Selasa, 22 Januari 2013

Zain Saidin dan Rozita Che Wan kahwin Disember

Pelakon yang cantik ini sentiasa menjadi buruan media mahupun lelaki. Ramai lelaki yang dikaitkan dengan pelakon ini tapi yang hairannya kebanyakan lelaki yang dikaitkan dengan beliau semuanya lebih muda umurnya daripada beliau. Pelakon yang dimaksudkan adalah Rozita Che Wan.

Zain Saidin dan Rozita Che Wan kahwin Disember
Nampaknya dengan kenyataan Zain Saidin ini, pasti ramai lelaki yang kecewa.......

Zain Saidin, 29 tahun berkata, "Insya Allah, saya mungkin mendirikan rumah tangga bersama Rozita Che Wan, 42 tahun pada Disember depan. Semuanya masih dalam perancangan dan bergantung pada rezeki."
"Untuk pengetahuan, saya juga bersedia menerima dua anaknya tambahan pula sudah tiga tahun mengenali hati budi aktres itu," katanya lagi.

"Saya tahu Rozita cantik dan hanya orang tidak siuman bercakap sebaliknya, Namun, bukan paras rupa dipandang tetapi dia memiliki satu keistimewaan," tambah Zain tanpa menerangkan keistimewaan Rozita.

Kata Zain, dia turut mengenali dua anak lelaki pelakon terbabit berikutan sudah berjumpa.

Menurut Zain, setakat ini dia belum menemui keluarga pelakon itu di Alor Setar, Kedah dan mahu membuat perancangan sedikit demi sedikit.

Zain juga mengakui yang semua ini hanyalah perancangan dan meletakkan rezeki itu mutlak milik Allah SWT.

sumber


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...