Selasa, 16 Julai 2013

Raja Azmi bertunang

Selepas bercerai dengan Jalani Sidek, akhirnya Raja Azmi, 54 akan mengakhiri zaman jandanya apabila telah bertunang dengan Mohd Eddie Ghazali, 45 semalam.

Acara pertunangan tersebut telah diadakan dirumah Raja Azmi di Bukit Antarabangsa, yang diaturkan sendiri oleh anak-anak pasangan tersebut.

dari, sudut, pandang, Raja Azmi, Eddie, pemain bass kumpulan CRKPada majlis yang diadakan sebelum berbuka puasa itu, anak sulung Eddie iaitu Mohd Daniel, 21 mewakili bapanya manakala Raja Azmi diwakili oleh anak sulungnya, Puteri Suraya Mohd Jalani, 28.

Raja Azmi menerima 5 dulang hantaran, manakala Eddie menerima 3 hantaran. Cincin pertunangan tersebut telah disarungkan oleh ibu Eddie sendiri.

Mereka dijangka akan dinikahkan pada 15 September ini.Menrut Raja Azmi, dia amat bewrsyukur kerana dapat merasai alam pertunangan buat kali ke2.

Upacara tersebut dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat handai daripada kedua-dua belah pasangan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...