Isnin, 25 November 2013

Oh, Rajagopal apa yang kau buat

Sebenarnya aku dah malas nak cerita pasal pasukan bola sepak Malaysia ni sejak Malaysia kalah dan gagal mempertahankan Piala AFF tempohari. Walaupun begitu, aku tetap tak pernah 'miss' ke stadium jika ada perlawanan bola sepak yang melibatkan Malaysia...dan yang terakhir adalah ketika Malaysia tewas di tangan Qatar dengan 0-1 di Kelayakan Piala Asia baru-baru ini. Kalau ikutkan aku memang dah malas sangat untuk ke stadium untuk memberi sokongan kepada Harimau Malaya tetapi apa boleh buat demimu Malaysia terpaksa juga turun walaupun bukannya murah tiket untuk masuk ke stadium.

dari sudut pandang, Rajagobal, ultras malaya, bola sepak, kelayakan asiaBengang memang bengang lah bila dah kalah tapi apa boleh buat dah adat perlawanan macam tu...siapa yang berikan aksi yang terbaik dan yang menjaringkan gol..dialah yang menang. Namun begitu yang aku tak puas hati adalah tentang pengekalan jawatan K. Rajagopal semasa Malaysia gagal mempertahankan Piala AFF tempohari. Sepatutnya FAM dah pecat K. Rajagopal pada waktu tu......

Aku ingat lagi pada masa tu bila Malaysia tewas di tangan Singapura, Ultras Malaya berkumpul di depan bas pemain di Stadium Bukit Jalil meminta K. Rajagopal meletakkan jawatan sebagai pengendali pasukan bola sepak Malaysia dan perkara ini juga yang berlaku bila Malaysia tewas di tangan Qatar baru-baru ini.

Bagi pendapat aku, banyak perkara yang menjadi punca kepada kekalahan Malaysia antaranya ialah:

1. Pemilihan Pemain

K. Rajagopal hanya memilih pemain berdasarkan kepada hubungan baiknya tanpa melihat kepada prestasi semasa pemain tersebut. Jika diikutkan masih terdapat pemain yang lebih baik daripada apa yang K. Rajagopal pilih misalnya Nor Farhan, Badri Radhi, Indra Putra, Ashaari Samsudin dan sebagainya. Sepatutnya Safee Sali dah tak ada dalam senarai tersebut kerana di JDT sendiri pun Safee Sali bukan lagi pilihan utama termasuk juga Safiq Rahim.

Jika kita lihat di England, di Sepanyol, di Jerman dan sebagainya, pemain yang bermain untuk mewakili negara mereka datangnya daripada kelab utama di negara tersebut misalnya di England, pemain datangnya daripada Man. Utd, Liverpool, Chelsea dan Arsenal. Manakala di Sepanyol pula kebanyakan pemain yang dipilih datangnya daripada Kelab Barcelona dan juga Real Madrid tetapi di Malaysia kebanyakan pemain dipilih bukannya datang daripada pasukan yang mendominasi saingan liga. Sepatutnya lebih ramai pemain Kelantan, ATM dan juga Pahang yang dipilih untuk mewakili negara.

2. Taktikal

Sejak dulu lagi, aku tengok taktikal yang diserapkan oleh Rajagopal tidak pernah berubah. Cara permainan ketika menyerang masih sama seperti dulu dan ini memudahkan lawan membaca permainan. Mungkin sebab pemain yang sama sejak dulu maka sistem permainan pun sama atau Rajagopal sendiri tak ada idea lain...?

3. Pasukan eksperimen

Ayat 'eksperimen pemain' apabila kalah dalam perlawanan persahabatan sentiasa menjadi alasan Rajagobal. Mungkin juga Rajagopal masih bereksperimen dengan para pemainnya yang menyebabkan Malaysia kalah. Apa yang aku hairannya pemain yang dieksperimen adalah pemain yang sama. Apa hal tu....?

Kita tinggalkan punca-punca kekalahan pasukan Malaysia ni sebab ianya dah berlalupun. Apa yang penting sekarang adalah persedian untuk perlawanan terakhir yang akan datang menentang Yaman dengan jaringan gol yang banyak.

Agak-agaknya mampu tak kita?







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...