Terasa sebak ketika aku membaca laporan berita berkenaan dengan kemiskinan yang dialami oleh pasangan mualaf bersama dengan 16 orang anaknya yang hidup penuh dengan kedaifan.
Ketika anak-anak umat islam yang lain telah bersedia dengan baju raya, anak-anak pasangan ini terpaksa melupakan keinginan tersebut kerana kedaifan ibu bapa mereka.
Dengan gaji sebanyak RM900 sebulan dan dengan anak seramai 16 orang memang duit tersebut tidak cukup untuk menampung kehidupan lebih-lebih lagi dengan peningkatan harga barang ketika ini.
Aku terfikir di mana agaknya duit zakat yang berjuta-juta dibelanjakan, mana perginya badan kebajikan masyarakat ketika bantuan diperlukan??
Ini baru satu pasangan yang didedahkan dan aku rasa masih ramai keluarga yang susah di Malaysia ini. Nampak sangat kek kekayaan negara tidak dibahagikan dengan betul, yang senang bertambah senang, yang susah bertambah susah.
Aku bertambah sayu bila pasangan ini berkata yang mereka tidak pernah membeli daun palas, menganyam ketupat, membuat kuih raya, membeli pakaian baru bahkan terpaksa menutup pintu rumah ketika menyambut raya kerana tidak ada makanan dan duit bagi tetamu yang datang.
Kepada kita yang senang ini kadang-kadang tidak pernah terfikir akan kesusahan orang lain buktinya ketika berbuka puasa bermacam-macam makanan yang dibeli dan ada sesetengahnya sehinggakan membazir.
sumber: Hmetro

Tiada ulasan:
Catat Ulasan