Selasa, 24 Disember 2013

Murtad kerana cinta

"Ya Allah, kau tegakkan agamamu ketika kami tidak berupaya menegakkannya, Ya Allah, Kau berikan petunjuk dan jalan kepada kami ketika kami lemah dan lalai. Ya Allah, kau tetapkan lah hati kami di jalan agamamu yang benar ketika kaum kafir begitu kuat untuk menyesatkan kami, Ya Allah, Amim Ya Robbi Alamim."

dari, sudut, pandang, Islam, murtad, keluarga, Hindu, perempuan, agama, Islam itu indah

Seorang perempuan yang berusia 24 tahun sanggup menukar agama yang dianutinya iaitu Islam, hanya kerana cinta.

Ikuti kisah sedih ini yang berlaku kepada sebuah keluarga di Kuala Lumpur apabila anak perempuan yang diajarnya sejak lahir tentang agama Islam, diajarnya mengaji al-Quran dan sembahyang tetapi apabila besar sanggup buang keluarga dan agama semata-mata mengikut kekasihnya yang beragama Hindu.

Seorang ayah menceritakan kisah sedih ini berkata, dugaan yang diterimanya amat berat apabila anak perempuan disayanginya terjebak dengan cinta menjurus ke arah murtad

"Walaupun saya kurang berpelajaran, namun didikan agama terhadap anak anak tak pernah saya abaikan. Malah, kami sekeluarga selalu berkumpul dan bertazkirah selepas Maghrib.

"Tiba-tiba seorang daripada anak yang selama ini mendengar cakap, rajin mengaji al-Quran dan menutup aurat berubah sikap sebaliknya.

"Kemuncaknya, kira-kira setahun lalu dia keluar rumah dengan membawa beg pakaian sebelum saya dapat mengesannya tinggal bersama teman lelaki bukan Islam,"

Ayahnya berkata, dia pernah cuba membawa anak perempuannya itu balik ke rumah tetapi dihalang abang kekasih anaknya itu.

"Saya dicekik, dihalau dan diberi amaran supaya tidak datang lagi. Lebih menyedihkan, anak saya meminta saya pergi dari situ.

"Ya Allah, selamatkan aku, hanya itu mampu terucap ketika dicekik beberapa minit sambil diancam dipukul dengan batu,"

Dia yang mulanya nekad membawa pulang anaknya itu akhirnya akur kerana bimbangkan keselamatan diri dan isteri terpaksa beredar dengan penuh pilu apabila turut dihalau anak sendiri.

Sementara itu, ibunya berkata, hancur luluh hatinya ketika cmelihat anaknya itu melakukan upacara keagamaan bukan Islam disebuah rumah ibadat di sini.

"Saya mengandungkannya dan melahirkannya dalam agama Islam. Ibu mana yang mampu menahan kesedihan apabila anak yang selama ini mendengar cakap tiba-tiba berubah, malah mengikut perbuatan agama lain termasuk melakukan upacara agama di rumah ibadat bukan Islam.

"Apa saya nak jawab dengan Allah nanti. Saya ada 4 anak, tetapi ke mana arah akidah seorang daripadanya apabila perwatakannya kini menyimpang jauh daripada syarak, dia tidak lagi bertudung, gemar berseluar pendek, malah sudah ada tanda di dahinya."

Ibu itu berkata, air matanya sudah kering akibat terlalu banyak menangis sejak anak perempuannya itu mengikuti seorang lelaki berusia 25 tahun.

Ibu itu berkata lagi, kes anaknya itu sudah dilanjutkan kepada pengetahuan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan polis, namun tiada tindakan sewajarnya diambil pihak berkenaan.

"Kami sekeluarga hidup dalam syariat Islam. Saya dan suami memberikan pendidikan agama kepada semua anak-anak sejak kecil sehingga dewasa, solat fardhu 5 waktu amat dititik beratkan.

"Saya takkan benarkan....anak saya tidak boleh memilih untuk keluar daripada Islam walau apapun alasannya termasuk sudah dewasa. Teman lelakinya turut mendakwa akan membawa anak saya untuk menukar nama serta status agama dalam kad pengenalan, saya takkan benarkan."

DariSudutPandang: Sedih dan terkilan bila membaca kisah keluarga ini. Apa tindakan kita sebagai umat Islam bila perkara ini berlaku? Mana perginya NGO-NGO Islam, Parti Politik yang kononnya memperjuangkan Islam? Adakah suara mereka kini sudah ditutup daripada bersuara?

Dalam perlembagaan negara kita ada menyebut 'Tidak boleh menyebarkan agama lain kepada umat Islam' tapi kenapa perkara seperti ini berlaku juga.

Sedarlah wahai umat Islam di Malaysia, kita lemah kerana kita tidak bersatu dan disebabkan kelemahan kita inilah, orang-orang kafir ini mengambil kesempatan ke atas kita. Kita perlu bersatu bukan sahaja dalam politik tetapi lebih-lebih lagi dalam agama kita...Ayuh saudara-saudara ku sesama muslim....






Isnin, 23 Disember 2013

Ramai lelaki kecewa dengan aktiviti seks

Apa itu ejakulasi pramatang atau dalam bahasa Inggerisnya Premature Ejaculation (PE) yang sering di alami oleh lelaki?

PE ialah satu keadaan dimana ejakulasi berlaku dalam lingkungan masa satu minit atau kurang ketika berlakunya penetrasi; tidak dapat mengawal atau melambatkan ejakulasi ketika penetrasi.


dari, sudut, pandang, seks, lelaki, lemah, PE, ejakulasi pramatangKenapa ejakulasi pramatang ini sering berlaku kepada lelaki?

Satu kajian yang telah dijalankan di rantau Asia Pasifik mendapati seorang daripada 3 lelaki dikesan mengalami masalah ejakulasi pramatang ketika melakukan seks dengan pasangan.

Perkara ini didedahkan hasil kaji selidik keatas 3500 leaki dan wanita berusia 18 hingga 45 tahun dari Australia, China, Hong Kong, Korea Selatan, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand.

Di Malaysia, 45 peratus lelaki dan 71 pasangan yang ditemuramah dalam kaji selidik ini mempunyai pengalaman ejakulasi pramatang dan mengaku tidak berpuas hati dengan hubungan mereka dan seterusnya menjadikan masalah ini menjadi serius di kalangan lelaki di negara ini.

"Malu, tidak terbuka untuk berkongsi masalah dan enggan mendapatkan bantuan doktor menjadi penyumbang kepada peningkatan kes. Masalah ini agak membimbangkan apabila ramai pasangan kecewa dengan kehidupan seksual mereka."

Hasil kaji selidik ini juga menunjukkan 44 peratus daripada pasangan terbabit mengakui ejakulasi pramatang mewujudkan jurang di antara mereka dengan pasangan.

Dalam kes lebih serius, 15 peratus lelaki dan 14 peratus wanita mengakui ejakulasi pramatang boleh membawa kepada keruntuhan rumah tangga.

Dalam kalangan responden lelaki Malaysia yang mengalami ejakulasi pramatang, 38 peratus cenderung untuk mengelak daripada melakukan seks, manakala 20 peratus menjauhkan diri daripada pasangan masing-masing.

"Ejakulasi pramatang sama seperti isu kesihatan seksual lain dan boleh dirawat. Amat penting bagi lelaki mengalaminya dan pasangan mereka menyelesaikan masalah dengan berjumpa doktor."

Hasil daripada kaji selidik:

  • 8 daripada 10 lelaki mengalami ejakulasi pramatang masih tidak didiagnos.
  • 55 peratus tidak menyedari masalah boleh diatasi dengan berjumpa doktor.
  • 50 peratus menyatakan mereka tidak mengambil tindakan kerana stigma dan malu.
  • Bagi pasangan yang mengalami masalah, 47 peratus tidak pernah menggalakkan suami mendapatkan rawatan.





Ahad, 15 Disember 2013

Keajaiban Ustaz Kazim Elias

Siapa dia Ustaz Kazim Elias yang menjadi bahan bualan di Malaysia ketika ini?

Kalau nak tahu baca selanjutnya yea:

dari, sudut, pandang, ustaz kazim elias, pengasas al barakah, pendakwah, tolak MT, ahli PASUstaz Kazim Elias atau nama penuhnya adalah Ustaz Mohammad Kazim Bin Elias adalah seorang pendakwah bebas. Beliau adalah pengasas dan pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah iaitu pusat pendidikan Islam yang beribu pejabat di Kg. Manjoi, Ipoh, Perak. Beliau juga adalah penceramah dalam rancangan 'Kalau Dah Jodoh' di Astro Oasis saluran 106.

Apakah Keajaiban Ustaz Kazim Elias ini?

Keajaiban Ustaz Kazim Elias ini adalah apabila beliau telah ditawarkan menjadi Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO walaupun beliau bukanlah ahli UMNO. Mana mungkin seseorang yang bukan ahli parti menjadi MT kepada parti tersebut, tapi itulah keajaiban Ustaz Kazim.

Ustaz Kazim sekali lagi mencipta keajaiban apabila menolak pelantikan menjadi MT daripada Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Mohd Najib Razak yang juga Perdana Menteri Malaysia. Penolakan Ustaz Kazim buka saja pelik tetapi mencatat sejarah politik Malaysia. Beliau orang pertama tolak jadi ahli MT ketika setiap ahli UMNO berebut-rebut untuk menjadi MT sehingga sanggup menghabiskan bukan saja ribuan ringgit tetapi sehingga mencecah jutaan ringgit semata-mata untuk melobi menjadi MT.

Sekalipun hasrat Presiden UMNO tidak kesampaian, namun Ustaz Kazim tetap istimewa kerana dia adalah ahli PAS pertama yang ditawar untuk menjadi MT UMNO. Belum pernah terjadi dalam sejarah UMNO, seorang ahli parti lawan dibawa masuk ke dalam parti tapi Ustaz Kazim memecah rekod kebal itu.

Kenapa Ustaz Kazim Elias ini begitu istimewa di mata Datuk Seri Najib Razak?

Ustaz Kazim Elias dilihat oleh Datuk Seri Najib sebagai tokoh Islam yang berpengaruh, cerdik, bijaksana, berfikiran terbuka dan diterima oleh ramai orang. Ustaz Kazim Elias dikatakan mempunyai sejuta pengikut di Facebook dan dia dikatakan ustaz yang kedua paling berpengaruh selepas Ustaz Azhar Idrus (UAI). Dikatakan pengaruh Ustaz Kazim ini semakin meningkat manakala pengaruh UAI agak menurun selepas ramai pengikut UAI daripada golongan wanita meninggalkannya selepas beliau berkahwin lagi satu.

Ketika nama Ustaz Kazim diumumkan sebagai ahli MT, ramai rakan-rakannya dan penyokongnya daripada PAS menghina dan mencerca beliau bahkan keluarga beliau juga terpalit sama. Perbagai cercaan, hinaan dan gelaran diberikan kepada beliau menyebabkan beliau dalam dilema dan jalan yang terbaik yang perlu diambil adalah menolak pelawaan tersebut.

Walau apa pun tindakan beliau, Ustaz Mohammad Kazim bin Elias telah mencipta keajaiban yang tersendiri dalam sejarah UMNO khususnya dan sejarah Malaysia amnya.




10 hotel pilihan pasangan curang

Agak-agaknya mana hotel yang menjadi pilihan bagi lelaki yang curang ingin membawa pasangannya bagi melepaskan nafsunya?

dari, sudut, pandang, curang, hotel, lelaki, pasangan

Pungutan pendapat dilakukan laman sesawang AshleyMadison.com baru-baru ini yang membabitkan 21 ribu ahlinya mengeluarkan data yang mengejutkan.

Lelaki didapati berbelanja lebih untuk teman wanita berbanding isterinya sendiri dan pemilihan tempat untuk berasmara pula lebih tertumpu di hotel 5 bintang.

Berikut adalah 10 hotel yang menjadi kegemaran bagi pasangan yang curang untuk melepaskan nafsu mereka:
  • Hyatt
  • Hilton
  • Sheraton
  • Comfort Inn
  • Holiday Inn
  • Radisson
  • Courtyard Marriott
  • Westin
  • Four Season
  • Best Western

Sabtu, 14 Disember 2013

50 peratus remaja melakukan seks

Aku terkejut bila membaca statistik yang terbaru berkenaan dengan remaja yang mengorbankan daranya demi kerana cinta. Nak percaya ke tak nak percaya? Sebabnya sampai 50 peratus tu... Apa nak jadi remaja kita ni?

 Korang baca lah yea:

dari sudut pandang, pergaulan bebas, remaja melakukan seks, statistikPercaya atau tidak mengikut perangkaan terbaru, setiap 3 orang remaja daripada 6 orang remaja berumur antara 15 hingga 28 tahun di negara ini didapati melakukan seks luar nikah bersama pasangan masing-masing kerana didorong perasaan ingin mencuba akibat menonton video lucah, sekali gus dikhuatiri menyumbang kepada kes pembuangan bayi.

Lebih mengejutkan, hampir semua jumlah yang dicatatkan mengikut statistik itu adalah mereka yang mempunyai kelulusan universiti ataupun menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Umur sekitar 18 tahun hingga 22 tahun ketika pertama kali melangkah masuk ke institusi pengajian tinggi adalah mereka yang paling banyak terbabit dalam jenayah keruntuhan akhlak ini.

Darisudutpandang: Dalam kajian ini menunjukkan orang yang bijak pandai tak semestinya bijak dalam bab pergaulan antara pasangan. Mungkin mereka terlebih 'advance' daripada orang yang tidak pandai...tapi itu bukan yang aku gusarkan, yang aku terkejut adalah statistik tersebut menunjukkan betapa tingginya anak-anak remaja kita yang sudah melakukan seks sebelum nikah.

Katakan lah jika disebuah universiti itu ada 4000 orang pelajar maka 2000 orang pelajar tersebut pernah melakukan seks...pergh...ramai tu..

Korang ada komen ker, pasal statistik ni?




Khamis, 12 Disember 2013

Isteri mengamuk kerana suami berkhatan

Apa kes ni, sampai mengamuk pula? Suami nak berkhatan pun tak bagi ke? Lagi satu apa pula ceritanya dah tua-tua baru nak berkhatan?

dari sudut pandang, berkhatan, mengamuk kerana suami berkhatan
Nak tahu, baca selanjutnya yea:

Seorang lelaki Filipina yang baru memeluk Islam dan memutuskan untuk ke hospital di Jazan, selatan Saudi bagi menjalani prosedur berkhatan sebagaimana yang dituntut oleh agama Islam.

Isterinya yang berang telah mengekori suaminya sehingga ke hospital. Setibanya di hospital, dia menangis dan meraung kerana menyangka suaminya membenarkan doktor memotong alat sulitnya.

Pihak berkuasa hospital berusaha memujuknya dan memberitahu yang berkhatan baik untuk kesihatan dan tidak membabitkan pemotongan alat kelamin suaminya.

Bagaimanapun dia terus mengamuk menyebabkan suaminya berubah fikiran untuk tidak berkhatan.

Darisudutpandang: Memang sentiasa terjadi salah faham tentang amalan agama Islam di kalangan orang bukan Islam. Kepada yang tak tahu, berkhatan itu sebenar memotong lebihan kulit yang menutupi 'kepala' zakar lelaki.

Sebenarnya kes-kes salah faham tentang amalan umat Islam ini sentiasa terjadi contohnya tentang amalan berpuasa, sembahyang, berkorban dan sebagainya.

Aku bagi 2 kes yang berlaku di Malaysia ini yang membuatkan aku rasa bukan mereka salah faham tentang amalan umat Islam tapi sebenarnya lebih kepada kebodohan mereka sendiri yang tidak mahu belajar tentang toleransi dalam agama.

Kes 1:

Kebodohan dan kebangangan Timbalan Menteri Pelajaran, P. Kamalanathan yang mempertikaikan amalan menyembelih lembu ketika sambutan Hari Raya Korban (Edul Adha) di sebuah sekolah baru-baru ini. Padahal amalan tersebut telah lama diadakan disekolah-sekolah.

Kes 2:

Penukaran hari cuti bagi Negeri Johor daripada hari Sabtu dan Ahad ditukarkan ke hari Jumaat dan Sabtu kerana memberi lebih ruang kepada umat Islam untuk bersembahyang Jumaat. Disebabkan itu ada seorang pemimpin cina (aku lupa nama dia) yang mempertikaikan penukaran cuti tersebut dan seterusnya dengan bangganya (tapi sebenarnya menunjukkan betapa bodoh dan bangangnya dia) mengesyorkan supaya umat Islam menukar sembahyang Jumaat ke sembahyang Ahad.

Kepada 2 pemimpin kaum Cina dan India ini, sebelum membuat kenyataan yang menyentuh amalan umat Islam tolonglah selidik dan tanya dulu kepada kawan-kawan dalam politik (ada orang Umno dan orang PAS) supaya kenyataan yang dikeluarkan boleh mengambarkan yang anda seorang yang terpelajar bukannya kenyataan yang menunjukkan betapa bodohnya kamu.



Rabu, 11 Disember 2013

Remaja 16 tahun merogol guru

Apa nak jadi dengan budak-budak sekarang ni, baru nak kenal dunia dah pandai nak rogol orang. Inilah akibatnya bila nafsu menguasai diri, manusia tidak lagi mampu berfikir secara waras sehingga guru pun sanggup dirogolnya.

Ceritanya macam ni:

dari sudut pandang, guru kena rogol, remaja 16 tahun
Guru yang berusia 26 tahun ini dan bekerja sebagai guru tadika di Taman Impian telah dirogol oleh seorang remaja yang berusia 16 tahun apabila guru tersebut datang ke tadika itu kira-kira jam 7 pagi berseorangan kerana tadika tidak dibuka kerana masih bercuti.

"Mangsa pada mulanya menyedari kehadiran remaja itu yang menunggu di luar tadika dan tidak mengesyaki apa-apa dan terus membuka pintu pagar sebelum mahu masuk ke dalam.

"Bagaimanapun, sebaik mangsa membuka pintu tiba-tiba remaja itu terus datang dari belakang dan memeluknya sebelum mengheret mangsa masuk ke dalam tadika itu. Malah, remaja itu memberitahu meminati mangsa dan menaruh perasaan cinta terhadapnya."

Mangsa yang terkejut dengan tindakan remaja terbabit cuba melawan, namun gagal sebaliknya remaja itu terus menanggalkan pakaian mangsa sebelum merogolnya.

"Selepas merogol mangsa, remaja terbabit terus melarikan diri. Mangsa yang trauma dengan kejadian itu menghubungi majikannya yang tiba tidak lama kemudian.

Mangsa menceritakan apa yang berlaku sebelum memberikan gambaran mengenai wajah remaja berkenaan kepada majikannya itu.

Majikannya kemudian terus keluar mencari remaja itu di kawasan berhampiran sebelum menemuinya berhampiran sebuah klinik haiwan.

"Majikannya itu kemudian membawa remaja itu berjumpa dengan mangsa untuk pengecaman sebelum wanita itu mengesahkan remaja itu merogolnya.

"Mereka kemudian membawa remaja itu ke balai polis dan mangsa turut membuat laporan berhubung kejadian itu.

Darisudutpandang: Buat semua wanita yang berjalan keseorangan tak kira di mana anda berada, sila berhati-hati lebih-lebih lagi jika ada lelaki yang tidak dikenali berada berhampiran dengan anda tak kiralah lelaki itu remaja, dewasa atau berpangkat atuk sekalipun kerana jika mereka dikuasai oleh nafsu mereka bukan lagi manusia.......

Aku tak tahu kenapa remaja sekarang ni boleh bertindak sedemikian, adakah kerana sekarang ini gambar dan video lucah begitu senang didapati yang menjadikan remaja kita sekarang bertindak sedemikian?

Adakah ini harga yang kita perlu bayar kerana terlalu mengejar ke arah negara maju sehinggakan remaja dan belia kita semakin terpesong?

Entahlah.............!!


Isnin, 9 Disember 2013

Lintah gigit kemaluan

Bila waktu banjir ni, kanak-kanak lah yang paling suka kerana dapat bermain air, tapi awas kerana ada musibahnya. Kes ini berlaku di Kampung Bagus, Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.

Nak tahu lebih lanjut tolong baca yea:

Seorang ayah terkejut apabila melihat seekor lintah yang besar sedang mengigit kemaluan anaknya dan seterusnya terus membuangnya. Kejadian ini berlaku kepada anaknya yang baru berusia 2 tahun yang ketika itu bermain air bersama abang dan sepupunya.

Akibat gigitan tersebut, budak tersebut mengalami pendarahan yang teruk menyebabkan dia dirujuk ke hospital Raja Perempuan Zainab ll (HRPZ ll).

Ibunya berkata, "Dalam tempoh 5 jam, saya terpaksa menukar lampin pakai buang anak saya itu 5 kali kerana darah masih keluar. Bagaimanapun, selepas menerima rawatan, anak saya kembali pulih."

Manakala terdapat 1 kes lagi yang melibatkan seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 5 tahun apabila lintah memasuki duburnya.

Menurut ibu kanak-kanak perempuan tersebut, kejadian itu berlaku apabila anak perempuannya sedang bermain air dan dikejutkan apabila anaknya mengadu sakit dibahagian dubur.

Katanya, dia segera mendekati anaknya dan terkejut melihat lintah sudah separuh memasuki dubur.

"Saya menguis berkali-kali dalam keadaan panik dan tidak pasti lintah itu jatuh atau masuk ke dalam dubur anak."

"Saya membawanya ke Hospital Tumpat kerana bimbang darah terus keluar. Anak saya kemudiannya dirujuk ke HRPZ ll dan selepas doktor memeriksa termasuk melakukan imbasan x-ray, tiada lintah dalam dubur anak saya," katanya yang masih fobia dengan kejadian itu.

Darisudutpandang: Harapnya, ibu bapa dapat memantau anak-anak yang bermain air di waktu banjir ini. Jadikan kes ini walau boleh dikatakan ianya kes terpencil namun ianya dapat dijadikan ikhtibar buat kita semua.





Khamis, 5 Disember 2013

Senarai 20 pemain mempertahankan pingat emas

Malaysia, pemenang pingat emas dalam acara bola sepak Sukan Sea dalam 2 edisi yang lepas, akan memburu kejuaraan hatrik kali ini. Walaupun dijangka agak sukar kerana berdepan dengan kehilangan pemain bintang yang tercedera namun begitu ianya tidak mematahkan semangat para pemain Datuk Ong Kim Swee mengapai hasrat tersebut.



Berikut adalah senarai pemain yang akan memburu 'ibu segala emas' di Sukan Sea Myanmar:

Penjaga Gol

  • Mohd Izham Tarmizi Roslan
  • Mohd Farhan Abu Bakar
Pertahanan
  • Shahrul Mohd Saad
  • Mohd Zubir Mohd Azmi
  • D Kenny Pallraj 
  • Nazirul Naim Che Hashim
  • K. Rueben
  • Mohd Fadhli Mohd Shas
  • Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham
  • Wan Ahmad Amirzafran Wan Nadris
Tengah
  • Ashri Chuchu
  • Mohd Nazmi Faiz Mansor
  • S Sivanesan
  • Mohd Irfan Fazail
  • Mohd Nasir Basharudin
  • D Saarvindran
Penyerang
  • Mohd Rozaimi Abdul Rahman
  • A Thamil Arasu 
  • Ahmad Hazwan Bakri
  • Izzaq Faris Ramlan

Rabu, 4 Disember 2013

Liga Super Malaysia 2014: Senarai pemain Pahang

Penyandang juara Piala Malaysia, Pahang tidak berkecuali bersiap untuk memperkukuhkan pasukan untuk menghadapai cabaran mengharungi Liga Super Malaysia pada musim depan. Walaupun kehilangan jurulatih yang membawa pasukan memenangi Piala Malaysia iaitu Dollah Salleh yang berhijrah ke PDRM, pasukan Pahang dikatakan akan membawa masuk jurulatih yang baru untuk merealisasikan hasrat pasukan untuk mempertahankan Piala Malaysia musim depan.

Berikut adalah senarai pemain Pahang:

(kemaskini 07/01/2014)

dari sudut pandang, bola sepak Pahang, senarai pemain, Liga Super Malaysia
Ketua Jurulatih
  • Ronald Smith
Penoloong Jurulatih
  • Zainal Abidin Hassan
Penjaga Gol
  • Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid (signed) 
  • Mohammad Saufi Mohammad (signed)
  • Mohd Nasril Nourdin (signed)
Pertahanan
  • Jalalludin Jaafar (signed)
  • Mohd Saiful Nizam Miswan (signed)
  • Damion Delano Stewart (Import) (signed)
  • Zeshan Rehman (import, Kitchee FC) (signed)
  • Mohd Razman Roslan (signed)
  • Mohd Zaiza Zainal Abidin (signed)
  • Mohd Shahrizan Mohd Salleh (signed)
Pemain Tengah
  • R. Surendran (signed)
  • Azidan Sarudin (signed)
  • Mohd Fauzi Roslan (signed)
  • Mohd Hafiz Kamal (signed)
  • R. Gopinanthan (signed)
  • Mohd Hazri Rozali (signed)
  • Abdul Malik Mat Ariff (signed)
  • Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid (signed)
Penyerang
  • Matias Ruben Conti (Import) (signed)
  • Dickson Nwakaeme (Import, Kelantan FA) (signed)
  • Azammuddin Mohd Akil (signed)
  • Mohd Faizol Hussein (signed)
  • Muhammad Syawal Norsam (signed)
(signed) : Pemain yang telah menandatangani kontrak untuk bermain dengan Pahang bagi musim 2014.

Kebanyakan pemain Pahang adalah daripada skuad yang memenangi Piala Malaysia dan kemasukan Dickson Nwakaeme pasti akan menambahkan lagi sengat di bahagian depan pasukan Pahang.


Isnin, 2 Disember 2013

Norfarhan 'Ben 10' berdepan tindakan FAM

Apa cerita ni? Takkan setiap tahun berlaku perkara yang sama je? Kata dah masuk Liga Profesional, takkan mentaliti pemain masih amatur lagi. Heran sungguh aku.

dari sudut pandang, Norfarhan, Ben 10, langgar kontrak, Johor Darul Takzim, TerengganuSelepas Nazri Ahmad yang menimbulkan masalah apabila dikatakan telah menandatangani 2 kontrak dengan Selangor dan Kelantan untuk musim depan, Norfarhan juga tidak terkecuali kerana dikatakan telah menandatangani kontrak dengan Johor Darul Takzim 1(JDT 1) tapi ingin bermain untuk negeri kelahirannya Terengganu atas alasan keluarga. Sehubungan dengan itu, JDT 1 telah membuat aduan kepada FAM berhubung dengan perkara ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang mengesahkan laporan itu berkata, kes Norfarhan akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Status pada 12 Disember ini untuk diputuskan bersama dengan kes bekas pemain JDT 1, Nazri Ahmad yang didakwa turut mengubah pendirian pada saat akhir dengan menyertai Kelantan biarpun Selangor mendakwa pemain itu sudah menandatangani kontrak bersama mereka.

Nasib pemain yang baru sahaja dinobatkan sebagai penyerang terbaik tahunan Liga Malaysia itu untuk mewakili Terengganu musim depan amat samar kerana jika didapati bersalah, dia boleh digantung perlawanan selama setahun. 

Hamidin dengan jelas memberitahu sepatutnya semua pemain profesional bijak dalam urusan kontrak dengan mana-mana pasukan.

"Ini perkara umum, tak perlu belajar dekat sekolahpun. Pemain kena tahu bila sudah menandatangani kontrak mereka perlu patuh. Kami sudah maklumkan kepada persatuan negeri dan kelab mengenai perkara ini tapi bagi saya ini satu fenomena baru. Ia pernah terjadi 10-15 tahun lalu apabila ada pemain bersetuju secara lisan namun kemudian bermain dengan pasukan lain. Kali ini lain, mereka sudah menandatangani borang kontrak tapi tak mengaku dan pergi ke pasukan lain."

Darisudutpandang: Jika dilihat di liga-liga profesional utama diseluruh dunia, pemain melantik ejen untuk berurusan dengan kelab-kelab yang memerlukan khidmat mereka. Segala 'negotiation' berkenaan gaji dan sebagainya diuruskan oleh ejen yang dilantik.

Disebabkan itu, aku rasa sudah tiba masanya FAM mewajibkan setiap pemain melantik ejen bagi pihak mereka bagi menyelesaikan masalah pemain menandatangani kontrak dengan pasukan yang salah.



Ahad, 1 Disember 2013

Artis wanita Jepun yang cantik

Bermata sepet, pendek dan hidung yang besar adalah wajah bagi kebanyakan orang Jepun tapi dek kerana kemajuan indusrti pembedahan plastik kebanyakan tipikal wajah tersebut telah dapat diubah menjadi lebih cantik iaitu dengan mata yang bulat dan hidung yang mancung.

Berikut adalah artis wania Jepun yang cantik dan ayu mengikut pandangan aku:

1) Keiko Kitagawa


dari, sudut, pandang, keiko, kitagawa, artis, jepun, cantik

Dilahirkan pada 22 Ogos 1986, Keiko bekas model dan pelakon TV. Pernah menghiasi kulit depan majalah Seventeen edisi Jepun pada 2006, meninggalkan kerjaya model dan serius dalam lakonan drama TV apabila muncul dalam siri Sailor Moon pada 2003 selama 4 tahun.

Pernah membintangi filem Mamiya Kyudai, The Fast and the Furious: Tokyo Drift (2006) dan Handsome Suit. Manakala dalam drama pula beliau memegang watak utama dalam drama Mop Girl (2007) diikuti Homeroom on the Beachside, Buzzer Beat, Lady Saigo no Hanzai Profile dan Akumu-Chan.

2) Aya Ueto


dari, sudut, pandang, aya, ueto, artis, jepun, cantik


Dilahirkan pada 14 September 1985, di Nerima, Tokyo, Jepun. Meminati muzik pop rock selain bergelar pelakon, model, pereka fesyen dan sebagainya sejak 1999. Pada usia 13 tahun, Ueto membintangi filem Satsujinsha: Killer of Paraiso. Selain itu, beliau juga menyertai kumpulan muzik terkenal di Jepun iaitu Z-1.

Pada 2002, Ueto muncul dengan single Pureness dengan label Pony Canyon. Antara album solo yang dirakamkannya ialah Ayaueto pada 2003, Massage, Re, License dan Happy Magic: Smile Project.

Sebagai pelakon pula, Ueto memegang watak utama dalam Azumi (menang anugerah Japan Academy Award for Best Actressnomination), Azumi 2: Death or Love dan Thermae Romae. Pernah muncul dalam episod ke 6 drama TV terkenal iaitu Ultraman Gaia dan drama Oshin.

3. Yuri Ebihara


dari, sudut, pandang, artis, jepun, cantik, perempuan

Dilahirkan pada 3October 1979 di Miyazaki, Jepun. Terkenal dengan nama Ebi-Chan. Mendapat pendidikan dari Universiti Kyushu Sangyo dalam jurusan seni halus juga model bagi produk kamera, CanCam. Memiliki ketinggian 5 kaki 6 inci, muncul kali pertama menerusi drama TV antaranya Tokumei Kakarich, Tadano Hitoshi, produk TV Asahi.

4) Ayumi Hamasaki


dari, sudut, pandang, artis, wanita, jepun, cantik

Dilahirkan pada 2 Oktober 1978 di Fukuoka, Jepun. Beliau satu-satunya penyanyi yang berjaya mencipta rekod jualan album paling banyak di seluruh Jepun dengan jualan sebanyak 50 juta unit.

Antara albumnya ialah A Song for XX, Loveppears, Duty, I Am..., Rainbow, My Story, (Miss)understood, Secret, Guilty, Next vLevel, Rock 'n' Roll Circus, Love Songs, Party Queen dan Love Again.






Sabtu, 30 November 2013

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2013

Anugerah ini yang telah diadakan sejak 6 edisi yang lalu diwujudkan untuk mengiktiraf sumbangan pemain dan penyokong bagi sukan bola sepak iaitu sukan nombor satu di Malaysia.

Pada anugerah ini, sebanyak 13 kategori telah dipertandingkan dan pemenangnya dipilih berasaskan undian semua jurulatih dan pengurus pasukan Liga Super serta Liga Perdana. Manakala bagi kategori Pemain Paling Bernilai Supermokh ditentukan melalui undian tertinggi daripada 6 kategori yang dinyatakan.



Berikut adalah pemenang bagi kategori yang dipertandingkan:
  • Persatuan Terbaik: Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT)
  • Kelab Penyokong Terbaik: Kelab Penyokong Kelantan
  • Kelab Terbaik: Sime Darby FC
  • Jurulatih Terbaik: Dollah Salleh (Pahang FA)
  • Penjaga Gol Terbaik: Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan FA)
  • Pemain Pertahanan Terbaik: Baihakki Khaizan (Lions XII)
  • Pemain Tengah Terbaik: Mohd Badhri Radzi @ Piya (Kelantan FA)
  • Penyerang Terbaik: Mohd Norfarhan Muhammad (Kelantan FA)
  • Pemain Import Terbaik: Marlon Alex James (ATM FA)
  • Anugerah SuperMokh: Mohd Badhri Radzi @ Piya (Kelantan FA)
  • Pemain Muda Terbaik: Junior Eldstal (Sarawak FA)
  • Anugerah Fairplay: PDRM FA
  • Pengadil Terbaik: Amir Mohammad
  • Anugerah Khas: Datuk Dell Akhbar Khan, Datuk Seri Ibrahim Saad, Datuk Seri Paul Mony dan Datuk Izzudin Ahmad.

Bila putus cinta dan Allah itu Maha Mengetahui

Bila kita dikecewakan oleh orang yang kita sayangi, mungkin kita patah hati dan merasa tiada hari esok untuk kita. Tapi percayalah, segala dugaan dan ketentuan itu datangnya dari Allah kerana Dia Maha Mengetahui. Mungkin dia bukan jodoh kita dan dia adalah orang yang salah untuk kita.

dari sudut pandang, putus cinta, Allah Maha Mengetahui

Ingatlah:

1) Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.

2) Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNya.

3) Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

4) Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik khas untuk diri kita.

5) Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa Allah Maha Pemurah dan Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

6) Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7) Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi manusia yang hebat jiwanya.

8) Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah.

9) Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal.




Isnin, 25 November 2013

Harimau Malaya dapat jurulatih baru

Akhirnya kau pergi jua, Datuk K.Rajagopal. Terima kasih kerana memberi sedikit memori indah buat kami penyokong Harimau Malaya dan terima kasih juga kerana kau telah mencalarkan nama Harimau Malaya dengan kalah di tangan pasukan kelab. Moga selepas ini ada kelab lain yang akan menerima mu, Rajagopal.....(hehehe macam poyo je statement aku ni..)

dari sudut pandang, Harimau Malaya, K.Rajagopal, kontrak, jurulatih baru

Dalam mesyuarat yang diadakan di Wisma FAM semalam, yang dipengerusikan oleh Presiden Sultan Ahmad Shah telah bersetuju untuk tidak menyambung kontrak Datuk K.Rajagopal yang akan tamat pada 31 Disember ini.

Datuk K. Rajagopal telah dilantik sebagai Ketua Jurulatih sejak 2009 lagi dan telah membawa Malaysia mendapatkan pingat emas Sukan SEA Laos 2009 dan juga menjuarai Piala AFF 2010.

Walaupun begitu pendekatannya yang suka melakukan eksperimen dan menggunakan pemain yang sama mengundang rasa kurang senang para penyokong Harimau Malaya.

Dalam mesyuarat ini juga, FAM bersetuju untuk menyambung kontrak Datuk Ong Kim Swee sebagai Ketua Jurulatih skuad bawah 23 tahun negara (Harimau Muda 'A') dan menamakan beliau sebagai jurulatih sementara Harimau Malaya sehingga FAM mendapatkan jurulatih baru bagi mengisi tempat Datuk K. Rajagopal.   

Darisudutpandang: Aku bersetuju sangat dengan tindakan FAM ini untuk tidak menyambung kontrak Rajagopal walaupun aku rasa sepatutnya Rajagopal dah dipecat semasa gagal mempertahankan Piala AFF 2012 tempohari.

Rekod Rajagopal sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya tidaklah memberangsangkan kerana dalam 19 perlawanan sepanjang tahun hanya 2 perlawanan sahaja yang menang. Kalaulah Rajagopal ni melatih pasukan lain selain Malaysia, aku rasa dah lama dia dipecat..tak perlu tunggu sehingga kontraknya tamat, tapi mungkin sebab FAM sayang sangat kat dia kot...?

Lupakan pasal Rajagopal, dia dah jadi sejarah pun.....kita perlu melangkah dan mempertajamkan kembali taring dan kuku Harimau Malaya yang selama ini telah dipatahkan oleh Rajagopal. tapi siapakah yang akan memikul tugas tersebut??

Antara nama-nama yang disebut ialah:
  • Phillippe Troussier (bekas jurulatih Jepun)
  • Marcel Desailly (bekas kapten skuad juara Piala Dunia 1998 Perancis)
  • Radojko Avramovic (bekas jurulatih Singapura)
  • Dollah Salleh (bekas jurulatih Pahang, kini jurulatih PDRM)
  • Dato' Ong Kim Swee (Ketua Jurulatih Harimau Muda 'A')




Oh, Rajagopal apa yang kau buat

Sebenarnya aku dah malas nak cerita pasal pasukan bola sepak Malaysia ni sejak Malaysia kalah dan gagal mempertahankan Piala AFF tempohari. Walaupun begitu, aku tetap tak pernah 'miss' ke stadium jika ada perlawanan bola sepak yang melibatkan Malaysia...dan yang terakhir adalah ketika Malaysia tewas di tangan Qatar dengan 0-1 di Kelayakan Piala Asia baru-baru ini. Kalau ikutkan aku memang dah malas sangat untuk ke stadium untuk memberi sokongan kepada Harimau Malaya tetapi apa boleh buat demimu Malaysia terpaksa juga turun walaupun bukannya murah tiket untuk masuk ke stadium.

dari sudut pandang, Rajagobal, ultras malaya, bola sepak, kelayakan asiaBengang memang bengang lah bila dah kalah tapi apa boleh buat dah adat perlawanan macam tu...siapa yang berikan aksi yang terbaik dan yang menjaringkan gol..dialah yang menang. Namun begitu yang aku tak puas hati adalah tentang pengekalan jawatan K. Rajagopal semasa Malaysia gagal mempertahankan Piala AFF tempohari. Sepatutnya FAM dah pecat K. Rajagopal pada waktu tu......

Aku ingat lagi pada masa tu bila Malaysia tewas di tangan Singapura, Ultras Malaya berkumpul di depan bas pemain di Stadium Bukit Jalil meminta K. Rajagopal meletakkan jawatan sebagai pengendali pasukan bola sepak Malaysia dan perkara ini juga yang berlaku bila Malaysia tewas di tangan Qatar baru-baru ini.

Bagi pendapat aku, banyak perkara yang menjadi punca kepada kekalahan Malaysia antaranya ialah:

1. Pemilihan Pemain

K. Rajagopal hanya memilih pemain berdasarkan kepada hubungan baiknya tanpa melihat kepada prestasi semasa pemain tersebut. Jika diikutkan masih terdapat pemain yang lebih baik daripada apa yang K. Rajagopal pilih misalnya Nor Farhan, Badri Radhi, Indra Putra, Ashaari Samsudin dan sebagainya. Sepatutnya Safee Sali dah tak ada dalam senarai tersebut kerana di JDT sendiri pun Safee Sali bukan lagi pilihan utama termasuk juga Safiq Rahim.

Jika kita lihat di England, di Sepanyol, di Jerman dan sebagainya, pemain yang bermain untuk mewakili negara mereka datangnya daripada kelab utama di negara tersebut misalnya di England, pemain datangnya daripada Man. Utd, Liverpool, Chelsea dan Arsenal. Manakala di Sepanyol pula kebanyakan pemain yang dipilih datangnya daripada Kelab Barcelona dan juga Real Madrid tetapi di Malaysia kebanyakan pemain dipilih bukannya datang daripada pasukan yang mendominasi saingan liga. Sepatutnya lebih ramai pemain Kelantan, ATM dan juga Pahang yang dipilih untuk mewakili negara.

2. Taktikal

Sejak dulu lagi, aku tengok taktikal yang diserapkan oleh Rajagopal tidak pernah berubah. Cara permainan ketika menyerang masih sama seperti dulu dan ini memudahkan lawan membaca permainan. Mungkin sebab pemain yang sama sejak dulu maka sistem permainan pun sama atau Rajagopal sendiri tak ada idea lain...?

3. Pasukan eksperimen

Ayat 'eksperimen pemain' apabila kalah dalam perlawanan persahabatan sentiasa menjadi alasan Rajagobal. Mungkin juga Rajagopal masih bereksperimen dengan para pemainnya yang menyebabkan Malaysia kalah. Apa yang aku hairannya pemain yang dieksperimen adalah pemain yang sama. Apa hal tu....?

Kita tinggalkan punca-punca kekalahan pasukan Malaysia ni sebab ianya dah berlalupun. Apa yang penting sekarang adalah persedian untuk perlawanan terakhir yang akan datang menentang Yaman dengan jaringan gol yang banyak.

Agak-agaknya mampu tak kita?







Ahad, 24 November 2013

Liga Super Malaysia 2014: Senarai pemain Selangor

Selangor atau dikenali dengan Red Giant bukan lagi pasukan yang kuat seperti dulu yang mendominasi setiap piala yang ditandingi. Hasrat untuk memburu angka '33' sejak 2 musim lepas masih tidak kesampaian.

Setelah kehilangan beberapa pemain bintang dalam pasukan, hasrat untuk memenuhi impian '33' pada musim depan agak kabur, namun pihak pengurusan telah berjaya memancing beberapa pemain bintang daripada pasukan lain bagi memperkuatkan pasukan the red giant ini bagi musim Liga Super 2014 yang akan bermula pada Januari depan.

Berikut adalah pemain yang dikatakan akan bermain untuk 'The Red Giant' pada musim depan:


dari sudut pandang, selangor, pemain, bola sepak, penghijrahan, Liga Malaysia 2014

Ketua Jurulatih
  • Mehmet Durakovic (Melbourne Victory FC)
Penjaga Gol
  • Farizal Marlias (Perak FA) (signed) 
  • Hamsani Ahmad (Negeri Sembilan FA) (signed)
  • Mohd Fairul Azwan Shahrullai (signed)
Pertahanan
  • Mohd Bunyamin Umar (signed)
  • Muhd Shahrom Abdul Kalam (signed)
  • Mohd Azmi Muslim (signed)
  • Mohd Faizul Asraf Mahadi
  • Muhd Nazri Ahmad (signed)
  • Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid (Kelantan FA) (signed)
  • Mohd Fitri Shazwan Raduwan (signed)
  • Zaiful Abdul Hakim
  • Mohd Rafiq Shah Mohd Zaim
  • Adam Griffiths (Import, Sydney FC)
Pemain Tengah
  • Mohd Shakir Shaari (Kelantan FA) (signed)
  • S. Kunanlan (signed)
  • Abdul Shukor Jusoh (signed)
  • K. Gurusamy (signed)
  • Mohd Raimi Mohd Nor (signed)
  • S. Veenod (signed)
  • Saiful Hasnor Mohd Raffi
  • Muhammad Hardee Shamsuri
Penyerang
  • Thamil Arasu Ambumamee (Harimau Muda 'A') (signed)
  • Afiq Azmi
  • Mohd Ramzul Zahini Adenan
  • Ahmad Hazwan Bakri (signed)
  • Abdul Hadi Yahya
(signed) : Pemain yang telah menandatangani kontrak untuk bermain dengan Selangor 'The Red Giant' bagi musim 2014.

Jika terdapat kesilapan di dalam senarai ini, sila berikan komen. Terima kasih.

Kemaskini: 23 Nov 2013




Selasa, 19 November 2013

Liga Super Malaysia 2014: Senarai pemain Johor Darul Takzim (JDT)

Johor Darul Takzim (JDT) atau dikenali dengan nama Harimau Selatan dengan motto 'Luaskan Kuasamu' begitu berhasrat untuk menguasai semua piala yang dipertandingkan dalam liga Malaysia selepas gagal pada musim lepas.

Untuk menghadapi musim Liga Super Malaysia 2014, JDT telah berbelanja besar untuk mencapai hasrat tersebut dengan menawarkan tempat dan gaji yang tinggi buat para pemain bertaraf bintang dalam liga ini. Disebabkan itu, JDT boleh dikenali juga sebagai Manchester City Malaysia kerana dapat menghimpunkan pemain terbaik di dalam pasukannya.

Berikut adalah senarai pemain yang akan memperkuatkan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) bagi menghadapi musim Liga Super Malaysia 2014.


dari sudut pandang, Johor Darul Takzim, JDT, Luaskan Kuasa mu

Ketua Jurulatih
  • Cesar Ferrando Jimenez (Atletico Madrid)
Penjaga Gol
  • Norazlan Razali (Selangor FA) (signed)
  • Muhammad Al-Hafiz Hamzah (signed)
  • Mohd Izham Tarmizi Roslan (Harimau Muda 'A') (signed)
Pertahanan
  • Mohammad Fadhli Mohammad Shas (Harimau Muda 'A') (signed) 
  • Azizi Mat Rose (Kelantan FA) (signed)
  • S. Subramaniam (Kelantan FA) (signed)
  • Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (signed)
  • Mahali Jasuli (Selangor FA)  (signed)
  • Mohd Asraruddin Putra Omar (Selangor FA) (signed)
  • Mohd Izuan Jaruddin (signed)
  • Mohd Daudsu Jamaluddin (Kelantan FA) (signed)
Pemain Tengah
  • Mohd Amirul Hadi Zainal (Pahang FA) (signed)
  • Jasazrin Jamaluddin (signed)
  • Mohd Syakir Shaari (Kelantan FA) (signed)
  • Mohd Hadin Azman (signed)
  • Muhammad Akram Mahinan (signed)
  • Mohd Nurul Azwan Roya (signed)
  • Harris Harun (Import, Lions Xll) (signed)
  • Pablo Cesar Aimar Giordano (Import, Benfica FC) (signed)
  • Mohd Irfan Fazail (Harimau Muda 'A') (signed)
  • Mohd Syafiq Rahim (signed)
  • Mohd Nazrin Mohd Nawi (Negeri Sembilan FA) (signed)
Penyerang
  • Norshahrul Idlan Talaha (signed)
  • Mohd Amri Yahyah (Selangor FA) (signed)
  • Braulio Nobrega Rodriquez (Import, Zaragoza FC) (signed)
  • Safee Sali
(signed) : Pemain yang telah menandatangani kontrak untuk bermain dengan Johor Darul Takzim (JDT) bagi musim 2014

Kemaskini: 21 Nov 2013

Jika terdapat kesilapan dalam senarai ini, sila berikan komen. Terima kasih

Ahad, 17 November 2013

Liga Super Malaysia 2014: Senarai pemain pasukan T Team (The Titans)

Berikut adalah jangkaan senarai pemain bola sepak Terengganu T Team yang akan memperkuatkan cabaran pasukan untuk musim Liga Malaysia 2014.

Senarai ini akan dikemaskini sehinggalah pengumuman rasmi dibuat oleh pihak pengurusan T.Team.


dari sudut pandang, senarai pemain pasukan T Team 2014

Ketua Jurulatih
  • Azrai Khor Abdullah (Bekas Ketua Jurulatih Pasukan Perak)
Penjaga Gol
  • Mohd Iqbal Suhaimi
  • Mohd shahril Saa'ri (Sabah FA) (signed)
  • Suhardi Albi (signed)
Pertahanan
  • Mohd Marzuki Yusof (signed)
  • Mohd Syuhairan Zainal (signed)
  • Mohammad Faizal Mohammad (Terengganu FA) (signed)
  • Shamsul Kamal Mohammad
  • Muhammad Sharin Sapien
  • Mohd Shazlan Alias
  • Mohd Hasbullah Awang (signed)
  • Mohd Hassan Basri (signed)
  • Mohd Aizulridzwan Razali
  • Nuraliff Zainal Abidin (signed)
  • G. Mahathevan
  • Fabio Flor de Azevedo (Import, Busaiteen club) (signed) 
Pemain Tengah
  • Mohd Faiz Subri (Kelantan FA) (signed)
  • Isma Aliff Mohd Salim
  • Mat Saiful Mohammad
  • Badrul Hisyam Morris (signed)
  • Azrul Hazran Amiluddin (signed)
  • Shafuan Adli Shaari
  • Mohammad Naim Zakaria (signed)
  • Ahmad Thakiyuddin Roslan (signed)
  • Mohammad Hafizan Talib
  • Muhamad Hazwan Rahman (KL FA) (signed)
  • Alto Linus (Sabah FA) (signed)
Penyerang
  • Patrich Steve Wanggai (Import, Persipura Jayapura FA, Indonesia) (signed)
  • Mohd Muinuddin Mokhtar (signed)
  • Mohd Yusri Abas
(signed) : Pemain yang telah menandatangani kontrak untuk bermain dengan T Team bagi musim 2014

Kemaskini: 27 Nov.2013

Sila berikan komen anda jika senarai ini terdapat kesilapan. Terima kasih.



Jumaat, 15 November 2013

Liga Super Malaysia 2014: Senarai pemain bola sepak Terengganu

Berikut adalah jangkaan senarai pemain bola sepak Terengganu yang akan memperkuatkan cabaran pasukan untuk musim Liga Malaysia 2014.

Senarai ini akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa sehinggalah pengumuman rasmi dikeluarkan oleh pihak Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).




Ketua Jurulatih
  • Haji Abdul Rahman Ibrahim (Selangor PKNS)
Penolong Jurulatih
  • Ahmad Yusof
Penjaga Gol
  • Mohd Sarbinee Allawee Ramli (Selangor) (signed)
  • Mohd Sharmiza Yusof  (signed)
  • Mohd Izzudin Muhd Hussain (Piala Presiden)  (signed)
Pertahanan
  • Mohd Nor Hakim Hassan (Selangor PKNS)  (signed)
  • Hasmizan Kamaruddin  (signed)
  • Mohd Zubir Azmi  (signed)
  • Maslizam Mohamad (T Team)  (signed)
  • Vincent Bikana (Import)  (signed)
  • Mohd Muhaimin Omar  (signed)
  • Nik Zul Aziz Nawawi  (signed)
  • Azlan Zainal (Selangor PKNS)  (signed)
  • Nasril Izzat Jalil (signed)
Pemain Tengah
  • Zairo Anuar Zailani (Kelantan)  (signed)
  • Ismail Faruqi Asha'ri  (signed)
  • Ahmad Nordin Alias  (signed)
  • Mohd Ashaari Shamsuddin  (signed)
  • Mohd Nor Farhan Mohammad (Kelantan)  (signed)
  • Mohd Fakrulrazi Musa  (signed)
  • Khairul Ramadhan  (signed)
  • Mario Karlovic (Import, Persebaya Surabaya FC) (signed)
  • Mohd Faiz Subri (Kelantan) (signed)
Penyerang
  • Abdul Manaf Mamat  (signed)
  • Izzaq Faris Ramlan (Harimau Muda A)  (signed)
  • Marcio Souza Da Silva (Import, Persib Bandung) (signed)
  • Barry Mamadou Hady (Import, South china, From Guinea) (signed)
Bagi pemain import pula, ada beberapa pemain yang sedang diuji daripada Jepun dan Negeria dan ianya belum diputuskan lagi oleh pihak pengurusan.

Jika terdapat kesilapan, sila berikan maklumbalas.

Kemaskini: 10 Januari 2014

 (signed): Pemain yang telah menandatangani kontrak bersama dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT)



Khamis, 14 November 2013

Liga Super Malaysia 2014: Senarai penuh pemain Kelantan TRW

Berikut adalah jangkaan senarai pemain Kelantan yang akan memperkuatkan cabaran Kelantan (The Red Warriors, TRW) untuk musim Liga Malaysia 2014.

Senarai ini berdasarkan kepada pengumuman pemain sendiri dan juga desas-desus yang bertiup dilaman sesawang dan senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sehinggalah pengumuman rasmi oleh penasihat bola sepak Kelantan iaitu Tan Sri Annuar Musa.


Ketua Jurulatih
  • Steve Darby (Bekas pengurus pasukan Perak)
Penolong Jurulatih
  • Zahasmi Ismail
  • Hashim Mustapha
Penjaga Gol
  • Khairul Fahmi Che Mat  (signed)
  • Mohd Shahrizan Ismail (signed)
  • Muhammad Syazwan Yusof (signed)
Pertahanan
  • Nik Mohd Shahrul Azim Abd Halim Azim (signed)
  • Obinna Nwaneri (pemain import, Nigeria) (signed)
  • Tuan Mohd Faim Tuan Zainal Abidin (signed)
  • Zairul Fitree Ishak (signed)
  • Mohd. Farisham Ismail (signed)
  • Mohd Abdul Aziz Ismail  (signed)
  • Mohd Nazri Ahmad (Johor DT) (signed)
  • Muhamad Aizat Jaini (signed)
  • Lim Choon Wee (signed)
Pemain Tengah
  • Mohd Badhri Radzi@Piya (Ketua Pasukan) (signed)
  • Mohd Faiz Suhaimi (Piala Presiden, Kelantan) (signed)
  • Faizol Nazlin Sayuti (Piala Presiden, Kelantan) (signed)
  • Mohamed Ali Abu El Yazid Shawky (Import, Al Naft FC (Mesir)) (signed)
  • Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (Harimau Muda A) (signed)
  • Mohd Amar Rohidan (Felda United FC) (signed)
  • Tengku Hasbullah Raja Hassan (Kedah FA) (signed)
Penyerang
  • Mohd Khairul Izuan Rosli (signed)
  • Famirul Asraf Sayuti (signed)
  • Francis Forkey Doe (bekas pemain import Selangor dari Liberia) (signed)
  • Ahmad Shakir Md. Ali (Negeri Sembilan) (signed)
  • Ahmad Fakri Saarani (signed)
  • Mohammed Mahmoud Ghaddar (Import, Felda United) (signed)
Jika terdapat kesilapan dalam senarai ini, sila berikan komen anda.

Kemaskini: 07/01/2014

Ahad, 10 November 2013

Khairy Jamaluddin menang di Shout! 2013

Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang baru dilantik, iaitu Khairi Jamaluddin yang dilihat semakin popular di kalangan anak muda kini telah memenangi anugerah Wired Celebrity Award 2013 menerusi akaun twitternya @khairykj. Anugerah shout! 2013 ini telah diadakan semalam di Stadium Putra Bukit Jalil.

Antara pemenang yang lain:

Ultimate shout Award: Joe Flizzow
Popstar Award: Hafiz
Power Vocal Award: Hafiz
Best New Act. Award: Jay Walia
Flava Award: Mizz Nina & Jay Park
Rockstar Award: Bunkface
Best on Screen Chemistry Award: Zizan & Johan
Favourite TV Program Award: Versus 2
Coolest Radio Announcer Award: Fara Fauzana
Favourite Radio Show Award: Johara Pagi Era
Hot Chick Award: Nur Fazura
Hot Guy Award: Aaron Aziz
Shout! Aloud Award: Matluthfi90





Sabtu, 9 November 2013

Piya: Keranamu The Red Warriors (TRW)

Segala teka-teki selama ini berkenaan penghijrahan kapten 'marvel' ini, Badhri Radzi atau Piya, akhirnya terjawab dan telah menyebabkan 7 pasukan yang menagih khidmatnya telah mengigit jari.

dari, sudut, pandang, piya, kapten, kelantan, trw, hijrahTernyata kesetiaan beliau terhadap negeri kelahirannya menyebabkan beliau menolak tawaran yang lebih lumayan untuk kekal bermain untuk Kelantan dalam Liga Malaysia untuk musim depan.

"Saya dilahirkan di Kelantan, darah yang mengalir dalam badan saya adalah darah Kelantan dan saya sanggup mengorbankan kerjaya saya untuk bumi Kelantan," kata Piya.

"Mengapa saya akan terus kekal bersama 'The Red Warriors?, seperti saya katakan sebelum ini, bermain di tempat orang tidak sama dengan padang keramat di Stadium Sultan Muhammad, ibarat hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri."

Darisudutpandang: Alangkah bagus jika setiap pemain bola sepak mempunyai semangat kenegerian seperti Piya ini kerana ianya mampu mempertingkatkan mutu bola sepak negeri. Namun begitu, era bola sepak profesional mungkin menjadikan para pemain melupakan rasa kesetian kepada negeri kelahiran kerana faktor gaji yang ditawarkan serta cara pengurusan persatuan bola sepak negeri sebagai majikan para pemain diuruskan.








Jumaat, 8 November 2013

Norfarhan 'Ben 10' ke JDT kerana Annuar Musa

Pemain bola sepak kelahiran Terengganu yang menabur jasanya di Kelantan dan lebih dikenali dengan panggilan 'Ben 10' mengesahkan yang dia akan bermain untuk Johor Darul Takzim pada musim Liga Malaysia 2014.

dari, sudut, pandang, Ben 10, Norfarhan, Terengganu, Johor Darul Takzim, Kelantan, berhijrahDengan penjelasan tersebut, Norfarhan telah menamatkan segala spekulasi selama ini yang mengaitkan beliau untuk bermain di negeri kelahirannya Terengganu.

Menurut 'Ben 10', keputusan tersebut diambil beliau selepas arkitek pembangunan bola sepak Kelantan yang juga Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa gagal mengotakan janji yang telah dipersetujui bersama dan telah menyenaraikan nama beliau antara 12 pemain Kelantan (The Red Warrior, TRW) yang akan berhijrah tahun depan di laman muka buku (Facebook).

"Saya akui pernah berunding dengan Johor Darul Takzim (JDT), namun pada masa yang sama saya masih menyimpan hasrat untuk kekal bersama TRW kerana mahu menebus kekecewaan gagal mempertahankan Piala Malaysia tahun depan, namun terkejut apabila Tan Sri menyenaraikan nama saya antara pemain yang akan berhijrah"

"Saya mungkin akan bermain dengan JDT untuk tempoh 1 hingga 2 tahun dan sedia untuk kembali ke pangkuan TRW kerana banyak kenangan indah saya bersama pasukan ini, malah saya dapat menjulang semua trofi ketika bersama pasukan ini", tambah Norfarhan lagi.

Selain Norfarhan, nama lain yang tersenarai untuk berpindah adalah:

  • Indra Putra Mahayuddin (Felda United)
  • Daudsu Jamaluddin (Johor Darul Takzim)
  • Syakir Shaari (Selangor)
  • Azizi Mat Rose (Johor Darul Takzim)
  • S. Subramaniam (Johor Darul Takzim)
  • Rizal Fahmi Rosid (Selangor)
  • Izuan Salahuddin (Sime Darby)
  • Faiz Subri (T Team)
  • Zairo Annuar Zailani (Terengganu)
  • Haris Safuan Kamal (Felda United)
  • K. Nanthakumar (Negeri Sembilan)


Darisudutpandang: Selamat maju jaya buat Norfarhan. Mungkin sebagai penyokong bola sepak Terengganu, aku agak kecewa dengan keputusan yang di ambil oleh Norfarhan ini kerana aku ingatkan beliau akan bermain untuk menguatkan pasukan negeri kelahiran beliau iaitu Terengganu. Namun aku percaya sebagai pemain profesional yang menjadikan bola sepak sebagai mata pencarian, keputusan yang diambil oleh beliau adalah tepat kerana gaji yang ditawarkan mungkin lebih tinggi jika beliau bermain untuk Terengganu.

Dengan keputusan ini juga aku percaya, ianya sebagai satu tamparan buat pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT)yang baru, yang bercita-cita untuk membawa pulang pemain kelahiran Terengganu untuk bermain mewakili negeri sendiri.


Rabu, 6 November 2013

Pahang menang Piala Malaysia kerana bomoh

Betul ke ada bomoh yang begitu handal yang boleh menyebabkan satu-satu pasukan menang piala? Inilah dakwaan daripada sesetengah pihak yang mendakwa pasukan Bola Sepak Pahang telah menggunakan bomoh untuk memenangi Piala Malaysia ketika menentang Kelantan tempohari.

dari, sudut, pandang, pahang, Kelantan, bomoh, Piala Malaysia, menangIni adalah dakwaan yang tersebar di dalam Facebook (FB) yang dirakam melalui televisyen pada separuh masa kedua perlawanan itu. Penjaga gol Pahang, Mohd Khairul Azahan, 24, dilihat berada di sebelah kiri gawang gol dan pada masa sama, ada satu petak merah di tengah gawang yang kononnya lokasi kedudukan makhluk halus itu.

Mengulas perkara itu: 

Mohd. Khairul Azahan mengakui terkejut apabila dimaklumkan kononnya ada makhluk halus ditugaskan menutup pintu gol daripada dibolosi sehingga Pahang muncul juara musim ini.

Dia yakin peminat bola sepak tidak terpengaruh dengan sebarang dakwaan yang tidak berasas itu.

Khairul Azahan berkata lagi, "Saya berpendapat pihak yang menyebarkan cerita ini tidak lebih daripada individu nakal yang cuba mengambil kesempatan menghangatkan lagi kejayaan Pahang menjulang Piala Malaysia musim ini."

Darisudutpandang: Jika betul ada bomoh yang sehebat ini, Pasukan Bola Sepak Malaysia perlu mendapatkan pertolongan bomoh ini untuk layak ke Piala Asia nanti kerana kedudukan pasukan kita bagai dihujung tanduk. Kalau boleh bawa sekali ke Bahrain nanti......




Selasa, 5 November 2013

Kementerian Pelajaran: Lembabnya sistem PPBS

Cakap dan tegur sampai berbuih mulut pun korang bukannya peduli pasal masalah guru ni. Apa yang korang rasa bagus kat luar negera langsung korang nak 'apply' kat Malaysia tapi sebelum tu tengoklah dulu sistem dan kemampuan kita di Malaysia ni.

dari, sudut, pandang, SPPBS, kementerian, pelajaran, lembab, susahkan, guru, cikgu
Boleh nampak betapa lembabnya sistem ini 
Ehh...apa marah-marah ni? Maaflah...aku bukan marah pun sebenarnya aku nak tegur dengan nada yang kasar sikit pasal Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) ni.

Bukannya sebab sistem ni tak bagus tapi disebabkan penggunaan sistem memasukkan datanya yang lembab kerana beban data semasa. Sistem Pangkalan Data yang lembab dan selalu 'hanged' menyebabkan para guru yang cuba untuk memasukkan data mengambil masa yang lama sehingga ada guru yang terpaksa bangun pukul 2,3 pagi semata-mata untuk memasukkan data ke dalam Sistem Pangkalan Data kerana pada waktu ini sistem ini agak ok.

Aku ada terima WhatsApp dari seorang kawan yang mempersendakan sistem PPBS ini dengan satu soalan, dan soalan itu berbunyi:

S: Apakah yang paling lembab berjalan?
A: Kura-kura
B: Biawak Komodo
C: Arnab
D: Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)

Aku tak tahulah syarikat mana yang dapat tender untuk menyediakan sistem PPBS ini (Dapat kat syarikat kroni ke,? SPRM tolonglah check)Takkan lah pihak Kementerian tak kaji dan lihat dahulu tentang keupayaan Sistem Pangkalan Data ini sebelum ianya diwajibkan kepada semua guru untuk mengisi data ke dalam sistem ini. Mana perginya Timbalan Menteri berbangsa India yang sibuk-sibuk pasal korban di Sekolah? Pada ko sibuk pasal hal korban ni, baik ko sibuk dan bantu guru bagi menyelesaikan masalah ni.

Janganlah disebabkan para guru membuat bantahan dan aduan tentang sistem ini dikatakan guru itu malas, tapi sebenarnya koranglah yang berada di Kementerian dan Pejabat Pendidikan yang malas sebab tak kaji dulu kesesuaian sistem ini di Malaysia. Ikut suka korang jer nak buat.

Sepatutnya korang kenalah dulu pertingkatkan Pangkalan Data ni supaya dapat menampung ratusan ribu guru yang masuk ke dalam sistem ini secara serentak...(takkan ini pun aku kena ajar...kata belajar tinggi) barulah korang wajibkan kepada guru-guru untuk menggunakan sistem PPBS ini.

Kementerian Pelajaran sudah ada 2 orang Menteri, sepatutnya dengan 2 orang Menteri ni dapatlah fikir dan buat keputusan dengan baik sebab dah ada 2 kepala dan 2 otak yang boleh memberikan idea-idea yang bernas disamping dibantu dengan Timbalan Menteri berbangsa India (yang entah apa-apa) dan yang berbangsa Cina, juga bijak pandai di Kementerian.

Janganlah disebabkan korang nak buat perubahan, korang bebankan lagi tugas-tugas guru yang sedia terbeban. Padahal yang korang bebankan itu bukannya tugas hakiki dia orang. Korang kata nakkan kecemerlangan tapi macamana guru-guru nak tumpukan kepada para pelajar jika tugas guru sudah terbeban dengan tugas pengkeranian.

Fikir-fikirkan......






Putihnya betis perempuan ni

Ada yang putih, ada sawo matang dan ada yang hitam, ada yang bunting padi dan ada yang kurus melidi. Itulah yang aku dapat lihat setiap pagi dan petang, warna betis orang perempuan dan bentuknya. Ehh....aku ni kaki mengendap ker? Bukanlah....korang kena baca sampai habis dulu artikel aku ni sebelum korang 'judge' aku macam tu.....

dari sudut pandang, betis perempuan, seksi, naik, motosikal
kan bagus kalau pakai macam ini
Tempat korang aku tak tahulah, tapi aku yang tinggal di bandar besar macam di Kuala Lumpur ni, setiap pagi dan petang dapat lihat betis orang perempuan...percuma tu tak perlu pergi mengendap pun. Berdosa....memang berdosa..tapi nak buat macam mana..perempuan tu dah nak tunjuk...

Kalau aku bernasib baik dapatlah tengok bukan saja betis tapi paha pun boleh nampak...Astafirullah.

Kepada yang masih tak faham tu, baiklah aku terangkan..

Perkara macam ni aku rasa korangpun sentiasa nampak iaitu perempuan yang naik motosikal dengan memakai baju kurung...kalau kain baju kurung tu ketat lagilah boleh nampak sampai ke paha tu..(tak perlulah aku terangkan kenapa..korang tahu sendirilah...)

Perempuan ni pun satu..dah tahu naik motorsikal tu pakailah seluar ke atau kalau nak juga pakai kain tu..pakailah seluar kat dalam...jadi bila terkangkang naik motosikal tu tak lah nampak betis. Yang aku hairan juga ialah kenapa suami dia tak tegur perkara macam tu...bukan ke betis tu juga adalah aurat.

Kalau tak nak fikir pasal aurat, fikirlah juga tentang keselamatan...kot-kot nanti kalau terjatuh atau kemalangan tu...adalah juga benda yang boleh 'protect' daripada terluka.

Jadinya kepada korang yang baca artikel aku ni dan selalu naik motosikal dengan suami tolonglah lakukan perubahan..jangan bagi orang free tengok betis korang....dan kepada suami pula tolonglah nasihati isteri korang supaya lebih bersopan ketika naik motosikal jangan bagi orang lelaki lain tengok betis isteri korang.



Jumaat, 1 November 2013

Johan As'ari ingin melamar Shila Amzah

Ramai wanita telah dikaitkan sebagai kekasih Johan As'ari. Selepas Nabila Huda dan ramai lagi wanita kini giliran Shila Amzah pula dikaitkan dengan beliau. Manakala bagi Shila Amzah pula selepas hubungannya dengan pelakon Shahnaaz Ahmad mendapat tentangan keluarga, ramai peminat beliau tertanya-tanya siapakah lelaki yang mendiami hatinya sekarang ini.


dari sudut pandang, shila amzah, johan as'ari, bercinta, jodohBerhubung dengan gosip tersebut, Shila Amzah mengatakan yang beliau tidak akan menolak seandainya Johan As'ari adalah jodoh beliau.

Ikuti pengakuan beliau:

"Saya tidak menolak jika seandainya Johan As'ari adalah jodoh saya. Saya bersyukur kalau ditakdirkan Johan menjadi jodoh saya kerana saya tidak perlu melalui peringkat berkenalan. Saya sudah kenal Johan sejak 3 tahun yang lalu dan semakin rapat sejak itu," kata Shila Amzah.

Tambah Shila lagi, dia berasa tenang berkawan dengan Johan, malah keluarga kedua-dua pihak turut merestui hubungan mereka.

"Johan lelaki yang menghormati saya dan keluarga selain sentiasa memberi sokongan dalam kerjaya saya. Kami juga saling berterus terang dan sebenarnya kedua-dua ibu sudah lama berkenalan," katanya.

Sebelum ini Johan telah memberitahu kepada umum bahawa hasrat beliau  ingin melamar seorang selebriti namun tidak menyatakan siapa selebriti tersebut.

Darisudutpandang: Apa lagi yang tunggu tu Johan? Masuk lah meminang......

Khamis, 31 Oktober 2013

Faizal keluar Hot FM kerana Sinar FM

Cerita tentang Faizal Ismail atau FBI yang telah mengumumkan pengundurannya sebagai penyampai radio di Hot FM kembali panas kerana dikatakan sebab pengundurannya daripada radio tersebut adalah disebabkan mendapat tawaran yang lebih lumayan daripada radio Sinar FM.

Betul ke? Berikut adalah kenyataan FBI berkenaan perkara ini:


dari sudut pandang, Faizal Ismail, dalam konti, letak jawatan, Hot FMFaizal, 37 berkata, perkara itu tidak berlaku sama sekali tetapi hanya khabar angin yang timbul susulan kontroversi peletakan jawatannya di radio Hot FM.

"Dakwaan tersebut tidak benar sama sekali. Memang tak ada tawaran atau lamaran apa pun. Pihak pengurusan Sinar FM tidak tanya apa-apa dan saya juga tak ada tanya apa-apa pada mereka.

"Sebenarnya perniagaan baru bermula, saya kena beri tumpuan, tetapi faktor masa menjadi bebanan. Jadi saya kena korbankan sesuatu iaitu kerja sekarang," katanya selepas sidang media pengesahan pengundurannya dari Hot FM di sebuah restoran di sini.

Faizal berkata, keputusan untuk berhenti telah dipertimbangkan sejak 2 tahun lepas itu bertujuan memberikan tumpuan pada perniagaan syarikatnya, FBI Entertainment yang baru beroperasi.

"Sebenarnya sudah 2 tahun saya fikir untuk berhenti tapi hanya kongsi dengan isteri saja. Rakan sekerja langsung tidak tahu mengenai perkara ini.

"Sudah 7 tahun saya bersama Hot FM dan alhamdulillah ada benda yang telah saya capai. Saya pula bukan jenis yang suka duduk dalam zon selesa," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul berkata, Faizal terus berkhidmat sepenuh masa bersama stesen itu sehingga 15 November depan.

"Selepas itu, Faizal bertugas sebagai penyampai sambilan kami pada hujung minggu. Sebagai rakan sekerja dan kawan baik, tentu saya bersedih tetapi menyokong aspirasinya menjalankan perniagaan," katanya.

Sementara itu, Pengurus saluran Sinar FM, Rizal Sahimy berkata, khabar angin kononnya Faizal meninggalkan Hot FM kerana menerima tawaran Sinar FM bagi menggantikan Salih Yaacob bermula tahun depan adalah tidak berasas.

"Itu hanya khabar angin dan tak betul langsung. Setakat ini tiada dalam perancangan kami yang dia atau sesiapapun masuk ke Sinar.

"Salih Yaacob, Kak Engku dan Krill masih lagi bekerja seperti biasa. Tiada siapa berhenti atau tidak sambung kontrak. Semua berjalan seperti biasa," katanya.

Darisudutpandang: Harap dengan penjelasan daripada Faizal ini akan memadamkan segala desas-desus sebab pengunduran Faizal Ismail daripada Hot FM.

Sabtu, 26 Oktober 2013

Isteri curang mengenjut 'anak ikan'

Cerita tentang kecurangan pasangan, akhir-akhir ini menjadi tajuk kebanyakan akhbar2 di Malaysia. Ada yang sampai mencederakan pasangan dan yang lebih tragis lagi ada yang sanggup membunuh pasangannya yang curang.

Ini ada satu lagi kejadian isteri curang yang telah berjaya ditangkap. Ikuti kisah selanjutnya:

dari sudut pandang, khalwat,anak ikan, isteri curang,tangkapSeorang isteri tergamak menipu suaminya dengan menyatakan keluar untuk mengambil duit gaji namun sebaliknya menemui lelaki dipercayai 'anak ikan' di Dataran 1 Malaysia, Klebang.

Perbuatan ibu kepada 4 anak itu bagaimanapun memakan diri apabila dicekup bersama lelaki berusia 21 tahun ketika melakukan aksi tidak senonoh di dalam sebuah kereta.

Dalam kejadian jam 9:45 malam, sepasukan anggota polis yang meronda di kawasan sunyi di situ melihat sebuah kereta Proton Wira dalam keadaan mencurigakan lalu pergi melakukan pemeriksaan.

Sebaik sahaja menghampiri kenderaan didapati wanita berusia 33 tahun itu berada di atas badan lelaki berpakaian lengkap di bahagian kerusi penumpang hadapan.

Pasangan itu kemudian diarah keluar dan siasatan mendapati mereka bukan muhrim dan terus ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Batang Tiga dan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk tindakan lanjut.

Siasatan mendapati pasangan terbabit datang ke lokasi berkenaan selepas lelaki itu diambil oleh wanita terbabit dengan kenderaannya di rumahnya.

Pasangan terbabit tiba disitu sejam sebelum ditahan dan mereka mengakui melakukan mukadimah zina ketika itu.

Wanita itu yang bekerja sebagai pelayan restoran manakala lelaki terbabit menuntut di sebuah pusat pengajian tempatan. Mereka berkenalan sebulan yang lalu menerusi laman sosial.

Darisudutpandang:  Suami dah ada masih mencari lelaki lain ker?Aduhai.....




10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...