Dulunya sakit jantung dikatakan adalah penyakit untuk orang-orang kaya sahaja, tetapi pada masa kini sesiapa sahaja boleh terkena dengan penyakit ini. Ini kerana taraf hidup dan sosio ekonomi yang berubah menyebabkan penyakit ini menjadi suatu penyakit yang biasa dihadapi oleh masyarakat.
Sakit jantung juga menjadi salah satu penyakit yang dipanggil 'silent killer' akhir-akhir ini. Kalau kita lihat banyak kejadian kematian melibatkan serangan jantung ini.
Sebelum ianya menjadi parah, ada baiknya kita kenali tanda-tanda awal penyakit ini untuk melakukan pencegahan dan persediaan awal. Untuk mengetahui apakah tanda-tanda awal penyakit jantung itu, sila baca selanjutnya:
1. Sakit dada
Ia disebabkan sel-sel jantung tidak mendapat oksigen yang mencukupi kerana kurangnya aliran darah ke otot-otot jantung.
2. Sukar bernafas
Kesukaran ini biasa terjadi ketika tidur atau hanya sekadar berbaring. Untuk mengatasi hal tersebut, ambil nafas dalam-dalam dan hembus nafas perlahan-lahan. Keadaan sesak nafas juga berlaku pada malam hari. Hal tersebut dikenali sebagai Paraoxysmal Nocturnal Dyspnea atau kesukaran bernafas akibat kurang kemampuan jantung untuk mengepam darah ke seluruh tubuh dan kembali semula ke jantung dan paru-paru.
3. Kurang selera makan
Ia disebabkan oleh pengumpulan cairan di dalam hati atau sistem pencernaan yang boleh mengakibatkan berkurangnya selera makan.
4. Sering rasa penat dan lelah
Rasa lesu, penat dan lelah tanpa sebab ini berlaku kerana tubuh tidak mendapat oksigen yang mencukupi.
5. Kerap buang air kecil
Intensiti buang air kecil yang kerap juga menjadi simptomnya. Perkara ini disebabkan cairan yang terkumpul pada ginjal melalui aliran darah pada siang hari. Untuk menghindari hal ini, kawal pengambilan air pada waktu malam hari.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 surah mustajab
Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...
-
Biasanya apa yang kita dengar, kita tahu dan ada juga kita lihat saiz zakar lelaki berbeza mengikut bangsa dan tempat. Pada kebiasaannya sai...
-
Amat jarang kita mendengar cerita tentang lelaki dirogol perempuan. Biasanya yang kita dengar adalah sebaliknya. Kejadian ini berlaku di Afr...
-
Sebenarnya dah banyak kali kes-kes seperti ini disiarkan di dalam akhbar-akhbar namun satupun tidak dihiraukan oleh remaja kita. Bila dah te...
Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Kepentingan Omega 3
BalasPadam