedah 1 peratus

Seronok betul jika bekerja di sektor awam ini. Dahlah baru-baru ini dapat bonus raya ini kadar faedah pun minta kurang kepada 1 peratus.

Dalam situasi harga rumah di Malaysia yang melonjak tinggi, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengemukakan cadangan kepada Suruhanjaya Khas Mengenai Transformasi Perkhidmatan Awam supaya menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan daripada 4 peratus kepada 1 peratus bagi membolehkan penjawat awam memiliki rumah sendiri.

Jika cadangan ini diluluskan oleh Kerajaan bermakna setiap kakitangan awam dapat memiliki rumah mereka sendiri dengan bayaran ansuran yang rendah.

P/S : Dalam situasi politik sekarang ini, mintalah apa saja aku rasa kerajaan akan luluskan sebab nak tahu kenapa sebab bukan ker mereka laung-laungkan PRU-13 adalah ibu kepada pilihanraya maka Kerajaan akan sanggup melabur bagi memenangi pilihanraya kali ini walaupun sehingga meminjam sekalipun dengan bank Dunia.

Imam Muda 3 menuju puncak


Antara sedar dengan tidak akhirnya program pencarian Imam Muda musim ketiga ini akhirnya mencapai ke kemuncak acara pada malam ini bermula pukul 9 malam di Astro Oasis.

Antara peserta yang layak iaitu Abdul Rahman Naufal Mohd Hatta, 21 tahun. Beliau adalah pelajar tahun satu jurusan Sarjana Muda Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko dari Universiti Sains Islam Malaysia.

Peserta kedua iaitu Mohammad Hafiz Abdul Kadir, 27 tahun. Beliau adalah graduan lulusan Sarjana Fiqh dan Usul Fiqh dari Universiti Mu'tah, Jordan. Beliau juga seorang Imam masjid.

Peserta ketiga iaitu Abdul Jabbar Mohammad Kahar, 28 tahun. Beliau berkelulusan Sarjana Fiqh daripada Universiti Antarabangsa Al Madinah dan turut memiliki Sarjana Muda Syariah serta Pengajian Islam daripada Universiti Islam Madinah dan bekerja sebagai penolong pensyarah.

Kepada yang bertarawih malam ini jangan risau yea sebab ada siaran ulangan pada pukul 11 malam.


P/S : Aku tak berapa ikut la Imam Muda 3 ini sebab bukan apa tak berapa 'gemor' dengan pengacara dia, tapi Insya Allah akan cuba ikuti siaran ulangan.

Farizal Marlias berdepan waran tangkap

Percaya atau tidak yang penjaga gol bola sepak kebangsaan kita yang mempamerkan aksi yang hebat ketika menetang Arsenal baru-baru ini ada kes khalwat?

Penjaga gol bola sepak kebangsaan, Mohd Farizal Marlias gagal hadir bagi sebutan kes khalwat kali kedua dengan seorang pekerja swasta tahun lalu menyebabkan Mahkamah Rendah Syariah Subang Bistari mengeluarkan saman kehadiran terhadap kedua-duanya.

Saman tersebut dikeluarkan keran kedua-dua mereka gagal hadir tanpa sebarang alasan dan diperintahkan hadir bagi sebutan kes pada 13 September nanti.

Penjamin mereka bagi kes ini juga telah dikeluarkan saman walaubagaimanapun kira-kira jam 1 petang, penjamin tersebut telah datang ke mahkamah bagi menyerahkan sijil cuti sakit Mohd Farizal namun tidak memberi sebarang dokumen berkaitan Zaiton.

Sebelum ini mereka berdua berada dibawah bon jaminan penguatkuasa JAIS dan sepatutnya mereka hadir ke mahkamah pada 28 Jun 2012.

sumber: HMetro

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...