Khamis, 31 Oktober 2013

Faizal keluar Hot FM kerana Sinar FM

Cerita tentang Faizal Ismail atau FBI yang telah mengumumkan pengundurannya sebagai penyampai radio di Hot FM kembali panas kerana dikatakan sebab pengundurannya daripada radio tersebut adalah disebabkan mendapat tawaran yang lebih lumayan daripada radio Sinar FM.

Betul ke? Berikut adalah kenyataan FBI berkenaan perkara ini:


dari sudut pandang, Faizal Ismail, dalam konti, letak jawatan, Hot FMFaizal, 37 berkata, perkara itu tidak berlaku sama sekali tetapi hanya khabar angin yang timbul susulan kontroversi peletakan jawatannya di radio Hot FM.

"Dakwaan tersebut tidak benar sama sekali. Memang tak ada tawaran atau lamaran apa pun. Pihak pengurusan Sinar FM tidak tanya apa-apa dan saya juga tak ada tanya apa-apa pada mereka.

"Sebenarnya perniagaan baru bermula, saya kena beri tumpuan, tetapi faktor masa menjadi bebanan. Jadi saya kena korbankan sesuatu iaitu kerja sekarang," katanya selepas sidang media pengesahan pengundurannya dari Hot FM di sebuah restoran di sini.

Faizal berkata, keputusan untuk berhenti telah dipertimbangkan sejak 2 tahun lepas itu bertujuan memberikan tumpuan pada perniagaan syarikatnya, FBI Entertainment yang baru beroperasi.

"Sebenarnya sudah 2 tahun saya fikir untuk berhenti tapi hanya kongsi dengan isteri saja. Rakan sekerja langsung tidak tahu mengenai perkara ini.

"Sudah 7 tahun saya bersama Hot FM dan alhamdulillah ada benda yang telah saya capai. Saya pula bukan jenis yang suka duduk dalam zon selesa," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul berkata, Faizal terus berkhidmat sepenuh masa bersama stesen itu sehingga 15 November depan.

"Selepas itu, Faizal bertugas sebagai penyampai sambilan kami pada hujung minggu. Sebagai rakan sekerja dan kawan baik, tentu saya bersedih tetapi menyokong aspirasinya menjalankan perniagaan," katanya.

Sementara itu, Pengurus saluran Sinar FM, Rizal Sahimy berkata, khabar angin kononnya Faizal meninggalkan Hot FM kerana menerima tawaran Sinar FM bagi menggantikan Salih Yaacob bermula tahun depan adalah tidak berasas.

"Itu hanya khabar angin dan tak betul langsung. Setakat ini tiada dalam perancangan kami yang dia atau sesiapapun masuk ke Sinar.

"Salih Yaacob, Kak Engku dan Krill masih lagi bekerja seperti biasa. Tiada siapa berhenti atau tidak sambung kontrak. Semua berjalan seperti biasa," katanya.

Darisudutpandang: Harap dengan penjelasan daripada Faizal ini akan memadamkan segala desas-desus sebab pengunduran Faizal Ismail daripada Hot FM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...