"Demi maruah Kelantan, saya alu-alukan jika ada sesiapa hendak ambil alih The Red Warrior (TRW) serta bersedia berunding dan menyerahkan 'baton' ini pada bila-bila masa"
Itu kata Tan Sri (TS) Annuar Musa diatas desakan para penyokong TRW yang memintanya supaya meletakkan jawatan sebagai Presiden KAFA.
Biasalah Tan Sri, bila terlibat dalam sukan nombor 1 di Malaysia ini ianya sudah menjadi lumrah. Ini kerana jawatan yang TS pegang itu memberi gambaran harapan peminat/penyokong yang menggunung ke atas kreatibiliti TS untuk membawa TRW ke puncak Liga.
Apa yang menghairankan ialah takkan begitu cepat para penyokong TRW melupakan segala jasa yang TS lakukan terhadap pasukan Kelantan selama ini hingga menjadi pasukan yang digeruni dalam Liga Super Malaysia.
Kejatuhan TRW bermula apabila ramai pemain yang bertaraf bintang mula keluar untuk bermain dengan pasukan lain yang menawarkan gaji lebih tinggi. Kehilangan pemain bintang ini menyebabkan pasukan TRW terpaksa membentuk semula pasukan. Oleh itu buat semua penyokong yang menyokong TRW, berilah peluang kepada TS untuk memperkukuhkan dan memperkuatkan pasukan. Liga Super hanya baru 8 perlawanan dan masih banyak perlawanan lagi yang perlu dharungi. TS telahpun mengambil tindakan untuk memecat jurulatih George Boateng dan melantik Azrai Khor untuk merealisasikan impian untuk kembali bersaing. Oleh itu bersabarlah.....
Ehh....aku ni penyokong TRW ke? Maaf aku bukan penyokong TRW dan takkan sesekali menyokongnya tapi aku sanjung melihat kesungguhan TS Annuar Musa menaikkan Kelantan menjadi pasukan yang digeruni dan menjadi pasukan yang perlu ditewaskan dalam Liga Super beberapa tahun yang lepas.
Akhir kalam......Putih Hitam sampai mati...........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan