Khamis, 21 Jun 2012

Awas pesalah trafik anda diperhatikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Mengikut statistik, purata kematian akibat kemalangan jalan raya setahun mencecah sehingga 6,000 kematian setahun yang kebanyakannya berpunca pemanduan berbahaya dan tidak menghiraukan peraturan. Fuh...banyak tu beb...itu tak kira lagi kerugian yang ditanggung oleh negara akibat kehilangan sumber kerja, tanggungan insurans dan sebagainya.(dianggarkan kerajaan menanggung RM9 billion setahun)
fauzichik.blogspot.com
Kalau kita baca surat khabar ke, dengar berita di radio atau tengok berita kat tv memang akan ada berita-berita pasal kemalangan kecil dan ada yang sehingga membawa maut.

Pelbagai kempen keselamatan jalan raya telah dilancarkan oleh kerajaan saban tahun tetapi ianya tidak berkesan umpama mencurah air didaun keladi kerana sikap pemandu sendiri yang mementingkan diri.

Yang terkenal adalah Ops Pacak la....kalau dimusim perayaan adalah kita nampak anggota polis yang terpacak ditepi -tepi jalan raya bagi mendidik para pemandu supaya lebih berhati hati memandu dan mengikut peraturan tapi kemalangan maut ada juga berlaku. Ada yang kata memang dah takdir untuk terlibat dengan kemalangan tapi kita jangan menyalahkan takdir sebab kita seharusnya berikhtiar agar dapat mengelak daripada terlibat dengan kemalangan.

Sikap dan kecuaian pemandu atau penunggang yang menjadikan jalan raya sebagai litar lumba dengan memandu melebihi had laju yang dibenarkan menjadi antara penyumbang utama kepada kemalangan di negara ini sebenarnya.

Oleh disebabkan itu pihak kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan sistem penguatkuasaan automatik (AES) bagi mengesan para pemandu tegar yang melanggar peraturan jalan raya. Dikhabarkan sistem ini akan dilaksanakan sepenuhnya diseluruh negara menjelang akhir tahun ini. Buat permulaan sistem AES ini akan dipasang di 10 lokasi yang terpilih disekitar Lembah Klang dan saman pertama yang dijangkan akan dikeluarkan pada September 2012 ini.

Sistem AES yang bernilai RM800 juta ini ditanggung sepenuhnya oleh kontraktor yang berjaya membida projek tersebut (aku tak mahu membicarakan tentang 2 syarikat yang mendapat projek ini yang dikatakan ada usul politik...tapi aku dikhabarkan yang syarikat ini diberi kontrak selama 5 tahun dan sekiranya pihak kerajaan tidak berpuashati maka kontraknya boleh ditamatkan selepas 5 tahun)...tapi bagi aku kalau kerajaan menanggung sepenuhnya kos ini pun tak ada masalah sebab kalau ikut kerugian yang ditanggung oleh kerajaan disebabkan oleh kemalangan dan kehilangan nyawa melebihi kos tersebut. Anggaplah ini sebagai pelaburan sebab ianya akan membawa pulangan juga kepada kerajaan dari segi kutipan saman.

Pelaksanaan sistem AES ini telah dikenal pasti akan dipasang di 831 lokasi berisiko kemalangan yang beroperasi 24jam sehari tanpa pengawasan manusia dan gangguan cuaca bagi mengesan mereka yang melakukan dua kesalahan serius buat masa ini iaitu melanggar lampu isyarat dan memandu melebihi had laju. Sebelum dikembangkan ke kesalahan trafik yang lain seperti memotong barisan, menggunakan laluan kecemasan, memotong dari lorong kiri, muatan berlebihan dan sebagainya.

Jadi bagi pengguna jalan raya berwaspadalah, tingkah laku anda diperhatikan.

*maklumat Harian Metro



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...