Selasa, 12 Februari 2013

AES adakah suatu pembaziran?

Sebenarnya sudah lama untuk aku tulis berkenaan dengan sistem AES yang suatu ketika dulu heboh dibicarakan oleh orang ramai tentang pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan. Perkara ini semakin panas apabila ianya dijadikan isu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sebenarnya bagi aku pula sistem ini amat baik tetapi perlu ada penambahbaikan. Misalnya jumlah 'signboard' yang memberitahu kepada pemandu berkenaan dengan perangkap halaju berkamera perlu ditambah. Serta paparan bernombor juga perlu diletak dipersimpangan lampu isyarat bagi memberitahu kepada pemandu yang mereka mempunyai beberapa saat untuk melalui persimpangan tersebut sebelum lampu isyarat bertukar kepada merah.

Itu yang berkenaan dengan penambahbaikan berkenaan dengan sistem AES ini...tapi ada juga yang aku tidak bersetuju misalnya bila diletakkan kamera pada kelajuan yang hanya 60km/j...tapi di DUKE, (aku tak tahulah berfungsi atau tidak kamera tersebut yang diletakkan pada kelajuan 40km/j). Sepatutnya kamera tersebut hanya perlu diletakkan pada kelajuan standard iaitu pada 90km/j.

Seperti yang aku beritahu daripada awal, sistem penguatkuasaan automatik (AES) ini memang bagus untuk mendidik para pemandu supaya memandu secara berhemah tetapi alangkah bagus jika AES ini juga diletakkan di setiap kawasan yang sering berlakunya kesesakan lalulintas dan juga di setiap susur keluar dan masuk setiap simpang.

Sistem penguatkuasaan automatik (AES) ini jika diletak ditempat-tempat tersebut dapat mendidik pemandu yang kurang ajar yang suka memotong barisan dan juga pemandu yang memandu di lorong kecemasan. Di kebanyakan tempat tak kiralah di Kuala Lumpur atau dimana sahaja yang berlakunya kesesakan kita akan dapati banyak pemandu yang menjadi tidak sabar dan memotong dari sebelah kiri dan ada kalanya tidak memberikan lampu isyarat. Sebenarnya mereka yang melakukan perkara sedemikian juga sebenarnya boleh menyebabkan kemalangan dan juga menambahkan lagi kesesakan jalan raya yang sedia sesak.

Walaubagaimanapun berbalik kepada tajuk tentang pembaziran kerajaan terhadap pemasangan sistem ini, bagi aku ianya adalah pembelanjaan yang berbaloi oleh kerajaan walaupun nilainya mencapai RM500 juta untuk pemasangan kerana setiap tahun kerajaan menanggung hampir RM300 juta kerugian akibat kemalangan dan kehilangan sumber tenaga kerja rakyatnya.

Biasalah perkara yang baik itu tidak semua orang suka, lebih-lebih lagi jika ianya dipolitikkan. Aku bersetuju AES ini dikekalkan dan perlu diperbanyakkan lagi walaupun aku sendiri terkena saman ini.










Cuma apa yang diharapkan agar semua rakyat menyokong hasrat kerajaan ini tanpa perlu dipolitikkan oleh pembangkang. Sepatutnya pembangkang perlu berganding bahu dengan kerajaan dalam merealisasikan sistem ini agar tragedi kemalangan dapat dikurangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...