Isnin, 18 Februari 2013

Jasa kerajaan pada rakyat sudah lama dilupakan.

Baca tajuk di atas macam artikel kali ni pro kerajaan Barisan Nasional....tunggu dulu kalau berfikir macam itu...tolong baca sehingga habis dan buatlah keputusan. Kalau suka artikel ini tolong jangan lupa 'like' yea.

Dulu semasa aku kecil, aku suka sangat ikut arwah ayah aku pergi makan di sebuah kedai seorang pakcik ni yang berniaga roti canai di kampung aku. Setiap kali aku ikut arwah ayah makan di kedai dia pasti sebelum pulang pakcik ni akan bagi aku tiga biji gula-gula...maklumlah dulu gula-gula sepuluh sen dapat tiga biji bukan macam sekarang ini.

Perkara ini berlaku banyak kali....dan sebab itulah aku pasti akan ikut arwah ayah makan di kedai tersebut...bukan sahaja roti canai pakcik ni sedap tapi aku juga dapat gula-gula percuma.

Aku pasti, ada ramai antara kita yang mempunyai memori tersebut. Kita pasti akan terkenang perkara sedemikian untuk sekian lama walaupun perkara itu telah lama berlalu. Macam aku yang masih terkenangkan kebaikan pakcik itu kepada aku ketika aku kecil dahulu dan setiap kali aku pulang ke kampung, aku pasti tidak akan lupa untuk pergi makan ke kedai tersebut walaupun pakcik itu telah lama tiada.

Ehh, apa kaitan pula dengan 'Jasa kerajaan pada rakyat'? Sebenarnya kenyataan diatas adalah perumpamaan kepada tajuk diatas.

Sedar tak kita sebenarnya rasa terhutang budi rakyat kepada kerajaan sudah lama terhakis berbanding dengan dulu. Ini adalah kerana fungsi kerajaan yang membantu rakyat telah lama hilang dari sanubari pemimpin yang dipilih oleh rakyat.

Eh, bukan ker kerajaan sekarang ini amat baik kerana telah 'bermurah hati' memberikan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) kepada rakyat yang berpendapatan kurang daripada RM3 ribu sebulan sebanyak Rm5 ratus.??

Ya, memang betul...tapi bagi aku bantuan tersebut tidak menyeluruh. Hanya golongan yang tertentu sahaja yang mendapat bantuan tersebut...tapi bagaimana pula dengan golongan yang lain.??

Dulu, semasa kerajaan begitu prihatin kepada rakyatnya, begitu banyak jasa yang kerajaan bagi kepada rakyatnya. Misalnya:

1. Bantuan biasiswa atau pinjaman: Dulu kerajaan memberikan pinjaman kepada para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di Universiti tanpa ada kadar faedah yang dikenakan kepada setiap pinjaman. Jika pinjam RM20 ribu selama belajar maka perlu membayar RM20 ribu juga selepas belajar tidak macam sekarang kadar faedah dikenakan sebanyak 4 peratus setahun (Telah diturunkan kepada 1 peratus setahun). Ini amat membebankan para pelajar kerana mereka tahu selepas sahaja mereka tamat belajar, mereka perlu membayar hutang tersebut. Jika tidak, hutang mereka akan bertambah banyak. Manakala bantuan biasiswa yang dikeluarkan pula semakin kurang jika dibandingkan dahulu.

2. Bantuan buku persekolahan: Dulu semua pelajar sekolah mendapat buku teks secara percuma kemudian kerajaan menukar fikiran dengan setiap pelajar perlu membeli buku teks kecuali golongan yang tidak mampu kemudian menukar fikiran kembali kepada buku teks secara percuma...tetapi itu hanya untuk buku teks sahaja. Buku kerja murid tetap perlu dibeli. Jika setiap buku kerja puratanya bernilai RM5, bagaimana jika perlu membeli 5 biji buku,?? Bagaimana pula jika setiap keluarga mempunyai 4 orang anak, berapakah kos yang perlu dikeluarkan untuk menyekolahkan anak-anak?
Itu tidak termasuk dengan buku tambahan yang perlu dibeli.... Memanglah sekarang ini kerajaan memberi Rm1 ratus kepada setiap pelajar tetapi adakah itu memandai??

3. Program susu sekolah: Dulu kita pernah meminum susu secara percuma yang diberikan kepada setiap murid disetiap sekolah tetapi sekarang ini program ini tidak lagi dilaksanakan oleh pihak kerajaan kerana dikatakan terdapat banyak masalah dari segi kebersihan susu yang dibekalkan.

Ada orang berkata, dunia berubah dan kita juga perlu berubah...tapi adakah kita faham bahawa yang mengubah dunia itu adalah kita juga. Mengapa sesuatu yang baik untuk rakyat itu perlu diubah...? Mengapa tidak dikekalkan sahaja misalnya berkenaan dengan pinjaman untuk melanjutkan pelajaran.

Memang sekarang ini yuran persekolahan dan yuran peperiksaan telah dihapuskan tetapi kita jangan lupa yang yuran PIBG telah dinaikkan. Adakah itu berbaloi??

Dengan harga barangan yang semakin mahal ramai rakyat yang semakin terhimpit lebih-lebih lagi jika tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Baru. Aku percaya, apa yang rakyat mahu bukan BRIM yang diberikan tetapi bantuan kerajaan bagi mengurangkan harga barangan, harga minyak, infrasruktur yang baik serta pengangkutan awam yang lebih effisyen.

Aku percaya juga jika kerajaan mahu, yuran pengajian di Universiti Awam juga boleh dikurangkan walau tidak dihapuskan. Jika kerajaan berbuat demikian, aku percaya ramai rakyat yang bersetuju dan berterima kasih kepada kerajaan di atas keprihatinan itu.

Aku percaya ada yang menyokong dan ada yang membantah artikel aku ini...tapi itu terpulang kepada dari sudut mana kita lihat perkara seperti ini. Ada akan berkata jika kerajaan memberi subsidi yang banyak kepada rakyatnya, akan menyebabkan negara bangkrap...yea memang aku bersetuju tapi jika kerajaan ditadbir dengan penuh effisyen,  aku percaya perkara tersebut dapat dielakkan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...