Jumaat, 8 November 2013

Norfarhan 'Ben 10' ke JDT kerana Annuar Musa

Pemain bola sepak kelahiran Terengganu yang menabur jasanya di Kelantan dan lebih dikenali dengan panggilan 'Ben 10' mengesahkan yang dia akan bermain untuk Johor Darul Takzim pada musim Liga Malaysia 2014.

dari, sudut, pandang, Ben 10, Norfarhan, Terengganu, Johor Darul Takzim, Kelantan, berhijrahDengan penjelasan tersebut, Norfarhan telah menamatkan segala spekulasi selama ini yang mengaitkan beliau untuk bermain di negeri kelahirannya Terengganu.

Menurut 'Ben 10', keputusan tersebut diambil beliau selepas arkitek pembangunan bola sepak Kelantan yang juga Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa gagal mengotakan janji yang telah dipersetujui bersama dan telah menyenaraikan nama beliau antara 12 pemain Kelantan (The Red Warrior, TRW) yang akan berhijrah tahun depan di laman muka buku (Facebook).

"Saya akui pernah berunding dengan Johor Darul Takzim (JDT), namun pada masa yang sama saya masih menyimpan hasrat untuk kekal bersama TRW kerana mahu menebus kekecewaan gagal mempertahankan Piala Malaysia tahun depan, namun terkejut apabila Tan Sri menyenaraikan nama saya antara pemain yang akan berhijrah"

"Saya mungkin akan bermain dengan JDT untuk tempoh 1 hingga 2 tahun dan sedia untuk kembali ke pangkuan TRW kerana banyak kenangan indah saya bersama pasukan ini, malah saya dapat menjulang semua trofi ketika bersama pasukan ini", tambah Norfarhan lagi.

Selain Norfarhan, nama lain yang tersenarai untuk berpindah adalah:

  • Indra Putra Mahayuddin (Felda United)
  • Daudsu Jamaluddin (Johor Darul Takzim)
  • Syakir Shaari (Selangor)
  • Azizi Mat Rose (Johor Darul Takzim)
  • S. Subramaniam (Johor Darul Takzim)
  • Rizal Fahmi Rosid (Selangor)
  • Izuan Salahuddin (Sime Darby)
  • Faiz Subri (T Team)
  • Zairo Annuar Zailani (Terengganu)
  • Haris Safuan Kamal (Felda United)
  • K. Nanthakumar (Negeri Sembilan)


Darisudutpandang: Selamat maju jaya buat Norfarhan. Mungkin sebagai penyokong bola sepak Terengganu, aku agak kecewa dengan keputusan yang di ambil oleh Norfarhan ini kerana aku ingatkan beliau akan bermain untuk menguatkan pasukan negeri kelahiran beliau iaitu Terengganu. Namun aku percaya sebagai pemain profesional yang menjadikan bola sepak sebagai mata pencarian, keputusan yang diambil oleh beliau adalah tepat kerana gaji yang ditawarkan mungkin lebih tinggi jika beliau bermain untuk Terengganu.

Dengan keputusan ini juga aku percaya, ianya sebagai satu tamparan buat pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT)yang baru, yang bercita-cita untuk membawa pulang pemain kelahiran Terengganu untuk bermain mewakili negeri sendiri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...