Assalamualaikum dan salam sejahtera
Mohamed Jalani Bin Mohamad Sidek atau lebih dikenali dengan Jalani Sidek telah menafikan bahawa perceraian ini tiada kena mengena dengan orang ketiga selepas sah bercerai dengan isterinya Raja Azmi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
Jalani berkata perceraian ini disifatkan sebagai keputusan terbaik yang boleh memberi keadilan kepada bekas isterinya.
Menurutnya lagi, dia bersetuju bercerai dengan Raja Azmi kerana perlu bersikap adil padanya yang cukup tertekan dengan apa yang berlaku selama ini. Pelbagai tohmahan dan fitnah yang melanda rumah tangga mereka kebelakangan ini termasuk dia dituduh sebagai suami dayus menambah lagi tekanan dalam kehidupan mereka.
Sementara itu Raja Azmi berkata apa yang berlaku ke atas rumah tangganya adalah akibat tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepada mereka.
"Ini satu hukuman buat diri saya. Mungkin selama ini saya gagal menjadi isteri yang baik kepada Jalani sehingga menyebabkan dia menanggung malu dikatakan sebagai seorang lelaki dayus"
"Kini, saya menerima perceraian ini dengan redha dan menerima ketentuan Yang Maha Esa. Mungkin ada hikmah disebalik perpisahan kami dan bagi saya, Jalani adalah suami yang baik".
Jalani dan Raja Azmi hadir ke mahkamah dengan ditemani anak ke dua mereka serta peguam.
Raja Azmi sebelum ini pernah didakwa berkhalwat dengan bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim pada Ogos 2010 di Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini.
Bagaimanapun, mereka dibebaskan pada 19 Ogos tahun lalu oleh pihak mahkamah selepas setahun proses siasatan berlangsung.
Jailani juga pernah dihimpit kontroversi kononnya dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang ahli perniagaan berstatus janda.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan