Isnin, 15 Julai 2013

Jangan makan ayam jika tidak harga ayam akan tinggi

Lawak-lawak bila aku, dengar 'statement' daripada seorang Menteri berkenaan dengan cara untuk mengelakkan harga ayam yang semakin tinggi dipasaran sekarang ni. Mudah sangat cara penyelesaiannya. Menteri ni belajar sampai tinggi mana ni? Macam budak tadika aje idea yang dia bagi untuk mengelakkan harga ayam yang tinggi ni...hahaha.

Korang bacalah sendiri 'statement' Menteri ni:

Dari, sudut, pandang, harga, ayam, tinggi, boikot, Datuk Hasan Malek Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.

Beliau berkata langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.

Katanya ia juga bertujuan mengajar pihak berkenaan yang cuba mengaut keuntungan supaya sedar tindakan tidak bertanggungjawab mereka tidak akan berhasil."Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian dekat sini, hari ini.

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Hasan mengulangi gesaan kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga ayam sesuka hati sebaliknya menanam perasaan mendahulukan rakyat agar negara terus sejahtera."Saya lihat masih ada peniaga yang degil. Fikirlah balik...pada saya letaklah kepentingan negara lebih daripada lain-lain supaya kita tak jadi macam negara lain yang huru-hara."Kita sedang pantau dan cari punca kenaikan harga ayam adakah daripada pembekal, pemborong atau peniaga sendiri," katanya.

Selain itu Hasan berkata kira-kira 74 wakil industri termasuk pembekal ayam dan pengeluar gula memberi jaminan untuk tidak menaikkan harga barangan pada musim perayaan Aidilfitri selain memastikan bekalan mencukupi."Persatuan Penternak Unggas Melayu di Selangor telah memberi jaminan akan memberi sokongan kepada kementerian untuk memastikan bekalan sentiasa cukup supaya harga kekal," katanya.

Mengenai Ops Harga 2013, Hasan berkata sejak dilancar pada 6 Julai lalu hingga Khamis lepas (11 Julai) sebanyak 26,854 pemeriksaan dilakukan di seluruh negara.Beliau berkata daripada keseluruhan jumlah pemeriksaan itu 60 kes telah dikenakan tindakan dengan jumlah rampasan bernilai RM10,071 dan kompaun RM7,150.

"Kes-kes yang dikenakan tindakan itu 59 membabitkan kesalahan tidak meletak tanda harga atau senarai harga bagi barangan yang dijual dan satu lagi kes dikenakan tindakan kerana menjual barang harga kawalan (gula kasar) melebihi harga maksimum yang ditetapkan," katanya.

Darisudutpandang: Korang dah bacakan 'statement' menteri ni. Macamana apa komen anda???
Pada sudutpandang aku lah kan yang tak belajar tinggi ni. Kalau setiap barang yang naik harga diluar kawalan dan cara untuk mengatasinya hanya dengan memboikot susah lah macam tu. Ini ayam yang naik harga, kalau beras naik harga macam mana pulak? Nak suruh rakyat jangan makan nasi!! makan ubi kayu macam zaman Jepun dulu ker?

Suruh semua rakyat jangan makan ayam, tukar ke ikan dan daging, habis tu kalau semua orang makan daging dan ikan, harga daging dan ikan tak naik pulak ker??

Apa guna ada akta yang digubal jika tidak digunakan!! Heran-heran...Ingatkan ada menteri yang baru, bolehlah keluarkan idea yang bernas untuk mengatasi masalah ni tapi rupa-rupanya menteri pun hampeh.......

Ini pasal ayam yang naik harga, harga barang lain yang naik macamana pulak??

Hujung bulan ni setiap kakitangan kerajaan dapat kenaikan gaji dan pastinya harga barang juga akan naik. Macamana nak kawal tu, nak boikot jugak ker? Kesianlah kepada kami, rakyat yang miskin ni.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...