Isnin, 1 Julai 2013

Piala Konfederasi 2013: Brazil vs Sepanyol


Pada perlawanan akhir Piala Konfederasi 2013 yang berlangsung di Stadium Maracana, Brazil pada pagi ini, Pasukan Brazil membuktikan yang mereka masih lagi berbisa dan kuat dengan menundukkan Sepanyol dengan 3-0.

Fred, telah menjaringkan gol di awal minit ke-2, sebelum ditambah menjadi 2-0 selepas jaringan Neymar sebelum separuh masa pertama tamat.

Fred menambah gol peribadinya yang kedua dan yang ketiga bagi Brazil selepas separuh masa kedua disambung.

Gerard Pique dibuang padang dan sepakan penalti oleh Ramos yang melambung menambah kepincangan Sepanyol pada perlawanan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...