Rabu, 10 Julai 2013

Bangsa Melayu, bangsa yang hebat

"Takkan Melayu hilang di dunia". Itu dikatakan telah dilafazkan oleh Laksamana Hang Tuah dizaman kemegahan Empayar Melaka dulu.

Jika pada abad ke-15 lagi, bangsa Melayu yang memerintah Melaka ketika itu menjadi bangsa yang maju sehinggakan dikenali diseluruh seantero dunia ketika itu.

Seorang penyelidik dan pengkaji sejarah, Dr Zaharah Sulaiman berkata Melayu bukanlah bangsa yang lemah, tidak mahir dan boleh dipandang hina. Sejarah membuktikan bangsa ini penakluk agung, ahli maritim yang handal dan cukup disegani.

Tampil dengan kajian mengenai kewujudan Melayu di rantau ini sejak hampir 4 tahun lalu, beliau berkata, kegemilangan bangsa itu satu waktu dulu turut diakui pencatat yang menemui bukti orang Melayu terkenal dengan sifat baik hati sehinggakan sering dipergunakan orang lain.

"Kajian saya turut menemui Melayu sebenarnya lebih awal wujud daripada tamadun India dan Cina dengan kawasan penempatan di Benua Sunda yang begitu baik dari segi iklim dan rupa bentuk muka bumi untuk didiami.

"Bukti yang ada cukup untuk mengatakan bangsa Melayu berasal daripada keturunan Semang dan Senoi yang kemudiannya membernihkan bangsa lain di dunia," katanya.

Dr. Zaharah berkata, kajiannya selama ini berdasarkan penemuan artifak serta DNA daripada 160,000 tahun lampau sehingga ke hari ini dan ia akan menemui orang ramai tidak lama lagi. 

Darisudutpandang: Ini adalah kajian yang dilakukan oleh Dr. Zaharah. Mungkin dalam kajian yang dia lakukan, beliau menemui bukti-bukti yang menyokong apa yang dia katakan. Apa pula kata anda berhubung dengan kajian ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...