Ahad, 8 September 2013

Adakah cinta perlu melakukan seks tanpa nikah?

Maaf artikel aku kali ini menyentuh pasal seks....tapi tolong baca dulu sampai habis sebelum membuat tanggapan yang bukan-bukan.

dari, sudut, pandang, seks, sebelum, nikah, perempuan, dirogol, lelaki, facebook, seronokAku sebenarnya amat hairan dengan sikap perempuan yang baru kenal lelaki dalam facebook tapi dah boleh diajak keluar secara berdua...berani sungguh tu....berani mati. Padahal dia tak tahu lagi dengan siapa yang dia jumpa....Kemudian bila kena rogol barulah menyesal tak sudah.  Manakala sesetengah perempuan tak perlu dirogol pun, minta aje dia orang akan kasi dengan rela hati sebab takut nanti teman lelaki dah tak sayang lagi...hehehe singkatnya lah perempuan yang berfikiran macam ni.

Kenapa perempuan boleh terjebak dengan seks tanpa nikah? Hal ini sebenarnya sudah lama berlaku. Iaitu sejak zaman batu lagi. Ketika itu perempuan hanya dianggap sebagai simbol seks dan sebagai pemuas nafsu seks lelaki sahaja. Ketika itu perasaan perempuan diranjang juga tidak pernah diambil kira, yang perlu tahu hanya baring dan mengangkang sahaja dan selebihnya hanya menunggu reaksi si lelaki . Hati dan perasaan perempuan langsung tidak dihiraukan..... 

Sekarang ini dek kerana peredaran masa dan mungkin juga lelaki kini lebih berilmu dalam hal-hal hubungan intim, maka citarasa perempuan juga diambil kira dalam melakukan hubungan seks dan ini akan menjadikan lelaki dan perempuan akan sama-sama menikmatinya.

Memanglah seks itu sesuatu yang menyeronokkan tapi mestilah dalam ikatan yang sah iaitu melalui pernikahan. Allah menciptakan nafsu tetapi Allah juga menciptakan akal untuk berfikir baik dan buruk tetapi kenapa nafsu juga yang diikutkan. Tak perlulah kita mempersoalkan taraf ketinggian ilmu seseorang kerana orang yang berilmu tinggi dan ada yang mahir dalam agamapun terbabas juga dalam mengikut nafsu ini.

Dalam mana-mana agama; islam, kristian, hindu, buddha dan sebagainya melarang hubungan seks sebelum nikah sebab itu dalam setiap agama adanya ikatan perkahwinan. Budaya seks sebelum nikah ini telah merebak daripada Eropah ke Asia tanpa mengira bangsa apa, Jepun, Cina, India, Arab sehinggalah melayu.

Kini anak-anak perempuan melayu bermula umur 13 tahun telah pandai melakukan seks tanpa perlu bernikah dahulu. Mereka tidak lagi menghiraukan satu benda yang perlu mereka pelihara untuk dipersembahkan kepada suami mereka iaitu "dara".

Usahlah disalahkan berkenaan dengan 'langit terbuka' atau filem-filem porno yang menjadi penyebab ramai masyarakat kita kehilangan dara sebelum nikah sebab dulupun tanpa internet dan filem porno masalah ini berlaku juga. Walaupun dulu tidaklah seteruk hari ini.

Dalam masalah melakukan seks tanpa nikah ni, adakah perempuan sahaja yang perlu dipersalahkan? Kata orang bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Lelaki juga perlu dipersalahkan dalam perkara ini tapi biasalah lelaki, masyarakat takkan salahkan mereka dalam bab-bab yang seperti ini.

Kata orang: "lelaki mempunyai 1 nafsu dan nafsu lelaki ini untuk seks sahaja manakala bagi perempuan pula mereka mempunyai 9 nafsu dan nafsu seks hanya sebahagian daripada itu". 

Ada orang kata lagi: "lelaki menggunakan cinta untuk mendapatkan seks manakala perempuan menggunakan seks untuk mendapatkan cinta".

Perempuan perlu tahu yang lelaki ini boleh diibaratkan sebagai  Harimau, kita dah tahu yang harimau tu, haiwan yang makan daging jadi janganlah nak dekat dengan dia walau jinak macamana pun sebab satu hari nanti kalau ada peluang dia akan 'ngap' kita nanti. Macam tu lah juga dengan lelaki. Sebab tu dalam islam dah melarang perempuan dan lelaki yang bukan muhrim duduk berdua-duaan sebab nak mengelakkan perempuan jadi lauk si lelaki ini lah.

Bagi perempuan yang dengan senang hatinya melucutkan pakaian dan seterusnya mengangkang untuk santapan teman lelaki mereka disebabkan cinta, ubahlah kemurahan hati anda tu. Jangan ingat bila setiap kali teman lelaki hendakkan seks dan anda memberinya akan menambahkan rasa cinta si lelaki itu terhadap anda. Tanggapan itu adalah salah, itu bukan tandanya lelaki tu sayang dan cinta terhadap anda tetapi hanya dijadikan tempat untuk si lelaki ini melepaskan nafsunya sahaja. Jika benar lelaki itu cintakan anda, pasti dia tidak akan terburu-buru untuk menghancurkan hidup anda dengan meminta seks tanpa nikah.

Jadi perempuan amat lah payah bila dah terlanjur, lebih-lebih lagi jika ada benih yang semakin membesar di dalam rahim. Pada masa tu, semua sanggup dilakukan semata-mata untuk mengelak rasa malu. Anak yang dikandung kalau boleh nak digugurkan saja...kalau tak dapat, tunggu sehingga anak dilahirkan kemudian dicampak ke dalam tong sampah, di tepi sungai atau buang saja di surau atau di mana sahaja. Ketika itu nak mengharapkan lelaki yang sama-sama merasa nikmatnya melakukan seks untuk bertanggungjawab pasti akan jauh sekali. Mereka lah yang paling awal mengucapkan selamat tinggal selepas mengetahui perempuan yang dinodainya mengandung.

Jadi ingatlah wahai perempuan yang sedang dilamun cinta atau ada yang baru berjinak-jinak dengan cinta ini. Pelajarilah ilmu untuk membezakan kata-kata manis lelaki..manis yang berpanjangan atau manis di bibir sahaja. Salah penafsiran menyesal nanti...jika terlajak perahu boleh diundur tapi jika terlajak perbuatan menyesal nanti.

Pelajarilah untuk berkata TIDAK kepada lelaki yang mengajak melakukan seks, mengajak anda untuk pergi ke rumahnya atau mengajak anda untuk keluar berdua-duaan di dalam kereta atau ditempat gelap. Biarlah putus cinta daripada hilang DARA kerana bila dara hilang ianya akan kekal begitu selamanya berbanding dengan kehilangan lelaki kerana Insya Allah ada lelaki lain yang akan mencintaimu dengan ikhlas hati yang akan menanti saat diijabkabulkan untuk merasa manisnya seks selepas nikah.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

10 surah mustajab

Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki. Jom kita amalkan s...