Jumaat, 22 Februari 2013

PRU-13: BN kekal berkuasa

Jika betul ramalan yang dikeluarkan oleh Economist Intellingence Unit (EIU) ini menjadi kenyataan, pasti penyokong-penyokong dan juga para pemimpin parti Pakatan Rakyat mengigit jari lebih-lebih lagi pemimpin nombor satu Pakatan Rakyat (PR) iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri tidak akan menjadi kenyataan. Berikut adalah petikan daripada EIU:

Mengikut EIU yang juga majalah terkenal yang berpangkalan di London, 'The Economist', meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi Pilihan raya Umum ke-13 (PRU-13) berdasarkan kepada rekod pencapaiannya yang baik, agenda pembaharuan serta kepemimpinan ekonomi Datuk Seri Najib Razak yang berjaya.

EIU, pemikir yang menyediakan analisis risiko, industri dan negara berkala mengatakan 'janji yang lumayan' dari PR menyebabkan ianya menjadi penghalang yang besar kerana jelas tidak sesuai bagi Pakatan untuk melaksanakan semua janji kempennya.

"Sebagai contoh, menyediakan pendidikan menengah percuma akan menyebabkan kerajaan berbelanja RM43 bilion  manakala dengan memansuhkan duti kereta akan mengurangkan perolehan cukai sebanyak RM4.6 bilion setahun."

Menurut EIU, Pakatan Rakyat sudah memungkiri banyak janjinya sebelum ini, termasuk bantuan kewangan bagi pendidikan prasekolah, penuntut universiti, warga emas dan orang kelainan upaya, penjagaan kesihatan percuma bagi mereka berumur lebih 65 tahun, cukai hartanah lebih rendah dan bantuan untuk pembeli rumah.

Bagi semua perkara ini, populisme Pakatan kekal tidak mempunyai hasil yang praktikal.

Di Selangor, misalnya, BN mendakwa PR melaksanakan hanya 15 peratus daripada 31 janji pilihan raya bernilai RM2.4 bilion yang dibuat dalam manifesto pada 2008.

"Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengulas manifesto bukan janji tetapi mengakui pengundi mungkin berfikir sebaliknya."

Bandingkan dengan rekod kejayaan BN dalam memenuhi janji-janjinya dan anda mempunyai perbezaan yang jelas dalam pendekatan.

Buat para penyokong Pakatan Rakyat, jangan risau...ia hanya ramalan sahaja...dan ramalan biasanya tidak mencapai hasil yang 100 peratus betul.

Jika di lihat realitinya, BN untuk menang pada PRU-13 ini amatlah sukar dan payah...dan jika menangpun majoritinya tidak sampaipun 10 kerusi. Ini bermakna jika itu terjadi, kita akan mendapat kerajaan yang tidak stabil....

Walau bagaimanapun kita tunggulah PRU-13 ini kerana ianya dikatakan 'ibu segala pilihan raya' kerana ianya akan menentukan kelangsungan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para pemimpin Pakatan Rakyat...dan tidak lupa juga sebagai satu tanda aras kepada kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak sendiri.

P/S: Jadi ker PM bubar Parlimen hari ini???....Kita tunggu dan lihat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...