Khamis, 3 Disember 2015

Sakit yang perempuan tak pernah serik

Tak ada siapa yang suka sakit lebih-lebih lagi kalau sakit itu kita yang cari tapi aku pelik dengan perempuan terutama yang dah bernikah yang sanggup menghadapi sakit ini. (Yang belum bernikah tu tapi sanggup menghadapi sakit ni, itu dah cari penyakit).

Agak-agak sakit apa yea yang perempuan suka sangat ni? Tak lain dan tak bukan adalah sakit buatan lelaki iaitu suaminya sendiri iaitu sakit ketika mengandung dan ketika melahirkan anak.

Ada ibu yang bercerita sakitnya ketika melahirkan anak seperti nak mati. Apa taknya mengikut kajian, badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del sahaja tetapi semasa bersalin seorang ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang yang dipatahkan secara serentak.

Aduh! Sakit tu...aku pernah merasa betapa sakitnya patah kaki semasa eksiden dulu inikan pula tulang yang dipatahkan bukan 1 tapi 20 tulang.

Oleh itu, kita sebagai anak harus terhutang budi kepada ibu kerana sanggup melahirkan kita walau terpaksa menahan kesakitan yang amat sangat.

DSP: Disebabkan betapa azabnya ibu untuk melahirkan kita, Allah telah menganugerahkan banyak pahala buat ibu-ibu ini seperti:

1. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah baginya pahala seperti pahala jihad.

2. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosanya yang lepas.

3. Ibu yang bersalin Allah anugerahkan pahala seperti 70 tahun solat dan puasa.

4. Setiap kesakitan pada satu uratnya. Allah hadiahkan padanya pahala seperti menunaikan haji.

Kata sesetengah ibu, segala kesakitan yang ditanggung semasa melahirkan anak seakan-akan hilang bila terpandang sahaja wajah anak yang dikandungnya selama 9 bulan.

Aku sebagai lelaki yang juga suami dan juga anak amat-amat respek kepada perempuan yang menjadi isteri dan ibu kerana ketabahan dan kekuatan mereka menahan kesakitan ini yang aku pasti tidak ada lelaki yang sanggup melaluinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kisah seorang sahabat: Ujian Allah paling hebat

Ini adalah artikel yang ketiga berkenaan dengan kisah seorang sahabat yang sedang diuji oleh Allah dengan ujian yang maha hebat. Artikel ini...